Skip to main content

Posts

Showing posts from 2010

Korban Aidil Adha ....

Assalamualaikum w.b.t ana mencuri sedikit masa study, untuk ceritakan pengalam ana hari ini semoga menjadi tauladan kpd semua [maaf ana guna bhasa pasar sikit] pengalaman pergi kedai nak beli barang wat spegeti ngan rose ade sorang pak cik tu..duk sembang2 dgn sorang mak cik kat dalam kedai tu [dua2 pelanggan] ana pelik dan takjub, tgk pak cik tu disamping mulutnye yang rancak bercerita tangannye pun rancak sekali mengutip cili padi dalam bakul kedai tu di gengganmye cili tu, sepenuh2 tangan dan dimasukkan dalam plastik sambil mulut bercerite.. sekali sekala matanye pandang plastik tu,seakan-akan menganggar kuantiti yang sepatutnye di beli dah separuh plastik tu penuh..tapi tangan die masih rancah memasukkan cili2 padi tu dalam anti ana "bia betul pak cik ni!! beli cili byk gitu nk wat ape??...erk xkesah la" ana pun xpikir panjang, terus abaikan die dan melangkah ke kaunter lepas ana letakkn bawang seplastik, ana teringat nk ambik fish cake kat frig..t...

Taubat seorang penzina

Assalamualaikum w.b.t Baru-baru ini ana diajukan satu persoalan berkaitan kenyataan dibawah "KELEBIHAN MELAHIRKAN ANAK..Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya." dan ana mengiyakan lalu ditanyekan soalan kedua.. "Macam mana pulak kalau wanita itu melahirkan anak hasil zina atau dalam erti kata lain, anak luar nikah?" ana terdiam sebentar,akal mula ligat mencari jawapan ,me'recall' nas-nas al-Quran dan dalil-dalil yang begitu sedikit tersemat didalam hati. Alhamdulillah, teringat ana akan satu kisah, apabila seorang penzina wanita yang menemui Baginda Rasulallah SAW dalam suatu hadis mengenai taubat yang bermaksud: “Ada seorang wanita dari Juhainah datang kepada Rasulullah SAW sedang dirinya hamil kerana berzina. Dia berkata: Wahai Rasulullah aku telah melakukan kesalahan yang menyebabkan aku terkena hudud, maka laksanakanlah hudud itu kepadaku. Kemudian Rasulullah SAW memang...

Selamat menjalani Study week

Assalamulaikum .w.b.t Dikesempatan masa yang sedikit, sebelum ana meng'post'kan diri pulang kepangkuan keluarga buat seketika, ana menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ade kekasaran yang ana lakukan kepada pembaca sekalian. Terima kasih kepada yang sudi menjadi pembaca setia, yang selalu mendoakan ana dan semua sahabat-sahabat yang disayangi. Semoga exam ini exam yang diredhai Allah dan dilihat sebagai jihad yang mulia disisiNye. Satu lagi ucapan tahniah kepada housemate Rose, Maisarah dan Nazihah yang menang Baiti Jannati. Memang tidak dinafikan antunna sume memang wanita solehah yang kemas dan berketerampilan. [Sebab tu bilik antunna selalu menjadi tempat lepak ana, setip hari.] Dai'e yang sentiasa menunjukkan contoh yang baik kepada sahabat-sahabat dan adik2. Sebab tu ana suke ajak adik-adik RM dan adik2 usrah datang rumah kite tidak mengira waktu sebab ana tahu ana tidak akan malu malah suka adik2 ambil contoh akan kekemasan bilik antunna. Kepada ...

Wahai du'at, waspadalah!

Wahai du'at, waspadalah! Kerana kau sedang dalam bahaya. Apabila kau diberi mandat sebagai muwajjih, beristighfarlah, kerana saat itu syaitan akan mula membisikkan hasutan bahawa kaulah yang terbaik dalam kalangan sahabatmu, kerana itu kau dipilih. Di saat itu jijiklah dengan niatmu dan lucutlah sudah ikhlasmu, maka berpalinglah dari syaitan dan baikilah hatimu. Wahai du'at, waspadalah! Kerana kau dalam bahaya. Bila kau diberikan sedikit kelapangan harta, kau kembali mengira-ngira bahagian demi bahagian dari hartamu dan kau mula berbelanja seperti orang-orang biasa yang tidak pernah tahu kisah infaq Abu Bakar dan Umar al Khattab, kisah ar-Rasul mengikut batu di perut ketika menggali Khandak, kisah Mus'ab bin Umair yang menjadi pemotong kayu selepas Islamnya. Maka saat itu bencilah duniamu, kerana ia sudah menempati hatimu. Cabutlah duri wang ringgit itu dari hatimu, dan buanglah sejauh mungkin. Agar kau dan tentera-tentera Allah yang lain tidak akan terpijaknya lag...

