Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2017

Tidak Sedar yang Saya Tidak Tahu

Saya berasal dari keluarga yang biasa-biasa. Maksudnye keluarga yang sederhana, kehidupan, belanjawan dan agama juga sederhana. Makan cukup alhamdulillah tidak pernah lapar, baju baru alhamdulillah setiap kali raya dan dari segi agama solat 5 waktu sehari semalam. Tiada yang lebih dan kurang. Membesar di kawasan Felda, menumpang kesenangan dan kemudahan anak-anak Felda. Sebenarnye nak bercerita tentang kehidupan beragama. Nak dibandingkan dengan keluarga suami. Keluarga saya sedikit jauh ketinggalan. Bapa mertua saya guru AL-Quran. Ibu mertua juga mempunyai suara lunak dan anak-anak mewarisi kelunakan suaranye untuk bertaranum. Anak-anak bersekolah di sekolah arab yang pastinya mempunyai asas bahasa arab. Menantu juga punyai latar belakang agama yang baik. Ustaz dan ustazah rata-ratanya. Keluarga saya, biasa-biasa sahaja. Termenung sejenak mencari dimana punca. Punca mengapa ia berat disana tetapi ringan disini. Bagaimana ianya boleh jadi tidak seimbang. Amat bertuah anak-anak Mak...

1001 Manfaat Protein : Protein Amway

Betul ke 1001???!! Penafian :1001 tu bukan lah bermaksud saya nak senaraikan 1001 manfaat protein Amway. Hanya nak mengumpamakan banyaknya manfaat Protein dalam badan kita. Nanti ada yang kecam hakak sebab over claim produk sendiri. Meh nak kongsi Protein adalah salah satu binaan asas dalam perkembangan badan seorang manusia. Tahukah anda, keseluruhan tubuh kita bermula dari hujung rambut sehingga hujung kaki, kulit, mata termasuklah organ dalaman kita mengandungi protein. Dan kesemua protein ini wujud dalam pelbagai bentuk dan menjalankan pelbagai tugasan penting untuk memastikan tubuh badan manusia berfungsi dengan baik setiap masa. Antara yang saya suka kongsikan adalah video Dr Julia Horsfield, daripada University of Otago. Sini NUTRILITE All Plant Protein Powder memberi anda yang terbaik dari alam semula jadi dengan tiga adunan GANDUM, SOYA & PIS yang unik. Campurkan sahaja produk dengan apa-apa minuman pilihan anda dan sedia diminum. Satu hidangan memberikan a...

Review Buku : Beduk Diketuk

Buku ini sebenarnya hadiah yang saya berikan kepada suami yang ketika itu bergelar tunang. Saya hadiahkan buku ini bukan kerana saya telah membacanya tetapi saya hadiahkan kerana saya nak membacanya nanti (konfiden betul akan kawin dengan beliau :P). Alhamdulillah cita-cita tercapai.  Buku bertajuk 'Beduk diketuk' karangan Usraz Pahrol Mohd Juoi. Jadi ini pandangan saya terhadap buku yang saya beli lebih kurang 5 tahun lalu. Sangat dalam tulisan beliau, seperti juga karangan-karangannya yang lain. Dalam dan berfalsafah. Sarat dengan analogi kehidupan. Tidak terlepas dengan perumpamaan yang saling terkait antara satu sama lain. Kebiasaanya di sebalik falsafah dan bahasa yang agak tinggi penulis akan menerangkan panjang lebar tentang apa yang cuba diperkatakan. Cukup untuk membuat pembaca berfikir dan termenung memuhasabah diri. Mengupas isu agama dalam kalangan masyarakat Muslim.. Bila bace dan membaca sekali sekala sentap apabile ade isu2 yang terkena di batang hidung ...

Hubungan sosial : Wanita sebagai seorang isteri

Menyebut tentang hubungan sosial, saya kira hubungan suami isteri tidak terkeluar dari skop ini. Saya juga tidak terlepas dari mengikuti hal cerai kawin sepasang salebriti yang agak mengemparkan baru-baru ini. "Saya memberi kenyataan berdasarkan faktar bukan emosi" katanya Bukan emosi, bukan emosi, bukan emosi..bergema di telinga saya...Kenyataan yang meyakinkan tetapi pada saya amat tidak enak mendengarnya. Bercerita tentang emosi. Saya memahami betapa terganggunya emosi seorang isteri apabila perkahwinan itu diragui. Rasa kecewa, sedih marah yang tidak dapat digambarkan. Luka berdarah dan parah. Jika boleh di bayangkan hati itu seumpama gelas kaca, saya rasa ianye telah pecah berderai. Jika hati itu umpama mata, pasti mata itu telah buta kerana tangisan yang tidak henti-henti.  Jika difikirkan lagi dan lagi pasti akhirnya ia tenggelam dalam lautan kesedihan dan kekecewaan. Sehingga satu tahap yang tidak lagi membolehkan seseorang berfikir dengan waras. Yang difiki...