• Soleh Solehah

    Bersangka baik pada takdir Allah itu natijah daripada Tauhid yang kuat.

  • Cinta Allah

    Cinta selain Allah akan membelenggu diri. Jalan keluarnya ?

    Cintailah Allah dan cintailah segala dan semuanya kerana Allah.

  • Akhirat yang Abadi

    'Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dimintai pertanggung-jawaban.

    (Al-Isra :36)

Tuesday, March 12, 2013

Lesen Full

Alhamdulillah baru dapat lesen full, tiada lagi lesen pecubaan ^^... Dua tahun pengalaman memandu banyak sungguh peristiwa suka duka berlaku. Kemalangan melanggar dan dilanggar pernah dua kali dilalui. Peristiwa dilanggar berlaku di Gombak ketika WMR baru melepasi lampu isyarat hijau ketika membelok ke kanan, kos pembaik pulih ditanggung sepenuhnya oleh abang kereta Myvi apabila owner kereta WMR menangis teresak-esak ( WMR baru keluar dari klinik dah masuk klinik semula). Pengalaman memanduk kereta Viva lalui menabrak kereta Produa Kelisa sehingga kemek pintu depan sebelah kanan berlaku di Blok 5 UTP, kosnya ditanggung oleh insan-insan mulia sahabat-sahabat usrahku...alhamdulillah semuanya selamat dan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Pengalaman dikesan oleh speedtrap kerana melebihi had laju telah tiga kali. Pertama kali ketika praktikal yang melibatkan kawasan yang dikenali sebagai Shah Alam, menghadiri program berkaitan isu Gaza. Saman kedua di Batu Gajah ketika menghantar Junior ke stesen KTM dan saman ketiga ketika pulang ke Melaka menziarahi ayah sahabat yang meninggal dunia, urgent kerana mengejar majlis pengkebumianya. Oh Tuhan, apelah dosaku. Setakat ini baru satu yang berbayar yang lain Insyaallah akan menyusul suatu masa nanti. "pak cik polis, bile polis nak buat sale saman?" ^^


Pengalaman lain, memulakan pemanduan seawal 3 ke 4 pagi, sampai ke destinasi selewat 3 ke 4 pagi juga telah dilalui. Malam yang gelap, subuh yang sejuk, siang yang panas, senja yang oren, hujan lebat, ribut petir dan pelbagai lagi keadaan yang dilalui sepanjang dua tahun memandu sebagai pemegang lesen pecubaan. Kelajuan paling tinggi yang pernah dicecah hanya 140km/h. Lokasi musafir sebagai pemandu yang pernah di lalui dah sampai ke Sungai Petani Kedah, Kuala Terangganu, Kota Bharu Kelantan, Segamat Johor, Bahau N.Sembilan, Perak dan Melaka pula adalah kawasan permainanku. Selangor dan Kuala Lumpur juga sedang diterokai..suke..suke..suke

Pelbagai kenderaan telah dipandu uji. Myvi, Viva, Avanza, Saga baru, Saga lame, Wira, Wira aerobek, Gen2, Pesona, Iswara, Vios, Satria, Kancil dan pelbagai jenis motosikal yang dipinjam daripada sahabat kampus. Namun pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan adalah memandu 80km/h dari Perak ke Melaka untuk menjimatkan kos perjalanan tol dan minyak begitu menyeksa jiwa dan badan. Juga pengalaman memandu kereta Iswara yang meternya tidak berfungsi dari UTP ke Kuala Kangsa...

Itu sahaja laporan dari wartawan minggu ini...pandu cermat jiwa selamat ^^

Monday, March 11, 2013

Tanah Merdeka

Sekarang Tv3 sedang sibuk memaparkan berita pertempuran tentera Malaysia di Lahat Datu dan Tawau. Sayu juga hati tatkala melihat wajah-wajah wira Malaysia yang diterbangkan kesana disiar dalam tv. Khabarnya kemarin telah lebih dari 12 betilion tentera dihantar, 8 orang meninggal dunia dan lebih dari 5 orang cedera. Semoga Allah memberkati usaha dan pengorbanan mereka dalam mempertahankan tanah air Malaysia tercinta. Kata Pedana Menteri dalam media massa, tidak seinci pun tanah ini akan dibiarkan dinodai oleh musuh. Insyaallah ameen.

