Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2011

Role Model

"Macam mane result SPM baru-baru ni" tanye ana kepada salah seorang pelajar SMV Seri Iskandar (SMV SI) semalam ketika duduk diperkarangan surau Aspuri mereka. "Ade sorang dapat 8a kak, die kire catat rekod sekolah tahun ni" jawap adik form5 tersebut dengan senyuman yang semakin melebar. "oo yeke, Alhamdulillah...Tu kire straight A lah kan?" ana mendapatkan kepastian dan adik itu mengiyakan.. "Subhanallah, sape yang dapat 8a tu, entah-entah akk pernah jumpe mase progrem sem lepas?" ana bertanye lagi, hati seakan-akan tidak sabar nak berkongi gembira dengan pelajar yang bertuah itu. "name die Faris budak EE, imam ....." "ooooo, adik tu yang jadi ketua badar sekolah ni, tahun lepaskn?" tidak sempat adik tu menyambung ayat, ana terus potong..ana tidak terkejut kerana hati sudah dapat menjangkakan orangnya. "a'ah" sekali lagi adik tu mengiyakan sambil senyum sumbing melihat telatah ana yang begitu exc...

Pencinta sejarah dan sirah

Terasa amat lama ana tinggalkan blog ini tanpa entri baru. Mujur, ana sempat menjenguknye sekali-sekali walaupun tidak terupdate. Background telah bersalin kulit. Susah sungguh nak mencari layout yang sesuai dengan tema blog ini. Apa pun, hope this layout pleasure your eyes InsyaAllah (^_^).. Alhamdulillah hujung minggu kemarin, Allah panjangkan langkah dan mencukupkan rezeki ana untuk menyertai Simposium Kecemerlangan Belia . Program 2 hari yang bertempat di Seminar Room Undercroft ini adalah program yang julung-julung kali dilaksanakan di UTP. Alhamdulillah, tidak terasa rugi membayar yuran kerana ilmu yang diperolehi adalah beribu kali ganda daripada wang RM25. Sedikit perkongsian daripada ana, sebelum ana sambung buat assigment IT Project Management dan Business Cyber Law. I'allah, daripada Ustaz Syaari ketika pembentangan kertas kerja keempat bertajuk Kepimpinan Islam: Kini, Dulu dan Masa Hadapan, beliau yang memetik kata-kata saidina Umar Al-Khattab " barang sesiap...

Semuanya tidak akan kekal

Assalamualaikum w.b.t Kira-kira sudah seminggu blog ini tidak berupdate. Al-maklumlah belakangan ini keadaan pemiliknye agak tidak terurus, serabut dan kurang sihat. Hajat dihati ana, nak bercerita panjang, ekoran idea yang melimpah ruah. Namun kekangan masa dan keadaan diri yang tidak begitu mengizinkan untuk ana lama menghadap komputer. Apa-apa pun ana bersyukur kerana sebuah hadith menyatakan bahawa terdapat dua perkara yang selalu membuat manusia lalai iaitu "Kesihatan" dan "Masa Lapang". Semuanya tidak kekal kecuali Allah s.w.t iaitu pemiliknya. Alhamdulillah, menyedari hakikat kehidupan ini ana sekeluarga tetap tabah dan sabar menerima kenyataan bahawa Allah telah menjemput salah seorang insan kesayangan kami pada Jumaat, 25 Februari 2011 jam 3 petang. Jenazah beliau telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan BT19 Jasin pada malam hari yang sama. Semuanya berlaku dengan pantas sehinggakan ana sendiri pun hanya berkesempatan menatap wajah terakh...