Skip to main content

Rahmat untuk semua

Nasi Ayam Lemon. Menu lepas menghadiri Muktamar Tahunan PAS 2013. Menarik dan Alhamdulillah memenuhi setiap inci ruang dalam perut (amat kenyang). Tinggal 3 suap sahaja lagi, kelajuan menyuap masing-masing mula berkurangan. Meja sebelah dah bersurai. Satu kerusi diletakkan di meja kami, sirih pulang ke gagang barang kali.

"Malaikat duduk sebelah kite" tegur sahabat dari sebelah kiri..yang lain hanya senyum mengiakan
"Kadang-kadang kite lupa yang kat kiri dan kanan kite ade malaikat yang menjaga, kan".. erkkk...
"hemmmm...." keluhan yang panjang sorang insan
"Bukan kadang-kadang, selalu sebenarnya..." pengakuan hiba dari hati

Kali ini giliran dia tersenyum...masing-masing terus menyuap makanan, senyap dan sunyi.


Katakanlah ade dua orang ustaz bagi seorang lelaki dan dua orang ustazah (untuk wanita)yang baik akhlaknye dan disegani ramai mengikut kita setiap hari kemana sahaja. Mereka ini mengikut kite kemana sahaja kite pergi. Sentiasa ada disisi kite sejak kita bangun tidur, hinggalah kite tidur, bahkan duduk sebelah kite sewaktu kite tidur. Ape agak-agaknye jadi pade kite. Kalau saye, insyaallah konfirm jadi baik pijak semut pun tak mati. Tak berani nak buat perkara-perkara yang tidak senonoh. Gelak pun xberbunyi, makan pun kurma, air zam-zam dan makanan-makanan sunnah je. Pakai pakaian wangi bersih dan menutup aurat semuanya. Malu, malah kerana terlalu hormat terhadap dua insan yang saye yakini ilmunye banyak dan mulia darjatnya disisi Allah.

Bayangkan pula, kite di atas jalan raya. Kite dah tahu di Batu Gajah ade "speed trap". Kite dah amat-amat tahu dah, tiang yang ade kotak seakan-akan kemera dalam semak sebelah pokok sena yang paling tinggi tu adalah AES (konon). Mana kite pilih, pecut laju atau perlahankan kereta. Kalau ana yang naik WMR je ni..i'allah akan perlahan sebab tak mahu di "snap picture" dan disaman. Sebab kite tahu, saman bukan 2 3 ringgit tapi 300 ringgit. Boleh beli handbag Guess design baru di i-Setan KLCC.

Anda pula bagaimane?? 

Pernah sekali saya dan sorang teman menonton satu rancangan musik. Berkerut dahi masing-masing, nak memuji atau nak menukar siaran. Lirik lagunye begitu jerni dan bermakna...seingat saya katanya "ampuni dosa-dosa ku Maha Esa.." dan diulang-ulang beberapa kali. Penyanyinya cukup khusyuk, rambut merah mayang panjang mengurai dihayun kekiri dan kanan. Cantik..cantik..cantik.(upin ipin)

Namun wahai wanita, bukankah rambut itu harus kamu tutupi kerana ianya aurat bagimu terhadap lelaki-lelaki yang boleh kamu kahwini?? Tidakkah kamu bimbang akan tercatit satu saman di buku amalanmu yang diakhirat nanti akan diserahkan oleh Polis Trafik bernama Raqib dan Atib kepada Penciptamu ALLAH untuk dihisab. Kamu tahu bahawa saman diakhirat bukan 300 ringgit, tetapi berganda pedih dan menyakitkan. Beribu tahun menderita dan merana yang kamu sendiri tidak dapat menghitung bila akan tiba masanya untuk kamu dibebaskan. 

Hari ini mata kite menyaksikan pelbagai golongan manusia berjalan dimuka bumi Allah bernama Malaysia dengan suka hati. Si Miskin  fakir yang berumah dijalanan hinggalah,Si Kaya yang sarapan paginya di benua Asia dan makan malamnye di Eropah. Daripada Si Sihat yang senyumnya bermula seawal bangun tidur hinggalah Si Sakit yang jasadnye terbaring kaku di atas katil hospital dengan wayar berselirat diseluruh tubuh. Si Bijak yang disanjung manusia juga Si Dungun yang diherdik hina oleh manusia. Semuanya berpangkat hamba disisi Allah, lalu ditugaskan kepada Malaikat Raqib dan Atib untuk menemani, memerhati dan mencatit. 

Maka peringatan buat diri dan sekalian sahabat pembaca, sedarlah bahawa hari-harimu di temani setia oleh dua makhluk Allah yang suci dan mulia. Ibadahnya tiada tandingan olehmu dan taatnya tiada daya kamu menyamainya. Maka malulah akan dirimu untuk melakukan perkara sia-sia apatah lagi dosa dihadapan mereka yang suci lagi terpuji disisi Penciptamu. Wallahualam.





Comments

Popular posts from this blog

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin. "Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong.. "A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose. Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane. "Ika nak g US.." kate rose "Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia. Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara te...

Pembantu Rumah

Yup, saya ade pembantu rumah yang rajin dan sangat banyak tenaga. Ade 3 orang!. Satu yang betul- betul prihatin membantu, tak perlu merayu-rayu dan tak perlu keluar arahan tegas, beliau cukup arif menolong. Malah dalam banyak perkara beliau lebih pakar dari saya. Pantas dan tuntas dalam menyelesaikan tugas (in a blink of an eye DONE!!) cuma maklum kaum-kaum adam.. mereka kurang teliti pada perkara-perkara kecil (small matter anyway..over all it is 9/10 score .). Dua lagi pembantu kecil saya yang saaangat banyak tenaga dan selalu terlebih membantu juga amat saya hargai. Memang kadang-kala meletup juga gunung berapi atas kepala umi melihat kerajinan mereka tapi kebanyakan masa, keletah mereka menghiburkan. Yang paling kecil sekali lah yang paling ringan tangan (sebab beliau pun memang ringan 7kg lebih aje). Yang sulung bukan jenis yang menyepahkan 'sangat', tapi bile ade geng, menjadi-jadi keseronokan mereka menerokai setiap sudut rumah. Apepun biarkan sel otak mereka berhub...

Ramadhan 2022

Ramadhan ya Ramadhan. Kali ini hati aku betul2 sayu menyambut Ramadhan. Bile sebut dan tulis pasal Ramadhan mula la air mata rase nak bergenangan. Ada rasa rindu nak jejak kaki ke tanah suci Mekah walaupun aku tak pernah kesana. Macam terdengar2 lafaz لبيك اللهم لبيك di telinga. 2021 has been a messed year. Alhamdulillah banyak yang perlu disyukuri dan diredhai. Maafkan diri dan sayangi semua yang masih ada. Selamat menjalani ibadah puasa. Please be kind to me 2022.