• Soleh Solehah

    Bersangka baik pada takdir Allah itu natijah daripada Tauhid yang kuat.

  • Cinta Allah

    Cinta selain Allah akan membelenggu diri. Jalan keluarnya ?

    Cintailah Allah dan cintailah segala dan semuanya kerana Allah.

  • Akhirat yang Abadi

    'Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dimintai pertanggung-jawaban.

    (Al-Isra :36)

Tuesday, April 10, 2018

Hanya Kerana Satu Undi Rahsia

3.6 Juta rakyat Malaysia yang layak mengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih. Satu jumlah yang besar. Saya faham mengapa terdapat golongan yang enggan turun mengundi sekalipun telah layak untuk berbuat demikian.

Sebenarnye nak mengundi ni bukan perkara senang. Nak pilih untuk memberi sokongan pada parti mana, pada siapa itu sangat sukar. Lebih sukar daripada nak mencari jodoh terutama sejak berbondong-bondong parti baru tertubuh. Sejak parti yang wujud sekian lama berpecah, sejak pemimpin lama muncul kembali ke arena politik.

Pelbagai kerenah dan ragam dalam dunia politik. Sehingga saya sendiri pada satu masa dahulu melihat politik ini kotor dan tidak langsung memberi manfaat. Buang masa, buang beras, buang karen dan buang duit.

Parti A kate parti B rasuah, Parti B kate parti C penipu, Parti A fitnah Parti B komplot dengar parti D E dan C. Parti K hina kaum Z, Parti Y hina Agama J. Sampai bila nak habis semua tuduhan-tuduhan seperti ini.

Sebagai golongan marhain yang keluar pagi balik petang. Bekerja mencari sesuap nasi untuk diri dan keluarga. Mencari sedikit tabungan untuk sesekali bercuti bersama keluarga, mengumpul dana bekalan hari hari tua, urusan "pelik" seperti memberi sokongan kepada parti A B C D E dll tidak tersenarai dalam perkara mustahak.

Iya, sesekali kami merungut..harga barang naik lagi, harga minyak naik lagi..Oo alhamdulillah ade juga berterima kasih dapat la voucher buku RM200.. Eh air free pulak, ok jugak kan. Cukai pintu dah tak payah bayar. Lepas itu merungut lagi harga tepung, gula, ikan, bawang ntah sejak bila naik. Majlis perbandaran tak buat kerja, sampah berlonggok tidak terurus dll. Tapi, kehidupan diteruskan seperti biasa. Tiada masa nak fikir salah siapa dan siapa perlu buat apa.

Betul, kite tiada peruntukan masa untuk perkara yang renyah dan kompleks seperti ini. Kita ada lambakan urusan peribadi, urusan keluarga dan urusan kerja yang pasti menampakkan hasil jika kita abaikan. Memasak, membasuh, bayar bil-bil, urus anak sekolah dll.. Kalau kita tak buat, siapa lagi nak buat kan..

M E N G U N D I.. orang lain boleh buat, ramai lagi yang pergi mengundi itu. Undi kita seorang tak akan mengubah apa-apa.

S A L A H..iya, awak salah..saya salah. Islam ajarkan bahawa isu kepimpinan adalah isu ummah. Isu individu. Saya bukan orang yang arif untuk cerita panjang dan berhujah isu ini. Cuma kaedah mudahnya, mengundi itu satu bentu tanggungjawab dan tuntutan fardhu ain. Berikut salah satu rujukan untuk yang ingin mengetahuli lebih lanjut.

Kami menganggap perlu adanya pengundian sebagai salah satu proses untuk pelaksanaan perlembagaan dan juga undang-undang. Ini kerana tugas wakil rakyat sebagai pembuat dasar dan penggubal bagi maslahat negara dan rakyat. Justeru tidak dapat tidak, pengundian adalah perkara yang wajib. Ini selaras dengan kaedah:

مَا لَا يَتِمُّ الوَاجِبُ إِلَّا بِهِ فَهُوَ وَاجِبٌ

Maksudnya: Perkara yang tidak sempurna satu kewajipan melainkan dengan perkara tersebut maka perkara tersebut adalah wajib

Dalam bahasa yang mudah, pelantikan wakil rakyat, menteri dan pemerintah sebenarnya adalah wajib. Makanya untuk melantik adalah melalui proses pilihanraya atau pengundian, dalam konteks fiqh siyasah di Malaysia. Justeru, hukum mengundi dan menyediakan infrastruktur pilhanraya yang adil dan saksama itu hukumnya adalah wajib.


