Skip to main content

Posts

Menonton Pelawanan Bola Jaring Akhir SEA Game 2017

Hujung minggu lepas saya secara kebetulan menonton pelawanan akhir bola jaring sukan SEA. Waktu tu dah 18 gol dijaringkan oleh pasukan Malaysia dan tertulis di skrin tv '2nd' set. Jadi saya pun saja tidak menukar saluran Astro Arena kerana nak menunggu sape yang menang. Memang saya amat yakin Malaysia akan menang melihat kepada jumlah gol yang dijaringkan oleh kedua-dua pasukan jauh berbeza. Corak permainan pun sangat hebat, hampir satu gol setiap minit amat tidak membosankan. Penantian yang saya kira sekejap terasa lama. Dari 18 gol menjadi 21. Dalam hati saya "bile nak habis ni". Mungkin kene jaringkan 27 gol kot. Sebab badminton 21 dah menang. Ya sila gelak.. Saya menyamakan bola jaring dengan badminton. Langsung tidak terfikir permainan lain untuk disamakan peraturanya. Saya siap meng'google' berape jumlah gol untuk pelawanan bola jaring. Dan saya pelik 2 3 kali saya google kenapa tak mendapat sebarang info yang saya kehendaki. Lagi menarik, ibu j...

Putera kedua ummi Mu'izz

Setelah sekian lama tidak menulis. Akal terasa tumpul dan pemikiran jadi semakin perlahan untuk mengolah kata-kata. Fuyoo..berbaur jiwang disitu. Apapun idea penulisan saya ketika ini sememangnya semakin kurang. Dilanda kesibukan mengurus anak-anak, kerjaya, tanggungjawab sosial dan sedikit urusniaga atas talian.  Puji dan syukur kepada Allah saw atas kelahiran cahaya mata kedua yang diberi nama Muhammad Mu'izz bin Muhammad Zulhaziman. Hari ini genap umurnya 6 bulan. Kelahiran putera kedua disambut oleh Dr Zana Zalinda di Hospital Tunku Azizah Setapak. Proses kelahiran yang mudah dan cepat, syukur Alhamdulillah, tidak menolak hakikat bahawa melahirkan itu sememangnya sakit. Terasa nak menitiskan air  mata bila mengenang kembali detik-detik sukar mengharungi fasa 'active labor'. Sesungguhnya Allah jua yang maha mengetahui keadaanya. Kisahnya dinukilankan agar saya punyai ingatan dikala saya menyelak lembaran diari saya di laman blog ini nanti. Saya mula rasa ...

Homemade scrub untuk Kulit lembut

Resepi sejak zaman bujang. Oleh kerana zaman itu zaman belum berduit sangat, nak jimat tapi nak cantik jadi memang gigih buat homemade scrub. Resepi amatlah mudah cume kalau tak rajin tak jadi jugakan. Lagi beberapa bulan sebelum nak bergelar isteri lagi la hakak sedaya upaya mencantikkan diri (pecah rahsia beria2 nak kawen). Bukan ape, pernah tanye naqibah usrah dulu, ape persediaan nak kawin..tanpa ragu-ragu kak naqibah terus kate "awak pergi la spa...bla..bla" . Ihsan Rotikaya Jadi dalam kepala saya yang dalam keadaan macam betul ke tak akak ni pun menghadam tips murni kak naqibah. Isteri kene cantik la maksudnye. Tapi nak selalu ke spa tak ade modal, tambahan pula bace review di internet kata kalau buat spa sendiri pun tak kurang bagusnye. Sebab kite tahu kat bahagian mane perlu keutamaan dan perhatian, mane perlu dan mane tidak. Jadi bermulalah experimentasi kecantikan saya. Mujur ade geng. Kak ngah pun beria jugak nak join. Bedak sejuk dengan kayu manis la, li...

Tragedi Isnin bulan Disember

Ramai yang tertanya-tanya ape yang terjadi pada saya dan keluarga baru-baru ini. Dua status fb saya mengundang banyak pertanyaan. Terima kasih sahabat-sahabat semua, saya sekeluarga amat terharu dengan keprihatinan kalian. Dan sebagai pengajaran dan ingatan untuk diri sendiri dan menjelaskan perkara yang berlaku, saya luangkan sedikit masa menulisnye dalam blog ini. Isnin lepas Allah memberi peringatan kepada saya sekeluarga dengan satu kejadian yang diluar jangkaan saya. Jujurnye saye memang tidak pernah melalui situasi seumpama ini dan langsung tidak menyangka akan belaku kejadian seumpamanya. Rumah sewa kami di pecah masuk dan kami kehilangan beberapa barang berharga. Kejadian belaku sekitar jam 2 hingga 5 pagi ketika kami sedang tidur (ya kami ade dalam rumah). Pencuri tersebut masuk melalui tingkap bilik kedua dan berjaya melarikan beberapa barangan penting termasuk beg galas saya dan suami yang ade ic, atm kad, kad kredit, duit dan pelbagai gadget milik suami. Saya orang per...

Set bersalin Tropical Herbs

Kehamilan adalah saat-saat yang sangat istimewa dalam kehidupan seorang wanita. Penjagaan badan dan pemakanan yang seimbang adalah sangat penting kerana si ibu perlu membekalkan zat-zat makanan untuk bayi yang sedang membesar di dalam rahim. Penjagaan selepas bersalin juga sama pentingnya kerana seseorang ibu baru perlu mendapatkan semula tenaga dan kecergasannya untuk menjaga bayinya yang baru lahir. Dalam kebanyakan budaya orang Asia, tempoh berpantang adalah waktu untuk si ibu dirawat sehingga memiliki kesihatan yang optimum. Ini adalah dengan memastikan ibu mengambil dengan kombinasi makanan yang baik, herbaherba yang menyihatkan dan amalan-amalan tradisional yang lain seperti berurut, bertungku, berbengkung dan bertanggas. Untuk dimakan 1. Teh Herba Membersihkan sistem dalaman tubuh ibu. Diambil sebagai tonik untuk mencergaskan semula ibu . Membantu membersihkan darah beku daripada rahim dan mempercepatkan penyembuhan jahitan. Herba antiradang membantu merawat tisu...