• Soleh Solehah

    Bersangka baik pada takdir Allah itu natijah daripada Tauhid yang kuat.

  • Cinta Allah

    Cinta selain Allah akan membelenggu diri. Jalan keluarnya ?

    Cintailah Allah dan cintailah segala dan semuanya kerana Allah.

  • Akhirat yang Abadi

    'Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dimintai pertanggung-jawaban.

    (Al-Isra :36)

Thursday, July 29, 2010

pokok-pokok



Ciptaan Allah amatlah hebat. Semasa dalam perjalananku dari Kuala Nerang ke Alor Setar, aku melebarkan pandangan ke luar jendela. Aku melihat pokok dan tumbuh-tumbuhan lantas aku terfikir ;

" Apakah yang istimewanya pokok ini? "

Aku ingin menjadi seperti pokok dan tumbuh-tumbuhan yang sanggup bersusah payah untuk kehidupan manusia dan makhluk lain. Aku juga ingin mencontohi sifat pokok yang tidak mementingkan diri dan sanggup berkorban untuk makhluk lain tanpa mengharapkan balasan apabila memberi walaupun sering disakiti.


Aku kagum apabila memikirkan keindahan ciptaan Allah. Aku kagum apabila berfikir tentang pokok. Pokok dan tumbuhan memerlukan Karbon Dioksida untuk menghasilkan Oksigen. Alangkah baiknya pokok yang sanggup menahan terik matahari untuk melengkapkan ‘ proses fotosintesis' dan sanggup berpanaskan matahari untuk menyediakan tempat berteduh dan berehat untuk makhluk lain. Pokok rela berkorban untuk makhluk lain.

" Tetapi manusia? "

" Sanggupkah kita berbuat demikian? "

Tabahnya pokok walaupun keseorangan namun tetap meneruskan hidupnya. Walaupun sering dilukai namun pokok tidak pula membalas dengan keburukkan bahkan dibalasnya dengan kebaikan. Pokok itu setia berdiri teguh di situ. Ingin aku contohi kesetiaan pokok itu.

Seringkali kita melihat manusia mencari pokok sebagai tempat berteduh daripada panas mentari kemudian apabila keadaan tidak panas lagi mereka akan beredar meninggalkan pokok itu keseorangan.

Begitulah sikap kita. Apabila kita memerlukan sesuatu maka kita akan mencari. Namun, apabila kita sudah memperolehi perkara yang kita inginkan kita akan meninggalkannya. Pokok pula sentiasa berada di situ apabila kita memerlukannya, sentiasa setia untuk menolong dan menemani kita walupun kita sering melupakannya dan sentiasa ada sewaktu kita memerlukannya.

Sebenarnya pokok itu mengingatkan kita kepada pencipta kita, Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kita mengetahui bahawa Allah sentiasa ada untuk yang mencari-Nya dan sentiasa membantu hamba-Nya. Apabila kita amati kejadian atau fenomena alam dan berfikir maka kita akan mennyedari tentang kewujudan Allah.

Friday, July 23, 2010

si kawan karib

Dalam ke keringan akal memikirkan modul yang akan dijalankan untuk program motivasi Sekolah Kebangsaan Bakap esok,ana pun mengarang posting ini sekadar berkongsi informasi yang ana ketahui bersama pembaca budiman.


Inilah lauk asam pedas ikan kembong orang melaka. Warna merah kejingga-jingaan. Sedap dimakan ketika nasi dan lauk ini panas. Gambar dibawah ini adalah kawan karib kepada asam padas. Memang enak kalau dimakan bersama...lapar


kawan karib asam padas ini namanye cencaluk. Bahan mentah utama yang diperlukan untuk membuat cencaluk ini ialah anak udang- bukan udang disebalik mi. Cara-cara membuatnye antum google sendiri ye. Cara nak makan cencaluk ini mudah dan senang sahaja. Tuan-tuan dan puan-puan hanya perlu memerah limau nipis dan mengaulkannye bersama hirisan bawang besar dan sedikit cili besar [kalau nak pedas bolehlah menggunakan cili padi].Ape lagi bolehlah tuan-tuan dan puan-puan mencuba resepi ini dirumah. Cencaluknye boleh didapati di kedai-kedai runcit yang berdekatan [ yang original hanye terdapat di melaka]..