Professor Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia mengulas ketika musim pilihanraya Mesir tentang hukum mengundi:

واجب شرعي، على كل مصري أن يذهب إلى صناديق الانتخاب، من لم يذهب فهو آثم، ارتكب ذنب عند الله، لا تكتموا الشهادة"

Maksudnya: “Hukumnya adalah wajib syarak ke atas setiap warga Mesir untuk pergi ke pos-pos undian untuk mengundi. Barangsiapa yang tidak pergi maka dia melakukan dosa di sisi Allah (berdasarkan ayat al-Quran): “Janganlah kalian menyembunyikan penyaksian kamu.”

Sumber Jabatan Mufti Wilayah



Mungkin dah lewat nak daftar mengundi, tetapi masih belum terlewat untuk rancang perjalanan pergi mengundi dan belum terlewat untuk memilih. Pilih ape? Pilih siapa? Lihat pada parti tak cukup, lihat bendera parti? Lagi la tak cukup? Lihat dan beri ruang untuk mengetahui dasar perjuangan parti dan pimpinan parti. Yang mana yang boleh mendokong tanggunjawab membanggunkan ummah,itulah pemimpin yang wajar diberi sokongan.

Bukan nak kempen parti bulan parti bintang. Tapi nak bagtau aje. Undi rahsia. Sekian



Monday, April 9, 2018

Bicara yang menyenangkan

Harini saya dengar lagi...tapi saya tidak begitu menyenanginya, saya harap Allah lindungi saya dan anak-anak saya daripada berperangai begitu.

Urusan peribadi seperti nak buang air, kentut dll rasenya tak perlu 'umumkan' pada orang sekeliling anda. Lebih-lebih lagi dalam persekitaran yang formal seperti tempat kerja. Lebih manis jika anda seorang saja yang tahu. Segera pergi ke tempat yang sepatutnya untuk urusan itu.

Bayangkan kita duduk dalam suatu mesyuarat, tiba-tiba salah seorang ahli mesyuarat bersuara "saya nak berak kejap.." apa pandangan kita?? kite ketawa..iya, perkataan itu lucu buat kali pertama..bangun dia sekali lagi, 2 kali, 3 kali..cirit birit... atau setiap kali mesyuarat aje kawan tersebut bangun "saya nak berak.." apa pandangan kita setelah itu??  Kan lebih elok jika dia tidak hadir, menggangu perjalanan mesyuarat. Dan menyakitkan telinga dengan bahasa yang kurang enak didengari.

Pengumuman "ie rase nak kentut la.." sekali-sekala ok. Tetapi jika kerap kali, itu mengundang rase tidak selesa kerana ianya seperti tidak menghormati orang lain. Perlu ingat bahawa kita bukan berada di tadika atau dalam sesi potty training bersama anak-anak. Jadi haruslah gunakan bahasa yang sopan. Bercakap pada kadar yang perlu, pada masa dan tempat yang sepatutnya. Jadilah dewasa dan matang. Islam ajarkan kita untuk ade rasa malu. Jika tidak malu pada diri sendiri pun, malulah dengan rakan-rakan. Malukan sebahagian daripada iman.

Ok itu macam berbaur emosi sikit. Relex2...

Tapi memang saya dah lama nak tulis perkara ini. Bukan nak budget alim ustajah solehah. Ini pengalaman sendiri juga. Masuk bab kedua.  Bergurau dan berseloroh.

Orang-orang kite, seperti saya contohnya..akal panjang, kreatif tak payah diajar. Kite nak membahan orang kite tak kate la rambut ko kasar macam berus dawai, kulit hitam legam. Tapi kata-kata kite kias, berlapik, bertapis, berayak bagai. Contohnya "rambut die ni ok jugak kalau buat sental periuk" atau "kulit die yang tinted tu..yang mendung berarak kelabu tu".. Sedap kite gelak terbahak-bahak kat kawan tu. Siap meleleh air mata lagi gelak kan..Hilang sekejap masalah dapat gelak sakan.

