Ciptaan Allah amatlah hebat. Semasa dalam perjalananku dari Kuala Nerang ke Alor Setar, aku melebarkan pandangan ke luar jendela. Aku melihat pokok dan tumbuh-tumbuhan lantas aku terfikir ; " Apakah yang istimewanya pokok ini? " Aku ingin menjadi seperti pokok dan tumbuh-tumbuhan yang sanggup bersusah payah untuk kehidupan manusia dan makhluk lain. Aku juga ingin mencontohi sifat pokok yang tidak mementingkan diri dan sanggup berkorban untuk makhluk lain tanpa mengharapkan balasan apabila memberi walaupun sering disakiti. Aku kagum apabila memikirkan keindahan ciptaan Allah. Aku kagum apabila berfikir tentang pokok. Pokok dan tumbuhan memerlukan Karbon Dioksida untuk menghasilkan Oksigen. Alangkah baiknya pokok yang sanggup menahan terik matahari untuk melengkapkan ‘ proses fotosintesis' dan sanggup berpanaskan matahari untuk menyediakan tempat berteduh dan berehat untuk makhluk lain. Pokok rela berkorban untuk makhluk lain. " Tetapi manusia? " " San...