Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2016

Anak bertuah: anak anugerah Allah

Giliran saya pandu kereta.  Perjalan pulang ke Kuala Lumpur setelah 3 hari berada di rumah mertua di Kelantan.  Sedar tak sedar dah 4 jam lebih kami sekeluarga dalam kereta. Berbaki lagi 3 jam nak sampai Gombak. Fikiran terasa begitu tenteram melihat pemandangan  indah alam sekeliling. Suasana dalam kereta pun agak baik sebab anak saya Mu'min baru terjaga dari tidur yang agak lama. Letih badan bermusafir jauh agaknya. Teringat dulu masa pertama kali membawanya pulang ke Kelantan.  Waktu itu Mu'min berumur 2 bulan lebih. Perjalanan yang biasanye mengambil masa 8 jam terasa seperti 80 jam. Terasa sangat panjang dan tak mungkin akan saya lupakan. Yela, mungkin sebab masih bayi dan tak biasa berjalan jauh. Pelbagai usaha dan gaya sya lakukan nak menenangkannya. Sampai keduanya menangis sama-sama. Hai anak ummi, anak syurga, anak anugerah Allah pada Ummi dan abah. Ilmu dari salah satu Parenting book yang saya baca : Screaming Free Parenting. Salah satu cara untuk men...

Marriage Quote

Terbaca status seorang senior uni dahulu. Sebuah lagu dedikasi untuk isterinya sempena ulang tahun perkahwinan keempat. Look small but I tell you, his wife going to keep the smile the entire week. hehe. Indahnye sebuah rumah tangga. Tapi jangan tersalah paham,indanya itu bukan pada puitisnye kata-kata. Bukan pada cinta suami atau kasih sayang isteri. Tapi pada ikhlasnye kite memberi dan berkhidmat pada satu sama lain. I think marriage is something difficult to be described. And for me, the hardest chapter in marriage is communication. I love writing more than talking when it comes to feeling and emotion. Also because me myself don't really understand what I always have in my mind. Still need to learn a lot. Too much defect to be repaired in me. Of course not a perfect wife neither a lover. Funny Quote. Correct!! Definitely!! Deep..

Vintage : Planner DIY

Nak share sesuatu yang cantik dan anda boleh print sendiri. DIY konon-konon. Designnye menarik. dah mungkin boleh jimat kos daripada beli kat kedai. Sesuai untuk mereka yang ade banyak aktiviti sepanjang tahun supaya tidak terlepas sebarang program penting. Boleh guna, mengikut kesesuaian aktiviti masing-masing. Boleh juga digunakan oleh pelajar uni or jadual untuk anak2 yang homeschool. Mak2 yang busy bisness. Printable Planner in PDF copy anda boleh dapatkan dari Website ini. Vintage Design  . Sangat teruja dengan semua design yang disediakan dalam website ini. Semunya mengkagumkan. (^_^) Saya doakan semoga Allah kurniakan keberkatan masa untuk kite semua. Berkatnya masa bukan bererti banyak masa terluang, tetapi cukup masa untuk melunaskan semua tanggungjawap kita sehari-harian. Insyallah

Pelajaran : Menikmati ketenangan Hati

Sedikit ilmu yang saya dapat masa sesi pump semalam. Dari Majalah Mama Mei 2015 milik kawan sepejabat. Bagaimana menggalakkan perkembangan otak bayi. Tajuk yang memang sesuai dengan usia Mu'min sekarang. Semakin hari semakin banyak akalnye dan keseronokan bereksplorasinya yang semakin menjadi-jadi. Kekalkan kesihatan dan keselamatan bayi Sayang bayi anda.  Tunjukkan kasih sayang dan perhatian Berikan tindak balas terhadap isyarat bayi anda. Jika bayi anda menunjukkan minat untuk bermain, bermainlah dgnnya.  Jika bayi anda mahu dipeluk,  peluklah dia Kenal pasti bayi anda akan membesar mengikut kadar tumbesaranya Bercakap, membaca dan menyanyi untuk bayi anda, tidak kira apa pun yang anda baca boleh jadi akhbar atau nyanyi hanya sebaris lagu Kekalkan persekitaran yg mengalakkn eksplorasi dan belajar Bentuk rutin displin awal.  Jadual Jaga diri aqnda. Memodelkan kesihatan dan menangani stress dengan baik Hujung minggu lepas sempat juga melangkah ke Pame...