Iya-iya, akak paham dik. Seronok bebeno.

Mungkin seloroh kite berlapik, tapi maksudnye tetap sama. Untung sangat jika yang dibahan itu orang yang baik, lurus tak paham kiasan, kite gelakkan dia, dia pun gelak sekali. Tak terasa ape-ape pun. Jika yang dibahan tu jenis cepat sentap. Kite senyum die tarik muka, kan ke dah mengeruhkan keadaan. Yang lagi bahaya yang makan dalam ni, kite gelak die gelak sekali, tapi balik rumah, nangis tepi bucu katil. Kesian...

Tapi dah biasa dah kawan rapat. Geng lepak, geng ngeteh, geng futsal, geng bas sekolah dari kecil. Tapi sejauh mana kita pasti dia tidak pernah kecil hati dengan kata-kata begitu?? Berapa peratus kita pasti, 100% confirm ke die ok?!! Sedangkan saya sendiri pernah mendengar keluhan seorang kawan tentang salah seorang ahli gengnya yang selalu mem'bahan' dia dihadapan ahli geng yang lain. Ade tu geng usrah pun bahan membahan..(bukan membawang)

Kesian, makan hati bertahun-tahun. Senyum sahaja, tidak mahu mengeruhkan keadaan. Nak menjaga hati rakan-rakan katanya. Semoga Allah mengganjari kebaikan itu.

Tapi nak ingatkan juga, berhati-hatilah dalam perkataan kita. Nabi Muhammad saw pernah menegur Aisyah atas satu perkataan yang menyamaai maksud "pendek" untuk menceritakan tentang seorang wanita yang datang bertemunya.  Maaf saya kurang ingat hadith itu secara jelas. Tetapi sefaham saya perkataan yang buruk itu kata Rasulallah, jika dicampak kelaut, pasti akan mengeruhkan seluruh air di lautan.

Ingatan untuk diri sendiri juga..Islam telah anjurkan untuk kita bercakap dengan kata-kata yang mulia dan sopan untuk menjaga maruah kita (iya, maruah KITA sendiri, bukan orang lain) قَوْلًا كَرِيمًا dan قَوْلًا لَيِّنًا .. Rujukan Surah Taha dan Surah Al Isra' 😊


Memang, kadang-kadang rasa semakin akrab persahabatan dengan senda gurau, terasa lebih manis dan lebih mengenali hati budi kawan-kawan ini. Cuma harus tambah sedikit lagi ramuan kemanisan itu dengan iman. Sopan santun harus dijaga. Sama-sama ingatkan.

Iya..suka bila tengok orang ketawa terbahak-bahak dengan jenaka kita. Masa tu rase semua orang suka kat kite..tapi tu semua sekejap aje..Bile tiba masanya nanti kite akan rase sendiri mudaratnya.. Allah Maha membalas dan bukan kerana itu sahaja, dek kerana buruknya akhlak dan kata-kata kite itu akhirnya natijah akan berbalik pada kita.

Nanti dimasa akan datang jangan ditnya mengapa hati selalu rasa tidak tenang, mudah sentap, sikit-sikit kecik hati, makan hati, sukar menerima teguran, mudah marah, susah nak memaafkan, dan macam-macam rasa tidak enak dalam diri. Lalu dipresi, murung. Pendek kate hidup tidak tenang. Dangan pasangan mudah sentap dengan anak-anak menyinga tak kira waktu. Sebab kesannya dah berbekas dihati.

Amal ibadah pun akan terjejas. Rase nak solat awal tapi selalu tersasar hujung waktu, rase nak bace al-quran tapi sibuk memanjang tak ade mase. Nampak sikit aje kan, tapi impaknya besar dik. Percayalah. Nak bersihkan semula tidak mudah. Kene berguru dengan orang-orang alim. Kuncinya Zikrullah dan Taubat.

Seruan untuk diri dan kawan-kawan semua..Mari tambah ilmu agar bertambah iman dan tqwa pada Allah. Itu kunci hidup yang tenang..Jika ada masa dengar kuliah jap ni ha, menusuk kalbu dan kene dengan situasi semasa. Betul belaka kata-kata penceramah.

