Skip to main content

Posts

Showing posts from 2014

Sanah Helwah Hambaku

Alhamdulillah hari ini genap 24 tahun saye lahir kedunia. Ucapan istimewa buat ibu yang lahirkan Along. Alhamdulillah semalam lepas potong kek terus telepon ibu untuk ucap terima kasih. Dan paling tidak di sangka-sangka sebenarnya. Suami buat kejutan. Menitis juga tiga empat biji air mata, terharu yang tak terucap. Ingatkan akan sambut biasa-biasa je..mungkin makan-makan. Rupe-rupenya ade juga ucapan berlagu dari suami tercinta dengan kek. Kehadiran kek, itu yang paling tidak saye sangkakan sebab ingatkan orang lelaki ni suka yang ringkas2. Pade saye, adanya kek itu dah cukup meriah dan rase begitu diraikan. Alhamdulillah, lantas tidak henti-henti saye ucapkan syukur pada Allah. Begitu banyak sekali kasih sayang Allah. Saban tahun bertambah dan saya rasakan cinta Allah kepada saye semakin kuat dengan hadirnya orang-orang yang sayang pada saya. Allah, menitis air mata hiba mengenangkan diri yang sombong. Amalan yang sedikit, sifat lalai yang semakin membuas..saya sebenarn...

Peta Dunia

"Jom isma, kite sambung blaja kat oversea..amik master nanti" ajak rose selepas pulang dari IRC kemarin. "Jom...nak gi mane, paris, london, maxico, jermen, prancis.." ana bergurau, kate hati ana..ni nak pergi belajar ke melancong.. "A'ah jom la, boleh usrah same-same" ajak ika, rumate rose. Oo, menarik jugak..kite g UK ar, ade kak yanti dengan abang fakizan..boleh jadi naqibah kite" ana teringat seorang alumni Rakan Masjid yang menyambung pelajaran di benua Eropah sane. "Ika nak g US.." kate rose "Ape beza US dan UK, bezanya S dan K je kan? Ke gane? " soal ana, begitu naif tentang peta dunia. Apa lagi, terburai gelak sahabat-sahabat. Ana pula mengaru kepala yang tidak gatal. Sememangnya ana fail bab-bab peta dunia ni. Walaupun setiap kali ana pulang kerumah, abang conferm akan mintak ana lukiskan peta dunia untuk subjek kajian tempatanya, tetapi lukisan hanya tinggal kenangan..Ana sungguh tidak ambil tahu secara te...

Hutang tetap hutang

Assalamualaikum wbt Feeling pelik. Seawal pukul 7 pagi lagi saye dah terdengar huruf-huruf ini disebut di radio. Kali ini, akal saye ligat berfikir, terkesan dan tertekan barangkali. Persoalan yang berguling-guling di akal fikiran saye yang mungkin sedikit sempit ini, kenapa peringatan ini menjadi satu perkara yang dihebah-hebohkan. Jelasnya seperti ada pihak yang dalam keadaan yang sangat terdesak dan tiada jalan lain untuk menamatkan isu yang telah bertahun-tahun membarah di negara ini. Dunia semakin maju, sistem semakin canggih, manusia semakin bijak. Tidak mungkin tiada jalan effektif menyembuhkan penyakit ini. Bukan isu baru, bukan isu yang berlainan setiap tahun, malah tidak berganjak pun akar permasalah ini dan tidak perubahan setting langsung. Pihak yang menghadapi masalah ini pun bukan orang yang berbeza yang perlu di beri layanan mengikut karekter atau perwatakan masing-masing. Orang atau entiti yang sama.. PTPTN. Huruf-huruf ini ...

Shaklee : Ostematrix

Ini salah satu produk Shaklee yang membekalkan zat makanan bernama Kalsium. Sebelum ini saye ingat Kalsium ni hanya baik untuk tulang dan yang seangkatan dengannya. Bak kate dalam tv yang mempromosi produk tenusu, zat Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku dan gigi. Tapi rupa-rupnya Kalsium ni banyak lagi kepentingan lain.Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.Selain itu, pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis yang sering dialami orang yang dah meningkat umur atau ibu-ibu yang hamil. Tidak dinafikan juga, Kalsium mengimbang tekanan darah, memeliharan denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Ia juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam. Baik untuk mereka yang sibuk dengan ke...

