Skip to main content

Bits Raya

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-55...Google publish gambar bunge raya pada main pagenya sebagai meraikan usia kebebasan negara kita yang ana kira sudah agak tua...sekejap tadi, ana terbaca satu quotation yang menarik...katanye lebih kurang begini "freedom is not doing whatever you want to do, freedom is doing right thing according to Al-Quran and Sunnah without fearing other people" sambil angkat tangan tunjuk no 1. Macam gambar bawah ni..

Hari ini, tidak bercadang untuk bercerita tentang kemerdekaan sebab UTP dah hantar 2 3 bas ke Stadium Bukit Jalil untuk himpunan mahasiswa sempena hari merdeka...Bukan main semangat sek-sek dio pakai baju merah menyala...Mahasiswa agen pengubah negara 1 Malaysia 1 Matlamat 1 Tekad..Radio pun sedang hangat memainkan segala jenis lagu berjenama merdeka..khabarnya Lunch di Stadium makan KFC dan McD..Siap ade pop kuiz lagi [ ade paparazzi update kat FB]

Cerita yang lebih menarik hari ini ialah batch BITS stand for ICT & BIS July 08 buat majlis makan-makan sempana hari raya Aidilfitri. Untuk julung-julung kalinya diri ini menjejakkan diri ke program Bits. Maaf ye kawan-kawan, sebelum ni selalu nak datang tapi selalu bertembung dengan pelbagai aktiviti lain. Invitation majlisnye bermula seawal 8.30 pagi.

"sungguh ke depa ni nak buat awal-awal pagi ni"
"pagi-pagi tak panas kot, yela tempatnya kat oval park UTP tengah padang tu"
"oo"
"kne bawa payung sakali ni"
"bawak-bawak"

Pagi-pagi usai solat subuh berjemaah dan tazkirah ringkas di common room V5, dapur rumah kami kecoh. Chef Arina dan kepit idungnye sedang beraksi. ^_^ ape lagi, lipat telekung, sing-sing lengan baju, tolong skali uli tepung pulut. Ada yang semangat iron baju raya, yang tak berbaju raya iron baju tak raya, yang ade baju raya pula takde tudung raya..so pakai tudung sponsor =_='' ...yang lain mencari kemera DSLR yang boleh dipinjam untuk merakamkan wajah ceria kanak-kanak tahun akhir ini. 8.50 Pagi dua kereta terpacak di parking oval park.

"mana semua orang" masing-masing dah merungut
"diorang baru bangun tidor" kata si penganjur
=_="" dah dijangkakan

Tidak lama kemudian satu persatu sampai....then let those pictures tell the rest

kami antara orang yang paling awal sampai..
photoshot area jambatan V6 ^^

 tidak lama selepas itu, amoi-amoi kiut ni pun sampai
yang oncall ni interframe amoi..sorry =_=''

 makanan yang berkhasiat dikala exam week
ada juga nasi impit kuah kacang
tapi sudah lenyap ke dalam perut2 yang tidak diketahui

warganegara Malaysia yang beraya dikala exam week
[kecuali beberapa orang tetamu negara jiran]

Aktiviti sebelum penutup
ucapan selamat dan maaf bermaafan bersama kengkawan
Selamat Hari Raya
Selamat Bergraduasi

bergamba dengan cikgu HOD CIS Department, Dr.Fadhzil 
ambil berkat untuk paper last 6hb nanti..i'allah A
I really admire his brown CR-V...boleh test drive??

Ada banyak kemere time ni
so ade banyak gambar..
facebook  mari

Comments

  1. huhu...
    jelesnya.. edit la isma gambar tu, letak muka saya.. hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin. "Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong.. "A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose. Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane. "Ika nak g US.." kate rose "Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia. Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara te...

Pembantu Rumah

Yup, saya ade pembantu rumah yang rajin dan sangat banyak tenaga. Ade 3 orang!. Satu yang betul- betul prihatin membantu, tak perlu merayu-rayu dan tak perlu keluar arahan tegas, beliau cukup arif menolong. Malah dalam banyak perkara beliau lebih pakar dari saya. Pantas dan tuntas dalam menyelesaikan tugas (in a blink of an eye DONE!!) cuma maklum kaum-kaum adam.. mereka kurang teliti pada perkara-perkara kecil (small matter anyway..over all it is 9/10 score .). Dua lagi pembantu kecil saya yang saaangat banyak tenaga dan selalu terlebih membantu juga amat saya hargai. Memang kadang-kala meletup juga gunung berapi atas kepala umi melihat kerajinan mereka tapi kebanyakan masa, keletah mereka menghiburkan. Yang paling kecil sekali lah yang paling ringan tangan (sebab beliau pun memang ringan 7kg lebih aje). Yang sulung bukan jenis yang menyepahkan 'sangat', tapi bile ade geng, menjadi-jadi keseronokan mereka menerokai setiap sudut rumah. Apepun biarkan sel otak mereka berhub...

Ramadhan 2022

Ramadhan ya Ramadhan. Kali ini hati aku betul2 sayu menyambut Ramadhan. Bile sebut dan tulis pasal Ramadhan mula la air mata rase nak bergenangan. Ada rasa rindu nak jejak kaki ke tanah suci Mekah walaupun aku tak pernah kesana. Macam terdengar2 lafaz لبيك اللهم لبيك di telinga. 2021 has been a messed year. Alhamdulillah banyak yang perlu disyukuri dan diredhai. Maafkan diri dan sayangi semua yang masih ada. Selamat menjalani ibadah puasa. Please be kind to me 2022.