Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

TAQWA

Alhamdulillah rase lega dan tenang apabila selesai Viva Final Year Project ( FYP ) awal tengah hari tadi. 2 soalan yang diajukan oleh internal examiner juga dapat dijawap dengan baik (^_^)v. Alhamdulillah Allah bantu lembutkan hati examiner daripada tanya soalan yang tak mampu dijawap. Kini tiba masa untuk menyiapkan final report yang perlu dihantar 19 Desember nanti. All the best all!! Pecutan terakhir... Employee Benefits Hari ini 12.12.12 class Human Resource Managemant (HRM) diteruskan lagi dengan tajuk baru; feadah @ kelebihan untuk pekerja. Persoalanya, yang mana lebih utama bagi seorang pekerja.. antara jumlah gaji bulanan atau faedah tambahan seperti pembiayan perubatan, bonus, alaun dll ? For me both of this aspect are equally important. That is why, most of UTP graduate put their high hope and expactaion to be with Petronas. Otherwise, Petronas would be our benchmark .It is either you work with Petronas, or company that offer same amount as offered by Petronas.....

CINTA

Tiang-tiang besar dan bangunan jam Kepala singa disisi kerusi Who is this?? Dunia tanpa sempadan. I'm currently at Segi Collage Damansara for Dis. Rupt Competition. Cuci mata dan cuci jiwa :). Nice place, feel like I'm in Rom. No lie, refer to the above pictures. Just presented my project yesterday but unable to proceed to the final battlefield this Friday ( T.T ). No worries, another battlefield is coming. Wait for me viva. Feel like going home now. It's fruits season.. "bile along nak balik amik rambutan ni, dah banyak dah" "ibu pos laju je...(^^)v" Cerita yang seterusnya, berkisar tajuk hangit which is CINTA. I'm now 22 years old, maka saya telah layak bercerita tantang tajuk ini...malu (-_-)''....Tapi setelah termenung sejenak, rasenya perkataan CINTA tu seolah-olah berat dan susah untuk diperkatakan, maka kite mudahkan bahasa dan kite berikan ia nama baru iaitu KASIH SAYANG. Adik-adik 18 tahun ke bawah pun boleh bace ...

Tenang itu dari hati

Exam Slip Poster untuk Pre SEDEX yang ditunda Mungkinkah ini examination slip yang terakhir untuk diri ana semeste ini?? I'allah moga-moga ianya yang terakhir dan terindah. Sebak T.T tambah-tambah baru pulang dari jaulah bersama sahabat dan adik-adik cute keselatan tanah air. Selalu sahaja hati membuak-buak untuk meninggalkan segala yang ade di kampus UTP ini. Teringin nak merasa kehidupan baru. Namun kali ini lain rasenya. FYP yang mendesak dan memaksa-maksa untuk disiapkan terasa manis dan menggembirakan. Masa tidur yang tidak tentu hala kebelakangan ini rase amat indah, sayang nak memejam mata dikala masa-masa akhir sebagai graduan UTP.  Mungkin inilah namanye manusia, menghargai tatkala masa telah suntuk dan menyesal tatkala telah kehilangan dan tiada lagi di hadapan mata. Tatkala merenung buku ini, hati terdetik mungkinkah buku ini hadiah hari lahir terakhir dari seorang sahabat yang amat-amat ana kasihi kerana Allah. Selepas graduasi nanti adakah lagi sahaba...

Sale November ini!!

Tudung Lycra Labuh berdagu - Awning lembut - Size XL RM40 tidak termasuk kos Pos laju Sale!! Yang ade kat UTP meh testing kat bilik ana (^_^)v stok terhad

Final year Final sudah : Berkahwin

Lucu yang teramat sangat.**(^_^)** Tapi ape yang dikisahkan tu amatlah betul sekali [kesalahan tatabahasa]..Kawin ni ragamnye amatlah pelbagai..Berkongsi pengalaman rumate yang telah berstatus isteri dan bakal naik pangkat menjadi Mama.. Tahniah rumate..maaf tidak dapat mengulas lanjut, FYP sedang menunggu..doakan saye grad ye kawan-kawan..

