Skip to main content

Kedekut : Jangan Sekat Rezeki Orang Lain


"Sejak musim wida' korang ni, rezeki kak izzah .....bla..bla..bla.." kedengaran suara Rose tenggelam timbul, dek melawan arus angin skuter yang sedang bergerak menuju ke Village 4.

"Ape Rose... xdengar..ulang2" ana yang membonceng dengan gaya Puteri Gunung Ledang separuh menjerit dari belakang, padahal tiada helmet pun diatas kepala, namun masih sukar untuk menangkap suara Rose...angin kuat, nak hujan kot..

Di parking Village 4..

"Saye kate tadi, rezeki kak izzah bertambah sejak kenduri batch awak nak g intern ni" jelas Rose.

"Kenduri??" ana pening, bile pulak ade kenduri untuk kami ni..

"Wida' [majlis perpisahan]" Rose membetulkan kenyataan

"ooo..a'ah sejak dua tiga menjak ni selalu makan kek coklat kak izzah" ana mengiyakan, teringat kek buatan isteri ustaz zuriyat yang baru dibaham tadi..dan kemarin.

"ye la. kalau kite perasan, bile kite raikan orang, dalam mase yang sama kite bagi rezeki kat orang lain jugak" tambah Rose

"paham kan maksud saye..kite ni dalam mase yang same memberi pade orang lain, bukan yang intern je.." Rose menjelaskan lagi, mungkin melihat reaksi wajah ana yang sedikit celaru dengan kate2nye tadi.

"o0o0o0o0o0....a'ah" akhirnye sampai seru untuk ana paham

"macam kate ustaz..kite ni bertanggungjawap menyebarkan rezeki allah dimuka bumi ni, kalau kite kikir itu namenye dah menyekat rezeki orang lain.." kate ana sambil mengah-mengah mendaki bukit yang tidak berapa tinggi dihadapan parking moto Village 4.

"a'ah, macam ayat quran tu Allah ade sebut"..Rose pun sama mengah mendaki gunung yang tidak seberapa tu..inilah padahnya nak lalu shortcut.

Begitulah perbualan dan pengajaran hari ini.. lama dah rasenya tidak berborak panjang dan bergurau senda dengan sahabat ana sorang ni..Semester lepas selalu bermusafir ke program Lakad bersama, sem ini program Lakad banyak diserahkan kepada AJK, jadi kurang masa bermusafir keluar.

Berbalik kepada tajuk, apa-apa sekali pun..manusia ini ejen pemberi rezeki dimuka bumi Allah. Kebaikan dan manfaatnya bukan untuk diri sendiri sahaja tapi lebih kepada orng lain. Namun Allah itu adil, banyak kite memberi, banyak juga kite akan terima. Secara sedar atau pun tidak rezeki Allah itu ada dimana-mana dan semuanya bukan milik kite. Jadi ayuh ikhlaskan niat. Memberi bukan untuk menerima.

"ape lagi rose, blanje la saya makan RFC ..nak g intern dah ni.." bisik ana ketika tamat menaip post ini..(^_^)

Comments

  1. Asslammualaikum...terima kasih kepada adik2 yg sudi menempah kek akk....semenjak 2 menjak ni memang banyk oder ..sampai x menang tangan akk nk bt....sampai ade yg tersilap ambik kek...sbb akk x tulis name adik yg oder kek tu...heheh.(*_*)..alhamdulillah..ALLAH menberi rezeki kepada akk sklGa melalui adik2 semua....best le le rose hari2 ade kenduri kek jgn ade yg jemu udah le ..hai rose xnak belaje akk n family ke.. ..nanti rindu le akk kat awk...

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam..alhamdulillah rezeki Allah tu ade kat mane2..tapi kek akk mmng best,i'allah xjemu(^_^)

    ReplyDelete
  3. alang2 rose blanje isma RFC nnt,blanje ler rumet dia skali..haha

    ReplyDelete
  4. yup..ana stuju
    rose bile nak g ni??
    kami tunggu..

    ReplyDelete
  5. lihat dengan mata hati..
    maka kita akan melihat semua orang disekeliling kita memberi dan menyumbang kpd kita..
    subhanallah.. ^_^

    p/s: rose, kene belanja ziha juga.. rindu kat rose.. huhu

    ReplyDelete
  6. saya copy paragraph ni ke status facebook saya.

    manusia ini ejen pemberi rezeki dimuka bumi Allah. Kebaikan dan manfaatnya bukan untuk diri sendiri sahaja tapi lebih kepada orng lain. Namun Allah itu adil, banyak kite memberi, banyak juga kite akan terima. Secara sedar atau pun tidak rezeki Allah itu ada dimana-mana dan semuanya bukan milik kite.

    ayat ni indah :)
    thanks

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin. "Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong.. "A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose. Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane. "Ika nak g US.." kate rose "Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia. Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara te...

Amway Home - Teknologi BioQuest Formula

Selama lebih 50 tahun, AMWAY™ telah pun menghasilkan produk pembersihan barangan di rumah yang hebat dan cakna terhadap alam sekitar. Pada 1959, AMWAY telah melancarkan Pencuci Pelbagai Guna L.O.C.™ – produk pembersihan organik lagi terbiodegradasi yang pertama untuk kegunaan dalam rumah. Sehingga hari ini, ia kekal sebagai satu daripada produk pembersihan dalam rumah AMWAY yang paling laris di seluruh dunia. AMWAY Home menawarkan rangkaian lengkap produk-produk yang sensitif terhadap alam sekitar untuk menangani kerja-kerja pembersihan barangan di rumah dengan lebih baik. • Produk-produk serba guna yang dirumus khas menjadikan seluruh rumah anda bersih bersinar-sinar. • Formula yang khusus untuk mengawal kekuatan pembersihan. Memiliki ciri-ciri Teknologi BIOQUEST FORMULA™ adalah pilihan yang selamat untuk keluarga anda dan alam sekitar.  LEBIH MESRA ALAM, LEBIH SELAMAT, LEBIH BERSIH Mengguna kuasa teknologi BioQuest Formula™, rangkaian produk AMWAY HOME yang baru me...

Kerabu Pucuk Paku Tanpa Santan

Sebagai simpanan untuk diri sendiri. Resepi ini mudah aje. Tapi tak bermaksud 3 minit dah boleh siap. Rumit jugak la langkah-langkahnya. Tapi saya rasa ini resepi yang lebih mudah berbanding resepi-resepi lain yang saya jumpa di internet. Saya memilih untuk tidak menggunakan santan sebab kebanyakan kerabu yang saya makan di kedai-kedai tidak ada kuah santan pun. Ade yang saya jumpa bersantan tapi kurang sedap. So ini resepi ciptaan sendiri. Boleh jadi juga resepi kedai-kedai tapi mereka mungkin tak ade blog nak update resepi mereka :P. Pes   1.5 Inci belacan dibakar 2 ekor isi selar (direbus dan diambil isi)  4 batang cili padi  Garam secukupnya Sayur 2 cekak Pucuk paku  (dicelur)  4 genggam toge (dicelur)  1 biji bawang besar dihiris 3  biji cili merah dihiris 10 biji limau kasturi amik air sahaja Langkah penyediaan. Tumbuk semua bahan pes Campur pes yang dah ditumbuk dan gaul