INDAHKAN TUTURMU : https://www.youtube.com/watch?v=fjAwTmyX_3E


Friday, April 6, 2018

Hari Lahir ke-3 Anak sulong


Dapat buat sambutan hari lahir untuk anak ummi Muhammad Mu'min Bin Muhammad Zulhaziman. 30 Mac 2018 genap usianya 3 tahun. Dalam proses nak bebas dari diapers. Sikit lagi, nak betul-betul bebas, nak latih waktu malam dan waktu tidur tanpa diapers agak mencabar sebab die tidur sambil minum susu botol. Insyallah.

Orang kata muka macam ummi, perangai namapk banyak nurun abah. Soft spoken dan cepat tesentuh. Kuat menangis dan susah dipujuk itu nurun ummi rasenya. Yang lain, seperti juga kanak-kanak biasa aktif, cerdas dan cerdik. Alhamdulillah.

Ade nama adik sekali sebab birthday adik tak beli kek.
Combo birthday cake!! 


Wednesday, April 4, 2018

Sambal Belacan Tidak Lumat

Kisah dibangku sekolah

Saya dan adik selalu tertanya-tanya atau lebih kurang macam merungut knape sambal belacan ibu tidak ditumbuk betul-betul. Kepingan cili besar sehingga berupaya menyelimuti 1 ke 2 gigi dalam satu masa. Iya MENYELIMUTI. Jadi bahan jenaka kami adik beradik, cili selimut gigi. Kami rahsiakan dari ibu gelaran tu, bisik-bisik aje. Tapi bile ibu tahu, ibu pun tidak kecil hati, ibu pun gelak sekali.

Bila kami ade di rumah ibu akan suruh anak-anak daranya yang tumbuk sambal belacan. Pandai ibu pancing hati kami. Ibu kata kami tumbuk lumat, halus.. Kembang semangkuk hati, terus tumbuk dengan tekun. Hasilnya selalu tidak mengecewakan ibu.


Setelah sekian lama kisah itu, saya pun terfikir, rasanya macam tahu mengapa ibu tak tumbuk sambal belacan lumat dan halus macam kami tumbuk. Mungkin pengalaman dan pandangan orang lain berbeza, tetapi jike menurut hati dan pengalaman sendiri, saya rasa kerana faktor MASA. Ibu seorang suri rumah, tetapi bukan suri rumah sahaja. Beliau juga tukang jahit yang berpengalaman. Mengambil tempahan pelbagai jenis baju.

Semasa kami sekolah, ibu perlu membahagikan masa untuk menguruskan kerja-kerja rumah, mengambil dan menghantar anak-anak sekolah dan menjahit. Semingggu sekali ke pasar untuk membeli keperluan dapur, sebulan sekali akan ke pejabat pos mambayar bil-bil, juga perlu menaiki bas untuk ke bank di pekan Bahau untuk membayar pinjaman rumah dan kereta. Petang-petang akan turun ke halaman rumah untuk menyapu sampah dan daun-daun kering sekitar rumah. Sekali sekala ibu juga yang memikul tong racun untuk meracun rumput sekitar rumah.

Bila hari hujan, ibu cepat-cepat keluar menadah air di hujung-hujung atap rumah. Bersedia dengan berus dan gayung. Apabila kelihatan hujan turun betul-betul lebat, ibu keluar memberus lantai simen keliling rumah. Menyental lumut-lumut hijau di longkang-longkak luar rumah. Dan rutin ibu yang masih kekal sehingga kini masih tidak ditinggalkan adalah menyiram setaman pokok bunganya.

Anak yang banyak kerenah seperti saya ketika itu mempertikaikan mengapa tidak boleh halus..bukankah itu perkara yang mudah sahaja..tumbuk lama sikit maka lumat la sambal tu..

Apa yang nak saya ceritakan ini ye?? tadi pasal sambal belacan, masuk kepada cerita ibu sebagai suri rumah, balik kepada sambal...

Sebenarnya nak cerita yang saya akhirnya dapat menyelami perasaan dan melalui sendiri fasa 'sambal belacan tidak lumat' itu. Fasa yang apabila diri sendiri dah lalui baru tahu bahawa itu fasa yang sangat sibuk bagi seorang wanita bergelar ibu. Mengurus rumahtangga, suami, anak-anak yang sedang membesar dan menyediakan keperluan harian seisi keluarga.

