Skip to main content

Nawaitu



Sedang duduk di kafe Village 4 meja paling tepi menghala ke asrama puteri. Bingit suara television tidak diperdulikan. Mata tertumpu kearah seekor kucing yang sedang minum air dari dalam sebuah cawan plastik.

"tak lenguh ke lidah kucing tu menjilat air yang jauh kedasar cawan"
"kalau manusia tu, pegang je cawan tu pas tu teguk skali je dah hilang haus"
"kucing kene jilat sikit-sikit, bile nak hilang dahaga, kesian.."

Monolog sendiri terberhenti. Berkerut dahi, melihat satu tangan yang mengambil cawan, menggangu kucing tersebut minum..

"knape ambil cawan tu, kesian kucing ni belum habis minum lagi"

mata terus mengekor pergerakan cleaner lelaki, terlihat pula troli pinggan-pinggan kotor seakan-akan nak membuang cawan tersebut ke dalam tong sisa makanan

"xkan nak buang kot............"
"ooo (^_^)v"

Senyuman terukir dihati, rupe-rupenya cawan itu dipenuhkan semula airnya dan diletak di tempat asal untuk kucing tu minum lagi..

Rezeki itu dari Allah


"Dan tidakkah mereka memerhati, bahawa kami mengarahkan awan yang mengandungi air ke bumi yang tandus, lalu kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanam-tanaman sehingga haiwan-haiwan ternakan dan mereka sendiri dapat makan darinya. Maka mengapa mereka tidak memerhati?"
[as-sajadah : 27]

Pandangan seorang insan yang daif; kucing pun nak minum dan rasa dahaga. Lalu diturunkan rezeki baginya nikmat air yang menghilangkan dahaga. Itulah nature dan kitaran alam. Maqam yang lebih tinggi huraian ulama..dengan penuh rase kagum mengakui dan mensyukuri nikmat yang diturunkan dari Pencipta. Analogi yang dikisahkan oleh Imam Al-Ghazali r.a. Ibarat orang kaya yang membeli seekor anjing, lalu di ambil seorang hamba untuk menjaga anjing tersebut dengan baik, beri makan dan menjaga kesihatan. Apabila tuannye datang sekali-sekali anjing yang dibeli itu menyalak, kejar dan terkam. Ini kerana tidak kenal Tuan Sebenarnya. Yang terlihat hanyalah budi hamba yang menjaganya setiap hari.

Begitu juga kisahnya kebanyakan manusia kini. Tidak lagi mempeduli tuannya yang sebenar. Dari siapa datangnya makanan dan pakai jika tidak dari tuan yang menciptakan, tetapi yang terlihat hanyalah budi seorang hamba yang juga dibawah takluk Tuhan yang maha besar. Duit, beras, minyak, gula, tepung dirasakan datang dari usaha sendiri. Sabsidi dan bonus pula adalah budi yang tidak dapat dibalas sehingga kemati. Sehingga kata bidalan

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji diatas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati

Kata-kata inilah sepatutnya dilihat dengan mata hati dan kejernihan rohani. Hanya orang-orang yang berilmu akan menghargai oksigen. Orang yang berilmu juga yang bahagia tatkala hujan turun. Orang yang berilmu juga yang tahu siapa yang lebih berbudi.

Melihat hakikat penciptaan tuhan dengan ilmu. Beras asalnya padi tumbuhnya dari pokok padi hasil suburnye tanah dan air akhirnya kembali pada Yang Maha Esa. Manusia tidak patut lagi tersasul dalam bab menghargai Nikmatul Ijaadah dan Nikmatul Imjahar. Kerana semuanya datang dari kuasa dari Allah Yang Maha Berkehendak. Janji siapa yang ditepati, hanya janji Allah yang pasti akan ditepati.

Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahkuKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik."


[an-Nur: 55]

Comments

  1. assalamualaikum w.b.t

    emm, "Nikmatul Ijaadah dan Nikmatul Imjahar" maksudnya apa?:/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nikmatul Ijaadah adalah nikmat mencipta dan menjadikan Nikmatul Imjahar Allah memelihara manusia sehingga ke hari kiamat

      Delete
  2. nice isma.. rasa lama dah x aktif mengepost2 ni.. :-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin. "Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong.. "A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose. Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane. "Ika nak g US.." kate rose "Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia. Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara te...

NUTRILITE Garlic & Licorice

Kandungan bawang putih (allicin, selenium & sulfur) Allicin Salah satu sebatian kuat semulajadi utk membunuh mikroorganisma berbahaya. Boleh membunuh semua patogen (bakteria & virus) yg diketahui termasuk stophylococcus oureus & bakteria makan daging. Untuk berkesan allicin perlu dlm bentuk allicin "stabil". Selenium Mineral yg mempunyai ciri2 antioksida yg hebat. Mineral pembunuh kanser. Pengambilan 200gm mikrogram sehari dpt mengurangkan kes kanser hmpir 50%. Sulfur Antioksidan yg amat hebat Lindungi tubuh dr radikal bebas. Tingkatkan sistem imun kerana ia meningkatkan fungsi sel2 pembunuh semulajadi. Licorice Pelengkap yg baik utk bwg putih, brtindak atas pedih uluhati yg mungkin disebabkan oleh bwg putih dan hilangkan bau kuat bwg putih.   Manfaat Bawang Putih antioksidan utk memerangi radikal bebas brsifat anti mikroba, anti virus & anti jamur tingkatkan  stamina & daya tahan tubuh kurangi pembentukan penggumpalan darah d...

NUTRILITE Daily

Suplemen Multivitamin dan Multimineral Harian Vitamin dan mineral adalah penting untuk tubuh melaksanakan fungsinya. Pengendalian dan penyediaan makanan, pilihan gaya hidup dan peringkat usia mungkin mewujudkan keperluan untuk menambah nutrien harian anda, kerana memenuhi keperluan nutrien menerusi diet semata-mata kini menjadi satu cabaran. NUTRILITE Daily boleh membantu anda memenuhi keperluan harian. Dirumus dengan vitamin dan mineral yang seimbang untuk membantu mencapai kesihatan optimum. Satu biji tablet sehari membekalkan 11 vitamin penting (A, B1, B2, niasin, B6, asid folik, vitamin B12, C, D, E dan asid pantotenik). Serta, 7 mineral penting (kalsium, fosforus, iodin, zat besi, magnesium, kuprum, zink) dan pekatan alfalfa, selada air, pasli, bayam, karot dan ceri aserola NUTRILITE yang eksklusif. Soal Jawap Kita mungkin mempunyai cukup vitamin (katalah vitamin A) daripada makanan harian kita. Tidakkah berlebihan jika kita mengambil NUTRILITE Daily? Ad...