Skip to main content

Penyediaan Insan


Pagi esok, test kedua untuk semesta ini. Human Resourece Managemant kelas paling best dan lecture paling cute Dr Rohani (^_^)v. Subject menarik yang bercerita tentang pengurusan sumber manusia bermula daripada menyediakan definasi kerja, menggaji pekerja, memberi penghargaan dan menjaga hubungan aset terpenting sesebuah syarikat ini. Dalam subject ini, manusia yang bernama pekerja dikatakan terlalu bernilai "valuable" terutama pekerja yang memiliki bukan sahaja ilmu dan teori tetapi juga praktikaliti yang baik dalam sesuatu bidang. Tambahan lagi, pekerja sebegini juga tidak boleh diganti dengan apa-apa yang lain "cannot be imitate and no good substitude". Saya nak jadi pekerja yang memiliki spesifikasi sebegitu ... amin Ya Rabb

Ilmu ini bukan rake cipta ana sendiri, HRM ni ilmu yang wajib dipelopori oleh semua syarikat-syarikat yang besar. Bukan itu sahaja, semua perkara memerlukan HRM yang baik dan efisyen..pengurusan sumber manusia seharusnya bermula dari diri sendiri, bagaimana mengenali, mengurus dan mengembang potensi diri, seterusnya dalam keluarga, ibu bapa membuat perancangan untuk memastikan anak-anak diberi pendidikan yang sempurna disamping menyuburkan akhlak yang mulia seorang muslim dalam diri anak. Dalam konteks masyarakat pula, bi'ah solehah bermula dari pemilihan ketua, imam, ahli jawatankuasa kampung, dll untuk memastikan kesejahteraan setiap anggota masyarakat. In fact, dikampus-kampus juga perlunya HR yang baik untuk memastikan setiap paksi peniagaan dalam bidang pendidikan ini berjalan lancar menepati kehendak pelanggan.

Menerjah ke ruang yang lebih luas iaitu konteks sebuah negara kata ulama,konsep sesebuah negara pertamanya ialah pembangunan insan. Ruangan ini lebih besar kerana di peringkat ini sesebuah negara tidak hanya melihat dari sisi pandang seorang pemimpin tetapi sisi pandang seorang rakyat. Penyediaan manusia itu tidak mungkin bermula dari sekolah menengah dengan adanya sekolah-sekolah asrama penuh dan kolej-kolej universiti sahaja. Pendidikan itu perlu bermula dari rakyat yang paling kecil iaitu kanak-kanak. Bermula dari pembelajaran pertamanya di Tadika, Taska, Taski atau Pasti. Selain itu, elemant-elemant penyediaan manusia itu juga merupakan aspek penting yang harus ditekankan dalam pendidikan insan. Tidak mungkin agama itu dibelakangi kerana agama itu adalah cara hidup. Maka tidak dapat tidak, pembinaan insan yang sempurna dan yang sahih haruslah mengikut acuan Islam start till the end of the process.

"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. ( al-Baqarah [2]: 208-209)"

Maka tidak asing lagi, subject HRM ini adalah subject Islam yang juga dipanggil Tarbiyyah iaitu mempersiapkan manusia untuk menjadi hamba Allah. Itu sahaja pengulungan saya, saya minta diri dulu. 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin. "Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong.. "A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose. Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane. "Ika nak g US.." kate rose "Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia. Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara te...

NUTRILITE Garlic & Licorice

Kandungan bawang putih (allicin, selenium & sulfur) Allicin Salah satu sebatian kuat semulajadi utk membunuh mikroorganisma berbahaya. Boleh membunuh semua patogen (bakteria & virus) yg diketahui termasuk stophylococcus oureus & bakteria makan daging. Untuk berkesan allicin perlu dlm bentuk allicin "stabil". Selenium Mineral yg mempunyai ciri2 antioksida yg hebat. Mineral pembunuh kanser. Pengambilan 200gm mikrogram sehari dpt mengurangkan kes kanser hmpir 50%. Sulfur Antioksidan yg amat hebat Lindungi tubuh dr radikal bebas. Tingkatkan sistem imun kerana ia meningkatkan fungsi sel2 pembunuh semulajadi. Licorice Pelengkap yg baik utk bwg putih, brtindak atas pedih uluhati yg mungkin disebabkan oleh bwg putih dan hilangkan bau kuat bwg putih.   Manfaat Bawang Putih antioksidan utk memerangi radikal bebas brsifat anti mikroba, anti virus & anti jamur tingkatkan  stamina & daya tahan tubuh kurangi pembentukan penggumpalan darah d...

NUTRILITE Daily

Suplemen Multivitamin dan Multimineral Harian Vitamin dan mineral adalah penting untuk tubuh melaksanakan fungsinya. Pengendalian dan penyediaan makanan, pilihan gaya hidup dan peringkat usia mungkin mewujudkan keperluan untuk menambah nutrien harian anda, kerana memenuhi keperluan nutrien menerusi diet semata-mata kini menjadi satu cabaran. NUTRILITE Daily boleh membantu anda memenuhi keperluan harian. Dirumus dengan vitamin dan mineral yang seimbang untuk membantu mencapai kesihatan optimum. Satu biji tablet sehari membekalkan 11 vitamin penting (A, B1, B2, niasin, B6, asid folik, vitamin B12, C, D, E dan asid pantotenik). Serta, 7 mineral penting (kalsium, fosforus, iodin, zat besi, magnesium, kuprum, zink) dan pekatan alfalfa, selada air, pasli, bayam, karot dan ceri aserola NUTRILITE yang eksklusif. Soal Jawap Kita mungkin mempunyai cukup vitamin (katalah vitamin A) daripada makanan harian kita. Tidakkah berlebihan jika kita mengambil NUTRILITE Daily? Ad...