Fasa yang menuntut jiwa yang paling ikhlas dalam memberi khidmat bakti kepada keluarga. Masyallah, terima kasih sahaja tidak cukup. Allah Maha tahu, maka ditetapkan bahawa berbakti kepada orang tua itu hukumnya adalah WAJIB. Ibu dan Bapa!! keduanya sama penting. Kerana anak-anak saya bertuah punyai ayah yang sedia menggalas sebahagian (kadangkala hampir semua) tugasan seorang ibu dalam mengurus rumahtangga.

Untuk ibu saya, ibu berhak dilayani lebih daripada seorang permaisuri. Tidak wajar hatinya terluka oleh perbuatan hatta kata-kata anak-anak. Juga arwah ayah yang membanting tulang menafkahi kami. Butuh doa anak-anak soleh.

"Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil". Isra' - 24

Dan kisah sambal belacan saya tadi... Yang penting rasa, cukup cili, belacan dan asam limau. siap!



Wednesday, March 21, 2018

Rubinga Heritage Horse Riding, Kampung Changkat

Tidak punyai banyak masa untuk menulis panjang sejak belakangan ini. Cuma ingin berkongsi tempat baru yang menarik dikunjungi seisi keluarga. Santai-santai petang, untuk merehatkan minda yang seharian bekerja, menghilangkan kebosanan terperuk di rumah atau memupuk rasa kasih pada haiwan untuk anak-anak.

Ala-ala tempat rekeriasi ala-ala mini zoo. Unsung place located in Kampung Changkat. Tempat yang bersih dan selesa. Untuk pencinta haiwan tapi tak berpeluang lagi untuk mempunyai haiwan peliharaan sendiri, tempat ini mungkin boleh dijadikan tempat lepas rindu kepada haiwan-haiwan peliharaan yang comel.

Yang so-so je dangan haiwan, minat tapi tak la fanetik sangat seperti saya, tempat ni bagus untuk melepaskan semua keletihan aktiviti harian. Tenang bile tengok haiwan comel seperti burung dan arnab. Suasana bersih dan selesa dengan padang yang menghijau siap ade kuda gagah dan sado-sado berkeliaran sekitar padang memang rase macam bukan kat Malaysia. (tak tau nak kate kat mana sebab bukan rajin bejalan pun kan).

Stakat nak tengok-tengok kuda, arnab dan burung sahaja, tiada dikenakan ape-ape bayaran. Tapi nak masuk beri makanan pada arnab bayar RM1 seorang (dewasa dan kanak2). Menunggang kuda mungkin ade yuran, saya belum cuba lagi. Sikit gambar yang sempat dirakam. Kalau nak pergi boleh cari dalam Google Map yer.

Kurang sesuai pergi masa hari hujan sebab kawasaannya semua out door. Ada juga gazebo, tapi nak main ngan arnab atau tunggang kuda mane boleh masuk gazebo kan... Boleh pegang arnab dan kuda dalam kandang. Cume bile hujan, bulu haiwan ini selalunya terkena tempias air, jadi kelihatan agak comot skit..tapi tetap comel

Tempat yang bersih..sampah tidak kelihatan
Arnab banyak, ini baru satu kelompok kecil

Kuda, mungkin ade kelas menunggang kuda.

Arnah bulu pendek macam karpet..comel

Ade Guinea Pig. Suami saye kata name melayu die Arbok
Bulu terkena tempias hujan..kne pergi saloon 

Monday, February 19, 2018

Lipat Baju lebih cepat

Terpandang dua bakul baju yang kering. Satu bakul biru besar baju saya dan suami,satu bakul kelabu lebih kecil sedikit tetapi isi melimpah keluar, baju Mu'min dan Mu'izz. Telah dibasuh dan disidai dengan bantuan suami dan mesin basuh. Diangkat dan dimasukkan ke dalam bakul kerana nak sidai baju yang baru dibasuh sebentar tadi.

Antara kerja-kerja rumah yang selalu saya skip kerana pada pandangan saya ada kerja lain yang perlu dilunaskan dahulu. Saban hari, daripada satu bakul sahaja bertambah menjadi dua, isi separuh penuh sehinggalah bakul melimpah, memuntahkan isi (ayat novel).