Amalan Ibu Mengandung

"Kenape pagi tadi ayang muram je..." tanya suami dalam kereta sewaktu dalam perjalanan pulang dari tempat kerja. Tindakan yang sangat bijak!! tidak terus menyerbu, bile saya dah cool down baru suami bertanya. "Erm, oo pagi tade sebenarnya ayang risau pasal kerja. Ade SQL coding yang supervisor mintak.. Risau tak boleh nk siapkan.." Jawap saye...pagi tadi memang mood tak okay, senyum untuk suami pun macam tak larat je. "Ooo ingatkan sebab kecewa tak bangun Qiamulaill.." balas suami bersahaja.. "Allah..allah..allah.." ade elektrik yang menyambar dalam hati saye. Terbakar, insaf ... Umi isma, Umi kene lengkapkan mutabaah umi. Supaya umi ade hubungan yang baik dengan Allah, baru umi akan sentiasa sihat, kuat dan bahagia. Adik nak pakai banyak tenaga dan kekuatan untuk persediaan adik berhijrah ke dunia baru adik. Kalau umi tak bangun Qiamullail macam mana umi nak kongsi tenaga dengan adik.Adik nak tumpang kesihatan, kekuatan dan kebaha...

Aidiladha di Kelantan Part II

Sambungan cerita.. Ini cerita segar dari saye yang teruja menyambut aidilAdha di Kelantan, khusus di Kampung Perol. Budaya korban di sini amat berbeza dengan kampung saya. Di Jasin ibadah korban di buat diperkarangan masjid, yang mana tidak semua orang menyertai...hanya ahli jawatankuasa yang dilantik dalam kalangan orang kuat kampung sahaja yang terlibat. Yang lain, seperti saya sekeluarga kebiasaaanya akan balik ke rumag masing-masing usai solat sunat aidiladha untuk makan ketupat rendang yang dimasak pada hari mantai/bantai (sehari sebelum raya) dan menonton TV meneruskan kehidupan seperti biasa (tak meriah pun). Di kampung suami, ibadah korban dibuat di kawasan rumah orang-orang yang melakukan ibadah tersebut. Tahun ini ipar dan biras saya berkongsi seekor lembu, 5 bahagian keluarga suami dan 2 bahagian lagi jiran depan rumah. Maka sembelihan lembunya dibuat di rumah kami. Seperti yang saye angan-angankan, dapat tengok lembu di sembelih. Part yang paling dramatik adalah bi...

Shaklee : ESP Soy Protein Isolate Power

Perbezaan dan manfaat ESP berbanding produk soya biasa Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali sebagai Identity Preserved Program (IPP). Program ini untuk memastikan kacang soya Shaklee bebas dari pendedahan perubahan genetik. Dari benih sehinggalah penyimpanan nya. sesetengah soya diproses dengan menggunakan alkohol. Cara ini menghilangkan isoflavine yang bermanfaat dan mencemarkan soya itu sendiri dengan alkohol. sebeb itulah soya menjadi tidak elok untuk kesihatan. Kebanyakan produk soya juga telah mengalami perubahan genetik dalam pemprosesan nya. Proses ini dinamakan GMO (Genetically Modified Organism) iaitu tumbuhan atau haiwan yang telah dimodifikasi atau diubahsuai secara genetik menggunakan teknologi kejuruteraan genetik. Soya GMO memperlahankan proses penghadaman protein di dalam soya tersebut. Soya GMO menurunkan paras enzim penghadaman. Keadaan ini membawa kepada alahan terhadap pelbagai makanan. Selain itu soya GMO juga adalah toksin, I...

