Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2016

NUTRILITE Iron Folic

Darah adalah penting untuk kehidupan. Zat besi adalah komponen hemoglobin, yang mengangkut oksigen daripada paru-paru kedalam tisu dan karbon dioksida dalam tisu kembali ke paru-paru. Setiap orang memerlukan zat besi kerana ia adalah faktor penting dalam pembentukan sel darah merah dan asid folik adalah perlu untuk pertumbuhan biasa dan mengekalkan sel-sel. Suplemen NUTRILITE Iron Folic menawarkan zat besi dan asid folik yang anda perlukan atau yang mungkin hilang daripada diet anda. 🌿Zat besi membantu pembentukan sel darah merah dan mencegah anemia zat besi. 🌿Asid folik membantu mencegah kecacatan tiub saraf dalam janin. 🌿Disyorkan untuk mereka yang menghadapi anemia zat besi dan amat penting untuk wanita yang merancang untuk hamil dan sepanjang 12 minggu pertama kehamilan. 🌿Penyerapan zat besi dirangsang oleh supplemen dengan Vitamin C Soal Jawap Zat Besi Apakah yang akan berlaku jika saya mengambil terlalu banyak zat besi? Ketoksikan zat besi boleh berlaku...

NUTRILITE Garlic & Licorice

Kandungan bawang putih (allicin, selenium & sulfur) Allicin Salah satu sebatian kuat semulajadi utk membunuh mikroorganisma berbahaya. Boleh membunuh semua patogen (bakteria & virus) yg diketahui termasuk stophylococcus oureus & bakteria makan daging. Untuk berkesan allicin perlu dlm bentuk allicin "stabil". Selenium Mineral yg mempunyai ciri2 antioksida yg hebat. Mineral pembunuh kanser. Pengambilan 200gm mikrogram sehari dpt mengurangkan kes kanser hmpir 50%. Sulfur Antioksidan yg amat hebat Lindungi tubuh dr radikal bebas. Tingkatkan sistem imun kerana ia meningkatkan fungsi sel2 pembunuh semulajadi. Licorice Pelengkap yg baik utk bwg putih, brtindak atas pedih uluhati yg mungkin disebabkan oleh bwg putih dan hilangkan bau kuat bwg putih.   Manfaat Bawang Putih antioksidan utk memerangi radikal bebas brsifat anti mikroba, anti virus & anti jamur tingkatkan  stamina & daya tahan tubuh kurangi pembentukan penggumpalan darah d...

Ubat Hati yang Lara

Kebelakangan ini hati saya dihambat keresahan. Anak yang seorang ini tidak nyenyak tidur. Jika dibandingkan dengan malam-malam yang biasa, Mu'min akan bangun  1 2 kali sahaja untuk menyusu. 2 3 harini bangunnya bukan kerana susu sahaja, bingung ummi dan abah memikirkan. Selepas diberikan susu pun masih panjang lagi siri tangisanye. Semalam nak berpangku tidurnye. Ummu Mu'min ni pula bukanlah orang yang penyabar, seringkali panas di sudut hati apabila tidak berjaya meredakan keadaan. Mujur abah peka dan segera mengambil alih tugas menenangkan. Didukung, dipangku dan didodoi dalam buaian. Pelbagai cara.. di malam hari dikala jiran tetangga sedang tidur nyenyak diulik mimpi. Terkenang episod tangisan Mu'min pada awal kelahiranya. Suara kuat bukan kepalang seolah-olah didera dan dipukul-pukul tubuhnye. Disuakan susu dia menolak, lampin tidak basah, kencing beraknya baik-baik sahaja. Pelbagai cara, semuanya tidak meredakan keadaan. Paksu yang selalunye sibuk dengan game d...

Puding Caremal Segera

  Puding Karemel Instant   Campuran lengkap kastard berkrim dengan sos keremel segera Cara penyediaan   Sebatikan serbuk kastard dalam 1000ml susu Didihkan selama 2 minit dan kacau selalu  Panaskan dengan api perlahan Curahkan kastard ke dalam acuan.  Curahkan sos Karemel (Warne perang)  Sejukkan / keraskan  dalam fridge  Sedia dihidangkan  Mudah dan cepat untuk disediakan Hidangan minum petang seisi keluarga Kandungan dalam 1 kotak 2 peket kastard 2 peket sos keremel Cream Caramel Desserts - RM17 Satu peket sos dan kastard Saya pakai bekas bulat, dapat 4 bekas 3/4 penuh Sos karemel tu mendap sendiri bile kite masukkan sos  Separuh selamat di telan oleh Mu'min. Kalau beli kat kedai, sikit dan mahal

Jika dia meminta kepada-KU, pasti AKU berikan

"Abang sayang pergi beli barang dapur dekat pasar pagi tadi. Orang ramai sangat. Barang yang dibeli pulak banyak, penat mengangkat semua masuk dalam kereta. Anak pulak meragam bla..bla.......Letih betul harini" Ujar si isteri "Ooo, yeke" suami membalas terus berlalu kebilik air. ........ Bagaimana respon anda pada situasi ini... Pernah sekali dalam sembang saya bersama kawan-kawan muncul kes begini. Saya begitu pasti berkemungkinan itu perkara yang tidak aneh bagi suami. Membalas sekadar yang perlu dan mendengar luahan isteri. Namun seperti yang saya jangka, ianya sebaliknya bagi kaum wanita. Sentap, sedih dan putus asa, yang comelnye ade isteri menyangka suami "xnk kawan ngan saya". Mungkin bukan semua wanita begitu tetapi kebanyakanye ya. Sekali dua tidak mengapa, memujuk hati dengan maaf dan baik sangka. Akan tetapi berkali-kali. Emosi mula menguasi, mengapa tiada respon.. Sampai hati tak peduli, lepas ni tidak perlulah carita apa-apa lagi.  ...

