Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

Rahmat untuk semua

Nasi Ayam Lemon. Menu lepas menghadiri Muktamar Tahunan PAS 2013. Menarik dan Alhamdulillah memenuhi setiap inci ruang dalam perut (amat kenyang). Tinggal 3 suap sahaja lagi, kelajuan menyuap masing-masing mula berkurangan. Meja sebelah dah bersurai. Satu kerusi diletakkan di meja kami, sirih pulang ke gagang barang kali. "Malaikat duduk sebelah kite" tegur sahabat dari sebelah kiri..yang lain hanya senyum mengiakan "Kadang-kadang kite lupa yang kat kiri dan kanan kite ade malaikat yang menjaga, kan".. erkkk... "hemmmm...." keluhan yang panjang sorang insan "Bukan kadang-kadang, selalu sebenarnya..." pengakuan hiba dari hati Kali ini giliran dia tersenyum...masing-masing terus menyuap makanan, senyap dan sunyi. Katakanlah ade dua orang ustaz bagi seorang lelaki dan dua orang ustazah (untuk wanita)yang baik akhlaknye dan disegani ramai mengikut kita setiap hari kemana sahaja. Mereka ini mengikut kite kemana sahaja kite pergi....

Happy Birthday : We love you

Thanks Mr Google for that wish. Hari yang bersejarah, dimana lahirnya seorang budak nakal yang dinamakan Ismalina. Semalam hari lahir saye. Semuanya seperti biasa, bahkan hampir melupakan 19 November. Mungkin dikaburi persiapan menjelang 301113...atau yang lebih penting kecuakan menyiapkan Performance Appraisal yang tarikh akhirnya hari ini. Semalam satu lagi hari yang patut saya frame atau lakarkan dalam diari istimewa ini. Permulaan hari yang Alhamdulillah ceria dan bertenaga ketempat kerja untuk menyiapkan "assignment" disaat-saat akhir.... Rasenya masih sama apabila berbondong-bondong manusia yang istimewa, sahabat handai mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR...terima kasih semua (^_^)v ucapan yang pendek tetapi penuh makna dan berbekas dihati. Pulang dari tempat kerja, masih rase hari itu sama seperti hari yang lain. Gembira dan sibuk ...  "Sape nak masak harini" ...seseorang bertanya di watsup rumah Bukit Angkasa  "macam tak daye je nak masak" bal...

Saya telah tamat belajar secara rasminya

Special thanks for my beloved mother, sweet brother and sister and friends for all support and love through this tough journey. May Allah bless you all the times .

Day Dream : Bandaraya dalam Taman

This picture melted my heart. It's not about the painting technique, but it's about the value behind the scenery. Quite similar to Shrek's house but this one better and nicer. Peaceful life near to nature. Perasaan aman yang tidak dapat digambarkan melihat rumah yang sederhana tapi aura kedamaiannya sangat kuat. Bilakah Kuala Lumpur akan menjadi seperti ini. Bandaraya dalam taman. Idea yang menarik. Wait till I nominated as the Malaysia Prime Minister 2020. Mase zaman belajar dulu ana tertanye-tanye mengapakah orang yang dah bekerja susah nak update blog sekerap zaman die belajar. Dan sekarang soalan tu telah terjawap yang mana diri sendiri merasainya. Antara faktor yang menyebabkan kesukaran untuk update adalah MASA. Zaman student, kite duk menghadap Cik Lappy(laptop) berinternet sepanjang masa dan ketika. Dikala sibuk mengulang kaji kononnya, ada bisikan-bisikan halus yang datang dan berkate..."ngantoknye lah Cik Mata saya ni..ape kate kite bukak blog dan updat...

Perancangan Allah Lebih Baik

Perbincangan di office hari ni berkisar tajuk poligami. Saya hanya mendengar dari jauh, tidak mengambil bahagian walaupun berkali-kali diajak. Ade kerja yang perlu diselesaikan. Mungkin juga cuba mengelak untuk berbincang hal-hal serius ini. Belum tiba masa dan waktunye. Bila waktunya?? huuu..bila ALlah menguji diriku dengan keadaan itu. Dan di saat itu apa yang mampu hanyalah menadah tangan dan berdoa agar diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran untuk menerima keaadaan itu seadanya. Sape tak nak payung emas, dikala harga minyak meningkat mata wang Malaysia mula menunjukkan tanda-tanda penurunan. Namun, emas tidak semurah coklat cadbury atau big apple. Amat bernilai dan berharga. Ada yang menangis, ada yang mati dan sanggup berbunuhan sesama saudara kerananya. Susah nak didapati emas..Perlu semangat dan ketabahan yang luar biasa. Sedangkan diriku yang tidak luar biasa ini, semestinya butuh waktu persediaan untuk berjuang mendapatkan emas yang nilainya luar biasa tinggi.

