Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2018

Rakan sebilik zaman muda

Rakan sebilik pertama saya. Asal Kelantan tapi cakap luar tak bau budu. Itu pandangan pertama saya padanya. Masa masih belum ada asas 'bahasa kelantan'. Sekarang bile dah jadi menantu orang Kelantan. Ade sedikit asas loghat klate tu, boleh la kenal pasti budu jenis ape beliau makan bile de kecek luar huhu. Bantal busuk masing-masing. CJ7, Froggy and Happy Bear. 0oo paling saya ingat sekali tentang sahabat saya yang sorang ni, beliau kaki study. Bab study memang tiada kompromi. Sebab tu keputusan sentiasa konsisten cemerlang. Malangnya kami tak sama kos(kalau tak mungkin saye juga cemerlang sepertinya). Beliau kos petroleum engineering.. Uuu PETROLEUM ok! Tak ramai kat Malaysia ni.. Now working with Petronas ..uuuu PETRONAS. She deserve it!! 8 Tahun dah berlalu...Dah beranak pinak  Kata kata imam alGhazali  Pilihlah sahabat yang jika engkau meminta sesuatu daripadanya pasti ia memberi, jika engkau diam dia menyapamu dahulu , jika ada sesuatu kesukaran dan kes...

Hari Kelahiran Mu'izz

19 Januari hari kelahiran Mu'izz. Kami pergi shellout untuk makan malam, simple celebration, yang kenyangnya mak dan ayah. Birthday boy macam biasa, panjat turun naik meja kerusi. Huhu nak makan macam perang .. 2 lelaki kan boleh bayang kalau dua-dua turun naik meja kerusi dikala mak ayah kelaparan dan berhajat menghabiskan setalam shell out. Sape yang tak pandang kamera? Kebetulan saya kene ke PD pada hujung minggu. Jadi satu bentuk sambutan lagi, bermalam di hotel. Awal check in dua beradik ini kemain gembira bile malam adik dah mula rindukan buai die. Jadi nak tidurkan tu macam-macam cara. Yang paling best sebab umi peminat laut. Lepas asar  tentatif santai-santai jadi tanpa betangguh terus ke laut main air. Bukan senang nak dapat gambar tengah laut macam ni ok. Tudung umi plak spoil. Sebenarnya sapa yang galak sangat main air laut. Anak ke mak?? "Dia mungkin tak punyai ibu yang terbaik. Tapi dia miliki Tuhan, Allah Rabbil Alami. Pemilik langit ...

Kemas ada makna

Saya puji dan sangat kagum dengan orang yang rumahnya teratur dan kemas (yang tak ade pembantu rumah la). Biar rumah kecil, buruk nak roboh sekalipun. Saya pernah lihat dalam tv rancangan Bersamamu. Rumahnye kecil, boleh dipanggil pondok sebab kecil dan dibina daripada papan. Tapi bila masuk dalam rumah, barangan almari, katil, kerusi meja teratur dan tengok di sekeliling rumahnya bersih. Lamannye kemas, susah nak jumpa sampah, rumput-rumput ada tapi tak tinggi, dipotong, maksudnye di jaga dan tidak terbiar. Kalau nak puji tu banyak lagi yang boleh ditulis disini. Banyak lagi contoh-contoh yang pernah saya jumpa, cuma nak katenye kemas tidak perlu duit banyak. Tidak same dengan nak mencantikkan rumah. Rumah cantik pada saya perlukan kos. Nak cat rumah, nak hiasan dalaman, nak tile, nak langsir, nak carpet, nak frame gambar, pasu bunga dan macam-macam lagi. Dan ya, sape tak suka punyai rumah yang cantik kan.. Kalau pergi IKEA tu amik gambar semua sudut, acah-acah rumah sendiri. Bil...

Si BuahTembikai Merah

Alhamdulillah... tak lama lagi genap setahun menyusukan Mu'izz (exclusive breastfeeding) Syukur ya Allah. Nikmat yang tidak ternilai dari Allah. Cuma kene berkerja keras sikit sebab stok susu semakin berkurangan dalam peti ais. Permintaan semakin bertambah. Daripada 2 beg (7oz per bag) kepada 3 bag sehari walaupun dah mula makan. Untuk anak kedua ini, ade pembaharuan dari segi milk booster. I love it!! Milk booster saya tembikai. Ye buah tembikai yang merah tu. Kulit hijau dan banyak air tu. Memang itulah kegemaran saya suami isteri anak beranak. Beli sebijik sekali hadap pun boleh habis makan. Sebenarnya kekadang tak cukup, berebut mak ngan anak-anak. Tiba-tiba ditakdirkan menjadi sepadan pula sebagai makanan penambah susu. New discover past few days. Bahagia rasa. Berita yang sangat mengujakan bagi seorang pencinta buah macam saya. Tak sah sehari tak makan buah. Stok buah sentiasa ade di rumah. Selalunya borong di pasar pagi Greenwood. Murah dan pelbagai jenis buah ade. Tak ...

Stabil jiwa, Tenang

Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kamu menganggap remeh suatu kebaikan,walaupun sekadar bermanis muka ketika kamu menemui saudaramu." (HR.Muslim:2626) Betul, saya selalu ambil ringan bab senyum/manis muka. Terutamanya dengan anak-anak dan suami. Kadangkala bila dah ternaik hangin tu memang susah nak senyum. Kesian anak-anak terkebil-kebil apabila suara umi dah mula tinggi. Tak berganjak die dari tempat tadi..mata terus memandang saya. Mungkin nak minta maaf tapi tak pandai nak susun ayat. Umi terus tak pandang, ego ni tinggi. Mentang-mentang aku ibu!! Kali pertama mendengar hadith ini masa tinggal sebumbung dengan kawan-kawan di Pantai Permai, Pantai Dalam. Baru lepas grad. Teringat ketika itu, saya berfikir sekejap apabila memahami hadith Nabi ini. Setuju benar. Bila serumah kite tahu hati budi masing-masing, kenal bukan sekejap, dah bertahun-tahun berkawan. Kenal, bila waktu kawan tu gembira, kenal, bila waktu sedihnya tiba, kenal juga bila waktu stress sesama-sen...

Buka tirai 2018 di atas bukit

Kali terakhir saya ke sini adalah 15 tahun lalu. Seingat saya, saya menaiki bas bersama kawan-kawan sekolah rendah selepas tamat peperiksaan UPSR. Masa yang agak singkat, menyebabkan lawatan ke tanah tinggi itu kelihatan agak samar-samar dalam memori saya. Yang pasti, saya bawa pulang beberapa pokok kaktus dan key chain bunga. Percutian kali ini seolah-olah membalas dendam yang tersemat dalam hati sekian lama. Tiga hari dua malam(ok itu satu tempoh yang sangat cukup). Betul kata orang, hujan emas negara orang hujan batu tempat sendiri. Saya rindu Melaka dan Kuala Lumpur. Sejuk di tanah tinggi itu bukan kehidupan saya. Mungkin kami datang pada musin hujan, menyebabkan cuaca disana begitu sejuk bagi saya. Tidur tak begitu lena, mandi bukan tak basah tapi lebih mengerikan dari itu. Mandi menjadi satu agenda yang paling saya harap saya boleh tunda (tak nak mandi!!). Alhamdulillah terima kasih kepada pemanas air, tapi itu tidak lama, lepas mandi sejuknye terasa hingga ke tulang (ku...