Skip to main content

Tak cakna atau Tak mahu

Assalamualaikum w.b.t

Pemberitahuan kepada semua warga Malaysia bahawa UTP kini sedang berada dalam fasa pilihan raya kampus. Masih diperingkat awal pilihan raya. Semalam telah selesai penamaan calon. 7 calon telah tersenarai dan bakal menghadapi saingan hebat untuk memenuhi 6 kerusi umum sebagai Majlis Pewakilan Pelajar sesi 2012. Kerusi program setakat yang diketahui ada lebih kurang 4 calon menang tanpa bertanding selebihnya akan beradu nasib pada 29 February nanti.

Malam ini manifesto calon akan diperdengarkan di Dewan Chanselor. Agak-agak apakah janji-janji yang bakal diberikan oleh setiap calon?? Berdebar-debar nak dengar [macam ana pula yang bertanding] apa pun ana akan sokong sekeras-kerasnye calon yang menjanjjikan parking kereta berbumbung, mesin ATM di Village 5 dan ana akan double or triple vote calon yang akan berusaha menghapuskan sistem saman terhadap kereta-kereta pelajar. Go MPP!!!

Pilihan raya kampus ini adalah medan yang baik untuk kite semua bersedia menjelang Pilihan raya umum Malaysia. Jangan ade yang tidak tahu pulak..kite ade pilihan raye umum ke?? ape benda tu?? saye boleh bertanding ke?? Satu keluarga semua nak bertanding boleh ke tidak?? bertanding ni kena bayar ke free of charge?? ade fees ke bertanding?? kat mane nak submit name kalu nak bertanding?? ade online form untuk register name?? itu memang soalan yang comel bagi warganegara malaysia yang berumur 21 tahun keatas..[kat gua atau lembah manelah orang yang bertanye ni duduk]

Soalan yang bijok [bijak] sikit dan wajar ditanya ialah. Telahkah saye mendaftar sebagai pengundi Malaysia??? bila saye boleh mengundi bohh?? saye mengundi di kawasan mane?? Siapa pulak pemimpin yang layak saye pilih? Pemimpin yang bagaimana yang boleh jadi ketua negara saye. Boleh ke saye main pilih je mana-mana parti yang saye suka?? Kalau ade orang bagi duit kat saye untuk pangkah mereka macam mane??

Lebih bijok lagi..Ape yang saye nak daripada pemimpin yang saya nak pilih ni. Boleh ke pemimpin yang saye nak pangkah ni jage kebajikan saya, keluarga saya, tok nenek saya, cucu cicit saya kelak dan yang penting sekali boleh tak parti atau pemimpin yang saya nak pangkah ni jage kedaulatan negara dan agama saya?? ape corak pemerintahan yang diorang pakai..boleh jamin ke saye selamat dunia dan akhirat?? gitu...baru name student UTP..

Sekarang kite yang kene fikir sendiri. Masa akan datang nanti, aku nak jadi engineer semata-mata atau aku nak jadi komuniti dan masyarakat yang perihatin. Boleh ke aku kerja dengan aman kalau negara aku ni kacau bilau. Dulu aku amik subject Internasional Business, lacturer aku kate politik itu satu faktor penting untuk membangun negara yang maju. Kalau akau tak keluar mengundi..ape jadi?? kalau semua orang berfikiran macam aku, sape yang nak bertangggungjawap nak pilih pemimpin nagara aku ni...nak tak nak aku jugak la yang kene gi mengundi...aku tak nak negara aku jadi macam Bosnia, Afghanistan dan Palestin..orang luar yang mesuk campur hal negara..xnak!!!

Comments

  1. assalamualaikum,

    heh, semangat tuu. belom jadi calon lagi, kalau jadi calon, mesti lagi semangat. :) hehehe

    ReplyDelete
  2. kalau jadi calon xsempat nak update blog bohh (^_^)v ..syukran

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, yeke..? kalu mcm tu, xpayah jadi calon la.. nanti __Hatiku Bermunajat__ jadi rumah hantu. heheh. :p

      Delete
    2. bukan tak sesuai, cuma xsmpai hati tgk blog ni berhantu. hahaha :)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin. "Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong.. "A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose. Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane. "Ika nak g US.." kate rose "Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia. Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara te...

NUTRILITE Garlic & Licorice

Kandungan bawang putih (allicin, selenium & sulfur) Allicin Salah satu sebatian kuat semulajadi utk membunuh mikroorganisma berbahaya. Boleh membunuh semua patogen (bakteria & virus) yg diketahui termasuk stophylococcus oureus & bakteria makan daging. Untuk berkesan allicin perlu dlm bentuk allicin "stabil". Selenium Mineral yg mempunyai ciri2 antioksida yg hebat. Mineral pembunuh kanser. Pengambilan 200gm mikrogram sehari dpt mengurangkan kes kanser hmpir 50%. Sulfur Antioksidan yg amat hebat Lindungi tubuh dr radikal bebas. Tingkatkan sistem imun kerana ia meningkatkan fungsi sel2 pembunuh semulajadi. Licorice Pelengkap yg baik utk bwg putih, brtindak atas pedih uluhati yg mungkin disebabkan oleh bwg putih dan hilangkan bau kuat bwg putih.   Manfaat Bawang Putih antioksidan utk memerangi radikal bebas brsifat anti mikroba, anti virus & anti jamur tingkatkan  stamina & daya tahan tubuh kurangi pembentukan penggumpalan darah d...

NUTRILITE Daily

Suplemen Multivitamin dan Multimineral Harian Vitamin dan mineral adalah penting untuk tubuh melaksanakan fungsinya. Pengendalian dan penyediaan makanan, pilihan gaya hidup dan peringkat usia mungkin mewujudkan keperluan untuk menambah nutrien harian anda, kerana memenuhi keperluan nutrien menerusi diet semata-mata kini menjadi satu cabaran. NUTRILITE Daily boleh membantu anda memenuhi keperluan harian. Dirumus dengan vitamin dan mineral yang seimbang untuk membantu mencapai kesihatan optimum. Satu biji tablet sehari membekalkan 11 vitamin penting (A, B1, B2, niasin, B6, asid folik, vitamin B12, C, D, E dan asid pantotenik). Serta, 7 mineral penting (kalsium, fosforus, iodin, zat besi, magnesium, kuprum, zink) dan pekatan alfalfa, selada air, pasli, bayam, karot dan ceri aserola NUTRILITE yang eksklusif. Soal Jawap Kita mungkin mempunyai cukup vitamin (katalah vitamin A) daripada makanan harian kita. Tidakkah berlebihan jika kita mengambil NUTRILITE Daily? Ad...