Skip to main content

Kisah Menantu dan Mertua : Perisi ikan kerisi

Lama benar rasenya hati ini tidak berhikayat cerita-cerita dongeng Ismalina. Setelah rasminye tidak lagi bergelar pelajar, akal ini dirasakan semakin tumpul dan hati kian sepi dihimpit pelbagai urusan semasa. Dengan kesibukan 'mencari' MH370 dalam cuaca kota raya yang baru ini 'berkabus jerebu' dan bekalan air yang kian menampakkan dasar...sungguh! semuanya menjadi asbab si 'pelik' Ismalina untuk menulis. Alasan!!

Kali ini bukan alasan, bukan cobaan, tetapi kebenaran..saya kini telah menambah satu lagi episod hidup, apabila bergelar isteri, episod Chenta kate meraka... sememangnye ia bukan perkara biasa dalam hidup saya mahupun gadis2 lain yang melaluinya. Rase rindu untuk menulis terpadam sejenak tatkala membuka lebaran satu dalam episod Chenta selepas nikah... Alhamdulillah janji Allah itu pasti...

Membuka langkah awal ke taman bunga...Indah, subhanallah.. Namun harus diingati, dalam indahnya si bunga, ia tidak selalunya mekar dan wangi...sedangkan baunye pun pelbagai, ada yang menyenangkan dan ada yang tidak. Ada pula bunga yang berduri dan melukakan, tidak kurang juga anasir luar yang merosakkan. Secara ringkasnya, perjalan hidup ini masih jauh dan panjang. Hanya Allah sumber kekuatan dan tempat bergantung harap. Hadith ini peringatan buat diri yang baru bertatih dalam alam rumah tangga.

 Maksudnya : “Aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ”
 (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

Hijau Pasir Mas

Petang ini agak berbeza dari petang yang biasa saya lalui. Petang yang hijau dan dingin. Bukan pertama kali saya di situ, tetapi kali ini aktivinya berbeza. Mengutip lada hitam untuk dijemur dan dijadikan bahan masakan. Jujurnye itu pertama kali saya melihat rupa asal lada hitam, tidak hitam...hijau kekuningan . Pokoknye menjalar, rendang dan daunnye iras daun sirih. Lebih menarik lagi, saya bersama tuan tanah yang menanam sendiri herba yang memiliki 1001 manfaat. Ibu Mertuaku...



Ini kisah saya di dapur Pasir Mas.

"Pauh ni, mek selalu buat sambal...sedap betol!!" itu testimoni pertama anak bongsu mek ketika kami memetik setangkai (setangkai tu ade 10-13 biji buah, comel tetapi masamnye bukan kepalang) pauh di tepi sawah belakang rumah mek.

"Mek kalau buat sambal pauh lagi sedap dari yang ini ...." ini pula testimoni kedua dari orang yang sama, ketika kami menjamu selera di majlis kenduri kawen kampung sebelah. Kali ini penegasanya sampai ke hati. Tekad! saya ingin belajar magis dari mek (gelaran untuk ibu di kelantan). Macam mana sambalnya boleh memukau hati anak-anak mek.

Pagi ahad kelas memasak bermula. Cikgu dah beli ikan masin, ikan kerisi. Arahan pertama, basuh atau bersihkan ikan...em, mudah je, sambil kening terangkat-angkat.

Arahan kedua, bakar..ops..macam mane tu?? sekilas ikan dilaut, tahu dah jantan betina...begitulah cikgu, macam tahu-tahu je menantu die sedang blur. 15 min kemudian ikan siap dibakar. Sedapnye bau....

Kalini, arahanya juga mudah. Perisi ikan...batu lesung dah berada ditangan..maksudnye isi ikan dalam batu lesung dan tumbuk..Senyum, tumbuk hingga lumat...Sedapnye lauk hari ini...bisik hati saya. Cikgu beredar, melunaskan kerja-kerja lain.

