Skip to main content

Kemas ada makna

Saya puji dan sangat kagum dengan orang yang rumahnya teratur dan kemas (yang tak ade pembantu rumah la). Biar rumah kecil, buruk nak roboh sekalipun. Saya pernah lihat dalam tv rancangan Bersamamu. Rumahnye kecil, boleh dipanggil pondok sebab kecil dan dibina daripada papan. Tapi bila masuk dalam rumah, barangan almari, katil, kerusi meja teratur dan tengok di sekeliling rumahnya bersih. Lamannye kemas, susah nak jumpa sampah, rumput-rumput ada tapi tak tinggi, dipotong, maksudnye di jaga dan tidak terbiar.

Kalau nak puji tu banyak lagi yang boleh ditulis disini. Banyak lagi contoh-contoh yang pernah saya jumpa, cuma nak katenye kemas tidak perlu duit banyak. Tidak same dengan nak mencantikkan rumah. Rumah cantik pada saya perlukan kos. Nak cat rumah, nak hiasan dalaman, nak tile, nak langsir, nak carpet, nak frame gambar, pasu bunga dan macam-macam lagi. Dan ya, sape tak suka punyai rumah yang cantik kan..

Kalau pergi IKEA tu amik gambar semua sudut, acah-acah rumah sendiri. Bilik tidur, sofa ruang tamu kerusi rehat. Aduh.. memang tula tempat terbaik nak berangan rumah idamanku. Situla nak cari idea nak mencantikan rumah. Perabot ape nak tambah, dinding mane nak gerudi, sudut mane nak letak kabinet. Sediakan duit aje, dapat la rumah cantik bak istana.

Itu untuk yang mampu. Tetapi untuk hal berkaitan kemas, pada saya ia 0 kos. Memang tidak mudah juga, nak kemas perlukan masa, perlu tenaga. Kite dah la kerja, anak-anak kecil ramai pulak tu. Pelbagai kekangan. Tetapi tiada masalah jika kemas itu telah manjadi tabiat!! Dan bile sebut tabiat, ia bermula dari tindakan kita sehari-harian, sejak kecil sehingga jadi terbiasa dan jadi tabiat\sikap. Dalam sebuah kuliah yang saya pernah dengar kata-kata seperti ini.

Hati- hati dengan Fikiran 
Kerana Fikiran akan jadi Tindakan

Hati- hati dengan Tindakan 
Kerana Tindakan akan jadi Kebiasaan

Hati- hati dengan Kebiasaan 
Kerana Kebiasaan akan jadi Sikap

Hati- hati dengan Sikap 
Kerana Sikap akan jadi Taqdir kehidupan

Boleh jadi, rumah yang kemas itu ade makna. Yela nak masuk TV so kene la rumah kemas elok-elok nanti ape orang kate kan. Kemas sebab orang nak datang nanti kalau bersepah tetamu tidak selesa. Rumah kemas nanti kalau kotor tuan rumah(land lord) marah pulak. Rumah kemas sebab nanti kotor, berpasir tak sapu nanti kuman membiak. Penyakit mudah dapat. Berselerak nanti susah nak cari barang. Barang tunggang langgang nanti makan ruang, rumah jadi sempit. Barang berterabur nanti mak marah. Nanti tak kemas bini beleter. Nanti suami naik angin.

Kemas la untuk ape sebab sekalipun. untuk mak, untuk suami isteri anak-anak, untuk kepuasan diri sendiri, untuk bos...KEMAS adalah sifat yang baik! Jadi Ismalina, sila lah jadi seorang yang kemas sebab kemas tu baik untuk diri kamu dan keluarga kamu. Kemas dan bersih itu sebahagian dari agama kamu. Di Dalam Buku HADIS 40 Imam Nawawi. Hadith ke 23

Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: "Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjualdirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya."

(Riwayat Muslim no.223 dan al-Tirmizi no.3517)

Di sebalik segala cabaran dan kekangan, jika dengan izin Allah, dengan tekad dan azam yang kuat dalam diri untuk sentiasa menjadi lebih baik, Pasti Allah beri jalan!! Insyallah semoga kita, ahli keluaga kita, zuriat keturunan kita terdiri dari golongan yang beriman kepada Allah.

Makna disebalik susun kasut
Baru tiga pasang, soon 4 selepas Mu'izz berjalan nanti

Susun sebaris - Kemas, mudah nak cari, mudah nak pakai dan
boleh muat banyak lagi kasut lain jika tetamu datang atau kasut2 lain jika ada
Tepi dinding - sebab beri laluan kepada orang nak keluar masuk pintu
tidak tersepak nanti hilang tercampak tak jumpa cari..

Makna disebalik melipat toto
Tempat beradu anak teruna. 

Susun/lipat separuh - boleh terus baring bile2 nak.
On top of each other - supaya senang nak bentang semula
Dua lapis - Tebal dan tak sakit badan tidur.
Letak tepi dinding - supaya tak dipijak-pijak dan untuk
elak dari cepat kotor dan menipis sebelum masa.

Comments

Popular posts from this blog

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin. "Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong.. "A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose. Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane. "Ika nak g US.." kate rose "Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia. Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara te...

NUTRILITE Garlic & Licorice

Kandungan bawang putih (allicin, selenium & sulfur) Allicin Salah satu sebatian kuat semulajadi utk membunuh mikroorganisma berbahaya. Boleh membunuh semua patogen (bakteria & virus) yg diketahui termasuk stophylococcus oureus & bakteria makan daging. Untuk berkesan allicin perlu dlm bentuk allicin "stabil". Selenium Mineral yg mempunyai ciri2 antioksida yg hebat. Mineral pembunuh kanser. Pengambilan 200gm mikrogram sehari dpt mengurangkan kes kanser hmpir 50%. Sulfur Antioksidan yg amat hebat Lindungi tubuh dr radikal bebas. Tingkatkan sistem imun kerana ia meningkatkan fungsi sel2 pembunuh semulajadi. Licorice Pelengkap yg baik utk bwg putih, brtindak atas pedih uluhati yg mungkin disebabkan oleh bwg putih dan hilangkan bau kuat bwg putih.   Manfaat Bawang Putih antioksidan utk memerangi radikal bebas brsifat anti mikroba, anti virus & anti jamur tingkatkan  stamina & daya tahan tubuh kurangi pembentukan penggumpalan darah d...

NUTRILITE Daily

Suplemen Multivitamin dan Multimineral Harian Vitamin dan mineral adalah penting untuk tubuh melaksanakan fungsinya. Pengendalian dan penyediaan makanan, pilihan gaya hidup dan peringkat usia mungkin mewujudkan keperluan untuk menambah nutrien harian anda, kerana memenuhi keperluan nutrien menerusi diet semata-mata kini menjadi satu cabaran. NUTRILITE Daily boleh membantu anda memenuhi keperluan harian. Dirumus dengan vitamin dan mineral yang seimbang untuk membantu mencapai kesihatan optimum. Satu biji tablet sehari membekalkan 11 vitamin penting (A, B1, B2, niasin, B6, asid folik, vitamin B12, C, D, E dan asid pantotenik). Serta, 7 mineral penting (kalsium, fosforus, iodin, zat besi, magnesium, kuprum, zink) dan pekatan alfalfa, selada air, pasli, bayam, karot dan ceri aserola NUTRILITE yang eksklusif. Soal Jawap Kita mungkin mempunyai cukup vitamin (katalah vitamin A) daripada makanan harian kita. Tidakkah berlebihan jika kita mengambil NUTRILITE Daily? Ad...