Penyediaan Insan

Pagi esok, test kedua untuk semesta ini. Human Resourece Managemant kelas paling best dan lecture paling cute Dr Rohani (^_^)v. Subject menarik yang bercerita tentang pengurusan sumber manusia bermula daripada menyediakan definasi kerja, menggaji pekerja, memberi penghargaan dan menjaga hubungan aset terpenting sesebuah syarikat ini. Dalam subject ini, manusia yang bernama pekerja dikatakan terlalu bernilai "valuable" terutama pekerja yang memiliki bukan sahaja ilmu dan teori tetapi juga praktikaliti yang baik dalam sesuatu bidang. Tambahan lagi, pekerja sebegini juga tidak boleh diganti dengan apa-apa yang lain "cannot be imitate and no good substitude". Saya nak jadi pekerja yang memiliki spesifikasi sebegitu ... amin Ya Rabb Ilmu ini bukan rake cipta ana sendiri, HRM ni ilmu yang wajib dipelopori oleh semua syarikat-syarikat yang besar. Bukan itu sahaja, semua perkara memerlukan HRM yang baik dan efisyen..pengurusan sumber manusia seharusnya bermula dari di...

i-Inova : Allah itu Maha ADIL

The only thing yang best hujung minggu ni Hidup yang tidak adil, kerana dunia itu tidak pernah pun adil. Baru bace aritkel Dunia Tempat Berpenat. .Allah terus bagi modul on the spot. Terduga hati, mata sikit lagi nak berjurai air hujan (T_T). Nafas seolah-olah tersekat namun bibir tetap digagahkan untuk mengukir senyuman. Duhai hati yang terluka, bersabarlah kerana bukan kamu sahaja yang Allah uji. Para rasul terdahulu juga turut diuji dengan lebih getir lagi. Minggu yang tidak dapat digambarkan. Jasad menuju ke Nilai dengan hati yang tidak pernah tenteram meninggalkan UTP (sayang juga aku pade u ini) dan sebab-sebab yang tidak dapat diceritakan (tenangkan hatiku dan ampuniku wahai Allah). Final Year Project orang lain yang di tambah baik dan dibawa bertanding dalan i-innova USIM minggu ni kisahnya dapat bronze. Yang bestnye, hari kedua yang memboringkan, ana pun ambil kesempatan untuk explore project orang lain sendirian(nak tambah pengetahuan am la kononnya). Unfortunatly...

ALLaH aDa DiK

"Kenape menangis?" tanyaku lebut "Takut" Jawapnya dalam tangisan yang tidak berbunyi "Takut??"soalan terus dilontarkan dengan penuh rase ingin tahu "Takut tak boleh buat, mak ayah letakkan harapan yang tinggi" lantas air matanya diseka "Awak anak sulung?" Kepalanya mengangguk perlahan. Perbualan ringkas dengan seorang pelajar tingkatan 5 Maahad Ihya' As-Shaarif Gunung Semangol. Hati seakan-akan mengerti isi hatinya. Hanya mata yang tidak menzahirkan, mungkin telah kering sebelum kaki sampai ke tanah bertuah itu. Kuasa Allah memberi ketenangan dan kerehatan di bumi perjuang tersebut. Mencari semangat untuk meneruskan perjalanan yang masih panjang dan penuh liku. Peluang yang mandamaikan tatkala mendampingi seorang wanita muda yang kelihatannya begitu kental dan bersemangat. Hakikatnye masih seorang insan biasa, hamba yang Maha Esa dan wanita yang penuh kelembutan jiwa. Syukran Ustazah. Semoga kite jumpa di destinasi yang...

