Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2014

Pray for Mesir 529

Misi pagi ini mengodam mana-mana laman sesawang untuk mencari berita. Tahu cerita, punca dan mengapa. Kata kuncinya adalah 529 Mesir. Membaca semua berita perkembangan mesir, hati ini menangis. Sungguh berat ujian yang allah berikan kepada negara ini umumnya dan HAMAS khususnye. Fitnah berleluasa, yang salah dikatakan benar dan yang benar dihukum mati. Nah! itulah dunia. Kejam dan tidak berperikemanuasiaan. Mahkamah bukan lagi tempat pengadilan, penjara bukan lagi untuk penjenayah dan demokrasi bukan lagi untuk rakyat. Allah...kami kini di hujung zaman. Kezaliman dilihat indah. Manusia tidak lagi takut menyalahgunakan kuasa. Jawatan dan amanah telah diselewang, tikam belakang dan segala bentuk khianat yang bukan kepalang teruknya. Tidak kalah, pelakon tambahan yang menambah luka. Sang Media Massa yang begitu tidak telus dalam laporan..setiap hari terus menerus menyebar dakyah kepada dunia. Pengganas, itu gelaran untuk meraka yang membawa risalah Islam sedang rakyat mengiktiraf...

Kisah Menantu dan Mertua : Perisi ikan kerisi

Lama benar rasenya hati ini tidak berhikayat cerita-cerita dongeng Ismalina. Setelah rasminye tidak lagi bergelar pelajar, akal ini dirasakan semakin tumpul dan hati kian sepi dihimpit pelbagai urusan semasa. Dengan kesibukan 'mencari' MH370 dalam cuaca kota raya yang baru ini 'berkabus jerebu' dan bekalan air yang kian menampakkan dasar...sungguh! semuanya menjadi asbab si 'pelik' Ismalina untuk menulis. Alasan!! Kali ini bukan alasan, bukan cobaan, tetapi kebenaran..saya kini telah menambah satu lagi episod hidup, apabila bergelar isteri, episod Chenta kate meraka... sememangnye ia bukan perkara biasa dalam hidup saya mahupun gadis2 lain yang melaluinya. Rase rindu untuk menulis terpadam sejenak tatkala membuka lebaran satu dalam episod Chenta selepas nikah... Alhamdulillah janji Allah itu pasti... Membuka langkah awal ke taman bunga...Indah, subhanallah.. Namun harus diingati, dalam indahnya si bunga, ia tidak selalunya mekar dan wangi...sedangkan baunye...