Masyhur Dilangit

Alhamdulillah hujung minggu lepas saya dan suami berkesempatan menghadiri satu lagi program anjuran Lajnah Tarbiyyah DPP. Sangat teruja kerana telah lama saya rindukan program tarbiyyah semeriah ini. Sangat ramai insan soleh solehah yang turut hadir menadah ilmu di sini. Terasa begitu membara semangat perjuangan tatkala melihat bendera-bendera Islam berkibaran di segenap kawasan. Belum lagi apabila laungan takbir setiap peserta ijtima' bergema menyambut kedatangan pimpinan-pimpinan terhormat. Berdiri bulu roma, terasa meresap ruh-ruh kesolehan dalam diri segera ingin sujud kepada Allah Rabul Jalil. Terima kasih atas nikmat iman, islam dan perjuangan yang dirasai. Sangat bertuah dapat menadah ilmu mengutip mutiara-mutiara berharga dari insan-insan soleh ini. Apabile melihat sosok tubuh mereka, mendengar  baris-baris kata mereka, tergambar dalam minda akan kekaguman yang tidak terperi. Pada saya mereka bukan insan biasa yang hanya berkuliah disana sini. Mereka adalah insan-insan...

Bicara tanpa kata

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI: SUAMIKU TAK ROMANTIK... : “Suamiku tak romantik... Kerana jarang-jarang kuterima jambangan bunga... Tanda ingatannya.. Suamiku tak romantik... Kerana sukarnya untu... .... Peringatan yang amat bermanfaat kepada para isteri. Sememangnya impian setiap wanita untuk menjadi isteri solehah kepada suami yang amat dicintai. Saat lafaz 'aku terima nikahnya' yang diucapkan oleh seorang lelaki, mengikat seorang wanita menjadi suri dihati. Saat indah menyarung cincin ke jari manis isteri dan saat pertama kali mengucup tangan suami. Meyakini akan setia mengharungi semua suka-duka bersama. Memetrai ikatan suci perkahwinan setelah membulatkan hati untuk hidup bersama. Terbayang detik-detik pernikahan saya dan suami yang berwalikan adinda bongsu di hadapan ibu dan ahli keluarga yang lain. Tiada debaran mahupun air mata yang menitis sehinggalah saat lafaz terima kasih yang perlu diucapkan buat ibunda tercinta. Taat ku telah beralih milik. Di hati i...

Ciri-ciri Breast Pump Idaman Saya

Perkongsian ini saya nukilankan untuk ibu-ibu atau bakal ibu yang berpusing-pusing, pening dan dilema mencari breast pump yang sesuai untuk diri sendiri. Saya bukan counselor laktasi tetapi terdapat beberapa kisah yang menyebabkan saya begitu terpanggil untuk berkongsi pengalaman ini. Sebelum saya memulakan cerita saya mencari breast-pump. Izinkan saya menerangkan aspek-aspek penting yang saya perlu titik beratkan. Satu, baby Mu'min refuse direct feeding selepas berumur sebulan. Bermakna baby saya minum susu ibu melalui botol sahaja dan saya perlu pump untuk supply susu ibu kepada baby saya. Disinilah bermulanya pengalaman saya sebagai Exclusive Pumping Mother (EP Mum) sehingga baby berumur 1 tahun. Kedua saya bekerja 8-9 jam waktu pejabat. Maka saya terpaksa menghantar anak kepada pengasuh berdekatan rumah saya. Jadi berikut adalah ciri-ciri breast pump yang perlu saya miliki. Built-in Bateri -  Dalam bahasa kampungnye, able to store power via rechargeable battery . Sebaga...

Isteri Solehah Sumber Ketenangan

Hanya sahaja, apa yang mampu lagi wajar dilakukan adalah mengendali hati dengan kekuatan iman. Imam Ibnul Qayyim rahimahullah menukilkan : “Dalam hati ini ada kekusutan yang tak boleh terurai, kecuali dengan menghamparkannya pada ALLAH. Dalam jiwa ini ada kebuasan yg tak akan mampu terjinakkan kecuali dengan mengingat kebesaran ALLAH. Dalam hati ini selalu ada kesedihan yang tak akan pernah hilang kecuali dengan perasaan damai bersama ALLAH dan kembali pada ALLAH.” ............... Termenung seketika membaca bait-bait kata, nukilan  UmmuHusna  di blognya. Saya suka membaca karya penulisan beliau terutama topik sekitar rumahtangga dan suami isteri. Mungkin saya bukan pembaca tegar blog beliau tapi kebanyakan tulisannya yang sempat saya baca, selalu membuat saya termenung dan mengelamun sendiri. Sering rasa tenang dan damai membaca bicara pujuknya terhadap setiap permasalahan rumahtangga. Tidak menuding jari kepada sesiapa, tidak terburu-buru dan selalunye memba...