Allah Knows by Zain Bhikha

When you feel all alone in this world And there's nobody to count your tears Just remember, no matter where you are Allah knows Allah knows When you carrying a monster load And you wonder how far you can go With every step on that road that you take Allah knows Allah knows CHORUS No matter what, inside or out There's one thing of which there's no doubt Allah knows Allah knows And whatever lies in the heavens and the earth Every star in this whole universe Allah knows Allah knows When you find that special someone Feel your whole life has barely begun You can walk on the moon, shout it to everyone Allah knows Allah knows When you gaze with love in your eyes Catch a glimpse of paradise And you see your child take the first breath of life Allah knows Allah knows CHORUS When you lose someone close to your heart See your whole world fall apart And you try to go on but it seems so hard Allah knows Allah knows You see we all have a path to choose Through the valleys and hill...

Dunia yang memperdaya

Asalamualaikum w.b.t Walaupun dah agak lewat malam, ana kerahkan juga jari yang dah lenguh-lenguh akibat berjam-jam menari diatas papan kekunci laptop untuk menulis suatu khabar untuk makluman pembaca. Post kali ini juga tidak ana rancang ekoran kekangan masa dan tekanan menyiapkan project yang kebanyakannya berkaitan design website-website dan software di minit-minit terakhir sebelum exam week kira-kira 2 minggu lagi. Bak kate orang tu "last touch up". "Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan" Alhamdulillah, nampaknye kadar pengangguran akan berkurangan tidak lama lagi. Dan pastinya mahasiswa dan mahasiswi yang akan menamatkan pelajaran tidak lama lagi gembira membaca keratan akhbar di atas. Tidak perlu pening kepala,kerjaya idaman sedia menanti di luar sana . Tapi pekerjaan ...

Black And White

Assalamualaikum w.b.t A valuable poem to be share with you all. My lecturer Pn Khalida Khalid share this to me and my classmate during our Corporate Ethics class this evening.This poem was nominated by UN as the best poem of 2006, Written by an African Kid. When I born, I black When I grow up, I black When I go in Sun, I black When I scared, I black When I sick, I black And when I die, I still black And you white fellow When you born, you pink When you grow up, you white When you go in sun, you red When you cold, you blue When you scared, you yellow When you sick, you green And when you die, you gray Funny and cute right?? But for me it is very meaningful..What do you think? What does the African kids trying to say?? Deep inside my heart, i feel very thankful, they make me proud and pleasure to say "Alhamdulillah Allah!! Thank you for everything that You had given to me since I was born". Nothing in this world is mine. Everything...

Islamic Fashion

Assalamualaikum w.b.t Datin Rosmah Mansor kembali menghangatkan Malaysia dengan isu baru...sebelum ini namanye naik dalam pembentangan bajet 2011 kini dalam dunia fasyen.Em..kebelakangan ini ana amati Datin Rosmah kita ini kerap kali berada di muka hadapan surat khabar.Alhamdulillah ana pemerhati setia yang mengikuti setiap berita-berita yang disiarkan. Ini isu fesyen Islam yang dibawa oleh Datin Rosmah Mansor. Sarat dengan idea baru, cuma pendapat ana mungkin nama "Islamic Fashion" itu adalah terlalu, teramat sangat-sangat tidak sesuai untuk digunakan. Mungkin mana yang paling sesuai adalah "Datin Rosmah feshion" baru cocok!!..dan kalau letak nama sebegitu pasti beliau akan dikenang walaupun telah dijemput bertemu ALLAH. "This recent interest in Muslim fashion signals the changing dynamics of the ever-increasing interaction among Eastern and Western cultures. Nowadays, Muslim women can choose from a broad selection of designs to create a look that...