Harga Minyak naik, ade yang mungkiri janjinya

Thinking twice of having car now

Nikmat Syawal

"Abang peninglah...rasenye macam tak larat nak pergi solat teraweh..." kate abang sambil menggosok2 kepala "yeke..kan ibu selalu kate kalau nak mati, biarlah mati kat masjid..pengakhiran yang baik..." ungkapan dan cita-cita ibu yang selalu disebut-sebut dihadapan kami..kerap kali juga diulang-ulang hingga menjadi motivasi kami sekeluarga. Berkongsi cita-cita yang sama mungkin...kepala yang pening, badan yang letih juga jiwa yang menjerit tidak sudi diheret penuh kasih sayang. Mendidik diri agar tidak manja dalam beribadah. Alhamdulillah kadang-kala kata-kata penawar ini mujarap kadang-kala tidak lut juga. Semoga Allah membantu dan memberi pinjaman tenaga untuk terus mencari redhanya dengan kurniaan pengakhiran hidup yang baik. Ayah telah mendahului dalam keadaan yang amat baik kami kira, hari jumaat dengan wajah yang bercahaya. Giliran kami masing-masing memburu kasih ilahi dengan tempoh masa yang belum pasti. Pagi ini, usai solat aidilfitri, kami bergegas ...

Smile and you will happy

Dear readers, sorry for not be in place for quite some times. A big changes and new titles 'popup' in my life Alhamdulillah. This time I took an article from iLuvIslam . It meant a lot for me at this moment and once it helped me to get rid from my endless unsecured feeling. By the grace of Allah, now it always accompany me day and night, not the article but the spirit behind it..SMILE ^_^ . Therefore, with hope that everybody else could also share the pleasant feeling, I share a quote by Imam At-Tarmizi. “Aku bertanya kepada ayahku (Saidina Ali) mengenai adab dan etika Rasulullah SAW terhadap orang yang bergaul dengan Baginda. Ayahku mengatakan: Baginda senantiasa tersenyum, budi pekerti lagi rendah hati, Baginda bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan sentiasa puas.” Here are some benef...

Amanat Ust Azhar Idrus PRU-13

"Kalau kite tidak sokong kerajaan kite nak makan ape!!" "Makan nasik la, bukan makan pasir!!" Wahai masyarakat, rezeki Allah bagi..sokong Ulama!!

Taman Botani

Selesai menduduki Exam kemasukan untuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik gred M41 semalam, kami adik beradik berbasikal di Taman Botani Ayer Keroh Melaka. Kawasannya besar, luas dan nyaman. 3 buah basikal disewa, dan setiap satunya berharga RM5 untuk kira-kira 3 jam. Pelbagai perkara dan panorama menarik disini. Ade taman dinasor dan taman story mory. Dan yang paling menarik terdapat banyak pokok yang biasa ana dengari namanya namun baru hari dapat ketemu empat mata..one of it is Akasia tree, it was my geng name..the 9.. The rest, scroll down to know more.. T-rex dan hasil buruanya...dinner is ready now!! basikal yang berbakul ni sesuai untuk perempuan melayu terakhir sahaja..jenuh mengayuh, fuhh!! it's school break!!..berehat seketika taman story mory itu bukan nama sebenar, sebab kami xingat name sebenarnya Si gagak dan bekas airnya..

Little Sisters

Pesanan akak untuk adik-adik... "Allah maha mengetahui sedangan kite tidak.. bukan kite tak punyai banyak pilihan..tetapi kite tak tahu tahap kemampuan kite dimana selagi kite belum cuba dan percaya bahawa taklifan Allah itu wasilah tarbiyyah yang terbaik,datang secara langsung dari Allah. Maka carilah hikmah disebalik apa yang kite tidak suka itu dgn pergantunggan yang tinggi pada Allah. Percayalah syurga Allah dikelilingi duri yang tajam dan menyakitkan..syahid hanya akan diperolehi selepas kite bermandi darah, peluh dan air mata. Salam perjuangan.." Juga untuk diri akk sendiri...

