Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2010

salam ukhuwah

Alhamdulillah harini allah memanjangkan lagi umur dan melimpahkan lagi rezekinya yang banyak lagi halal kepada ana dan mereka-meraka yang terlibat pada hari ini. Harini boleh dikatakan hari ana menyempurnakan tanggungjawap ana sebagai hamba allah yang menyampaikan seperti minggu-minggu yang sebelumnya . Pagi dimulakan dengan tragedi pergi meeting lewat setengah jam, atas sebab-sebab yang ana sendiri tidak boleh terima[ yang pasti bukan sebab lewat bangun tido], jadi kifarah 1000 istighfar atas kesalahan sendiri...syukran kepada bunga mawar yang teman ana pergi meeting. Agenda diteruskan dengan usrah lajnah yang sepatutnye bersempena majlis perpisahan AJK Lakad yang bakal berpindah ke matrik[seday],malangyne orang yang dirai tidak dapat hadir,tapi agenda mengeratkan ukhuwah sesama ajk tetap diteruskan..walaupun ajk yang hadir sorang je [lillahitaala] Kemudiannya menyambung tugasan untuk menyempurnakan usaha dakwah kepada adik-adik yang baru masuk ke UTP januari 2010 baru-baru ini...Ring...

Mana milik kita?

Mana milik kita? Tidak ada milik kita Semua yang ada Allah yang punya Tidak ada kita punya Kita hanya mengusahakan saja Apa yang kita dapat Allah sudah sediakannya Kita Allah punya Dunia ini ciptaan-Nya Miliklah apa saja Tidak terlepas dari ciptaan-Nya Mana kita punya Tidak ada kepunyaan kita Kita hanya mengusahakan Apa yang telah ada Mengapa kita sombong Memiliki Allah punya Mengapa tidak malu Kepada Allah yang empunya Patut bersyukur kepada Allah Yang memberi segalanya Malulah kepada Allah Kerana milik Ia punya Janganlah berbangga Apa yang ada pada kita Kalau Allah tidak beri Kita tidak punya apa-apa Janganlah mengungkit Mengungkit jasa kita Jasa kita di sisi-Nya Yang sebenarnya Allah punya Marilah kita bersyukur Bukan berbangga Bersyukur kepada Allah Bukan mengungkit jasa Gunakanlah nikmat Allah itu Untuk khidmat kepada-Nya Selepa...

terkena batang hidung sendiri

alhamdulillah baru-baru ini ana diberikan lagi kesempatan untuk dgr pengisian dari seorang murabbi yang hebat imported from kerteh actually ana dtg lewat 1jam sebab terlupa [al-insan sokmo lupe] seday jugak sebb terlepas ijam pertama rase rugi yang teramat sgt.. tapi ni adalah hasil 1jam kedua yang ana dpt ade 7 isu yang ana terkesan bile dgr tapi ana share 2 paling menarik isu 1 : JEANS -ana dgr sikit je..ana dtg terus dgr pekataan 'jin' ingat ape la ... -tapi ana catch up balik dgn orang yang datang awal -tn hj kate daie xpatut pakai jeans -jeans dikaitkn dgn mat rempit , penagih dadah dll -tn hj suruh simpan jeans yang ade sekarang walaupun mahal -dia kate kalau kita nk berubah allah pasti akan tolong -kalau tgk situasi sekarang pun, mane ade ustaz @ ulama pakai jeans -bukan apa, jeans ni x menggambarkan kite ni orng yang ikut usrah -tapi tidaklah sampai jatuh hukum berdosa kalau nak pakai -lbh kurang gitu la yang ana dapat.. isu 2 : al-mulk -tn haji tanye.."azab kubur ...