KeredhaanMu

Dalam fasa ribut yang agak kencang (^_^'') Ya Allah bagilah saye kekuatan untuk saya hadapi fasa-fasa hidup yang getir ini. Saya tak miliki apa-apa tanpa rahmat dan kasih sayangMu wahai Allah. Saya tak mampu hadapi semua ujian ini tanpa pinjaman kesabaran dan ketabahan dariMu wahai Allah. Saya bukan sesiapa didunia tanpa ihsan dan belas dari Mu wahai Allah. Saya tidak mampu bertahan lama lagi tanpa pinjaman iman dariMu wahai Allah Ampunkan semua dosa saya wahai Allah. Saya tahu saya selalu lalai dalam mengingatiMu wahai Allah, saya juga tahu amal soleh saya terlalu sedikit untuk saya jadikan bekalan menemani diri saya kelak. Wahai Allah saya tahu saya seraing ulangi kesalahan yang tidak wajar saya lakukan. Ampuni saya wahai Allah. Berilah saya kekuatan meninggalkan semua kelalaian dunia ini. Berikanlah saya segala kebaikan dalam perjalanan saya untuk menemuiMu wahai Allah yang saya rindui. Wahai Allah saya pasti saya bakal merindui dan mengenangi saat-saat yang getir i...

Bits Raya

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-55...Google publish gambar bunge raya pada main pagenya sebagai meraikan usia kebebasan negara kita yang ana kira sudah agak tua...sekejap tadi, ana terbaca satu quotation yang menarik...katanye lebih kurang begini "freedom is not doing whatever you want to do, freedom is doing right thing according to Al-Quran and Sunnah without fearing other people" sambil angkat tangan tunjuk no 1. Macam gambar bawah ni.. Hari ini, tidak bercadang untuk bercerita tentang kemerdekaan sebab UTP dah hantar 2 3 bas ke Stadium Bukit Jalil untuk himpunan mahasiswa sempena hari merdeka...Bukan main semangat sek-sek dio pakai baju merah menyala...Mahasiswa agen pengubah negara 1 Malaysia 1 Matlamat 1 Tekad..Radio pun sedang hangat memainkan segala jenis lagu berjenama merdeka..khabarnya Lunch di Stadium makan KFC dan McD..Siap ade pop kuiz lagi [ ade paparazzi update kat FB] Cerita yang lebih menarik hari ini ialah batch BITS stand for ICT ...

My dream House..

Dah berada di UTP semula untuk pertarungan yang getir 30 hb nanti. Dua hari berkampung dalam kereta menyebabkan seluruh jasad terase kurang sihat. Jumaat menekan minyak dan memutar stereng ke ibu kota Malaysia..makan kuih dan makan angin sekali gus. Sabtu menjadi penumpang menuju ke destinasi bukan pilihan, tetapi paksaan [xnak balik UTP.....] dan hari ni sedang membuang mood raya untuk mencari mood study. Mengali-gali muka buku untuk mencari sesuatu yang tak pasti, namun semuanya kelihatan sangat membosankan. Mengudam folder gambar dalam komputer, juga tidak mencapai expectation hati yang tidak keruan [mood raya masih bersarang dalam minda.."otak kata jangan hati pula kata ya~~"]. Tiada gambar yang menarik untuk dikongsikan. Sekadar membiarkan jari terus berlari-lari atas keyboard tanpa matlamat. .......mungkin music boleh membantu.."Rabbani - Mana Milik Kita"........... (^_^)v terapi yang membantu...orang senilah katekan..sebut pasal seni, pernah suatu ketika...