Sebenarnya menunggu hujung minggu untuk dihadap dan dilipat sehingga habis...Minggu ini cuti hari wilayah jadi kite balik kampung mertua, minggu hadapan ibu saya akan menunaikan Umrah maka nak juga menghantar beliau ke lapangan terbang. Hujung minggu tidak berada dirumah pulak..

Minggu bertambah..bakul besar hijau dah menampakkan diri, mengisi baju-baju yang telah kering. Baju yang berlipat dalam almari menyusut, anak-anak dah pakai baju singkat-singkat yang dah bertahi lalat. mengambil baju-baju lama yang saya susun didasar almari. Memang itulah fungsinye, baju yang dan lusuh yang nak dibuang sayang sebab masih boleh dipakai. Jadi letak didasar untuk kes-kes kecemasan seperti ini.

Minggu ini, cuti raya cina kami tak kemana-mana..Anak-anak kurang sihat, begitu juga saya. Jadi tidak boleh lagi mengelat, harus segera lipat. Cuma nak dikongsikan alat yang baru saya guna. Dah lama jumpa dan dah lama juga berhajat nak memiliki. Lihat di internat, nampak seperti boleh membantu. Beberapa kali keluar masuk shopping cart. Tapi ragu-ragu dan berkira-kira nak beli atau tidak. Akhirnye saya jumpe di Mr DIY. Murah berbanding harga online shop.

Baru je pakai. Tapi alhamdulillah memudahkan dan harga berbaloi. Ade dua, satu untuk baju orang dewasa, satu untuk baju kanak-kanak, lebih kecil. Cuma untuk kanak-kanak tidak sesuai untuk anak-anak baru lahir atau bayi mcm baju Mu'izz. Mu'min boleh. Yang bestnya senang dan cepat sebab dah ada acuan dan hasilnya kemas sedap mata memandang. Semua jenis baju pun boleh, ikut kreativiti masing-masing.

Jadi yang bermanfaat kite share.

Inilah alatnye. Sis tak jual yer.

Ni berbeza lipatan manual (nak cepat-asal lipat) dengan pakai pelipat baju.

Dan semalam sebelum terfikir untuk tulis kisah baju ini. Dalam kesibukan melipat baju, terfikir sejenak (sejenak ku termenung awan pun.... -Wany Hasrita) bile akan habis yer kisah baju ni. Basuh, sidai, angkat, lipat, susun, gosok .. ENAM kerja untuk satu bab sahaja. Belum masuk bab beli atau tempah baju baru. Hai la baju.. sempat juga saya menjawap dan ketawa sendiri ..

Bila akan habis??

Bila kau berhenti pakai baju la!!

Dan itu MUSTAHIL terjadi, tak kan tak nak pakai baju, tarzan pun pakai cawat ok...

*****

Gelak gelak juga, jangan lupa Mustahil tidak berbaju itu di dunia sahaja. Apabila tiba masa Allah menjemput pulang, kamu hanya ada SATU baju. Kain Kafan nak..renungan untuk diri. Dan ada satu petua yang apabila saya terbaca di dinding ruangan solat di pejabat, terus saya snap gambar. Sentap akak dik! Memang terasa kena penampar sekali.

Petua mengurangkan nafsu membeli pakaian mahal
Banyakkan melihat kain kafan. 

Bukan la selalu beli baju mahal, tetapi selalu la juga membeli baju. Tak banyak pun baju, kalau almari baju tu ade 9 compartment, 6 tu saya punya 1 je suami punya, 2 lagi sarung-sarung bantal (ade la lagi almari yang lain - tapi nak cerita almari yang satu ni je) ..insaf insaf


Menang by Faizal Tahir

Falling in love with this song so much!! Lagu nyanyian Faizal Tahir bertajuk Menang ni betul menang kat hati akak..sekali dengar terus jatuh cinta. Tak tahu pun ni lagu OSD Drama dalam Astro. Ape pun  i Loike the song so much. Saja nak simpan liriknye dalam blog ni..


Tetiba teringat suami. Sob sob sob, Insyallah.....