Rakyat yang cakna isu semasa

harini ana terdetik pula untuk postkn entry berkaitan isu semasa, bukan nak berpolitik...tapi sebagai daie sepatutnye kite kene amik tahu jugak isu semasa dan cakna dengan keadaan persekitaran...ana bukanlah orang yang minat nak ambil tahu isu-isu politik dan keadaan semasa, sebab ana rase study dan meeting pun tak habis pikir...tapi faktor persekitaran dan keamanan sejagat memaksa ana untuk turut sama ambil tahu isu-ise sebegini... dalam konteks seorang pendakwah, bagaimana nak menyampaikan kepada orang lain dengan berkesan jika keadaan sekeliling bergolak..bagaimana dakwah nk berjaya kalau kita tidak ambil kira keadaan mad'u yang menghadapi masalah..kite main redah je nak buat, pakai hentam je cakap tanpa menyedari bahawa keadaan sekeliling dah berubah, contohnye isu PRK di Hulu Selangor baru-baru ini... kemenangan pihak BN dengan mejoriti 1725 undi tidak wajar diraikan dengan kegembiraan semata-mata, malah perlu bagi mereka melihat dan menganalisis corak pentadbiran yang akan da...

pakaian ketaqwaan

Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat. (al-a'raaf 7 : 26)

suasana solehah = biah solehah

minggu lepas ana berkesempatan memenuhi undangan menjadi fasi sebuah program motivasi pelajar sekolah agama rakyat di pantai rengit....ana bersama seorang sahabat sejawatan maziah [masulah lajnah tarbiyyah dan kepimpinan] dan dua orang insan yang berhati mulia yang suka rela menjadi fasi fiqah [ajk lajnah akademik dan pembangunan insan a.k.a adik usrah maziah] dan asyiqin [ajk lajnah kebajikan dan perpaduan a.k.a adik usrah ana] LAKAD di propose untuk menghantar 4 orang fasi dan diberi full autority mengadakan apa-apa modul yang dirasakan sesuai untuk slot yang dikhaskan untuk kami , maka perancangan modul dibuat jam 6.30ptg sehari sebelum program [last minutes kerja tapi tak jugak siap petang tu] . Oleh kerana malam tu ana kepenatan ditambah pula meeting-meeting yang setia menunggu maka modul tu tertangguh. ana sambung buat modul jam 4.45 pagi dan siaplah modul 1. modul 1 PICnye maziah dan modul 2 muhasabah ni ana yang PIC. Text muhasabah dibuat dalam kereta gen 2 merah milik kak m...

Kanak-kanak yang tulus dan jujur

Kesempatan ana berada di kelas bimbingan perperiksaan lagi pada kali ini mengundang peristiwa lucu daripada adik2-adik...adik yang berbaju oren di atas tu namanye sabrina, anak kecil kelahiran indonesia ini menyapa ana tatkala masuk ke dalam kelas. .."akak, akak...... rupe akak macam arnab ni"....sambil jarinya menunjuk ke arah kertas latihan yang diberikan oleh fasi sebentar tadi....ana tak terperanjat atau marah tapi, Hampir-hampir je ana tergelak besar mendengar statement yang jujur daripada adik sabrina ni, ade ke ana yang manusia ni dikatekan serupa dengan arnab, tapi tak menjadi masalah pun kalau budak-budak yang kate begitu sebab mereka ni tak paham lagi dan cakap jujur dari hati. Tapi kalau orang tua tu , kene take into consideration jugak ape maksud disebalik kata-kata tu. lepas tu ana pun buat-buat merajuk, ana kate " sampai hati kate akak macam arnab " budak-budak kite kene layan macam budak-budak jugak .. sabrina pun kate "bu...