AidilAdha di Kelantan Part I

Assalamualaikum wbt Nak cerita, kongsi pengalaman dengan pembaca dan juga sebagai catatan untuk diri sendiri. Nanti bila tua boleh bagi anak-anak bace..Tahun ini tahun pertama saye beraya di rumah mertua. Ade baaanyak kisah menarik nak dikongsikan, sebab tu ade ade part I, kalau tidak jenuh nak menaip semua sekali gus. Untuk perjalanan kali ini kami tidak terus travel ke Timur, ade tempat nak disinggah. Ipoh. Tempat dating masa awal-awal perkahwinan dulu hee...Bukan nak dating, tapi kami decide tuk tidak meneruskan perjalanan 8 jam dalam satu hari, badan tak larat. Sudahlah di tempat kerja 8 jam, nak tambah pula lagi 8 jam...terasa tua Perjalanan bermula dari LRT Universiti menuju check point pertama, Ipoh. Sungguh menguji, perjalanan 3 jam menjadi 5 jam lebih. Kesian En Suami memandu dalam jem..Sampai di sana, check in hotel untuk melepaskan lelah kerja dan lelah perjalanan. Esok temujanji dengan Produa, tuk service Cik Bee kami. Pukul 12.00 tengah...

Semanis Kurma AidilAdha

Assalamualaikum wbt Berita gembira harini. Order semalam, petang ni dah sampai Shaklee slimming set and my ESP. Semoga dengan izin Allah badan akan lebih sihat. Harini Insayaallah lepas kerja akan gerak balik kampung di Pasir Mas. Seronoknye..nak tengok lembu korban. Saye belum pernah lagi menonton adegan sembelih-menyembelih lembu secara live. Harap-harap dapat tengok. Semangat berkobar bile tengok Semanis Kurma TV9 semalam. Tajuk yang sangat sesuai dan perbincangan yang sangat ilmiah, Ibu Jasin pun suke (sempat kol ibu pagi tadi..sob sob, xraye Melaka..Maaf zahir batin ibu). Banyak perkara yang tak tahu jadi tahu semalam kate ibu. Saye pula terasa rugi tak fokus Semanis Kurma. Mane tidaknye, leka mengemas beg pakaian untuk pulang ke Pasir Mas. Malam tadi suami saye lena awal..kepenatan meredah jem mase balik kerja. Isteri kat sebelah tidur dengan selesa..hee maaf yer abang. So malam turn saye berjaga, kemas beg dan rumah sebab esok pagi-pagi nak terus bawa beg dan pecut ke...

Instant street view

Assalamualaikum wbt Lunch hour, perut tak lapar lagi. Tadi makan cucur ikan bilis cicah sambal kering. Sambal kering import dari Simpang Kerayong tu yang jadi pembakar semangat buat cucur pagi-pagi, sampai lambat keluar rumah hari ni huu..alhamdulillah kenyang. Tapi dah ade rase lapar sikit-sikit ni.. Harini kecoh pasal instant street view . Boleh tengok jalan-jalan di seluruh dunia dengan mudah. Jadi, untuk tidak ketinggalan saye pun mencuba..pertama yang saya cuba mesti la kampung Melaka, kemudian berjalan sekitar Melaka rumah sanak saudara kononye..Menarik Aplikasi yang bermanfaat kalau pandai digunakan. Contoh untuk survay tempat melancong atau tempat program. Gamba pun memadai, jelas tapi tidak la beresolusi tinggi. Kelajuan applikasi ni pun agak menarik, laju, search engin de laju...tak perlu tunggu lama, siap ade option..cume biase la kalau gambar akan ambil 3 4 saat untuk dipaparkan sepenuhnya..Loading time Mule-mule ingat boleh nampak gambar semasan (real time, anggar...

Pengkalan Balak : Rehlah Keluarga

Assalamualaikum, Minggu lepas, seperti yang diidam-idamkan saye sekeluarga berkelah di pantai. Pengkalan Balak, Melaka. Menarik tempat tu, orang tak berapa ramai dan persekitaran yang bersih. Suke dan rase tenang je kat sane. Air tidaklah jenih sampai nampak dasar, tapi pada saya cukup bersih dan tak boleh minum sebab masin.. Perancangannye nak bertolak awal dalam pukul 8 sebab tak nak mandi bawah terik matahati. Namun, nama pun perncangan..tengok-tengok kami bertolak agak lewat jugak lebih kurang pukul 9.30 pagi dan sampai lebih kurang  10 lebih..tak jauh pun rupenye..dapat parking bawah pokok dan bentang tikar untuk agenda penting.. Mula-mula sampai pantai, biasenye buat ape....terjun masuk air la kan...huu, tapi bukan saya, suami dan adik dulu terjun. Saye?? telah terkandas di atas tikar dengan makanan yang enak masakan ibu. Nasi lemak sambal kering, ayam goreng dan ulam raja..fuh tidak terkata... Makan punye makan..orang dah sampai seberang laut baru say...