Rintihan Wanita : Mengurus emosi

Sudah menjadi rutin harian sya untuk masak makanan anak sebelum pergi kerja. Biasanya saya akan bangun sekitar jam 6 dan terus menanak bubur Mu'min. Ibu pesan supaya atur masa baik2 bila dah bekeluarga. Memang berbeza kehidupan bujang, berkahwin dan ade anak. Semuanye melalui pelbagai cabaran tersendiri. Terkadang tu sampai akal kosong seketika, sebab dah tak tahu ape yang perlu di buat dahulu..Berjela2 to do list di rumah. Dah namanye pun wanita ni, suri di rumah. Biarpun bekerja, di rumah wanita tetap tunggak utama. Masih banyak yang perlu sya perbaiki. Menjadi isteri, menjadi ibu, menjadi suri rumah. Semuanye perlukan kesabaran yang sangat tinggi. Melayani kerenah yang tersayang pun perlu ditelitikan lagi tekniknye.  Perkahwinan adik perempuan saya 2 tahun lepas.  Sebenarnye semua benda kalau boleh nak dibuat sebaiknya, tapi apakan daya, kudrat yang tidak seberapa ini kadang2 gagal melunaskan semua. Kadang-kala emosi menjadi huru hara dek melayan kelesuan badan, ta...

Review Tempat Bersalin

Saya ade menulis pengalaman bersalin anak sulung sye di GMC. Jadi nak share berkenaan tempat sya bersalin ni. Pertama, GMC ade menetapkan beberapa pakej bersalin, tapi saya xpasti sya ambil pakej yang mana mungkin Pakej Aishah sebab charge yang dikenakan pada saya tak sampai RM2000 untuk 2 hari 1 malam termasuk makan untuk sya sorang, pemeriksaan pakar untuk bayi baru lahir dan vasin pertama. Maka ini pendapat peribadi saya terhadap GMC. Gombak Medical Center. Dari sudut kemudahan dan prasarana, pada sya amat puas hati. Penginapan,   (bilik) saya minta yang biasa aje sebab anak pertama kan,  dan tiada pengalaman. Bila di tanye nak bilik mcam mane, sye pun xreti nak mintak yang macam mane so saya cakap nk bilik biasa sahaja. So dapat bilik yang ada satu katil, dan bilik air diluar. Ade kemudahan sofa, almari  baju dan tv. So overall semuanya baik, cantik dan bersih. Next time mungkin boleh mintak yang ade bilik air dalam bilik, so xperlu pakai tudung nk pergi ke ...

Outdoor Play for Toddler

Saya suka anak sya main di luar kalau saya ada masa lapang. Sebab bukan boleh biar sebarangan bile nak beri anak kecil main di luar, perlu ade pengawasan yang ketat. Zaman sekarang, anak boleh dilarikan betul2 depan mata ibu dan ayah, jadi memang xboleh leka. Kene perhati sebaiknya. Bemain di luar pada saya boleh membantu mencambah minda anak. Kalau ikutkan pembacaan saya disini , bermain di luar boleh menguatkan otot dan memperbaiki tahap keseimbangan badan. Anak-anak lebih berkeyakinan tinggi bile diberi peluang bermain dan menerokai alam sekaliling yang pelbagai. Tetapi Mu'min ni suke nnk pergi ke arah jalan raya, keluar je pintu terus menerjah ke jalan..Jenuh nak mengejar. Mungkin boring sebab ummi bawak main luar tapi xde aktiviti. So here some idea next time Outdoor play Idea .. Insyallah