Dunia Baru Islam

Ayuh mujahid dan mujahidah, perjalanan masih panjang, masih jauh dan berliku, kuatkan semangat jihadmu, janji Allah pasti megiringi, "Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui" [at-taubah :41]

Menara Warisan

Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah pagi selepas subuh tadi Allah lapangkan masa ana untuk mentadabur alam di tasik UTP. Walaupun hanya dapat berjoging kurang daripada 400m dek kerena urat kaki yang secara tiba-tiba menegang tetapi,ana tetap bersyukur kerana masih dikekalkan nikmat pengelihatan untuk menghayati keindahan alam. Syukran kepada sahabat-sahabat yang mengajak ana, sekali gus mengetuk pintu hati yang kadang kala malas untuk beriadah. ikan UTP yang bertasbih memuji nama Tuhan yang menciptakan *** setelah perut diisik dengan nasi goreng kampung Batu Pahat [kredit untuk Mai] dan tom yam kangar [kredit untuk rose] ana pun menyambung "taipan" untuk entry blog hatikubermunajat yang ke-92 ini. Tadi, sebelum ana terhenti sebentar dari menaip untuk menolong sahabat-sahabat masak ana membaca berita dari Malaysia Kini . Teringat semalam ana sempat menonton Berita Utama TV3 di asrama adik smart group di Village 1. Sedar tidak sedar kementerian sekarang se...

Konsert Gay

Assalamualaikum w.b.t Sebelum ana menghayun kaki menuju ke kafe untuk meeting project Software Engineering, jari ana seolah-olah tidak rela untuk ikut jika si jari tidak menulis berita yang baru dibaca oleh sahabatnya si mata. Antum mungkin dah sangat tahu akan isu yang "aneh" ini. ana tidak redha sebenarnye gambar ini berada dalam blog ana tapi, sbagai gambaran kepada pembaca, penjelasan dan muhasabah diri Aneh tapi benar. Konsert grand yang diadakan di Stadium Bukit Jalil semalam menggambarkan betapa dahaganye rakyat Malaysia akan hiburan sehingga konsert yang mengundang artis barat yang GAY pun mendapat sambutan. Seday dan bimbang menyelubungi hati-hati insan yang selama ini berusaha keras mengajak manusia mengesakan ALLAH, akhirnye ini hasilnye. Jika Rasulallah s.a.w berada di zaman ini pasti baginda akan berduka melihat umatnye yang tidak lagi hirau akan perintah ALLAH Yang Esa. Jika Umar Al-khattab masih lagi didunia pasti peperangan akan berlaku s...

UTP bersalah ??

Assalamualaikum w.b.t Lanjutan daripada kisah ini ana terpanggil untuk mengulas isu lama yang baru dihangatkan ini . Ana juga sedia maklum bahawa banyak blogger dan pihak-pihak persendirian yang dah menulas lanjut kes ini, namun setiap manusia memiliki daya pemikiran yang berbeza dalam menganalisis sesuatu perkara. Semestinya sebagai sebahagia daripada keluarga UTP ana berasa teramat kesal akan kejadian penipuan ini. Walaubagaimanapun ada sesetengah pihak memandang isu ini begitu kecil untuk dibimbangkan dan diperkatakan dengan serius, namun tidak sanggup rasenya ana merelakan nama baik UTP sebagai institusi pengajian swasta yang cukup dikagumi, dipijak-pijak dan dijaja-jaja sesuka hati oleh mana-mana pihak yang tidak berfikir panjang. Alhamdulillah, dari sudut positifnye isu ini pasti membuka mata pihak pengurusan UTP khususnye dan seluruh warga UTP amnya sebagai muhasabah terhadap gerak kerja kami selama ini. Sebagai pelajar kami mungkin terlalu ralit [leka] dalam dunia ilmu semata-m...

I Don't Want to Live on the Moon

Assalamualaikum w.b.t Why i don't want to live on the moon?? because i want to live on the earth, not in the sea or the forest but in my own house...this cute little sasame cartoon make me laugh on my own..it seem to be very appreciate his world(^_^) Alhamdulillah I just attended a very great conference inside my own campus yesterday held by the National Green Convention. Praise to the all mighty, even though this time around I was really busy with all of the six course projects and some other responsibility, but by His will I manage to come for this event. Green heart.....Green brain..........Greeny here and there....This is how i feel after attending this conference. [em, seem that I'm attending an arts and poetry class instead of green conference] May be, just s little bit sharing from me..but i think may be, i'll tell you during next post cuz i got to go for a Data communication network and internet programming lab right now. wallahualam

Islam cara hidup

Assalamualaikum w.b.t Ana kongsikan artikel yang ana temui ketika mencari bahan untuk dua slot motivasi sekolah menangah yang akan ana hadiri esok. Semoga bermanfaat.. Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri sebuah usrah umum di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang menceritakan ini sekarang mengajar di KISAS. Ceritanya begini… Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorang sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa. Sisuami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk, abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untu...

