Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2014

Amalan Ibu Mengandung

"Kenape pagi tadi ayang muram je..." tanya suami dalam kereta sewaktu dalam perjalanan pulang dari tempat kerja. Tindakan yang sangat bijak!! tidak terus menyerbu, bile saya dah cool down baru suami bertanya. "Erm, oo pagi tade sebenarnya ayang risau pasal kerja. Ade SQL coding yang supervisor mintak.. Risau tak boleh nk siapkan.." Jawap saye...pagi tadi memang mood tak okay, senyum untuk suami pun macam tak larat je. "Ooo ingatkan sebab kecewa tak bangun Qiamulaill.." balas suami bersahaja.. "Allah..allah..allah.." ade elektrik yang menyambar dalam hati saye. Terbakar, insaf ... Umi isma, Umi kene lengkapkan mutabaah umi. Supaya umi ade hubungan yang baik dengan Allah, baru umi akan sentiasa sihat, kuat dan bahagia. Adik nak pakai banyak tenaga dan kekuatan untuk persediaan adik berhijrah ke dunia baru adik. Kalau umi tak bangun Qiamullail macam mana umi nak kongsi tenaga dengan adik.Adik nak tumpang kesihatan, kekuatan dan kebaha...

Aidiladha di Kelantan Part II

Sambungan cerita.. Ini cerita segar dari saye yang teruja menyambut aidilAdha di Kelantan, khusus di Kampung Perol. Budaya korban di sini amat berbeza dengan kampung saya. Di Jasin ibadah korban di buat diperkarangan masjid, yang mana tidak semua orang menyertai...hanya ahli jawatankuasa yang dilantik dalam kalangan orang kuat kampung sahaja yang terlibat. Yang lain, seperti saya sekeluarga kebiasaaanya akan balik ke rumag masing-masing usai solat sunat aidiladha untuk makan ketupat rendang yang dimasak pada hari mantai/bantai (sehari sebelum raya) dan menonton TV meneruskan kehidupan seperti biasa (tak meriah pun). Di kampung suami, ibadah korban dibuat di kawasan rumah orang-orang yang melakukan ibadah tersebut. Tahun ini ipar dan biras saya berkongsi seekor lembu, 5 bahagian keluarga suami dan 2 bahagian lagi jiran depan rumah. Maka sembelihan lembunya dibuat di rumah kami. Seperti yang saye angan-angankan, dapat tengok lembu di sembelih. Part yang paling dramatik adalah bi...

Shaklee : ESP Soy Protein Isolate Power

Perbezaan dan manfaat ESP berbanding produk soya biasa Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali sebagai Identity Preserved Program (IPP). Program ini untuk memastikan kacang soya Shaklee bebas dari pendedahan perubahan genetik. Dari benih sehinggalah penyimpanan nya. sesetengah soya diproses dengan menggunakan alkohol. Cara ini menghilangkan isoflavine yang bermanfaat dan mencemarkan soya itu sendiri dengan alkohol. sebeb itulah soya menjadi tidak elok untuk kesihatan. Kebanyakan produk soya juga telah mengalami perubahan genetik dalam pemprosesan nya. Proses ini dinamakan GMO (Genetically Modified Organism) iaitu tumbuhan atau haiwan yang telah dimodifikasi atau diubahsuai secara genetik menggunakan teknologi kejuruteraan genetik. Soya GMO memperlahankan proses penghadaman protein di dalam soya tersebut. Soya GMO menurunkan paras enzim penghadaman. Keadaan ini membawa kepada alahan terhadap pelbagai makanan. Selain itu soya GMO juga adalah toksin, I...

AidilAdha di Kelantan Part I

Assalamualaikum wbt Nak cerita, kongsi pengalaman dengan pembaca dan juga sebagai catatan untuk diri sendiri. Nanti bila tua boleh bagi anak-anak bace..Tahun ini tahun pertama saye beraya di rumah mertua. Ade baaanyak kisah menarik nak dikongsikan, sebab tu ade ade part I, kalau tidak jenuh nak menaip semua sekali gus. Untuk perjalanan kali ini kami tidak terus travel ke Timur, ade tempat nak disinggah. Ipoh. Tempat dating masa awal-awal perkahwinan dulu hee...Bukan nak dating, tapi kami decide tuk tidak meneruskan perjalanan 8 jam dalam satu hari, badan tak larat. Sudahlah di tempat kerja 8 jam, nak tambah pula lagi 8 jam...terasa tua Perjalanan bermula dari LRT Universiti menuju check point pertama, Ipoh. Sungguh menguji, perjalanan 3 jam menjadi 5 jam lebih. Kesian En Suami memandu dalam jem..Sampai di sana, check in hotel untuk melepaskan lelah kerja dan lelah perjalanan. Esok temujanji dengan Produa, tuk service Cik Bee kami. Pukul 12.00 tengah...

Semanis Kurma AidilAdha

Assalamualaikum wbt Berita gembira harini. Order semalam, petang ni dah sampai Shaklee slimming set and my ESP. Semoga dengan izin Allah badan akan lebih sihat. Harini Insayaallah lepas kerja akan gerak balik kampung di Pasir Mas. Seronoknye..nak tengok lembu korban. Saye belum pernah lagi menonton adegan sembelih-menyembelih lembu secara live. Harap-harap dapat tengok. Semangat berkobar bile tengok Semanis Kurma TV9 semalam. Tajuk yang sangat sesuai dan perbincangan yang sangat ilmiah, Ibu Jasin pun suke (sempat kol ibu pagi tadi..sob sob, xraye Melaka..Maaf zahir batin ibu). Banyak perkara yang tak tahu jadi tahu semalam kate ibu. Saye pula terasa rugi tak fokus Semanis Kurma. Mane tidaknye, leka mengemas beg pakaian untuk pulang ke Pasir Mas. Malam tadi suami saye lena awal..kepenatan meredah jem mase balik kerja. Isteri kat sebelah tidur dengan selesa..hee maaf yer abang. So malam turn saye berjaga, kemas beg dan rumah sebab esok pagi-pagi nak terus bawa beg dan pecut ke...

Instant street view

Assalamualaikum wbt Lunch hour, perut tak lapar lagi. Tadi makan cucur ikan bilis cicah sambal kering. Sambal kering import dari Simpang Kerayong tu yang jadi pembakar semangat buat cucur pagi-pagi, sampai lambat keluar rumah hari ni huu..alhamdulillah kenyang. Tapi dah ade rase lapar sikit-sikit ni.. Harini kecoh pasal instant street view . Boleh tengok jalan-jalan di seluruh dunia dengan mudah. Jadi, untuk tidak ketinggalan saye pun mencuba..pertama yang saya cuba mesti la kampung Melaka, kemudian berjalan sekitar Melaka rumah sanak saudara kononye..Menarik Aplikasi yang bermanfaat kalau pandai digunakan. Contoh untuk survay tempat melancong atau tempat program. Gamba pun memadai, jelas tapi tidak la beresolusi tinggi. Kelajuan applikasi ni pun agak menarik, laju, search engin de laju...tak perlu tunggu lama, siap ade option..cume biase la kalau gambar akan ambil 3 4 saat untuk dipaparkan sepenuhnya..Loading time Mule-mule ingat boleh nampak gambar semasan (real time, anggar...