Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2013

Nikmat Syawal

"Abang peninglah...rasenye macam tak larat nak pergi solat teraweh..." kate abang sambil menggosok2 kepala "yeke..kan ibu selalu kate kalau nak mati, biarlah mati kat masjid..pengakhiran yang baik..." ungkapan dan cita-cita ibu yang selalu disebut-sebut dihadapan kami..kerap kali juga diulang-ulang hingga menjadi motivasi kami sekeluarga. Berkongsi cita-cita yang sama mungkin...kepala yang pening, badan yang letih juga jiwa yang menjerit tidak sudi diheret penuh kasih sayang. Mendidik diri agar tidak manja dalam beribadah. Alhamdulillah kadang-kala kata-kata penawar ini mujarap kadang-kala tidak lut juga. Semoga Allah membantu dan memberi pinjaman tenaga untuk terus mencari redhanya dengan kurniaan pengakhiran hidup yang baik. Ayah telah mendahului dalam keadaan yang amat baik kami kira, hari jumaat dengan wajah yang bercahaya. Giliran kami masing-masing memburu kasih ilahi dengan tempoh masa yang belum pasti. Pagi ini, usai solat aidilfitri, kami bergegas