Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2016

Homemade scrub untuk Kulit lembut

Resepi sejak zaman bujang. Oleh kerana zaman itu zaman belum berduit sangat, nak jimat tapi nak cantik jadi memang gigih buat homemade scrub. Resepi amatlah mudah cume kalau tak rajin tak jadi jugakan. Lagi beberapa bulan sebelum nak bergelar isteri lagi la hakak sedaya upaya mencantikkan diri (pecah rahsia beria2 nak kawen). Bukan ape, pernah tanye naqibah usrah dulu, ape persediaan nak kawin..tanpa ragu-ragu kak naqibah terus kate "awak pergi la spa...bla..bla" . Ihsan Rotikaya Jadi dalam kepala saya yang dalam keadaan macam betul ke tak akak ni pun menghadam tips murni kak naqibah. Isteri kene cantik la maksudnye. Tapi nak selalu ke spa tak ade modal, tambahan pula bace review di internet kata kalau buat spa sendiri pun tak kurang bagusnye. Sebab kite tahu kat bahagian mane perlu keutamaan dan perhatian, mane perlu dan mane tidak. Jadi bermulalah experimentasi kecantikan saya. Mujur ade geng. Kak ngah pun beria jugak nak join. Bedak sejuk dengan kayu manis la, li...

Tragedi Isnin bulan Disember

Ramai yang tertanya-tanya ape yang terjadi pada saya dan keluarga baru-baru ini. Dua status fb saya mengundang banyak pertanyaan. Terima kasih sahabat-sahabat semua, saya sekeluarga amat terharu dengan keprihatinan kalian. Dan sebagai pengajaran dan ingatan untuk diri sendiri dan menjelaskan perkara yang berlaku, saya luangkan sedikit masa menulisnye dalam blog ini. Isnin lepas Allah memberi peringatan kepada saya sekeluarga dengan satu kejadian yang diluar jangkaan saya. Jujurnye saye memang tidak pernah melalui situasi seumpama ini dan langsung tidak menyangka akan belaku kejadian seumpamanya. Rumah sewa kami di pecah masuk dan kami kehilangan beberapa barang berharga. Kejadian belaku sekitar jam 2 hingga 5 pagi ketika kami sedang tidur (ya kami ade dalam rumah). Pencuri tersebut masuk melalui tingkap bilik kedua dan berjaya melarikan beberapa barangan penting termasuk beg galas saya dan suami yang ade ic, atm kad, kad kredit, duit dan pelbagai gadget milik suami. Saya orang per...

Set bersalin Tropical Herbs

Kehamilan adalah saat-saat yang sangat istimewa dalam kehidupan seorang wanita. Penjagaan badan dan pemakanan yang seimbang adalah sangat penting kerana si ibu perlu membekalkan zat-zat makanan untuk bayi yang sedang membesar di dalam rahim. Penjagaan selepas bersalin juga sama pentingnya kerana seseorang ibu baru perlu mendapatkan semula tenaga dan kecergasannya untuk menjaga bayinya yang baru lahir. Dalam kebanyakan budaya orang Asia, tempoh berpantang adalah waktu untuk si ibu dirawat sehingga memiliki kesihatan yang optimum. Ini adalah dengan memastikan ibu mengambil dengan kombinasi makanan yang baik, herbaherba yang menyihatkan dan amalan-amalan tradisional yang lain seperti berurut, bertungku, berbengkung dan bertanggas. Untuk dimakan 1. Teh Herba Membersihkan sistem dalaman tubuh ibu. Diambil sebagai tonik untuk mencergaskan semula ibu . Membantu membersihkan darah beku daripada rahim dan mempercepatkan penyembuhan jahitan. Herba antiradang membantu merawat tisu...

Badan langsing selepas bersalin

Bukan mudah untuk mendapatkan bentuk badan ideal atau bentuk badan seperti zaman anak dara selepas melalui proses mengandung dan bersalin. Masalah inilah yang menjadi kerisauan wanita-wanita, kerana apabila hamil , boleh dikatakan satu badan akan mengembang dan meluaskan kuasanya seiring dengan usia bayi. Usahkan kata pinggang, punggul, peha, dada hatta pipi pun mengembang biak mengalahkan pau coklat kat pasar malam. Banyak pakaian dah tidak boleh dipakai dan kasut dah semakin sepit. Bile beli baju baru, kena ambil saiz yang lebih besar. Terasa besar diri didepan cermin. sob sob sob. Satu isu lagi, badan lesu dan mudah letih. Bejalan sikit sudah terasa mengah dan nak duduk rumah sahaja. Kesihatan semakin merudum. Kepala selalu pening dan sendi-sendi selalu lenguh mengalahkan golongan-golongan emas usia mak-mak kite. Tidak hanya itu, bau badan sudah tidak seharum dulu. Mudah sahaja merebes bau tengik walaupun dah pakai minyak wangi sebotol. Bendalir di anggota paling berharga wanit...