Renung-renungkan dan selamat mencuba (^__^)

Thursday, July 22, 2010

Tudung Labuh – Pengalaman menarik Fatimah Syarha menerusi kolum Remaja Majalah Solusi isu no 21.

dari: ust Zahazan fb

Semoga bacaan ini dapat “put things into perspective” buat kita dalam menilai dan memahami kewajipan menutup aurat sebagaimana yang dituntut agama, insyaAllah.

Corat-Coret Kisah Tudung Labuh…

“Akak, kenapa akak pakai tudung labuh?” Soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh remaja kepadaku. Adik bongsuku, Asiah Yusra yang sedang mekar meniti usia remaja, turut bertanya. Melihat wajahnya yang saling tidak tumpah dengan iras wajahku, aku terasa bagaikan sedang melihat diriku sendiri. Aku pernah remaja dan terpesona melihat kakak sulung bertudung labuh. Kufahami, remaja bertanya kerana mereka sedang tercari-cari identiti diri.

Kali pertama aku memilihnya sebagai imej diri ketika usiaku remaja. Saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya menghiasi wanita-wanita berakhlak mulia yang kukenali. Ibuku, kakakku, kakak-kakak naqibahku, ustazah-ustazahku semuanya bertudung labuh. Hingga aku mensinonimkan tudung labuh itu dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. Walaupun aku turut mengenali teman-teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini, aku memilih tudung labuh kerana aku yakin ia lebih istimewa pada pandangan-Nya.

Ketika remaja, aku hampir tidak sedar banyak pertanyaan yang terpendam. Mungkin saat itu aku tidak tahu apa yang aku perlu tahu. Hinggalah persoalanku terjawab satu demi satu. Hikmah bicara kakak-kakak naqibahku menerangkan pelbagai soalan yang kutagihkan pengertian. Yang paling kuingati, Kak Siti Aisyah Mohd Nor (kini merupakan bidadari kepada seorang tokoh agama terkenal). Jasa kalian selamanya harum dalam ingatan.

Yang Tertutup Itu Indah

Ketika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang pernah kuterima, “Yang tertutup itu indah!” Jawapan yang membawaku mengkaji surah al-Ahzab ayat 59, maksud dan tafsirannya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.’”

Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan yang sakit.



Istimewa Bertudung Labuh

Di sini, aku tidak mahu berbicara panjang tentang kewajipan menutup aurat. Apa yang ingin kukongsi di sini adalah tentang beberapa peristiwa dalam hidupku yang membuatkan aku berasa tudung labuh itu benar-benar istimewa. Allah banyak kali menyelamatkan dan memudahkan urusanku dengan asbab tudung labuh.

Dikejar Tebuan Tanah

Dalam satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salah seorang fasilitator. Antara aktiviti yang dilakukan ialah jungle trekking. Aku mengetuai barisan remaja puteri yang siap sedia memasuki hutan. Taklimat dan doa dimulakan.

Menderap ke tengah belantara, tiba-tiba peserta puteri paling depan terlanggar sarang tebuan tanah. Tebuan tanah berterbangan garang. Sedia menyerang. Peserta itu menjerit kesakitan kerana disengat. Peserta di belakangnya turut menjerit ketakutan. Aku yang turut berada di barisan depan ketika itu melaungkan takbir. Lantas mengarahkan peserta yang lain berundur. Mereka bertempiaran lari.

Sementara aku tetap bertahan di situ. Kututup sebahagian wajahku dengan tudung labuhku. Tangan turut kusembunyikan di bawah tudung labuh. Kulindungi beberapa peserta yang terkepung dengan tudung labuhku agar tidak disengat lagi. Segera kubawa mereka berundur. Ajaibnya, seekor tebuan pun tidak berjaya menyengatku. Subhanallah! Maha Suci Engkau yang menyelamatkan aku dengan secebis kain buruk ini.