Lesen Full

Alhamdulillah baru dapat lesen full, tiada lagi lesen pecubaan ^^... Dua tahun pengalaman memandu banyak sungguh peristiwa suka duka berlaku. Kemalangan melanggar dan dilanggar pernah dua kali dilalui. Peristiwa dilanggar berlaku di Gombak ketika WMR baru melepasi lampu isyarat hijau ketika membelok ke kanan, kos pembaik pulih ditanggung sepenuhnya oleh abang kereta Myvi apabila owner kereta WMR menangis teresak-esak ( WMR baru keluar dari klinik dah masuk klinik semula). Pengalaman memanduk kereta Viva lalui menabrak kereta Produa Kelisa sehingga kemek pintu depan sebelah kanan berlaku di Blok 5 UTP, kosnya ditanggung oleh insan-insan mulia sahabat-sahabat usrahku...alhamdulillah semuanya selamat dan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa. Pengalaman dikesan oleh speedtrap kerana melebihi had laju telah tiga kali. Pertama kali ketika praktikal yang melibatkan kawasan yang dikenali sebagai Shah Alam, menghadiri program berkaitan isu Gaza. Saman kedua di Ba...

Tanah Merdeka

Sekarang Tv3 sedang sibuk memaparkan berita pertempuran tentera Malaysia di Lahat Datu dan Tawau. Sayu juga hati tatkala melihat wajah-wajah wira Malaysia yang diterbangkan kesana disiar dalam tv. Khabarnya kemarin telah lebih dari 12 betilion tentera dihantar, 8 orang meninggal dunia dan lebih dari 5 orang cedera. Semoga Allah memberkati usaha dan pengorbanan mereka dalam mempertahankan tanah air Malaysia tercinta. Kata Pedana Menteri dalam media massa, tidak seinci pun tanah ini akan dibiarkan dinodai oleh musuh. Insyaallah ameen. Terpuji sungguh perjuangan itu dan disanjung-sanjung masyarakat sehingga beratus-ratus laporan polis di failkan untuk mengecam seorang pemimpin pembangkang yang dikatakan memfitnah kerajaan Malaysia. Begitu hormat dan tinggi nilai pembelaan yang diletakkan oleh sekalian rakyat Malaysia terhadap pejuang bangsa di Lahat Datu. Kata orang cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar dengar..kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa, terlajak...

Kecantikan wanita : Nutrimetics

Meh kite layan sekejap arus kemodenen sekarang. Al-kisah bisness adikku yang berkembang agak pesat sekarang. Brand yang agak ternama, mahal tetapi berkualiti. Nutrimatics keluaran Tupperware yang juga di perkenalkan oleh sepupu kami yang hidup senang dengan peniagaan ini. Mule-mule membelek katelognye agak terbeliak biji mate melihat harga setiap produk. Hampir semuanya bernilai atas RM10 dan separuh daripadanye bernilai ratusan ringgit. Itukah nilai kecantikan..tanya diri yang baru habis belajar dan pakai bedak sejuk sahaja -_-" Apabila dibelek kali kedua dibaca dengan teliti rupenya bukan untuk kecantikan semata mata. Ade added value untuk produk ini, iaitu kesihatan. Maka dilahirkan page Circle Square untuk membantunye memasarkan produk ini. Melembapkan bibir, mencerahkan kulit, menegangkan, melambatkan penuaan dan pelbagai masalah cuba diatasi dengan penghasilan produk ini. Kalau nak cube atau nak belikan untuk sape-sape yang anda rase perlu, bolehlah di "...

