Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2010

Elak negara muflis , subsidi dimansuhkan

Assalamualaikum w.b.t Pagi ini ana berkesempatan mendengar radio IKIM.fm sambil membuat pembetulan test paper Object Oriented Programming. Ana tertarik dengan segmen yang membincangkan topic "Elak negara muflis , subsidi dimansuhkan". Pendengar diberi peluang memberi pandangan berkaitan pemansuhan subsidi minyak yang mengakibatkan kenaikkan harga barangan .Kerajaan akan menaikkan harga minyak 10sen seliter secara berperingkat-peringkat untuk menampung pebelanjaan negara dan mengelakkan berlakunya muflis seperti yang diramalkan. Kata seorang lelaki "pendapat saya, kerajaan nak tarik balik subsidi tu hak kerajaan la kan, sebab mereka berkuasa, tapi bagi saya sebagai rakyat saya tidak bersetujulah.."lelaki tersebut menyoalkan tindakan kerajaan yang meluluskan projek-projek yang bernilai jutaan ringgit namun akhirnya project tersebut terbengkalai. Katanya lagi kerajaan patut mengawal pengaliran duit agar tidak berlaku pembaziran . Perkara yang lebih menarik, beliau memb...

Kedaulatan Negara

Assalamualaikum w.b.t Dikesempatan mase yang sedikit ini, ingin sekali ana menyuarakan kebimbingan ana berkaitan 3 isu yang melanda negara baru-baru ini . Isu pemberian lesen judi bola sepak , penjualan hak milik tanah KTMB di Singapura dan penyerahan dua blok petroleum di Sarawak kepada Brunei. Berdasarkan beberapa laman web berita yang ana lawati hampir setiap pagi termasuklah utusan, berita harian, malaysiakini dan harakah . Sehingga hari ini ana gagal menemui sebab yang releven dan kukuh mengapa ketiga-tiga perkara ini berlaku. Ana juga gagal menyelami pemikiran pihak kerajaan dan Pedana Menteri sendiri untuk memahami kebaikan dan kelebihan yang negara perolah hasil daripada ketiga-tiga isu ini. Mungkin kerajaan patut perjelaskan lagi manfaat yang diharapkan daripada tindakan ini secara terpeinci dengan kenyataan rasmi daripada pihak-pihak yang bertanggungjawap. Hal ini penting jika pihak kerajaan merasakan mereka masih perlukan sokongan rakyat dengan cara membentangkan dan tunjuk...

Mahu atau tidak

Assalamualaikum w.b.t Sedikit perkongsian daripada apa yang ana sempat baca dalam waktu-waktu kritikal sebagai salah seorang pelajar yang sedang menduduki final exam. Insyaallah doa-doakan kejayaan ana. Exam kali ini tidak kurang pentingnye [mane ade exam xpenting kan? ] .. sebab result ini yang akan melayakkan ana melangkah ketahun dua [mude lagi] pengajian di UTP. Kata-kata As-syahid Imam Hasan Al-banna yang ana ambil dari buku Jalan Ke Hati tulisan Abbas Al-Sa'isi menyebut ; " Jika diletakkan di hadapan kamu dua biji buah, satu yang manis dan satu yang masam, maka bagaimana kamu dapat membezakan mana satukah yang manis dan mana satukan yang masam?Jawapannya, nak atau tidak pastilah dengan merasa kedua-dua buah tersebut barulah dapat kita dapat membezakan buah mana yang manis dan buah mana yang sebaliknya. Mesej yang ingin disampaikan disini ialah kepentingan kite berusaha bermujahadah mendidik diri untuk merasai kemanisan iman kurniaan Allah. Hidayah, Allah diberi kepada o...

menangislah dibahuku

Kau datang padaku seperti biasa Kusambut bahagia dengan tangan terbuka Kau balas dengan senyum seadanya Kutahu ada sesuatu yang berbeza Kau hanya diam seribu bahasa Hanya matamu yang cuba berbicara Bahwa saat ini hatimu terluka Kau tahu ku ada di sini untukmu Mencuba tak berkedip menahan tegar di hujung mata Hingga kau pun tak kuasa, berderailah air mata Dalam pelukku kau curahkan semua Menangislah … Kadang manusia terlalu sombong tuk menangis Lalu untuk apa air mata telah dicipta Bukan hanya bahagia yang ada di dunia Menangislah … Di bahuku kau berikanku kepercayaan Bahwa laramu adalah haru biruku Kerna aku adalah sahabatmu Menangislah … (dibahuku ku disini untukmu) Menangislah … (dibahuku kerna ku sahabatmu) songs: FIRDAUS