Terlindung daripada Mata Mat Rempit

Suatu hari, aku ingin pulang ke kampusku di UIA setelah bercuti pertengahan semester di kampung halaman. Seperti biasa, aku membeli tiket bas dan berusaha mencari bas yang mempunyai tempat duduk seorang. Request. Ini penting bagi mengelakkan aku terpaksa bermalam di dalam bas dengan bertemankan seorang lelaki asing di sebelah.

Akhirnya kumembeli tiket dengan sebuah syarikat bas yang belum pernah kunaiki . Sebelum menaiki bas, aku berpesan kepada pemandu kedua agar menurunkan aku di Greenwood. Semua mata terlena melepaskan kelelahan hidup dengan mengembara ke alam mimpi yang seketika. Kedengaran sayup-sayup suara pemandu bas mengejutkan aku dari tidurku. Lantas aku terjaga separuh sedar. Ketika itu, aku duduk di kerusi seorang paling depan, tidak jauh dari pemandu.

Jam baru menunjukkan pukul 4.30 pagi. Badanku amat penat dan urat kepala terasa merenyuk. Aku bangkit dari kerusiku dalam keadaan mamai menuruni bas. Ketika berada di luar bas, aku masih sangat mengantuk. Terasa secepat kilat bas meninggalkanku.

Ya Allah! Aku terkejut kerana hanya aku seorang yang menuruni bas. Lagipun, tempat bas itu memberhentikan aku bukannya tempat perhentian bas di Greenwood seperti kebiasaan. Aku langsung tidak mengenali tempat itu. Tiada peluang untukku bertanya atau membatalkan saja tempat perhentian itu. Nyata aku sudah terlewat. Asap bas pun sudah tidak kelihatan.

Aku berada di sebuah perhentian bas. Jalan raya di hadapannya lurus. Lengang. Sunyi. Kawasan sekitarnya adalah kawasan perumahan yang sedang bergelap. Jalur-jalur cahaya hanya sedikit. Kupandang ke belakang dan mendapati tidak jauh dari situ terdapat sebuah masjid. Namun, ia kelihatan gelap. Sunyi. Kelihatan seekor anjing berwarna hitam, besar dan garang sedang berlegar-legar di luar pagar masjid. Ya Allah, pada-Mu aku bertawakal.

Aku segera menelefon kenalan rapatku, Puan Norliza Mohd Nordin untuk mengambilku. Pada masa yang sama, mataku melilau mencari kayu atau besi yang akan kugunakan sebagai senjata seandainya anjing itu mendekatiku.

“Di mana?” Tanya Puan Norliza. Susah-payah aku cuba menerangkan lokasi yang asing itu. Tambahan pula, aku tidak dapat melihat papan tanda yang menunjukkan nama masjid. Kehadiran anjing itu membuatkan aku tidak berani menghampiri masjid. Sukar Puan Norliza mentafsirkan lokasi aku berada.

Tiba-tiba, sekumpulan samseng jalanan dengan pelbagai aksi motosikal yang berbahaya berhenti beramai-ramai di seberang jalan tempatku berada. Bagaikan ada mesyuarat penting di situ. Aku tiada tempat bersembunyi. Apa yang mampu kulakukan adalah tetap berdiri di tempatku dan membaca segala ayat al-Quran yang pernah kuhafal. Tawakalku memanjat langit dunia. Kebetulan, aku berjubah hitam dan bertudung labuh warna hitam. Aku menggunakan kesempatan itu untuk menyembunyikan diriku di balik warna malam. Cebisan kain turut kututup pada wajahku yang berkulit cerah.

Saat yang amat mendebarkan dalam hidupku, kelihatan anjing yang garang sedang berlari ke arahku. Kupujuk hati, anjing itu akan baik padaku kerana ia tidak menyalak. Samseng jalanan pula seakan sedang memandang-mandang ke arah lokasiku. Ketika itu, aku mengucapkan dua kalimah syahadah berkali-kali. Aku siapkan emosi untuk berjihad mempertahankan diri. Biar nyawa jadi taruhan, menyerah tidak sekali!

