Skip to main content

Posts

Nasi Arab bulan Zulkaedah

"Abang, saya tapau nasi arab" Macam biasa la aktiviti lepas jamuan office mesti ade aje yang saya akan tapau bawa pulang. Ade geng tapau kite join aje le.. Senang jimat dan sedap. Makan malam percuma seisi keluarga!! Lagi pun kalau saya makan sedap sikit, mesti teringat anak-anak huhu..sindrom mak-mak. Yang nak jadi ceritanya ayat paling tak boleh blah en suami.. "Lupe lak SBM beraya di bulan Zulkaedah :P" Ok.. gelak guling-guling aje la. Puasa 29 hari,raya 35 hari. Sukahati!! Ape pun ongkampong panggil belated raya. Gambar sikit-sikit. Bos besau dan Geng IT.. Seko je bunge.. Akak-akak designer ..

Keluarga Sepenuh Masa

Kemain tak ade mood nak kerja harini sebab weekend terlalu sakan beraktiviti. Sabtu pagi dah ke rumah terbuka Nisa' Wilayah bertempat di Putrajaya. Alhamdulillah makan sedap dan pelbagai juadah disediakan. Lepas rindu bersua muka sahabat-sahabat yang lama tidak berjumpa. Al-maklum puasa dan raya sakan kitew. Singgah di Seri Kembangan bawa anak-anak berjalan ke Farm in The City. Best betul dapat bersosial dengan haiwan. Berbaloi la yuran RM37. Mak, apak dan anak-anak riang kemain. Semua pencinta haiwan. Berlainan dengan zoo, kat sini boleh berintraksi, beri makan, sentuh boleh bergambar dekat-dekat dengan haiwan. Ngantok kan.. Mak lupe diri ..geram pulak ikan ni tak dapat-dapat dari tadi.. Jauh nau..macam la kura-kura tu makan orang!! Lepas balik. Jangkaannya 3 hero ni akan tidur. Rupenya 2 sahaja. Mu'min terus bertenaga. Maka kita buat projek di dapur. Bakar brownies 1 kali. Hurm ini cubaan kali ke 4. Tidak begitu membanggakan tetapi tidak lah me...

4 Perkara Tentang Buat Kuih Raya Sendiri

Alhamdulillah, diberi lagi nafas dan sempat lagi menulis. Lama juga tak timbul berita, al maklumlah, sibuk daripada Mei dengan PRU  ( Macam la hakak bertanding kan huhu) Malas nak ulas berkaitan PRU ni. Panjang cerita nanti tak habis. uols bace la kat twitter, sampai ke hari ini masih banyak bunyi di sana sini. Iols still follow sebab nak tengok how is the Malaysia Baru ni. Ni nak cerita pasal 4 Perkara tentang buat kuih raya sendiri. 1. Jimat Kos Sebagai amatur yang baru belajar buat kuih raya, barulah diketahui bahawa barang untuk buat kuih raya ni tak la mahal mane pun. Banding dengan harga sebekas kuih raya yang dah siap memang jauh beza. Contoh kuih semperit susu..pakai tiga bahan aje pun 250g mentega, 1 cawan susu pekat dan 500g tepung jagung. Harga bahan mentah tak sampai RM10 dan kuih semperit boleh dapat 2 3 balang (bergantung pada saiz balang). Kalau beli, 1 bekas kecil tidak kurang dari RM18. Beli mesti 2 3 balang sebab nak bawa balik kampung, nak bawa rumah mertu...

Hanya Kerana Satu Undi Rahsia

3.6 Juta rakyat Malaysia yang layak mengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih. Satu jumlah yang besar. Saya faham mengapa terdapat golongan yang enggan turun mengundi sekalipun telah layak untuk berbuat demikian. Sebenarnye nak mengundi ni bukan perkara senang. Nak pilih untuk memberi sokongan pada parti mana, pada siapa itu sangat sukar. Lebih sukar daripada nak mencari jodoh terutama sejak berbondong-bondong parti baru tertubuh. Sejak parti yang wujud sekian lama berpecah, sejak pemimpin lama muncul kembali ke arena politik. Pelbagai kerenah dan ragam dalam dunia politik. Sehingga saya sendiri pada satu masa dahulu melihat politik ini kotor dan tidak langsung memberi manfaat. Buang masa, buang beras, buang karen dan buang duit. Parti A kate parti B rasuah, Parti B kate parti C penipu, Parti A fitnah Parti B komplot dengar parti D E dan C. Parti K hina kaum Z, Parti Y hina Agama J. Sampai bila nak habis semua tuduhan-tuduhan seperti ini. Sebagai golongan marhain yang kel...

Bicara yang menyenangkan

Harini saya dengar lagi...tapi saya tidak begitu menyenanginya, saya harap Allah lindungi saya dan anak-anak saya daripada berperangai begitu. Urusan peribadi seperti nak buang air, kentut dll rasenya tak perlu 'umumkan' pada orang sekeliling anda. Lebih-lebih lagi dalam persekitaran yang formal seperti tempat kerja. Lebih manis jika anda seorang saja yang tahu. Segera pergi ke tempat yang sepatutnya untuk urusan itu. Bayangkan kita duduk dalam suatu mesyuarat, tiba-tiba salah seorang ahli mesyuarat bersuara "saya nak berak kejap.." apa pandangan kita?? kite ketawa..iya, perkataan itu lucu buat kali pertama..bangun dia sekali lagi, 2 kali, 3 kali..cirit birit... atau setiap kali mesyuarat aje kawan tersebut bangun "saya nak berak.." apa pandangan kita setelah itu??  Kan lebih elok jika dia tidak hadir, menggangu perjalanan mesyuarat. Dan menyakitkan telinga dengan bahasa yang kurang enak didengari. Pengumuman "ie rase nak kentut la.." sekali...