Ilmu Allah itu Luas

"do you have any plan to further study?" "yes, i do..but maybe after several years in the industry..." "your English is quit good and fluent, we have several candidate who can't even speak..." "not really, still need improvement.." "you travel all the way from Melaka?!" " ^_^ ...(dah biase en bos) " "do you learn this during your study?" "yes, 2nd year subject" "wa..strong memory, you still remember.." "^_^... (sebenarnya dapat soalan bocor dan dah prepare) Hari ini interview ketiga yang santai dan cool. Siap dapat pujian dari panel lagi ^^. Pengalaman interview ni macam-macam. Ade yang tanya hal-hal teknikal ade yang tanye general. Yang teknikal SQL, HTML, XML, XHTML, PHP, .net semuanya dikeluarkan, immediate orally. Tidak pernah ana jangka ana akan alami interview seteknikal ini, tapi inilah sebahagian ilmu yang sebenarnye akan digunakan semasa kerja nanti.Yang general pu...

Gaji

Duit mungkin bukan segalanya. Tapi segalanya perlukan duit. Duit bukan tuhan, tapi duit boleh tolong kite dekat dengan tuhan..sedekah, zakat dan infaq dijalan Allah. The more we give the more we get. Ikhlas, memberi bukan untuk menerima, tapi kalau terima Allahamdulillah. Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. Segala amal kite dilihat oleh Tuhan, kite amanah atau tidak Allah maha mengetahui. Kite memberi bantuan bukan apabila kite butuhkan sokongan sahaja, tapi kite memberi kerana itu adalah satu tugasan dan tanggung jawap atas taklifan yang tuhan berikan..mengertilah wahai sekalian khalifah dunia bahawa gaji Akhirat itu lebih bermakna. Daya Material Sdn Bhd...Jalan Dutamas, mahu atau tidak mahu? Gaji dunia...

Tanam Anggur ; Rezeki Milik Allah

Hari ini panggilan interview yang kelima. Nak ke taknak, Nak ke taknak, Nak ke taknak, Nak ke taknak... inilah dilema seorang penanam anggur. Belum ada hasil tapi banyak sudah kos pembiyaan pertanian diperlukan. Dua daripada empat temuduga dah dikunjungi, satu Pass satu Fail. Minta maaf pade Silverlake dan Produa, ambe takde pitih nak bertandang ke majlis kenduri tuan. Tambahan pula, saye tiada muhrim yang boleh menemankan. Cerita yang fail itu terlalu menyakitkan dan yang pass tu banyak pula urusan, nak release letter yang amatlah sangat sukar untuk diperolehi. So how?? Masih mencari dan tarus mencari, bukan memilih tetapi membuat keputusan yang bijak.. "Thank you for being willing to consider my resume. May I know, which position am I being offered. Beside, I would really appreciate if I could know the amount of s_l_ry..... " I really mean it. Living in KL is too tough if your salary below 1500. Sudah-sudahlah 2 tahun sekolah di Kuala Lumpur dan 7 bulan yang peri...

Terima Kasih Ibu

Bukan mudah tugas seorang wanita biarpun hanya duduk dirumah. Kagum dengan kebolehan, ketabahan dan kesabaran ibu mengendali semua kerja rumah dan menghadapi semua cabaran sendirian. Dua tahun tanpa pendengar dan penyokong setia bernama suami. Macam-macam yang telah dirasai, mehnah dan masalah yang mengoncang menjadiakan kubu hatinya semakin kuat. Tali yang kelihatan usang nampaknye melakat teguh pada tempatnya. Siring dengan usia yang semakin bertambah dan kedutan diwajah yang semakin jelas, begitu juga ilmu dan imannya kian bertambah dan segar. Matlamat dan jalanya tidak lagi kabur. Allah dan syurga! Ulang tahun ibu yang ke 53 kemarin kami sambut sederhana.....Selamat Hari Lahir Ibu ^_^

Politik Matang : Islam dan perjuangan

Amanat Haji Hadi' bukan ucapan menghukum orang UMNO sebagai kafir. Ia adalah ucapan untuk menerangkan kepada seluruh umat Islam tentang batas iman dan kufur. Tugas menerang adalah tugas yang menjadi tanggungjawab semua para pendakwah agar umat Islam tidak tergelincir daripada aqidah yang sebenar. Perhatikan kata-kata 'amanat' tersebut: "Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku, agama suku." Jelas, ia adalah amaran agar umat Islam perlu berhati-hati agar tidak mengamalkan politik suku, agama suku kerana ia boleh merosakkan aqidah.  Begitu juga perkataan: "Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam." Perkataan ini bukan bermaksud orang UMNO itu...