Allah menjadi saksi. Aku bagaikan tidak percaya apabila melihat anjing itu sekadar melintasiku seolah-olah langsung tidak melihatku di balik kegelapan. Walau bagaimanapun, aku masih resah melihat samseng jalanan asyik memandang ke arahku. Aku bertambah risau membayangkan Puan Norliza mungkin tidak dapat mengagak lokasiku itu kerana dia asyik menelefonku. Tiba-tiba samseng jalanan itu beredar. Bunyi ekzos mengaum pergi, pelbagai aksi. Mereka seakan-akan memandang dengan pandangan yang kosong sahaja ke arahku sebentar tadi. Puan Norliza pula sampai, menambahkan syukurku. Hatiku yakin, Allah telah menyelamatkanku di balik tudung labuh berwarna gelap itu. Alhamdulillah!

Menyelamatkan Beg Tanganku daripada Ragut

Seorang temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak datang ke kelas sarjana. Aku risaukan keadaannya. Apabila dia datang kembali, aku segera bertanya. Dia menunjukkan pipinya yang calar sambil bercerita dengan juraian air mata.

Dua orang pemuda yang menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia sedang mengandung dua bulan. Hampir-hampir keguguran. Kedua-dua lututnya terluka. Pipi dan tangannya tercalar. Berdarah.

Aku sedih mendengar ceritanya. Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan, “Jika akak pakai tudung labuh macam ni, tentu diorang tak nampak beg tangan akak.” Kata-kata itu membuatkanku benar-benar berfikir jauh. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar, rupa-rupanya antara faktor yang menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh. Cuba anda bertanya kawan-kawan anda yang menggalas beg tangan di bawah tudung labuh, pernahkah mereka menjadi mangsa ragut?

Mendekatkan Jodoh dengan Lelaki Soleh

Aku hairan melihat beberapa orang temanku yang mulanya bertudung labuh tapi akhirnya menukar penampilan kerana takut tidak dipinang. Aku hormati penampilannya selagi masih menutup aurat namun jika itu alasannya, dia mungkin tersilap. Aku yang tetap bertudung labuh ini juga akhirnya yang agak cepat menerima pinangan.

Suamiku mengakui antara faktor yang meyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting adalah kerana nilai tudung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya berani dirisik oleh lelaki yang mempunyai persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki seorang suri yang bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu membaiki diri terlebih dahulu.

Pernah juga aku dan suami cuba memadankan beberapa orang temanku dengan lelaki-lelaki soleh yang kami kenali. Apabila biodata bertukar tangan, gadis bertudung labuh rupa-rupanya menjadi kriteria penting seorang lelaki soleh. Malang bagi temanku yang sebenarnya baik dan berbudi bahasa, namun kerana penampilannya itu melambatkan jodohnya.

Benar, kita tidak boleh menilai seseorang hanya melihat luarannya. Namun, realitinya, kadang kala masa terlalu singkat dan peluang tidak ada untuk kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilainya hanya melalui luarannya. Contoh realiti, jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai. Kelihatan penjual di gerai yang pertama ialah seorang makcik bertudung labuh. Penjual di gerai kedua pula seorang wanita tidak bertudung dan rambutnya menggerbang lepas. Mana yang kita pilih? Kenapa cepat membuat pilihan sebelum mengkaji dalaman kedua-duanya dahulu? Apa nilaian kita ketika itu? Fikir-fikirkan.

Hormatilah Selagi Masih Menutup Aurat

Ya! Ya! Ya! Kudengari suara-suara hatimu yang sedang berbisik, “Ramai saja yang bertudung labuh tapi tak baik.” “Tudung tak labuh pun masih tutup aurat.” “Don’t judge people by its cover.” Kuhormati semua kata-kata ini sepertimana kuhormati dirimu yang masih bertudung. Alhamdulillah. Aku cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasakan tudung labuh terlalu istimewa. Buat adik-adik remaja yang pernah bertanya, akak harap adik menemui jawapannya.