Terpuji sungguh perjuangan itu dan disanjung-sanjung masyarakat sehingga beratus-ratus laporan polis di failkan untuk mengecam seorang pemimpin pembangkang yang dikatakan memfitnah kerajaan Malaysia. Begitu hormat dan tinggi nilai pembelaan yang diletakkan oleh sekalian rakyat Malaysia terhadap pejuang bangsa di Lahat Datu. Kata orang cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar dengar..kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa, terlajak perahu boleh di undur terlajak kata buruk padahnya, tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siapa yang tahu..ok itu tiada kene mengena..apa pun tahniah rakyat Malaysia yang bersatu padu untuk kemakmuran negara. Kite yang tidak bertempur ini, diharap ringankan tangan untuk menderma kepada yang memerlukan.



Diharapkan semangat mempertahankan maruah bangsa ini sama nilai dan tinggi martabatnya dengan semangat menjaga dan mendaulat maruah agama Islam yang tercinta. Jika perjuang yang gugur dimedan pertempuran diberi penghormatan sehingga jasadnya disemadikan, begitulah juga jasad orang-orang yang larut dalam perjuangan dakwah menegakkan daulah Islam dibumi  Malaysia ini. Jika kaum keluarganya dilindungi, dibantu serta hati mereka tidak diizinkan untuk disakit dengan tomahan dan fitnah yang melulu tanpa bukti maka, seharusnya  hati dan sanubari sekalian ahli keluarga petugas Islam yang mempertahankan Islam seikhlas hati juga harus diambil peduli. Hentikan budaya memfitnah sesuka hati tanpa bukti juga budaya mengadu domba secara fizikal mahupun maya..sedih tatkala membaca kate-kate ulama yang rendah hati ini di facebook..

"Saya maafkan semua orang yang mencerca dan memfitnah saya dan keluarga, mereka mungkin tidak tahu atau tidak jelas dengan pendirian saya. Ini bersesuaian dengan surah Al Jaatsiyah ayat 14 bahawasanya Allah telah berfirman: Katakanlah kepada orang-orang yang beriman, hendaklah mereka memaafkan orang-orang yang tidak takut akan hari-hari Allah yakni hari pembalasan". Ujarnya lagi: "Nak buat apa saya bawa dosa mereka? Nanti di akhirat, saya terpaksa menangguh hisab sehingga mereka itu semua di hisab. Saya tidak sanggup lagi menangguhnya di sana. Lagipun, saya kasihan belas kepada mereka dan ibu bapa mereka", itu saja, sambil beliau mengesat air matanya.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Pejabat Menteri Besar Kelantan.


Wednesday, March 6, 2013

Kecantikan wanita : Nutrimetics




Meh kite layan sekejap arus kemodenen sekarang. Al-kisah bisness adikku yang berkembang agak pesat sekarang. Brand yang agak ternama, mahal tetapi berkualiti. Nutrimatics keluaran Tupperware yang juga di perkenalkan oleh sepupu kami yang hidup senang dengan peniagaan ini. Mule-mule membelek katelognye agak terbeliak biji mate melihat harga setiap produk. Hampir semuanya bernilai atas RM10 dan separuh daripadanye bernilai ratusan ringgit. Itukah nilai kecantikan..tanya diri yang baru habis belajar dan pakai bedak sejuk sahaja -_-"

Apabila dibelek kali kedua dibaca dengan teliti rupenya bukan untuk kecantikan semata mata. Ade added value untuk produk ini, iaitu kesihatan. Maka dilahirkan page Circle Square untuk membantunye memasarkan produk ini. Melembapkan bibir, mencerahkan kulit, menegangkan, melambatkan penuaan dan pelbagai masalah cuba diatasi dengan penghasilan produk ini. Kalau nak cube atau nak belikan untuk sape-sape yang anda rase perlu, bolehlah di "Like" dan mencuba sendiri. Juga dialu-alukan pade sesiapa yang nak belanje saye budak baru habis belajar, ambil galah tolong jolokkan ini ^^.