Keterbukaan dan Kepekaan Rakan Masjid UTP

Berikut merupakan antara gambar diskusi Rakan Masjid UTP dan pihak jawatankuasa Music Pursuit Pihak Rakan Masjid UTP ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak jawatankuasa Music Pursuit kerana sanggup duduk semeja dengan pihak kami untuk sama-sama berdiskusi dalam memastikan keharmonian porgram yang akan dijalankan. Terima kasih juga kepada wakil dari pihak MPP kerana datang untuk menjadi pihak ketiga. Alhamdulillah,perbincangan yang diadakan pada hari Selasa yang lepas bertempat di bilik MPP berjalan dengan cukup harmoni sekali. Setelah perbincangan selama dua jam, pelbagai idea dan cadangan dilontarkan oleh kedua-dua belah pihak. Akhirnya, terdapat beberapa perkara yang dipersetujui bersama dan akan dijadikan panduan sepanjang berlangsungnya program tersebut. Untuk itu, kami betul-betul mengharapkan komitmen dari semua pihak agar apa-apa yang dibincangkan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Jadi untuk diskusi yang berikutnya, pihak Rakan Masjid UTP akan meng...

Ulang Tahun Pertama

Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah, diam tak diam blog yang serba kekurangan ini telah menyambut hari ulang tahun pertamanya hari ini. Lahirnya blog yang diilhamkan Allah dengan nama 'hatiku bermunjat" pada 23 oktober 2009,diharap dapat sentiasa membangun dan menyuburkan iman sekalian pembacanya. Walaupun adakalanya isi kandungan blog ini kurang berilmu dek kerana penulis yang sangat cetek ilmunya ini, namun amat berbunga hati setiap kali ana sendiri dapat berkongsi pengalaman dan ilmu bersama pembaca. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “ Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu ”. (Az-Zumar:9) Firman Allah S.W.T maksudnya: “ Allah memberikan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beerti ia telah diberikan kebaikan yang banyak ”. (Al-Baqarah:269) Firman-Nya lagi maksudnya: “ Hanya orang yang takut kepada Allah ialah orang yang berilmu ”. (Al-Faatir:...

Dakwah kadang-kadang...

“Em..esok aku kane bangun dan kejutkan kawan-kawan bangun subuh. Harini diorang dah menjajah satu melaka so mesti penat dan susah nak bangun awal pagi” kata ana dalam hati Alhamdulillah, lebih kurang sebulan lepas kawan-kawan sekolah rendah datang menziarahi saya di melaka. Sambil-sambil melancong diorang singgah ke teratak usang saya di Jasin. Mujur ade seorang ni pernah menjadi penghuni MRSM Tun Ghafar Baba yang lokasinye amat dekat dengan rumah . Jadi mudahlah mereka menaiki bas menuju kerumah . Berbunga-bunga hati ibu bila tahu kawan-kawan saya yang cukup die kenal nak datang. Hati saya apatah lagi.. Ibu memang suka menerima tetamu. Ibu pasang siling kat ruang tamu [jen0h kami adik beradik mendongak mengecat siling, nasib baik xteleng kepala kami ]ibu pasang kipas dinding kat dalam bilik  supaya nanti 6 orang kawan perempuan selesa tidur bilik tu dan bilik solat. Bukan nak menunjuk-nunjuk tapi demi keselesaan tetamu dan alhamdulillah itu juga rezeki dari Allah. i...