Monday, July 19, 2010

Kempen minggu tidak menonton TV

Tertarik dengan perbincangan tentang pengguna dalam salah satu slot di radio IKIM hari ini-14 julai 2010, ana pun segera mendapatkan laptop yang terdampar di atas almari bilik sendiri. Laptop acer yang telah lebih kurang seminggu berehat daripada bertugas di ‘on’ kan .... em..tiada jaringan internet di rumah tapi ana tulis dalam microsoftword supaya bile balik kampus [ade internet free] nanti

Ana tertarik dengan kempen minggu tidak menonton tv yang diperkatakan oleh penel jemputan radio tersebut. Dalam kotak fikiran ana, apa kaitan tak tengok tv dengan pengguna??Penal yang seakan-akan boleh membaca fikiran ana ni pun menjawap.

Katanya pengguna sekarang mudah terpengaruh dengan rancangan tv, sehingga satu teori bernama” theory megic bullet” di keluarkan oleh sekumpulan penyelidik luar negara. Theory ini mengkaitkan tahap kelajuan peluru yang bergerak sangat pantas sehingga mata manusia biasa tidak mampu melihat pergerakannye seakan-akan magis itu dengan pengaruh yang sebuah kotak segi empat bernama televisyen.

Kajian terhadap kadar penggunaan alat berskrin menunjukkan, tv menduduki tempat kedua tertinggi yang digunakan oleh pengguna malaysia selepas komputer dengan peratusan penggunaan yang tidak jauh berbeza iaitu masing-masing dengan 87% dan 70%.




Antum setuju?? Ana setuju!! malah jika peratusan itu lebih tinggi sekalipun ana percaya. Kenapa?? Berada dirumah selama sebulan ini, membolehkan ana membuat satu inference iaitu hobi adik-adik ana ialah menonton tv. Satu lagi pemerhatian yang dibuat oleh seseorang pakar yang tak berapa pakar sehingga die berkata

“Jangan bagi along tengok tv, nanti die tak pedulikan orang lain..” tiba-tiba adik bersuara sebelum tangannye laju meng’on’kan suiz tv.

“aik!! Kenape??”kata-kata si adik mengejutkan si kakak yang baru menyedari dirinya diperhatikan. Sampai hati adik jadikan alongnye yang sedang senang-lenang bercuti sebagai bahan ujikaji…kakak sabar,redha dan pasrah.

“iye lah..penat abang panggil along, along buat tak tahu je….”kata adik bernada merajuk

“bukan along tak dengar, tapi along tak perasan je..”along si bahan uji kaji memujuk

“macam mane aku boleh tak perasan, padahal cite katun je”si bahan uji kaji bermonolong sendiri

“emh, along!! kalau dah tengok tv.. bom meletup kat sebelah pun die tak perasan” si pemerhati kedua menambah. Pemerhati kedua ni- k.ngah- kalau buat inference tu sokmo kejam, bertambah sedik kak long.

Ana kenal si Along ni, die sebenarnye tak suka menonton tv pun -kecuali kartoon tu pun dah semakin kurang- die boikot tv !! iye ke?? Insyaallah..Itulah kisah si along.

Memang ana akui 100% tv memiliki tarikannye yang tersendiri, bak kate ayah “tengok tv macam nak tembus “ kalau yang kurang kejam sikit “tengok tv macam nak masuk dalam tv…”

Kehebatan makhluk yang bernama tv ini bukan setakat itu sahaja –kalau setakat tengok tv sampai tak ingat dunia tu kire kes sederhana lagi sebab paling-paling koman kesalahan yang die buat pun hanyalah tak buat kerja-kerja rumah dan menyukarkan komunikasi dua hala, tapi yang lebih dikesali tv menyumbang kepada peningkatan masalah sosial.

Teringat zaman ana handal membuat karangan bahasa melayu dulu-dulu. Setiap kali cikgu meminta kami membuat karangan berkaitan masalah social isi utama yang wajib ana tulis dalam setiap karangan ana mesti factor penyumbang daripada media massa. Malang sekali yang menulis karangan hanyalah jari-jemari dan minda elektronik ana, bukan hati, apabila dah semakin dewasa baru sedar –dulu faham je tapi xsedar- betapa hebatnya kesan yang ditinggalkan oleh tv.