RMC Boy's Birthday

Selamat hari lahir Azmil Yusop Ishak. Dah besar dah adik along. Hadiahkan kek coklat biru satu. So kite buat makan- makan kecil di perkarangan Masjid MTD. Penuh masjid dengan student2 MTD, memandangkan sekarang ni musim Mid Year Exam.Semua kelihatan cerah termasuk la Pak Usu Mu'min ni sebab xbanyak aktiviti luar dan kena pulun study. Pada awalnya saya menganggap MTD hanya untuk mereka yang nak jadi tentera dan akan digasak kaw-kaw untuk dibentuk menjadi tentera, rupa2nye silap besau. Mendengar cerita pak usu berkenaan ujian 1 mereka baru - baru ini, gamaknye pencapaian akademik mereka ni bukan calang-calang. Sehebat cerita2 mereka digasak di padang kawad dan ujian fizikal. Bertabahlah duhai adikku. Kamu yang mencari penyakit itu..huhu. Dengar cerita je la sebab bukan sye yang lalui semuanya. Mereka di MTD ni masing2 yang masuk pun bukan calang2 dan bukan senang...masuk dengan result yang gempah2 jugak, interview pun sampai seminggu. So kami ahli keluarga ni high expectation, m...

NMK Style : Montaj

Ini adalah Montaj yang pernah saya sediakan untuk Hi Tea Nisa' Wilayah 2014. Ade satu lagi insyallah bila ade peluang sya upload. Jangan tanye mengapa die blur (^_^)v .. Kalau nk tengok yang sharp kene baya ye..

Bersalin anak pertama

Setelah sekian lamanye blog ini sunyi tidak berpenghuni. Sampaikan pemiliknye pun dah lupa apa nama blog sendiri. Sadis disitu..Assalamualaikum pembaca budiman sekalian. Saya pun dah tak ingat lagi bila kali terakhir saya menulis tapi post ini saya nak berkongsi pengalaman saya bersalin anak pertama saya. Nama anak saya Muhammad Mu'min bin Muhammad Zulhaziman. Kini dah berusia 7 bulan. Saya panggil anak syurga saya itu Mu'min atau adik kadang-kadang panggil abang long (^_^)v. Saya sepatutnye dijangka besalin oleh doktor pada 7 April. Namun Allah maha kuasa Mu'min teruja nak jumpa ummi dan abah, maka lahirlah anak soleh ini pada 30 Mac 2015..300315 ..Kronologinye begini. 29 Mac 2015 (Ahad) Harini ini saya dan suami rancang nak pergi ekspo bayi di MidVelly. Jadi saya bangun awal dan siapkan sarapan dalam pukul 8 pagi. Saya masak spagetti bolongnes, sebab dah lama tekak ni nak makan tapi duk betangguh-tanggu beli barang.. pagi tu saye buat sekuali kuah dan seperiuk sp...

NMK Style : Button Bagde, Bookmark, Pemplate, Wish card

I love art and craft..i like playing with colors, images and font style. So here are some of my 'air tangan' yang xpower. Maybe it is good if i can work in this area, seek for the knowledge and experiences as professional designer. Because people said it is very good if you love you job. The skill and the experiences is very expensive and it is not available on any seminar nor training. Pemplate dan Bookmark Nisa' 2014 Poster coklat ni special, sebab unutk Nisa' Business Team Ini ucapan2 dari Nisa' kebanyakanye mintak last minit dan sye pun design last minit. Tepek2 aje

NMK Style : Teaser Program

Ini antara feveret sye kalau jadi ajk promosi. Untuk menarik orang datang ke page kami dan buat orang tertunggu-tunggu program kami. Tease..sye buka style kata2 hikmah or wisdom word. Untuk Hi Tea Nisa' : banyak lagi tapi ntah kemane semua. Boleh try check kat FB NISA' Wilayah Teaser Konvension Inspirasi Khadijah Teaser Ramadhan untuk Nisa' Small Kindness Same je style design. Ade lagi, tapi xade banyak masa nk mencari semua. Ape pun sye type yang kemas dalam design saye. Still need to learn a lot. Sye suke Photoshop, tapi PowerPoint pun not bad..haha so amatur