Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2011

RM160 000 vs RM1

"Mengikut jawapan bertulis, RM48 juta dibelanjakan antara tahun 2006 hingga 2010 bagi penyelenggaran kediaman kedua-dua pemimpin negara itu. Menurut jawapan itu, hampir RM33 juta dibelanjakan untuk menyewa kediaman lain semasa tempoh itu. Sewa dibayar kepada Perbadanan Putrajaya. RM3.5 juta lagi dibelanjakan untuk kerja baik pulih, RM10.2 juta bagi bil elektrik dan RM1.9 juta untuk bil air. Menurut beliau jika jumlah itu dibahagikan sepanjang lima tahun dan dikira mengikut bulan, kerajaan membelanjakan RM160,000 untuk bil elektrik dan RM33,000 untuk bil air bagi kedua-dua kediaman rasmi." MasyaAllah, terbeliak biji mata ana membaca akhbar Malaysiakini sekejap tadi. Bil elektrik rumah ana dikampung hanya RM20. Jika lebih 30 pasti ibu akan membebel dan berkuliah panjang. Mulalah semua peralatan elektrik dicatu dan dikurangkan penggunaanya. Lampu akan cepat-cepat dipahamkan setelah digunakan. Kipas selalunya hanya berputar ditahap 2 atau 3 sahaja. Bagi ana itu dah cukup ...

Tazkirah 30 saat

"Assalamualaikum" sapa seorang kakak lewat 30an kepada ana. Alhamdulillah, penghuni-penghuni menara berkembar tertinggi dunia ini tidak lokek memberi senyuman dan salam. Semua ramah-tamah belaka. Surau, selalu diimarahkan dengan pelabagai aktiviti yang bermanfaat. " Waalaikumsalam" ana menjawap pendek sambil membalas senyumanya. "Dalam radio IKIM, ustaz sebut kalau jawap waalaikumusalam warahmatullah hiwabarakatu, dapat 30 markah, markah penuh" katanya lagi sambil tergesa-gesa menyarung kasut dan terus berlalu menuju kearah lif. Ana sekadar senyum, "sempat juga kakak ni berdakwah walaupun tergesa-gesa" . Dakwah = Sampaikan = Sabda Rasulallah "sampaikan kepadaku walau satu ayat"

Acik ke Akak

“Acik..Acik..” Ana segera menoleh kebelakang, mencari-cari suara halus yang tiba-tiba menyapa tatkala pulang dari kerja. Akhirnya mata ana terlihat adik kecil yang tersenyum comel memandang ana. Ramah dan memang comel. Badanya tersidai di koridor rumah flat yang berhadapan rumah ana. Ana dengan senang hati membalas senyumnye. "Acik..Acik..Acik dah balik ae.." gadis comel itu bersuara lagi. "em.." ana mengagguk..kali ini senyum ana lebih lebar apabila terdangar panggilan Acik.. "em, acik ke aku ni..mude lagi rasenye, em...xpe la" ana berfikir sekilas dan terus beramah mesra dengan anak kecil berusia 3 tahun yang mengelar dirinye Aimi. Jiran depan rumah baru nak berkenalanlah katekan. Apapun, hakikatnye manusia semakin tua..yang adik akan jadi kakak, yang kakak akan jadi mak cik dan yang mak cik akan jadi nenek. Pengakhiranya tetap sama. Alam barzah dan banglo 7 tingkat bawah tanah yang akan menanti. Tidak kira siapa pun kita di dunia di...

Challenge and prepare yourself

Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah and thanks to Allah for giving me times to again, update my lovely blog. Lately I am having a hectic live in Kuala Lumpur. Though deep down in my heart, I already expect this. I have so many story to tell, but I don't know where to start. In fact, I am running out of idea when it come to say it in English. Bercerita dalam bahasa Melayu lagi best, for a Malay tongue like me. Never mind, just try it. Writing in English, remind me to Dr Zul. He was my Professional Communication Skill (PCS) lecturer. I took the subject took last semester . Dr. Zul did ask the class, what are the initiatives that we do to improve our English. It was the first day then, and I am wondering and thinking how can I answer it. As the result I got it B+. Not good enough. Frankly speaking, my English is very poor and I do nothing for it. During SPM I was surprise to see that I got A1 for this subject. Thanks to my table mate in SESERI, Zara. She is currently ...

Kisah Lobak. Telur dan Kopi

Kisah bermakna ini ana terbace ketika sedang kebosanan diOffice dek kerana 1st week baru masuk kerja.. Alkisah.. . Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan bertanya mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Dia tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Setiap kali satu masalah selesai, timbul pula masalah baru. Ayahnya yang bekerja sebagai tukang masak membawa anaknya itu ke dapur. Dia mengisi tiga buah periuk dengan air dan menjerangkannya diatas api. Setelah air didalam ketiga periuk tersebut mendidih, dia memasukkan lobak merah didalam periuk pertama, telur dalam periuk kedua dan serbuk kopi dalam periuk terakhir. Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar sambil memikirkan apa yang sedang dilakukan oleh ayahnya. Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Dia menyisihkan lobak dan menaruhnya dalam mangkuk, mengangkat telur dan mele...

Debaran Seorang Trainee

Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah, Allah beri kesempatan masa untuk ana cerita sediki pengalaman ana hari pertama bergelar trainee di KLCC. Sepatutnye, malam ini ana ade program diluar tetapi sudah ditunda, jadi berbekalkan broadband sahabat ana, Fizah ana pun online sekejap untuk menjengah blog dan berkongsi cerita dengan pembaca tersayang. Praktikal Subhanallah, debaran malam sebelum praktikal Allah sahaja yang tahu. Teringat pesan ibu supaya membaca zikir Al-Latif selalu. Kata ustaz ditempat ibu belajar, ustaz memberitahu bahawa zikir ini dapat melembutkan hati orang yang memandang wajah kite.Ya Latiff iaitu nama Allah yang bermaksud Yang Maha Lembut sekiranya diamalkan membacanya insyaAllah akan mudah dikasihi dan jika di tuju kepada musuh atau yang sedang marah , maka dengan izin Allah akan lembutlah hatinya terhadap kita....[p/s : bukan untuk mengorat orang..betulkan niat] Selain itu didalam buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan...

Jemur, Angkit, Sidai, Gantung Baju

Jemur vs Angkit Baju “angkat baju tu esok je kak long” ibu menyapa ana yang baru sahaja melabuhkan punggung dihadapanye. Ana terpingga-pingga...wajah ibu yang sedang asyik menjahit ana tatap berkali kali, diselang-seli dengan kain baju yang tersidai di luar rumah dan jam dinding, yang sudah menunjukkan hampir pukul 6 petang. Sejenak kemudian, ketawa kami kedengaran.. akhirnya ana faham maksud sindiran ibu. “ooo..ok ok, along gi angkat ni, ingatkan ibu kate betul betul tadi” adeyh lambat sungguh ana memahami. Begitulah yang seringkali berlaku jika kami adik beradik ada di rumah. Kadang-kadang, jiran sebelah pula yang datang mengingatkan kami untuk mengangkat kain sebab dilihatnya kain tidak berangkat walaupun hari sudah menjelang senja. Mungkin jika ibu dan abang sahaja dirumah mungkin hal ini tidak berlaku kerana ibu cekap menguruskan kerja-kerjanya. Namun apabila dah bertukar tangan kepada orang yang jarang balik rumah, inilah akibatnye. Sori ibu (^_^)v Sambil mengangkat ...