kebajikan generasi akan datang

salam ukhuwah Dua minggu lepas ane berkesempatan menjadi sebahagian tenaga pengajar untuk kelas tuisyen LAKAD (biro akademik Rakan MAsjid)...alhamdulillah hujung-hujung minggu yang terluang pasti ana akan ke sana, kalau nak ikutkan semester sebelum ini memang 100% komitmen ana pada kelas ini [walaupn bukan fasi] namun semesta ini, ana dapat hadir beberapa kali sahaja ekoran terpaksa memberi komitmen kepada urusan-urusan lain yang lebih utama. Kelas tuisyen ni dah agak lama jugak di tubuhkan kalau x silap 2006. malangnya ana gagal mengesan siapa pengasas usaha murni ni. masa ana jadi fasi dlu ana ajar PMR, adik-adik yang datang sikit je, kadang2 fasi lagi ramai...tapi xpe, ajk selalu nasihat agar x putus asa Sem berikutnya ana naik pangkat jadi bendahari, sem tu sem paling best sekali sebb adik2 sangat ramai, ujung minggu ana conferm xmis datang kelas...1) sebb nak kutip duit yuran 2)nak menenangkan fikiran 1)kutip yuran dan urusan berkenaan duit memang kerja ana, masa...

All the best untuk test HSE

salam alhamdulillah dikesempatan masa yang sangat sedikit ini allah lapangkan masa untuk ana singgah mengemas blog yang semakin senyap dan sunyi ini... sharing yang bermanfaat tu mungkin tidak sempat untuk ana tulis tapi , sekadar mengucapkan selamat maju jaya kpd rakan2 yang akan menjawap soalan test HSE malam ini... prepartion bermula pada hari ahad (semalam ..al-kisahnya).. [sebenarnye dah mula awal jugak tapi dah lupe] yang bestnye ana berkesempatan mengikuti satu program rakan masjid dan dapat pulak revise soalan HSE( health safety and environment) di dalam pondok tiga segi(tempat penginapan) bersebelahan dengan air terjun yang indah, pada waktu pagi yang damai... mulanya khusyuk dan fokus lepas tu..tersengguk2 lalu syahid... apa2 pun jom g ambik test...

tudung bulat kolot

Assalamualaikum..sahabatku sekalian, ape khabar? tetibe terase ingin berkongsi sesuatu dengan kalian semua..i read bout this article in one of my yahoogroup and from my fren's blog..betul2 dapat merasakan isi hati penulis dalam artikel ni sebab diri ini pernah merasakan sebegitu suatu ketika dahulu..diri ini pernah dihina dengan pelbagai macam panggilan dek kerana penampilan sebegini..bertudung besar, berbaju kurung, dengan arm sock dan stokin..kadang2, masyarakat memandang pelik dengan penampilanku sebegitu..oleh golongan sebangsa dan seagama pula tu..rasa sedih dan malu pun ad..tapi, aku xnak menyalahkan siapa2 kerana aku ingat lagi pesan naqibahku suatu ketika dahulu..setiap kali melihat kemungkaran di depan mata, jangan mencela mereka..sebaliknya hisablah diri kalian dan katakanlah kepada diri, 'Ya Allah, insan ini tak bersalah, tetapi aku yang bersalah kena dakwahku tak sampai padanya'..ku harap ada ibrah yang dapat diambil oleh semua yang membacanya baik diriku mahu...

adakah arak najis

Pendapat Pertama: Arak itu Najis Pendapat ini adalah pendapat jumhur (majoriti) ulama iaitu empat ulama mazhab, Syaikhul Islam Ibnu Taimiah dan ulama kontemporari seperti Syaikh Muhammad Amin Asy Syinqithi, Al Lajnah Ad Da-imah lil Buhuts ‘Ilmiyah wal Ifta’, Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdillah bin Baz, dan Syaikh Sholih Al Fauzan. Dalil pendapat pertama ini adalah firman Allah Ta’ala, يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah adalah rijsun termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan.” (QS. Al Maidah: 90) Dari ayat ini, majoriti ulama berdalil bahawa Arak di samping haram, juga najis. Mereka memaknakan rijsun dalam ayat tersebut dengan najis. Pendapat Kedua: Arak Memang Haram, Namun ...