Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2018

Hanya Kerana Satu Undi Rahsia

3.6 Juta rakyat Malaysia yang layak mengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih. Satu jumlah yang besar. Saya faham mengapa terdapat golongan yang enggan turun mengundi sekalipun telah layak untuk berbuat demikian. Sebenarnye nak mengundi ni bukan perkara senang. Nak pilih untuk memberi sokongan pada parti mana, pada siapa itu sangat sukar. Lebih sukar daripada nak mencari jodoh terutama sejak berbondong-bondong parti baru tertubuh. Sejak parti yang wujud sekian lama berpecah, sejak pemimpin lama muncul kembali ke arena politik. Pelbagai kerenah dan ragam dalam dunia politik. Sehingga saya sendiri pada satu masa dahulu melihat politik ini kotor dan tidak langsung memberi manfaat. Buang masa, buang beras, buang karen dan buang duit. Parti A kate parti B rasuah, Parti B kate parti C penipu, Parti A fitnah Parti B komplot dengar parti D E dan C. Parti K hina kaum Z, Parti Y hina Agama J. Sampai bila nak habis semua tuduhan-tuduhan seperti ini. Sebagai golongan marhain yang kel...

Bicara yang menyenangkan

Harini saya dengar lagi...tapi saya tidak begitu menyenanginya, saya harap Allah lindungi saya dan anak-anak saya daripada berperangai begitu. Urusan peribadi seperti nak buang air, kentut dll rasenya tak perlu 'umumkan' pada orang sekeliling anda. Lebih-lebih lagi dalam persekitaran yang formal seperti tempat kerja. Lebih manis jika anda seorang saja yang tahu. Segera pergi ke tempat yang sepatutnya untuk urusan itu. Bayangkan kita duduk dalam suatu mesyuarat, tiba-tiba salah seorang ahli mesyuarat bersuara "saya nak berak kejap.." apa pandangan kita?? kite ketawa..iya, perkataan itu lucu buat kali pertama..bangun dia sekali lagi, 2 kali, 3 kali..cirit birit... atau setiap kali mesyuarat aje kawan tersebut bangun "saya nak berak.." apa pandangan kita setelah itu??  Kan lebih elok jika dia tidak hadir, menggangu perjalanan mesyuarat. Dan menyakitkan telinga dengan bahasa yang kurang enak didengari. Pengumuman "ie rase nak kentut la.." sekali...

Hari Lahir ke-3 Anak sulong

Dapat buat sambutan hari lahir untuk anak ummi Muhammad Mu'min Bin Muhammad Zulhaziman. 30 Mac 2018 genap usianya 3 tahun. Dalam proses nak bebas dari diapers. Sikit lagi, nak betul-betul bebas, nak latih waktu malam dan waktu tidur tanpa diapers agak mencabar sebab die tidur sambil minum susu botol. Insyallah. Orang kata muka macam ummi, perangai namapk banyak nurun abah. Soft spoken dan cepat tesentuh. Kuat menangis dan susah dipujuk itu nurun ummi rasenya. Yang lain, seperti juga kanak-kanak biasa aktif, cerdas dan cerdik. Alhamdulillah. Ade nama adik sekali sebab birthday adik tak beli kek. Combo birthday cake!! 

Sambal Belacan Tidak Lumat

Kisah dibangku sekolah Saya dan adik selalu tertanya-tanya atau lebih kurang macam merungut knape sambal belacan ibu tidak ditumbuk betul-betul. Kepingan cili besar sehingga berupaya menyelimuti 1 ke 2 gigi dalam satu masa. Iya MENYELIMUTI. Jadi bahan jenaka kami adik beradik, cili selimut gigi. Kami rahsiakan dari ibu gelaran tu, bisik-bisik aje. Tapi bile ibu tahu, ibu pun tidak kecil hati, ibu pun gelak sekali. Bila kami ade di rumah ibu akan suruh anak-anak daranya yang tumbuk sambal belacan. Pandai ibu pancing hati kami. Ibu kata kami tumbuk lumat, halus.. Kembang semangkuk hati, terus tumbuk dengan tekun. Hasilnya selalu tidak mengecewakan ibu. Setelah sekian lama kisah itu, saya pun terfikir, rasanya macam tahu mengapa ibu tak tumbuk sambal belacan lumat dan halus macam kami tumbuk. Mungkin pengalaman dan pandangan orang lain berbeza, tetapi jike menurut hati dan pengalaman sendiri, saya rasa kerana faktor MASA. Ibu seorang suri rumah, tetapi bukan suri rumah sahaja. B...