Raya 2012

"esok adik kene puase lagi" "ae, mane ade..esok dah raya" "adik kene puasa, sebab adik ponteng haritu" "ala, adik tak sengaje" Begitulah keletahnya sepupu ana dirumah. Tak ramai pun. Raya tahu ini mungkin hambar seperti raya sebelumnya. Thanks to Busu yang memeriahkan keadaan seawal pagi tadi. Masak lembu, ayam, itik, cendawan, ketupat....esok nak buat koktail ke dadih?? belum tahu lagi, tengok mood dulu (^_^)v I'allah harapnya esok, semoga keberkatan yang mengiringi kerinduan kami kepada orang-orang yang dirindui. Petang tadi dah ziarah pusara ayah dan nenek. Termenung sendiri dibuatnya melihat kubur yang semakin meluas. Semakin ramai yang telah pergi...Diri ini juga akan menyusul i'allah. Persiapkanlah aku Ya Allah..Hari raya kali ini, semoga amalan semakin meningkat dan membuahkan iman dan semangat perjuangan. To sahabat-sahabat yang jauh dimata tapi dekat dihati, semoga berbahagia semua..Last time raya as undergradu...

Zaid Najmuddin

Pagi ini ana mengodek-godek youtube mencari nasyid-nasyid baru. Tiba-tiba tergerak hati menonton satu video rancangan akhir Adik-adikku. Terkagum, terkesima dan teruja melihat persembahan adik Zaid Najmudin. Wajah dan suara seindah namanya. Ada gaya seorang pemimpin masa hadapan. Gaya menjawap soalan begitu islamik. (^_^)v SABAR dan SOLAT

Nawaitu

Sedang duduk di kafe Village 4 meja paling tepi menghala ke asrama puteri. Bingit suara television tidak diperdulikan. Mata tertumpu kearah seekor kucing yang sedang minum air dari dalam sebuah cawan plastik. "tak lenguh ke lidah kucing tu menjilat air yang jauh kedasar cawan" "kalau manusia tu, pegang je cawan tu pas tu teguk skali je dah hilang haus" "kucing kene jilat sikit-sikit, bile nak hilang dahaga, kesian.." Monolog sendiri terberhenti. Berkerut dahi, melihat satu tangan yang mengambil cawan, menggangu kucing tersebut minum.. "knape ambil cawan tu, kesian kucing ni belum habis minum lagi" mata terus mengekor pergerakan cleaner lelaki, terlihat pula troli pinggan-pinggan kotor seakan-akan nak membuang cawan tersebut ke dalam tong sisa makanan "xkan nak buang kot............" "ooo (^_^)v" Senyuman terukir dihati, rupe-rupenya cawan itu dipenuhkan semula airnya dan diletak di tempat asal untuk kucing t...

Suci Diri

"lately ni, setiap petang hujan kan.." "em, ni la Rahmat Allah menjelang bulan  Ramadhan ni, sejuk je" Perbualan ana dan sorang sahabat selepas meredah hujan menuju ke kelas di Blok 2 bangunan akademik UTP. Walaupun berpayung, basahnya hampir seluruh badan. Masuk kelas, dalam 20-30 minit kemudian kedua-duanya mengigil-gigil kesejukan dalam aircond UTP yang tidak pernah OFF. Tapi ana memang suka air, main air, mandi sungai, laut dan Teluk Segadas is the BEST^^, Bermain air dengan sahabat-sahabat adalah benda paling best yang ana alami dalam minggu ini. Happy, Alhamdulillah Allah (^_^)v another thing about myself that I just discover, bahawa diri ana selalu ceria apabila duduk tempat berair.. Tinggalkan bab air disitu, masuk kepada Kerinduan menyambut Ramadhan. Bahang semakin terasa, makanan-makanan sahur dah prepare ade biskut, roti, jem dan mushmellow^^, Kurma akan di beli soon. Telekung terawih dah sedia. Itu persiapan fizika...