Janji yang Pasti

“oak..oak..oak..”kedengaran bunyi burung dari semak belakang rumah ana pagi ini. “teka, burang ape tu long?” soal abang kepada ana yang sedang asyik membaca buku Discovering Wildlife The Ultimete Fact File “ em..ape aek..macam bunyi burung gagak kot ”ana meneka “betol...” “orang dulu-dulu kate, kalau bunyi gagak ni ade orang nak meninggal..” ibu yang kelihatan sedang sibuk menjahit baju tempahan [ 3 hari lagi nak raye ni, risau ibu tak siap baju orang ] mencelah. “ o0o ae..”ana mengiyakan tapi hati “ ni betul ke takni ” ***** Keluar dari bilik air, mata ana terarah pada seseorang berbaju putih berkain batik dan berserkop putih dihadapan rumah, sedang berborak dengan ibu. “sape tu..” hati bertanye sebentar “o0o nenek Pati” ana menjawap sendiri dan terus berlalu menuju ke bilik. “ha!....kak long..kan betul ibu dah kate tadi, ade orang meninggal..nenek Pati kate orang tu duk kat rumah awam sane tu” ibu memberitahu ana,sekaligus mengbantutkan langkah ana . “ye k...

Kisah benar Menjelang Syawal

Peristiwa 1 “ni nak buat ape lagi ni bu ?” A bertanye,hajatnye nak tolong ibu kemas barang untuk buat kuih raye. “sume barang ibu dah keluarkan, tinggal nak basuh-basuh bekas je..ibu nak g pekan dengan ayah kejap, nak carik tempat kuih Dahlia ni..” “owh..ok..” jawapan feveret A..ibu terus berlalu membonceng moto yang dibawa olah ayah..tapi A yang tinggal ni, bukan terus buat kerja,merayau-rayau keliling dapur dulu [melawat site- mendapatkn mood masak] baru mula... berjam-jam jugak melawat site [safety first] Lalu apabila mood dah menjelma, kuderat yang masih bertenaga diawal pagi itu dikerah membasuh bekas-bekas adunan kuih yang ada beratnye seberat pasu bunge. “ini kalau tanam bunga kertas ni cantik jugak” A mengomel sendiri Cari-cari kerja lagi....A nampak kacang dalam kuali,maka di pindahkan kedalam mangkuk dan diramas-ramas supaya tertanggal kulitnye. “vroooom..vroooom..” bunyi moto ayah kedengaran memasuki lorong rumah.adik A yang sedari tadi terbengkalai di...

memori mATH olympiad

"dap..dap..dap.." bunyi derap kaki yang melangkah kearah sebuah scuter pink yang sedang dipanaskan oleh tuanye seawal pukul 8.55 pagi. "Rose, bia betul kite ni...serius ke nk masuk math olympiad ni ??" kedengaran suara manusia yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa pagi ini dia dah Rose akan menyertai math olympiad. "ye..." si sahabat hanya mampu tersengeh menjawap pertanyaan kawannye yang dah berpuluh-puluh kali ajukan semenjak berada di SMK Tronoh semalam. "ape yang die tanye dalam tu..ish..dah la tak study ape-ape ni, last time blaja math pun mase 1st yaer 1st [setahun lepas]..tapi tu pun discrete math..math berkaitan komputer..adeyh, guane ni..nak tulis ape dalam tu..hentam je xpe kn??" ana terus berceloteh walaupun moto dah bergerak menuju ke Multi Purpose Hall. "ala isma relex la, ni soalan IQ je..xpe hentam-hentam, nanti ketas kite, ketas paling senang nak tande..pangkah je semua.."Rose melawak sambil bawak moto..uish PANG...

Bimbing Generasi Ini

Assalamualaikum w.b.t Terlalu rindu rasenye jari jemari ana untuk menaip entry dalam blog yang semakin sepi ini. Alhamdulillah masa-masa yang sedikit ini ana manfaatkan untuk berkongsi sedikit pengalaman bersama pembaca budiman. Semoga menjadi teladan kepada semua. Alhamdulillah baru tadi ana turun dari kereta kenari kelabu, pulang dari Kem Motivasi Insan Cemerlang di SMK Tronoh sebagai fasi. Ketika dalam perjalanan pergi pagi semalam ana dan seorang sahabat sempat berjenaka... "Rose lepas grad ni boleh r kite bukak satu syarikat motivasi...kite ni dah setiap minggu gi memotivasikan orang..." kate ana sekadar melawak "a'ah, asyik memotivasikan orang kite ni tah termotivasi tah tidak..." rose melayan disambut dengan gelak tawa kami berdua "eh, xyah bukak syarikat baru isma, kite join abang hakim ngan kak ina kat suria horizon je..diorang pun busy kesane sini" rose menambah membuatkan hilai tawa kami makin rancak... Begitulah kami berdua ni, tak sah kal...