Lelaki Memasak : Air tangan Suami

Assalamualaikum wbt Salam Jumaat semua. Walaupun harini hari yang amat mencabar bagi saye, tapi xpe..letakkan ia di sebelah, lupakan sekejap walaupun tahu petang nanti mesti akan kene marah dengan supervisor sebab kes tak selesai selepas 4 hari duduk mengadap database. Doakan saye berjaya membetulkan masalah applikasi intranet opis ni yer kawan-kawan. Nak cerita pasal masak dan makan, satu perkara yang saya suke buat dan mungkin kontra dengan ibu adalah memasak..tapi masak lauk-lauk je reti. Suke tidak bermakna pandai masak, lauk yang paling saye pandai pun lauk Masak Lemak Cili Api, sebab ni lauk kegemaran saya. Sambal dan asam pedas pun masakan kesukaan saya, tapi masih gagal memasak mengikut cita rasa yang saye inginkan. Susah nak lawan sambal dan asam pedas ibu...why?? Saye paling amat sangat rajin masak bile saya lapar dan kebetulan kebelakangan ni, selera makan saya meningkat.. selalu lapar. Maka saye rajin juge la memasak..balik kerja penat bercampur lapar.....

Permaisuri Hati : Mahligai Cinta

Oh...Kau Permaisuri di hati-ku Di dunia ini engkau penghibur Menjunjung kasih amanah Ilahi Ku pasti akan terus menyayangi Terima kasih ucapan ku beri Kau hadiahkan ku cahaya hati Ku pimpin tangan-mu oh kasih meniti hari Semoga kita dapat bersama Sampai kepada-Nya disyurga sana Tuhan kekalkanlah Permaisuri hati ku Untuk menemani dalam mengapai cinta-Mu Saye suke dengar lagu Hijjaz ni. Sejak kawen la..sebab suami hadiahkan. Istimewa. Bercinta lepas kawen la katekan...(^_^)v alhamdulillah. Sebelum kawen, nak selisih pun kalau boleh nak elak..kalau nampak bakal suami tu, rase macam nak lari cepat-cepat atau nak menyorok...Bile cakap ngan suami macam tu, ditanye kenapa...saya menjawap... " Entah la abang, rase malu tidak terkata"  rase macam tak berhidung pulak.. Pengalaman hampir 10 bulan menjadi isteri En Jime. 7 bulan duduk berasingan, Perak ke Kuala Lumpur, Melaka ke Kelantan. Pelbagai macam dan ragam. Alhamdulillah  Allah lebih tahu, rahsia jodo...

Menariknye bace pengalaman orang lain

Sejak akhir-akhir ini saye galak mengeledah blog senior2 UTP yang aktif ber'Shaklee', mencari ilmu kononnye. Sebenarnya saye pun pengguna produk Shaklee cume 'belum' aktif berkongsi pengalaman dan testimoni. Ada azam nak memeriahkan pasaran produk ini tetapi rasenya masih baru dan banyak perlu dipelajari dan dialami. Ape pun memang seronok membaca testimoni mereka yang berpuas hati dengan produk ini. Tapi yang paling penting, kenapa tiba-tiba terhasilnya entry ini. (^_^) saye sebenarnya rindu untuk menulis dan bercerita. Lepas grad, blog ini sunyi je..xde cerita nak dikongsikan plus masalah internat access yang limited hanya pada waktu kerja.. Tapi kali ni macam dah ade perkara yang nak diceritakan..ape ye..herm banyak la pulak..insyaAllah akan saye susun satu persatu supaya saya sendiri xpening nak mengarangnya. Boleh tak kalau ni sahaja dulu..permulaan bagi diri yang baru dapat semangat nak menulis cerita2 dongeng ismalina ishak ..jumpe lagi ye (harap-harap ni...