Thursday, January 25, 2018

Rakan sebilik zaman muda

Rakan sebilik pertama saya. Asal Kelantan tapi cakap luar tak bau budu. Itu pandangan pertama saya padanya. Masa masih belum ada asas 'bahasa kelantan'. Sekarang bile dah jadi menantu orang Kelantan. Ade sedikit asas loghat klate tu, boleh la kenal pasti budu jenis ape beliau makan bile de kecek luar huhu.

Bantal busuk masing-masing. CJ7, Froggy and Happy Bear.

0oo paling saya ingat sekali tentang sahabat saya yang sorang ni, beliau kaki study. Bab study memang tiada kompromi. Sebab tu keputusan sentiasa konsisten cemerlang. Malangnya kami tak sama kos(kalau tak mungkin saye juga cemerlang sepertinya). Beliau kos petroleum engineering.. Uuu PETROLEUM ok! Tak ramai kat Malaysia ni.. Now working with Petronas ..uuuu PETRONAS. She deserve it!!
8 Tahun dah berlalu...Dah beranak pinak

 Kata kata imam alGhazali 

Pilihlah sahabat yang jika engkau meminta sesuatu daripadanya pasti ia memberi, jika engkau diam dia menyapamu dahulu , jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu dia suka membantu dan meringankanmu dan menghiburmu. 

Alhamdulillah, salah seorang sahabat yang banyak membantu dan sangat diingati keberadaanya dalam perjalanan hidup saya. Walaupun tak berjaya meng'kelantan'kan saya dalam tempoh beberapa tahun kami menjadi rakan sebilik, mungkin ade doa-doanya menjadikan saya sedikit-demi sedikit ter'kelantan' (istilah macam orang baru nak peluk agama islam) dengan sendiri (pengaruh ahli keluarga-suami).


Tuesday, January 23, 2018

Hari Kelahiran Mu'izz

19 Januari hari kelahiran Mu'izz. Kami pergi shellout untuk makan malam, simple celebration, yang kenyangnya mak dan ayah. Birthday boy macam biasa, panjat turun naik meja kerusi. Huhu nak makan macam perang .. 2 lelaki kan boleh bayang kalau dua-dua turun naik meja kerusi dikala mak ayah kelaparan dan berhajat menghabiskan setalam shell out.

Sape yang tak pandang kamera?

Kebetulan saya kene ke PD pada hujung minggu. Jadi satu bentuk sambutan lagi, bermalam di hotel. Awal check in dua beradik ini kemain gembira bile malam adik dah mula rindukan buai die. Jadi nak tidurkan tu macam-macam cara. Yang paling best sebab umi peminat laut. Lepas asar  tentatif santai-santai jadi tanpa betangguh terus ke laut main air.


Bukan senang nak dapat gambar tengah laut macam ni ok.
Tudung umi plak spoil.

Sebenarnya sapa yang galak sangat main air laut. Anak ke mak??

"Dia mungkin tak punyai ibu yang terbaik. Tapi dia miliki Tuhan, Allah Rabbil Alami. Pemilik langit dan bumi yang terbaik". Pengisian daripada salah satu kuliah yang saya sempat dengar. Ya, saya bukan ibu yang terbaik. Banyak yang saya harus belajar dan perbaiki.

Buntu seketika untuk menulis sebenarnya. Apa pun doa dipanjat kepada Allah agar dipelihara anak ini menjadi hambaNya yang soleh. Diberi kesihatan yang baik, dikurniakan akhlak mulia seperti para rasul dan nabi, diterangkan hati, dilimpahi rezeki yang halal dan menjadi hamba Allah yang taat.


Credit photo to my ex-senior UTP

Tuesday, January 16, 2018

Kemas ada makna

Saya puji dan sangat kagum dengan orang yang rumahnya teratur dan kemas (yang tak ade pembantu rumah la). Biar rumah kecil, buruk nak roboh sekalipun. Saya pernah lihat dalam tv rancangan Bersamamu. Rumahnye kecil, boleh dipanggil pondok sebab kecil dan dibina daripada papan. Tapi bila masuk dalam rumah, barangan almari, katil, kerusi meja teratur dan tengok di sekeliling rumahnya bersih. Lamannye kemas, susah nak jumpa sampah, rumput-rumput ada tapi tak tinggi, dipotong, maksudnye di jaga dan tidak terbiar.

