Skip to main content

Aidiladha di Kelantan Part II

Sambungan cerita..

Ini cerita segar dari saye yang teruja menyambut aidilAdha di Kelantan, khusus di Kampung Perol. Budaya korban di sini amat berbeza dengan kampung saya. Di Jasin ibadah korban di buat diperkarangan masjid, yang mana tidak semua orang menyertai...hanya ahli jawatankuasa yang dilantik dalam kalangan orang kuat kampung sahaja yang terlibat. Yang lain, seperti saya sekeluarga kebiasaaanya akan balik ke rumag masing-masing usai solat sunat aidiladha untuk makan ketupat rendang yang dimasak pada hari mantai/bantai (sehari sebelum raya) dan menonton TV meneruskan kehidupan seperti biasa (tak meriah pun).

Di kampung suami, ibadah korban dibuat di kawasan rumah orang-orang yang melakukan ibadah tersebut. Tahun ini ipar dan biras saya berkongsi seekor lembu, 5 bahagian keluarga suami dan 2 bahagian lagi jiran depan rumah. Maka sembelihan lembunya dibuat di rumah kami. Seperti yang saye angan-angankan, dapat tengok lembu di sembelih. Part yang paling dramatik adalah bile nak menumbangkan lembu...nampak macam kurus je lembu ni..tapi kemain susah nak menumbangkannya. Sebelum tumbang lembu, orang dulu yang tumbang bertimpa-timpa..kesian~~




Selepas disembelih, daging lembu tidak terus dibahagi untuk edaran seluruh kampung seperti di Jasin. Di sini, bahagian pertama diambil adalah untuk dimasak oleh tuan rumah buat jamu makan orang kampung. Menu di sini pun berbeza, tiada kari, rendang, sambal kacang atau lodeh...yang menjadi kemestian daging goreng dan sup lembu. Di makan bersama nasi, ulam-ulaman seperti bendi, petai, terung dan ulam raja, budu dan sambal. Mudah je..tapi tetap sedap umm..sehingga menjilat jari (terubat rase rindu pada rendang ibu..)

Ketupat pula, sini tiada ketupat nasi yang biasa saya anyam menggunakan daun kelapa. Sini ade ketupat pulut, yang dianyam mengunakan daun palas. Nama komersialnya ketupat palas. Kalau ketupat nasi mesti ade pasangan atau cicahnya sebab tak sedap makan begitu sahaja. Tapi ketupat palas ni, boleh dimakan begitu sahaja...sedap..nak menarik lagi boleh dimakan bersama daging goreng. Makan dua ketul dah kenyang..same la macam ketupat nasi..sebuku pun dah kenyang.

Aktiviti jamu menjamu atau saya panggil kenduri, orang kelantan panggil 'bekwoh' ni berlansung sehingga menjelang asar. Seharian di dapur basuh pingan dan menanak nasi. Orang kampung yang hadir memang ramai, sebab kata mek tidak ramai orang kampung yang sembelih lembu tahun ini. Jadi orang tertumpu pada satu tempat sahaja. Alhamdulillah, meriah..rase seronok tengok mereka makan. Hati lapang, menumpang berkat dan pahala orang yang buat ibadah korban. (^_^)v



Comments

Popular posts from this blog

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin. "Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong.. "A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose. Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane. "Ika nak g US.." kate rose "Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia. Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara te...

NUTRILITE Garlic & Licorice

Kandungan bawang putih (allicin, selenium & sulfur) Allicin Salah satu sebatian kuat semulajadi utk membunuh mikroorganisma berbahaya. Boleh membunuh semua patogen (bakteria & virus) yg diketahui termasuk stophylococcus oureus & bakteria makan daging. Untuk berkesan allicin perlu dlm bentuk allicin "stabil". Selenium Mineral yg mempunyai ciri2 antioksida yg hebat. Mineral pembunuh kanser. Pengambilan 200gm mikrogram sehari dpt mengurangkan kes kanser hmpir 50%. Sulfur Antioksidan yg amat hebat Lindungi tubuh dr radikal bebas. Tingkatkan sistem imun kerana ia meningkatkan fungsi sel2 pembunuh semulajadi. Licorice Pelengkap yg baik utk bwg putih, brtindak atas pedih uluhati yg mungkin disebabkan oleh bwg putih dan hilangkan bau kuat bwg putih.   Manfaat Bawang Putih antioksidan utk memerangi radikal bebas brsifat anti mikroba, anti virus & anti jamur tingkatkan  stamina & daya tahan tubuh kurangi pembentukan penggumpalan darah d...

Amway Home - Teknologi BioQuest Formula

Selama lebih 50 tahun, AMWAY™ telah pun menghasilkan produk pembersihan barangan di rumah yang hebat dan cakna terhadap alam sekitar. Pada 1959, AMWAY telah melancarkan Pencuci Pelbagai Guna L.O.C.™ – produk pembersihan organik lagi terbiodegradasi yang pertama untuk kegunaan dalam rumah. Sehingga hari ini, ia kekal sebagai satu daripada produk pembersihan dalam rumah AMWAY yang paling laris di seluruh dunia. AMWAY Home menawarkan rangkaian lengkap produk-produk yang sensitif terhadap alam sekitar untuk menangani kerja-kerja pembersihan barangan di rumah dengan lebih baik. • Produk-produk serba guna yang dirumus khas menjadikan seluruh rumah anda bersih bersinar-sinar. • Formula yang khusus untuk mengawal kekuatan pembersihan. Memiliki ciri-ciri Teknologi BIOQUEST FORMULA™ adalah pilihan yang selamat untuk keluarga anda dan alam sekitar.  LEBIH MESRA ALAM, LEBIH SELAMAT, LEBIH BERSIH Mengguna kuasa teknologi BioQuest Formula™, rangkaian produk AMWAY HOME yang baru me...