Alhamdulillah, diberi lagi nafas dan sempat lagi menulis. Lama juga tak timbul berita, al maklumlah, sibuk daripada Mei dengan PRU ( Macam la hakak bertanding kan huhu) Malas nak ulas berkaitan PRU ni. Panjang cerita nanti tak habis. uols bace la kat twitter, sampai ke hari ini masih banyak bunyi di sana sini. Iols still follow sebab nak tengok how is the Malaysia Baru ni. Ni nak cerita pasal 4 Perkara tentang buat kuih raya sendiri. 1. Jimat Kos Sebagai amatur yang baru belajar buat kuih raya, barulah diketahui bahawa barang untuk buat kuih raya ni tak la mahal mane pun. Banding dengan harga sebekas kuih raya yang dah siap memang jauh beza. Contoh kuih semperit susu..pakai tiga bahan aje pun 250g mentega, 1 cawan susu pekat dan 500g tepung jagung. Harga bahan mentah tak sampai RM10 dan kuih semperit boleh dapat 2 3 balang (bergantung pada saiz balang). Kalau beli, 1 bekas kecil tidak kurang dari RM18. Beli mesti 2 3 balang sebab nak bawa balik kampung, nak bawa rumah mertu...