Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2018

Lipat Baju lebih cepat

Terpandang dua bakul baju yang kering. Satu bakul biru besar baju saya dan suami,satu bakul kelabu lebih kecil sedikit tetapi isi melimpah keluar, baju Mu'min dan Mu'izz. Telah dibasuh dan disidai dengan bantuan suami dan mesin basuh. Diangkat dan dimasukkan ke dalam bakul kerana nak sidai baju yang baru dibasuh sebentar tadi. Antara kerja-kerja rumah yang selalu saya skip kerana pada pandangan saya ada kerja lain yang perlu dilunaskan dahulu. Saban hari, daripada satu bakul sahaja bertambah menjadi dua, isi separuh penuh sehinggalah bakul melimpah, memuntahkan isi (ayat novel). Sebenarnya menunggu hujung minggu untuk dihadap dan dilipat sehingga habis...Minggu ini cuti hari wilayah jadi kite balik kampung mertua, minggu hadapan ibu saya akan menunaikan Umrah maka nak juga menghantar beliau ke lapangan terbang. Hujung minggu tidak berada dirumah pulak.. Minggu bertambah..bakul besar hijau dah menampakkan diri, mengisi baju-baju yang telah kering. Baju yang berlipat dalam

Menang by Faizal Tahir

Falling in love with this song so much!! Lagu nyanyian Faizal Tahir bertajuk Menang ni betul menang kat hati akak..sekali dengar terus jatuh cinta. Tak tahu pun ni lagu OSD Drama dalam Astro. Ape pun  i Loike the song so much. Saja nak simpan liriknye dalam blog ni.. Tetiba teringat suami. Sob sob sob, Insyallah.....