Kelantan bakal laksana 90 hari cuti bersalin

KOTA BHARU, 16 Mei: Selepas Selangor, Kelantan bakal memberikan cuti 90 hari kepada ibu bersalin khususnya kakitangan kerajaan negeri bagi memberi peluang mereka berehat sebaik mungkin. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Omar, berkata bagaimanapun cadangan itu akan dibawa ke mesyurat exco terlebih dahulu. Beliau berkata demikikan ketika ditemui selepas merasmikan majlis 90 Hari Untuk Ibu anjuran Kesatuan Kebajikan pekerja-Pekerja Bank Semenanjung Malaysia (NUBE). Program ini turut mendapat kerjasama Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri. NUBE antara lain sedang berusaha mengumpul 1 juta tandatangan untuk menyokong usaha cuti 90 hari dilaksanakan di peringkat persekutuan. "Kerajaan negeri menyokong usaha ngo ini khususnya bagi mendapatkan tandatangan 1 juta rakyat di negara ini untuk dihantar pada Perdana Menteri bagi membolehkan ianya dilaksanakan di negara ini,"ujar Ubaidah lagi. Kelantan sebelum ini men...

Pilihan Raya Sibu

Mei 16, 10 8:06am Sejumlah 52,158 pemilih berdaftar mula keluar mengundi esok hari ini untuk memilih anggota parlimen mereka yang baru dalam pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Sibu mulai jam 8 pagi ini. Manakala 2,537 pengundi pos - yang terdiri daripada 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis - mengundi pada hari Khamis dan Jumaat lalu di kem tentera di Rascom dan Oya dan ibu pejabat polis daerah Sibu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuka 45 pusat pengundian, dengan 110 saluran, di 39 buah sekolah, dua tadika dan sebuah pusat latihan, sebuah rumah panjang, sebuah perpustakaan awam dan sebuah pusat rekreasi awam. Pilihan raya kecil ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Robert Lau Hui Yew, calon DAP Wong Ho Leng yang juga ADUN Bukit Assek dan calon Bebas, Narawi Haron. Hui Yew, , dijadual mengundi di SMK Rosli Dhoby i pada kira-kira 9 pagi manakala Wong akan mengundi di SJKC Goung Ann. Keputusannya dijangka diumumkan oleh SPR di Dewan Suarah Sibu selewat-l...

Boleh ke macam ini

KUALA LUMPUR – Seorang wanita yang bukan beragama Islam semalam memperoleh kebenaran Mahkamah Tinggi Sivil di sini dalam usaha awalnya menjadi seorang peguam syarie di Wilayah Persekutuan. Hakim Datuk Mohd. Zawawi Salleh membenarkan Victoria Jayaseele Martin mendapatkan semakan kehakiman untuk satu perintah mandamus (perintah mahkamah tinggi) bagi mendesak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menerimanya sebagai peguam syarie tanpa mengambil kira agamanya. Hakim Mohd. Zawawi membuat keputusan itu dalam kamar selepas menolak bantahan awal Majlis Agama. Victoria, 48, telah memfailkan permohonan semakan kehakiman dalam masa dua minggu. Tarikh bagi pendengaran belum ditetapkan. kredit : kosmo.com.my Ini kes yang ana, tidak faham..kenape die nak jadi peguam syarie?? Adakah kerana die telah nampak kebenaran undang-undang islam .. Ataukah dia akan membantu menyebarkan islam dalam kalangan kaumnye dan menarik lebih ramai orang untuk mengenali dan jatuh cinta kepada islam..Jika itulah takdirn...

al-kalimah al- tayyibah

islamic studies >> question 1.b [july o9] When I purchased my most recent bonsai, I picked a Jade because she reminded me of the tree of eman. She has a firm foundation, her trunk is very straight, and her branches and leaves tower up into the sky. I named her Kalimatan Tayyibah. This is just a stock photo of a Jade Bonsai because my Kalimah is much older and more beautiful. Do you not see how Allah makes a metaphor of a good word (kalimatan tayyibah): A good tree whose roots are firm and whose branches are in heaven? It bears fruit regularly by its Lord’s permission. Allah makes metaphors for people so that hopefully they will pay heed. The metaphor of a corrupt word is that of a rotten tree, uprooted on the surface of the earth. It has no staying power. [Ibrahim 14/24-26] Adapted from an audio lecture: The Fruits of Iman by Yasir Qadhi Surah Ibrahim 14/ 24-25 The kalimatan tayyibah in this ayah is a beautiful phrase. The phrase of La illaha illa Allah t...