Kesan terbahagi kepada 2 baik & buruk


Kagum terhadap makhluk bernama tv, dengan kehebatan rancangan siarannya ana termenung seketika……

Pelbagai kempen dijalankan untuk melahirkan rakyat yang berkualiti, contohnye kempen tak nak merokok, kempen belia benci dadah, kempen utamakan keluarga dan pelbagai lagi untuk membanteras masalah sosial namun kempen-kempen murni ini seolah-olah pandang sepi oleh masyarakat kerana adanya guru lemah yang tidak berkaki dan tidak bertangan-tv- tetapi mempunyai berpengaruh yang sangat kuat ,lalu berkempen ia kepada rakyat dengan manifestonya yang pelbagai genre dan diimport dari luar negara. Adapun manifestonye yang berstatus tempatan -buatan Malaysia sentiasa menjanjikan babak-babak terkini sesuai dengan peredaran zaman.

Hebat..memang hebat..salah satu genra yang selalu menjadi pilihan pnyokong ialah filem2 cinta seperti Cinta Pertama, Syurga Cinta, Cinta Yang Satu, Puteri Gunung Ledang, Bohsia dan banyak lagi. Tidak cukup TV plasma 41inci dirumah, dikunjungi pula TV gergasi bernama-panggung wayang.

Selepas itu, nantikan berita ‘ceria’ didada-dada akhbar kisah ‘ibu muda’ yang menyelimutkan bayi yang baru dilahirkanya dengan plastic sampah lalu meninggalkan anak darah dagingnya sendirian , bermain dengan ulat-ulat yang ‘gigih’ mengigit tubuh kecil yang tidak berdosa itu.

Bukankah jelas dimata kita, membuktikan bahawa impak yang diterima leh penonton adalah setimpal dengan apa yang ditonton. Jika yang ditonton adalah kisah sang majnun yang mendambakan cinta laila , sehingga sanggup terseksa menanti cinta meraka bertaut maka kesanya didalam dunia realiti, ada wanita mahupun lelaki bunuh diri kerana kekasihnye curang. Sungguh tidak berbaloi-kekasih yang curang sudah pastinye bahagia dengan kekasih baru tetapi tindakan nekad membunuh diri hanya akan menghumban manusia kedalam api neraka..akal yang waras pastinye tidak membenarkan perkara seperti ini terjadi.

Selain itu, bukankah kita mahukan masyarkat yang bebas dari masalah HIV yang berpunca daripada kegiatan seks bebas,jika, mengapa masih menyiarkan filem yang menyajikan kisah lelaki perempuan yang berkasih tanpa memperduli batas agama, kisah sang cinta yang diagung-agungkan seolah-olah tidak ada perkara lain yang lebih penting daripada hidup ditemani kekasih . Sehingga wanita sanggup mengadaikan mahkota termahal yang dimiliki. bukankah tindakan itu sangat kontradik dengan apa yang diusahakan oleh kerajaan??

Tidak kurang dengan itu, genra yang semakin diminati –ilmu hitam- seperti Mentra, Jangan Pandang Belakang ,Pontianak Harum Sundal Malam, Puaka Niang Rapik dan entah apa-apa lagi yang akan dilahirkan selepas ini menjadi bahan rujukan manusia yang tidak tahu perihal ilmu hitam… yang tahu semakin pakar. Mungkin beritanye tidak dipaparkan di Buletin Utama tetapi kisahnya menjadi bahan pelaris majalah Mestika dan seumpamanya. Insan yang tidak diketahui penyakitnye,doctor pakar yang berpuluh-puluh tahun belajar ilmu perubatan diseantero dunia pun gagal mengesan penyakit yang dialami- tiba-tiba sahaja perut membesar, sakit badan yang mencucuk-cucuk, sawan yang tidak berkesudahan..

Kesan baik

10 jari kurniaan Allah yang laju menaip ini, seakan-akan menulis untuk menasihatkan diri sendiri..takut juga, apa yang ditulis berbalik kepada diri sendiri..