5 minit kemudian cikgu datang memeriksa hasil kerja anak murid yang datang jauh dari Melaka menuntut ilmu dapur...hmm...Ada yang tidak kena dengan prestasi anak muridnya ini.

Hati saye tidak sedap...saya sedar frequensi Melaka dan Kelantan tidak sama... Ade keyword yang saya salah tafsir. "Perisi ikan".....mane tulangnye anakku~~ jeng jeng jeng...

"Kene buang tulang ko mek" tanya saye dengan hati yang berdebar-debar dan loghat Kelantan yang pelat. Cikguku senyum. Yes, tepat jangkaan saya. Salah bace map. Dah masuk simpang lain. Route to change..bak kate GPS.

Pelajaran kali ini, Perisi ikan bermaksud ambil isi sahaja. Saya...isi, kepala, ekor dan tulang semuanya diISI ke dalam lesung dan ditumbuk dengan dedikasi....Untung belum lumat dan masih boleh diasaing semula...Selamat cikgu baik (T_T)

Alhamdulillah, resepi sambal mek kini terpahat di ingatan...sedap sedap sedap

Comments

  1. haha akk,, itu lawak,,, perisi ikan tu asingkan isi ikan dgn tulangnye,, nnt kalau nak buat laksam (laksa kelantan) pun kne perisi ikan jugak,, hehe,, ^^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin. "Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong.. "A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose. Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane. "Ika nak g US.." kate rose "Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia. Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara te...

NUTRILITE Garlic & Licorice

Kandungan bawang putih (allicin, selenium & sulfur) Allicin Salah satu sebatian kuat semulajadi utk membunuh mikroorganisma berbahaya. Boleh membunuh semua patogen (bakteria & virus) yg diketahui termasuk stophylococcus oureus & bakteria makan daging. Untuk berkesan allicin perlu dlm bentuk allicin "stabil". Selenium Mineral yg mempunyai ciri2 antioksida yg hebat. Mineral pembunuh kanser. Pengambilan 200gm mikrogram sehari dpt mengurangkan kes kanser hmpir 50%. Sulfur Antioksidan yg amat hebat Lindungi tubuh dr radikal bebas. Tingkatkan sistem imun kerana ia meningkatkan fungsi sel2 pembunuh semulajadi. Licorice Pelengkap yg baik utk bwg putih, brtindak atas pedih uluhati yg mungkin disebabkan oleh bwg putih dan hilangkan bau kuat bwg putih.   Manfaat Bawang Putih antioksidan utk memerangi radikal bebas brsifat anti mikroba, anti virus & anti jamur tingkatkan  stamina & daya tahan tubuh kurangi pembentukan penggumpalan darah d...

NUTRILITE Daily

Suplemen Multivitamin dan Multimineral Harian Vitamin dan mineral adalah penting untuk tubuh melaksanakan fungsinya. Pengendalian dan penyediaan makanan, pilihan gaya hidup dan peringkat usia mungkin mewujudkan keperluan untuk menambah nutrien harian anda, kerana memenuhi keperluan nutrien menerusi diet semata-mata kini menjadi satu cabaran. NUTRILITE Daily boleh membantu anda memenuhi keperluan harian. Dirumus dengan vitamin dan mineral yang seimbang untuk membantu mencapai kesihatan optimum. Satu biji tablet sehari membekalkan 11 vitamin penting (A, B1, B2, niasin, B6, asid folik, vitamin B12, C, D, E dan asid pantotenik). Serta, 7 mineral penting (kalsium, fosforus, iodin, zat besi, magnesium, kuprum, zink) dan pekatan alfalfa, selada air, pasli, bayam, karot dan ceri aserola NUTRILITE yang eksklusif. Soal Jawap Kita mungkin mempunyai cukup vitamin (katalah vitamin A) daripada makanan harian kita. Tidakkah berlebihan jika kita mengambil NUTRILITE Daily? Ad...