UTnM

"Assamualaikum Dr. Suzi""Waalaikumsalam haa Isma..ape cerite?" "huhu..Dr. boleh saye jumpe Dr..asyik tangguh-tangguh je" "orite, kalau macam tu datang Khamis pukul 12" "boleh-boleh..." "but I've got class, so kalau I lambat you tunggu kat office ye" "okey Dr..thank you." (^_^)v Semesta ni ana tidak register untuk FYP II tapi plan tu complete at least 70% prototype and report. Supaya semesta depan lebih mudah dan fokus untuk plan selepas bergraduasi juga all out gerak kerja  yang boleh digerakkan. Banyak yang perlu difikirkan. Planning untuk diri sendiri sebagai pekerja bermajikankan manusia dan bermajikan Allah, sebagai anak, sebagai kakak, sebagai sahabat dan pelbagai lagi...Cume, dalam mase terdekat ni perlu plan untuk balik kampung dan menghantar Umar ke kelinik kesihatan. Kos yang diperlukan untuk rawatan kali ni agak memberangsangkan (^_^)'' ..Ya Allah sucikan hartaku..ameen. "along ja...

Kera oh Kera

"Is this monkey!!??" suara seorang lelaki kulit hitam separuh menjerit, menerjah gegendang telinga ana "heee..I think so.." ringkas ana menjawap. Lucu melihat reaksi mukanya. Takut tambah malu dan marah selepas dikejar seekor kera UTP. Bersungguh-sungguh benar die berlari sampai habis seliparnya melayang. Ana yang baru balik dari berjoging, ketawa sendiri. Memang tak boleh nak digambar bersungguh-sungguhnye dia melarikan diri dari kera yang bertaring panjang tu. Sebut pasal kera ni, UTP ni ade tempat-tempat yang terlalu amat sangat eco-friendly. Ade pelbagai jenis haiwan kera, biawak, babi hutan, ular dan pelbagai lagi. Semuanye tidak menggangu manusia kecuali si kera. Habis dapur asrama dikemasnye, mengalahkan chef hotel 5 bintang. Kalau si kera ni datang, kami hanya mampu menjerit dan lari kedalam bilik je. Haiwan ni bahaya, silap-silap hari bulan, dapat 15 jahitan kat badan. Alhamdulillah masih belum ada kes seumpama itu dilaporkan diUTP..masih selamat ...

Modul Muhasabah

"Abang selalu ziarah kubur ayah?" suara dikuatkan, separuh menjerit melawan angin sepanjang perjalanan ke pusara ayah "kadang-kadang je, xde sape nak bawak" kate abang sambil membetulkan topi keledar yang longgar.. "abang ajak la selalu, orang yang dah meninggal ni, macam orang yang hidup juga..sunyi dan suke kalau ahli keluarganye slalu datang menziarah..kan abang kate abang rindu ayah.." perbualan diteruskan selepas moto diparking.. "em..along bile lagi nak balik" jawap abang ringkas lantas mengubah topik..budak lelaki memang macam tu rasenya, tak suke dilecturekan..panjang je akal mengubah tajuk perbualan kalau tidak disukai... Dalam satu kuliah ustaz Azhar Idrus berpandukan satu buku hadith yang ana lupa tajuknye. Menziarahi kubur ini feadahnye tidak hanya kepada orang yang sudah meninggal tetapi banyak pade orang yang datang menziarah itu sendiri. Apabila melangkah je dalam perkarangan kubur, suasana dan hati merasai satu perasa...

Orang yang berjaya

Ana dah lama xlogin facebook. Mungkin tiada apa yang menarik untuk di belek. Aktiviti yang selalu ana buat jika login ke laman tersebut pastinya mengintai dan menyiasat dinding muka buku kak ngan dan abang, tagging-taging, liking-liking dinding orang lain atau menconteng sesuatu di dinding muka buku sendiri. Memang tidak menarik. Hari ni terjumpa pula lagu Devotees yang menarik ni di dinding sahabat muka buku..Rentak perlahan tapi semangat dengar. Ana jarang meminati lagu berentak perlahan..sikit-sikit je.. "Bila masanya menjelma, kejayaan akan menjelma..." Mood study datang dan semakin berbunga-bunga rase nak study (^_^)v. Terdetik dalam hati, mungkin juga mengakui kata-kata kakak-kakak senior suatu masa dulu. "nanti kite akan rindu waktu-waktu kite menuntut di kampus ni.." banyak perkara yang student boleh buat tetapi orang yang dah bekerja tak boleh buat. Menghargai curahan ilmu dari lecturer-lecturer yang pemurah lagi baik hati. Memenuhi masa-masa lapa...