Bukan ingin mengkritik kebijaksanaan Philo Taylor Farnsworth –pencipta pertama tv elektronik, tetapi yang ana ingin perkatakan adalah,hebatnye kesan TV terhadap penontonye. Jika sehebat ini kesanye, tidak salah tv digunakan untuk mendidik masyarakat menjadi masyarakat yang berkualiti. Masyarakat yang bebas dari masalah sosial dan jauh dari amalan jahiliyah.

Bukankah elok ditayangkan rancangan seperti Kelas Fardhu ain, Imam Muda, Forem Perdana Hal Ehwal Islam, Semanis Kurma dan pelbagai lagi yang menjadi jalan penyelesaian kepada salah satu punca masalah sosial iaitu kurang pengetahuan agama. Dengan adanye kelas-kelas agama di kaca tv , dapat mengurangkan kos pengangkutan -nak pergi kelas tuisyen fardhu ain - demi menyelamatkan wang membayar minyak yang sudah dinaikkan harganye.

“ Cakap sememangnya mudah tetapi buat dulu baru tahu langit tu tinggi ke rendah” kata-kata yang ibu ana selalu sebut ini memang ade betulnye. Mungkin ini sekadar cadangan atas angin sahaja, tetapi diharapkan kite[ terutama yang menulis ni] sedar betapa bergunanye tv jika dimanfaatkan sebaiknye, dan bertapa bahaya bencana yang mampu di bawa oleh ‘benda alah’ yang bernama tv kepada kita jika tidak bijak menggunakanye ..kalau cakap kampungnye “main rembat je nk tengok cerite ape”

Jika merasakan iman dalam hati kuat dan dapat mengawal diri daripada karam dengan cerita-certia khayalan di tv bolehlah tgk tv...tapi lebih mudah kalau tidak tengok, belajar dan perlahan-lahan meninggalkan makhluk tersebut, jika berniat menjauhinye kerana Allah i’allah pasti akan mendapat bantuanye –yang paling penting dapat kurangkan dosa mata tengok aurat model-model iklan..tengok forum perdana pun dapat dosa mate, sebab forum perdana sejam[setengah jam forum, setengah jam lagi iklan]


Sunday, July 18, 2010

T.A.W.A.K.A.L

Seperti yang telah ana janjikan sebelum ini..i’allah ana kupas sedikit tajuk tawakal daripada buku islahul Qulub [ hati sebening mata air ] karangan penulis terkenal yang diberkati Allah – Amru Khalid

Suka ana kongsikan satu contoh bekenaan salah faham terhadap konsep tawakal yang terdapat dalam buku ini. Seseorang yang sakit tidak mahu makan ubat dan hanya berkata “ aku bertawakal kepada allah dah berdoa hanya kepadaNya “ ataupun seorang gadis yang dilamar hanya menerima lamaran tanpa bertanya latar belakangnya meskipun calon suami itu tampak begitu alim dan terpelajar.

Sememangnya tawakal itu ibadah hati namun perlu ditekankan bahawa anggota juga harus berusaha, mengambil sebab dengan bekerja keras setiap hari, belajar bersungguh-sungguh dan mencari apa yang bermanfaat lagi membari kebaikan.

Makna tawakal

Kata tawakal berasal dari nama Allah Al-Wakil yang bermaksud dzat yang menguruskan hambaNya dengan kebaikanNya, tidak akan menyia-nyiakan dan menimpakan kemudharatan bahkal Dialah yang akan menunujukkan jalan kebenaran. Terdapat beberapa pengertian tawakal menurut ulama

1. Kepasrahan hati dihadapan Allah seperti pasrahnya mayat dihadapan orang yang memandikanya. Ia membolak-balikkan mayat itu sesuka hatinya. Begitulah tawakal. Kita katakan pada allah “ Ya allah, lakukan semua yang engkau kehendaki, aku pasrah dengan seluruh keberadaanku, aku redha dengan apa yang engkau lakukan , aku bertawakal kepada-Mu kerana aku yakin Kau tidak akan menjerumuskanku menuju kemudharatan”

“Dan bertawakkallah kepada Allah yang hidup (kekal) Yang tidak mati, dan bertasbihlah dengan memuji-Nya. Dan cukuplah Dia Maha Mengetahui dosa-dosa hamba-hamba-Nya.”
[25 : 58]

