Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2010

Ulang Tahun Pertama

Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah, diam tak diam blog yang serba kekurangan ini telah menyambut hari ulang tahun pertamanya hari ini. Lahirnya blog yang diilhamkan Allah dengan nama 'hatiku bermunjat" pada 23 oktober 2009,diharap dapat sentiasa membangun dan menyuburkan iman sekalian pembacanya. Walaupun adakalanya isi kandungan blog ini kurang berilmu dek kerana penulis yang sangat cetek ilmunya ini, namun amat berbunga hati setiap kali ana sendiri dapat berkongsi pengalaman dan ilmu bersama pembaca. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “ Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu ”. (Az-Zumar:9) Firman Allah S.W.T maksudnya: “ Allah memberikan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beerti ia telah diberikan kebaikan yang banyak ”. (Al-Baqarah:269) Firman-Nya lagi maksudnya: “ Hanya orang yang takut kepada Allah ialah orang yang berilmu ”. (Al-Faatir:...

Dakwah kadang-kadang...

“Em..esok aku kane bangun dan kejutkan kawan-kawan bangun subuh. Harini diorang dah menjajah satu melaka so mesti penat dan susah nak bangun awal pagi” kata ana dalam hati Alhamdulillah, lebih kurang sebulan lepas kawan-kawan sekolah rendah datang menziarahi saya di melaka. Sambil-sambil melancong diorang singgah ke teratak usang saya di Jasin. Mujur ade seorang ni pernah menjadi penghuni MRSM Tun Ghafar Baba yang lokasinye amat dekat dengan rumah . Jadi mudahlah mereka menaiki bas menuju kerumah . Berbunga-bunga hati ibu bila tahu kawan-kawan saya yang cukup die kenal nak datang. Hati saya apatah lagi.. Ibu memang suka menerima tetamu. Ibu pasang siling kat ruang tamu [jen0h kami adik beradik mendongak mengecat siling, nasib baik xteleng kepala kami ]ibu pasang kipas dinding kat dalam bilik  supaya nanti 6 orang kawan perempuan selesa tidur bilik tu dan bilik solat. Bukan nak menunjuk-nunjuk tapi demi keselesaan tetamu dan alhamdulillah itu juga rezeki dari Allah. i...

Janji yang Pasti

“oak..oak..oak..”kedengaran bunyi burung dari semak belakang rumah ana pagi ini. “teka, burang ape tu long?” soal abang kepada ana yang sedang asyik membaca buku Discovering Wildlife The Ultimete Fact File “ em..ape aek..macam bunyi burung gagak kot ”ana meneka “betol...” “orang dulu-dulu kate, kalau bunyi gagak ni ade orang nak meninggal..” ibu yang kelihatan sedang sibuk menjahit baju tempahan [ 3 hari lagi nak raye ni, risau ibu tak siap baju orang ] mencelah. “ o0o ae..”ana mengiyakan tapi hati “ ni betul ke takni ” ***** Keluar dari bilik air, mata ana terarah pada seseorang berbaju putih berkain batik dan berserkop putih dihadapan rumah, sedang berborak dengan ibu. “sape tu..” hati bertanye sebentar “o0o nenek Pati” ana menjawap sendiri dan terus berlalu menuju ke bilik. “ha!....kak long..kan betul ibu dah kate tadi, ade orang meninggal..nenek Pati kate orang tu duk kat rumah awam sane tu” ibu memberitahu ana,sekaligus mengbantutkan langkah ana . “ye k...

Kisah benar Menjelang Syawal

Peristiwa 1 “ni nak buat ape lagi ni bu ?” A bertanye,hajatnye nak tolong ibu kemas barang untuk buat kuih raye. “sume barang ibu dah keluarkan, tinggal nak basuh-basuh bekas je..ibu nak g pekan dengan ayah kejap, nak carik tempat kuih Dahlia ni..” “owh..ok..” jawapan feveret A..ibu terus berlalu membonceng moto yang dibawa olah ayah..tapi A yang tinggal ni, bukan terus buat kerja,merayau-rayau keliling dapur dulu [melawat site- mendapatkn mood masak] baru mula... berjam-jam jugak melawat site [safety first] Lalu apabila mood dah menjelma, kuderat yang masih bertenaga diawal pagi itu dikerah membasuh bekas-bekas adunan kuih yang ada beratnye seberat pasu bunge. “ini kalau tanam bunga kertas ni cantik jugak” A mengomel sendiri Cari-cari kerja lagi....A nampak kacang dalam kuali,maka di pindahkan kedalam mangkuk dan diramas-ramas supaya tertanggal kulitnye. “vroooom..vroooom..” bunyi moto ayah kedengaran memasuki lorong rumah.adik A yang sedari tadi terbengkalai di...