Adik saya ialah abang

"ibu tak belikan abang ape-ape ke?" "eh, kenape nk belikan ape-ape untuk abang?" "harini kn hari jadik abang.." macam itulah perbualan adik dan ibu ana. Menurut ibu yang ana call pagi ini, si abang yang merupakan adik bongsu ana ni termenung je sebelum ke sekolah tadi .. mungkin kecewa kerana kakak-kakak die tidak call untuk mengucapkan selamat hari lahir yang ke-10 kepadenye .. serba sedikit tentang insan comel yang hadir menambahkan keceriaan dalam rumah kami 10 tahun lalu ini .. Lahirnye di hospital seremban dengan penuh tragis , kelahiranye adalah pengalaman yang saya tidak boleh lupakan [ walaupun bukan saya yang melahirkan ] kerana ketika itu ibu yang sepatutnye dijangka melahirkan abang di hospital kuala pilah tiba-tiba terpaksa dikejarkan ke hospital Seremban kerana masalah yang saya pun tidak tahu. Alhamdulillah, ibu akhirnye selamat meelahiran anak lelaki yang sangat dinanti-nantikan oleh ayah ini . Hero tunggal dalam kel...

Tarbiyyah OOP

"Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu." [ ali-imran : 26 ] " ani [bukan name sebenar] coding oop jadik tak?" tiba-tiba timbul satu mesej gtalk daripada seorang kawan, bertanyekan perihal project Object oriented programming (oop) yang akan dibentangkan tidak berapa lama lagi. " alhamdulillah boleh 'run' stakat ni , aisyah [juga bukan name sebenar ] punye oop ok tak? " si kawan ni menjawap sekali gus bertanye dengan penuh rase aneh. " erm, tak boleh 'connect' dengan 'database', seday ni " si kawan mengadu, walaupun perbualan melalui alam maya tapi si kawan ini benar-benar rasa simpati. ...

Muka Abah Nampak tak Pandai, Macam Muka Mami

salam update ditakdirkan oleh ALLAH ana bertemu dengan artikel yang lucu ini, maka marilah kita same-same bace disamping me"releaskn"kn tension setelah penat study dan bertungkus-lumus menyiapkn project [yang perlu dipresent isnin ini ] Kanak-kanak banyak belajar melalui pemerhatian terhadap keadaan sekeliling dan persekitaran. Mereka mempunyai keupayaan kognitif yang tinggi untuk menstrukturkan kembali apa yang mereka alami untuk membentuk sebuah persepsi dan pandangan terhadap sesuatu perkara. Dengan dorongan dan bimbingan yang betul daripada ibu bapa mahupun para guru, perkembangan mental tersebut akan menjadi lebih pesat dan manghasilkan output yang diterjemahkan sebagai bijak, pandaim cerdik dan sebagainya. Sebagai ibubapa memang memerhatikan perkembangan dan pembesaran mereka setiap hari merupakan satu perkara yang menyeronokkan. Dan saya juga tidak terkecuali daripada mengalami situasi sedemikian.kadang-kadang pertanyaan dan percakapan mereka yang lurus dan jujur,...

Kuliah Akademik dan Solat Hajat

Datuk Dr Zainal Abidin Kasim Rector UTP Final Exam dah dekat ni !!! JOM !! semua ramai-ramai datang ke masjid Annur Rakan Masjid akan mengadakan solat hajat beserta kuliah Akademik yang disampaikan oleh figure utama UTP , yang berbahagia Datuk Dr Zainal Abidin Kasim Rector UTP.

Lagu Duniawi ??

Dalam kepening lalatan membuat project OOP [object oriented programming], kedengaran suara rumate menyanyi, em..dalam hati "dengar lagu sedap jugak ni" sebenarnye dari tadi lagi nak dengar lagu tapi takut menganggu rumate yang sejak tadi senyap menghadap komputernye. Maka tetikus digerakan kearah music folder..."nak dengar lagu yang tenang ke macam mane ek".."tekan je la ikut sedap hati"...ana bermonolog sendiri...'sebelum cahaya dari letto menjadi pilihan tetikus ana...layan Ku teringat hati Yang bertabur mimpi Kemana kau pergi cinta Perjalanan sunyi Engkau tempuh sendiri Kuatkanlah hati cinta Chorus: Ingatkan engkau kepada Embun pagi bersahaja Yang menemanimu sebelum cahaya Ingatkan engkau kepada Angin yang berhembus mesra Yang kan membelaimu cinta Kekuatan hati yang berpegang janji Genggamlah tanganku cinta Ku tak akan pergi meninggalkanmu sendiri Temani hatimu cinta Chorus Ku teringat hati Y...