Sahabat penguat semangat

"Isma makin kurus" "Akk rase awak makin kurus" "Saye tengok akak sekarang dah kurus" "Kurusnye akak..." Mane ade, ana same je..jawapan selamat..Tapi memang betul pun. Ana alhamdulillah sihat sejahtera. Mungkin faktor cuaca yang agak panas dan musim batuk dan demam yang berleluasa. Diri yang lemah ini tidak tertinggal dari diuji oleh Allah. I'allah sedang mencari kekuatan dan saki-baki tenaga untuk meneruskan hidup dan melaksanakan tanggungjawap menjaga anak-anak dewasa di UTP..Juga sedang mencari semangat belajar..di akhir-akhir tahun pengajian ni, mood belajar semakin berkurang...mengapa?? Kurang pasti.. Namun ade satu kisah menarik yang ana nak kongsi dengan pembaca sekalian. Perihal sahabat-sahabat rumah ana..sebahagianya ade dalam gambar dan sebahagianya ade dalam hati..(^_^)v..alhamdulillah Allah ikat kami dalam satu ikatan yang amat kukuh. Ikatan Islam dan perjuangan. Semua ade karekter yang unik dan berlainan, tapi banyak ya...

Hidup satu perjuangan

"Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu sekaligus mencabutnya dari hamba-hamba, akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan cara mewafatkan para ulama. Hingga bila sudah tidak tersisa ulama maka manusia akan mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh, ketika mereka ditanya mereka berfatwa tanpa ilmu, mereka sesat dan menyesatkan" (Sahih Bukhari)  "Akan datang tahun-tahun penuh dengan kedustaan yang menimpa manusia, pendusta dipercaya, orang yang jujur didustakan, amanat diberikan kepada pengkhianat, orang yang amanah dikhianati, dan ruwaibidhah turut bicara. Lalu Baginda S.A.W ditanya; Apakah Ruwaibidhah itu? Baginda menjawab; "Orang-orang bodoh yang mengurusi perkara umum" (Ibnu Majah) "Segeralah beramal sebelum datangnya fitnah-fitnah seperti malam yang gelap-gelita. Di pagi hari seorang lelaki dalam keadaan Mukmin, lalu menjadi kafir di petang harinya. Di petang hari seorang lelaki dalam keadaan Mukmin, lalu menjadi kafir di pagi harinya...

Abang

"Kalau abang ade dragon ball abang nak mintak hidupkan ayah..."ibu mengulang dialog abang.. Sebaknya dengar cerita ibu tetang abang. Rindu benar agaknye pada ayah (T_T) semoga tabah adikku...13 Mei ini hari lahir abang yang ke 12. Tahun ni abang akan menduduki peperiksaan penting UPSR..Semoga abang azmil dapat 5a (^_^)v. Kemarin peperiksaan bulanan dapat 4a, i'allah UPSR mesti dapat 5A dan masuk asrama penuh..Amin.. "Along nak hadiahkan abang apa??" tanye ibu.. "em..ade la.." rahsia ana dan Allah...huhu tapi xde idea lagi pun, korang ade idea??

The dean's list isma

erk..lainnye. Semenjak bile blog dah bertukar setting?? inilah kisahnye diriku yang telah lama tidak mengupdate blog..(^_^)v gembira dapat menulis semula sejak sekian lama. April lalu hanya 1 entry, bulan ini belum tentu... "wei ko buat ape ni??"" "update blog la..." "sempat lagi tu.." "mesti la sempat, ni la tips nak dapat 4 flat macam sem lepas" kataku bersahaja pade basirah.. Sekarang adalah study week student UTP. Lusa akan bermula exam week. Paper ana 7hb dan 8hb i'allah. Dua je..international business dan embedded system. Untuk sahabat-sahabat yang ana kasihi...Maisarah, Raihan, Hafizah, Nazihah, Zarith, Arina, Hayu dan Basirah jom buat yang terbaik..  