NMK Style : Game PhotoShop

Hasil karya seorang gadis yang ketinggalan zaman. Baru sahaja menghargai permainan maya bernama PhotoShop... Juga, mengajak sekalian pembaca LIKE dan Follow Page Nisa Wilayah untuk perlbagai aktiviti menarik.. I luv Nisa..

Pray for Mesir 529

Misi pagi ini mengodam mana-mana laman sesawang untuk mencari berita. Tahu cerita, punca dan mengapa. Kata kuncinya adalah 529 Mesir. Membaca semua berita perkembangan mesir, hati ini menangis. Sungguh berat ujian yang allah berikan kepada negara ini umumnya dan HAMAS khususnye. Fitnah berleluasa, yang salah dikatakan benar dan yang benar dihukum mati. Nah! itulah dunia. Kejam dan tidak berperikemanuasiaan. Mahkamah bukan lagi tempat pengadilan, penjara bukan lagi untuk penjenayah dan demokrasi bukan lagi untuk rakyat. Allah...kami kini di hujung zaman. Kezaliman dilihat indah. Manusia tidak lagi takut menyalahgunakan kuasa. Jawatan dan amanah telah diselewang, tikam belakang dan segala bentuk khianat yang bukan kepalang teruknya. Tidak kalah, pelakon tambahan yang menambah luka. Sang Media Massa yang begitu tidak telus dalam laporan..setiap hari terus menerus menyebar dakyah kepada dunia. Pengganas, itu gelaran untuk meraka yang membawa risalah Islam sedang rakyat mengiktiraf...

Kisah Menantu dan Mertua : Perisi ikan kerisi

Lama benar rasenya hati ini tidak berhikayat cerita-cerita dongeng Ismalina. Setelah rasminye tidak lagi bergelar pelajar, akal ini dirasakan semakin tumpul dan hati kian sepi dihimpit pelbagai urusan semasa. Dengan kesibukan 'mencari' MH370 dalam cuaca kota raya yang baru ini 'berkabus jerebu' dan bekalan air yang kian menampakkan dasar...sungguh! semuanya menjadi asbab si 'pelik' Ismalina untuk menulis. Alasan!! Kali ini bukan alasan, bukan cobaan, tetapi kebenaran..saya kini telah menambah satu lagi episod hidup, apabila bergelar isteri, episod Chenta kate meraka... sememangnye ia bukan perkara biasa dalam hidup saya mahupun gadis2 lain yang melaluinya. Rase rindu untuk menulis terpadam sejenak tatkala membuka lebaran satu dalam episod Chenta selepas nikah... Alhamdulillah janji Allah itu pasti... Membuka langkah awal ke taman bunga...Indah, subhanallah.. Namun harus diingati, dalam indahnya si bunga, ia tidak selalunya mekar dan wangi...sedangkan baunye...

Tonton : QADR

QADR Filem baru..bukan setakat filem terbitan terbaru, tetapi juga gaya baru dalam dunia perfileman. Mungkin belum jadi trend kerana baru sebuah filem bertema "kemasyarakatan" dalam lingkungan waktu ini. Apa pun jalan ceritanya begitu mengamit perhatian..mesti "Tonton".. tak pasti nak letak tajuk ape untuk entry yang pendek ni. Tengah malam yang sunyi begini, jika dikenangkan pengakhiran kite, boleh berdiri bulu roma agaknye... Motivasi untuk diri sendiri "Berazamlah untuk menjadi baik dan solehah setiap hari wahai diri yang jahil lagi berdosa..." Juga sebuah perkongsian, doa yang bagi saye amat dalam maknanya. Doa yang cukup membuat seseorang mengalir air mata tatkala menadah tangan di kala sunyi dingin malam memohon simpati pada Rabbnya. Semoga bermanfaan untuk pembaca sekalian...