Kalau nak puji tu banyak lagi yang boleh ditulis disini. Banyak lagi contoh-contoh yang pernah saya jumpa, cuma nak katenye kemas tidak perlu duit banyak. Tidak same dengan nak mencantikkan rumah. Rumah cantik pada saya perlukan kos. Nak cat rumah, nak hiasan dalaman, nak tile, nak langsir, nak carpet, nak frame gambar, pasu bunga dan macam-macam lagi. Dan ya, sape tak suka punyai rumah yang cantik kan..

Kalau pergi IKEA tu amik gambar semua sudut, acah-acah rumah sendiri. Bilik tidur, sofa ruang tamu kerusi rehat. Aduh.. memang tula tempat terbaik nak berangan rumah idamanku. Situla nak cari idea nak mencantikan rumah. Perabot ape nak tambah, dinding mane nak gerudi, sudut mane nak letak kabinet. Sediakan duit aje, dapat la rumah cantik bak istana.

Itu untuk yang mampu. Tetapi untuk hal berkaitan kemas, pada saya ia 0 kos. Memang tidak mudah juga, nak kemas perlukan masa, perlu tenaga. Kite dah la kerja, anak-anak kecil ramai pulak tu. Pelbagai kekangan. Tetapi tiada masalah jika kemas itu telah manjadi tabiat!! Dan bile sebut tabiat, ia bermula dari tindakan kita sehari-harian, sejak kecil sehingga jadi terbiasa dan jadi tabiat\sikap. Dalam sebuah kuliah yang saya pernah dengar kata-kata seperti ini.

Hati- hati dengan Fikiran 
Kerana Fikiran akan jadi Tindakan

Hati- hati dengan Tindakan 
Kerana Tindakan akan jadi Kebiasaan

Hati- hati dengan Kebiasaan 
Kerana Kebiasaan akan jadi Sikap

Hati- hati dengan Sikap 
Kerana Sikap akan jadi Taqdir kehidupan

Boleh jadi, rumah yang kemas itu ade makna. Yela nak masuk TV so kene la rumah kemas elok-elok nanti ape orang kate kan. Kemas sebab orang nak datang nanti kalau bersepah tetamu tidak selesa. Rumah kemas nanti kalau kotor tuan rumah(land lord) marah pulak. Rumah kemas sebab nanti kotor, berpasir tak sapu nanti kuman membiak. Penyakit mudah dapat. Berselerak nanti susah nak cari barang. Barang tunggang langgang nanti makan ruang, rumah jadi sempit. Barang berterabur nanti mak marah. Nanti tak kemas bini beleter. Nanti suami naik angin.

Kemas la untuk ape sebab sekalipun. untuk mak, untuk suami isteri anak-anak, untuk kepuasan diri sendiri, untuk bos...KEMAS adalah sifat yang baik! Jadi Ismalina, sila lah jadi seorang yang kemas sebab kemas tu baik untuk diri kamu dan keluarga kamu. Kemas dan bersih itu sebahagian dari agama kamu. Di Dalam Buku HADIS 40 Imam Nawawi. Hadith ke 23

Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: "Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjualdirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya."

(Riwayat Muslim no.223 dan al-Tirmizi no.3517)

Di sebalik segala cabaran dan kekangan, jika dengan izin Allah, dengan tekad dan azam yang kuat dalam diri untuk sentiasa menjadi lebih baik, Pasti Allah beri jalan!! Insyallah semoga kita, ahli keluaga kita, zuriat keturunan kita terdiri dari golongan yang beriman kepada Allah.

Makna disebalik susun kasut
Baru tiga pasang, soon 4 selepas Mu'izz berjalan nanti

Susun sebaris - Kemas, mudah nak cari, mudah nak pakai dan
boleh muat banyak lagi kasut lain jika tetamu datang atau kasut2 lain jika ada
Tepi dinding - sebab beri laluan kepada orang nak keluar masuk pintu
tidak tersepak nanti hilang tercampak tak jumpa cari..

Makna disebalik melipat toto
Tempat beradu anak teruna. 

Susun/lipat separuh - boleh terus baring bile2 nak.
On top of each other - supaya senang nak bentang semula
Dua lapis - Tebal dan tak sakit badan tidur.
Letak tepi dinding - supaya tak dipijak-pijak dan untuk
elak dari cepat kotor dan menipis sebelum masa.