Senyum tak perlu kata apa-apa

"Jiwa yang senantiasa menguntum senyuman akan melihat kesulitan dengan penuh ketenangan dan kelapangan sambil terus mengorak langkah untuk mengatasinya. Jika mereka berdepan dengan sebuah simpulan persoalan, mereka akan menguntum senyuman. Mereka turut mempamerkan senyuman ketika sedang berusaha merungkai tali-tali persoalan yang menanti dan masih tersenyum ketika mampu menanganinya. Akan tetapi, jiwa yang bermuram durja akan melihat kesulitan itu dengan sudut pandang penuh kesedihan. Saban kali menemui kesulitan, ia akan mengelak akannya atau jua memperbesarkannya, semangatnya mulai luntur dan langkahnya mulai longlai serta mula mencipta alasan dengan lafaz : "kalau".. "bila"... dan "jika"... Sesugguhnya kita amat mendambakan kepada sekuntum senyuman, wajah yang ceria, hati yang lapang, akhlaq yang mulia, jiwa yang lembut dan ketulusan dan kelunakan dalam menutur kata. " Kata di atas ana petik dari artikel iLuvislam . Memberi makna yang men...

Seminar Fiqh Dakwah Mahasiswa

Kalau Allah betul2 hebat, bolehkah Allah menciptakan sesuatu yang terlalu besar @ terlalu kecil sehingga Allah sendiri tidak dapat memasukinya. Bukankah ini membuktikan banyak perkara sebenarnya yang Allah tidak berkuasa lakukan? Islam tidak adil. Lelaki boleh berkahwin empat tetapi wanita tidak. Kerana itulah wanita dizalimi. Wanita juga dianiaya dalam Islam kerana tidak dapat membela diri kerana kuasa cerai terletak sepenuhnya di tangan suami. Wanita dalam Islam sentiasa menjadi mangsa pukul dan penghinaan suami tanpa boleh menceraikan suami... Zalim! Azab kubur wujud? Jadi bagaimana pula jika org yang mati di laut, dimakan harimau dll… Adakah azab kubur itu suatu penipuan @ sudah tidak relevan dengan zaman moden ini? Adakah ini penipuan zaman lampau yang tidak mampu dipadamkan? Rasululah disebut hanya sebanyak 5 kali dalam al-Qur’an tetapi Nabi Isa sebanyak 25 kali. Bukankah ini membuktikan Nabi Isa lagi hebat? Nabi Isa akan diturunkan pada akhir zaman nanti dan sekarang ...

Pesta Ilmu UTP

"kak i-Fest ni ape benda??" "aik..baru sekarang nak tanye..lagi sehari je lagi nak mula i-Fest ni.." "erk.."[kerek la kakak ni] "Ayat skema dia berbunyi ; iFest (stand for Islamic Festival) is a combination of three big event annually conducted in Universiti Teknologi Petronas . Ladies' Valency 2012 will officiate the opening of iFest followed by SFDM and H4I will end this significant festival . May Allah be with all of us throughout this festival ...ada dalam blog i-Fest" "hehe, ade sinopsis x kak" "owh, bahasa mudahnya Pesta Ilmu, macam Pesta wau kat pantai timur, orang semua pergi sane untuk main wau, ni pesta ilmu..orang pergi sebab nak tambah ilmu.." "kak, kenapa saya perlu pergi i-Fest?? "Dik kalau dekat luar sana, kamu akan habis beratus-ratus ringgit untuk program-program ilmu yang menampilkan panel-penal hebat seperti mereka ini, ..bukan senang nak dapat pekej menarik ni..tidak hanya ...

I am rich, so what??