2. Membiarkan Allah membuat mengikut aturanya sedangakan kita sentiasa redha menerima kerana bahawa Allah tidak mungkin akan membiarkan kita sentiasa berada dalam kesulitan. Kita tabah dan sabar menerima, lalu kita katakan “ya allah, apa yang datang dariMu aku senang menerimanya”

Berkata Musa: "Hai kaumku, jika kamu beriman kepada Allah, maka bertawakkallah kepada-Nya saja, jika kamu benar-benar orang yang berserah diri."
[10 : 84]

3. Menyempurnakan “asbab” melalui perbuatan anggota badan .Seperti orang yang ingin mendapat pekerjaan. Maka dia perlulah menempuhi interview namun hatinya terus bergantung kepada Allah. Oleh sebab itu, sekiranya berlaku kegagalan dia tidak akan mudak putus asa, malah akan mengucapkan “alhamdulillah pasti ada hikmahnya”

“Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan[768] yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya”
[13 : 11]

4. Kita merelakan Allah menjadi wakil kita. Sama sepertinya orang yang menjual rumah malalui agen penjualan. Dia setuju sepenuhnya terhadap agen tersebut untuk melakukan apa-apa sahaja terhadap hartanya dan dengan senang hati menandatangani kontrak.
Namun telahkah kita tanda tangan kontrak dalam akad perwakilan dengan Allah? Dia bernama Al- Wakil tetapi kita tidak percaya kepadaNya? Bukankah itu bodoh ? kita mewakilkan urusan kita kepada manusia lalu wajarkah kita berasa tenang ?

Siapa yang menangis saat menghadapi kematiannya kerana memikirkan anak-anak yang ditinggalkan – pada siapa meraka akan ditinggalakan – ia bukan orang yang bertawakal.
Kita akan tinggalkan pada al-Wakil.Tidakkah kita tawakal kepada Allah? Maka ketika abdullah bin mas’ud menghadapi ajal di zaman khalifah utsman bin Affan , khalifah datang menjenguknya dan berkata “ wahai ibnu mas’ud kami akan memberimu wang” ibnu mas’ud bertanya “ mengapa?”. Khalifah menjawap “bukankah kamu mempunyai tiga orang anak gadis?” ia bertanya “apakah kamu takut meraka akan menjadi fakir?” khalifah menjawap “ ya, wahai ibnu mas’ud,aku takut meraka akan menjadi fakir” ia berkata “ tidak, demi allah, aku telah mengajari meraka untuk membaca surah al-waqiah setiap malam dan aku mendengar Rasulallah s.a.w bersabda, “barang siapa yang membaca surah al-waqiah setiap malam , ia tidak akan tertimpa dengan kefakiran selamnya”.

Perhatikanlah, kadang-kala manusia terlalu taksub dengan dunia. Orang yang sakit dan terlantar dihospital bergantung sepenuhnya kepada ubat dan doktor. Setiap hari pelbagai jenis ubat dan suntikan diambil namun tidak sedikitpun hati memohon kepada allah. Solat diabaikan lantaran kesakitan yang dianggap boleh sembuh hanya dengan memakan ubat dan menjalani pembadahan. Dimana keyakinan kepada Allah?

“Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. “
[65 : 2,3]



Belajar Bertawakal


Hati kita harus benar-benar belajar bertawakal dan berserah kepada allah. Mengapa Allah? Mengapa bukan yang lain? Maka Allah berfirman ,

“(Dia-lah) Tuhan timur dan barat, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, maka ambillah Dia sebagai pelindung. “
[73 : 9]

“Katakanlah: "Dia-lah Allah Yang Maha Penyayang kami beriman kepada-Nya dan kepada-Nya-lah kami bertawakkal.”
[ 67 : 29 ]

Mengapa? Kerana Dialah Rabb timur dan barat yang digengamananya segala sesuatu. Dialah Tuhan yang maha pengasih dan penyayang yang tidak akan membiarkan kita dalam keburukan. Dialah Ar-rahman yang mengajak kita pada kebaikan.