Testimoni boleh tunggu lagi 3 or 4 bulan apabila tuan kepada blog ini cuba sendiri. Cuma lipstick keluaran terbaru seperti gambar diatas ini amat menarik dan akan dicuba tidak lama lagi. Pinjam lipstick adik, testing dulu baru beli. Katenya ikut warna darah, tidak terlalu merah mak ngah dan tidak pula gersang seperti hidup di gurun sahara. Dan pesanan khas dari penaja, berpada-pada dalam bersolek agar kena pada tempatnya. Elakkan tabarruj dan pastikan niat anda make up adalah suci dan murni...bukan niat tunjuk pade orang...meh tonton link dibawah untuk panduan kite semua.




Tuesday, March 5, 2013

Ilmu Allah itu Luas

"do you have any plan to further study?"
"yes, i do..but maybe after several years in the industry..."

"your English is quit good and fluent, we have several candidate who can't even speak..."
"not really, still need improvement.."

"you travel all the way from Melaka?!"
" ^_^ ...(dah biase en bos) "

"do you learn this during your study?"
"yes, 2nd year subject"
"wa..strong memory, you still remember.."
"^_^... (sebenarnya dapat soalan bocor dan dah prepare)

Hari ini interview ketiga yang santai dan cool. Siap dapat pujian dari panel lagi ^^. Pengalaman interview ni macam-macam. Ade yang tanya hal-hal teknikal ade yang tanye general. Yang teknikal SQL, HTML, XML, XHTML, PHP, .net semuanya dikeluarkan, immediate orally. Tidak pernah ana jangka ana akan alami interview seteknikal ini, tapi inilah sebahagian ilmu yang sebenarnye akan digunakan semasa kerja nanti.Yang general pula, tanye soalan bukan main tinggi, ilmu bisness dan corporate segala bagai, critikal thinking and out of box dan macam-macam lagi.

Situasi selepas interview pun pelbagai, interview pertama ana kelua dengan perasaan yang tak menarik, sedih dan lemah..termenung lama mengingati sesi interview yang agak merapu. Interview kedua, keluar tanpa sebarang perasaan...senang je interview ni..Interview ketiga, happy..boss ni baik dan sopan, paling best sakali boleh pula tawar-menawar gaji..sayang, vacancy hanya satu..persaingan sengit..we'll see how..Next destination Bangsa I'allah...bak kate orang

"ape salahnya melabur untuk masa depan"


Ilmu Allah itu luas, ilmu interview pun salah satu cabang ilmu..bile ade interview ni, barulah ana hargai ilmu-ilmu yang ana pelajari di kampus dulu. Apabile disemak dan dirujuk kembali, rupa-rupenye ape yang dipelajari zaman bergelar mahasiswi dahulu tidaklah sesusah mane pun. Salah sendiri yang tidak mahu mencuba dan berusaha. Sepatutnye jika kita nak kite akan usaha sedaya upaya untuk memperolehnya. Berusaha untuk memahami dan mempraktikannya. Tidak hanya mengharapkan keputusan yang cemerlang di atas kertas A+ 3.5, 3.7 4.0. Yang pentingnya adalah ikhlas dalam menuntut ilmu. Baru berkat.

Macam kite kat bumi ni, walaupun sementara tapi tetap wajib mengimarahkannye mengikut syariat Tuhan. Perlukan makanan, minuman dan wang membeli keperluan harian. Bile perlukan wang, maka kite perlukan kerja, kite perlu pass the interview....bukan kerja dan duit itu Tuhan tetapi ianya wasilah menghadap Tuhan.
Faham ke?? xpe..


Friday, March 1, 2013

Gaji


Duit mungkin bukan segalanya. Tapi segalanya perlukan duit. Duit bukan tuhan, tapi duit boleh tolong kite dekat dengan tuhan..sedekah, zakat dan infaq dijalan Allah. The more we give the more we get. Ikhlas, memberi bukan untuk menerima, tapi kalau terima Allahamdulillah. Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.

Segala amal kite dilihat oleh Tuhan, kite amanah atau tidak Allah maha mengetahui. Kite memberi bantuan bukan apabila kite butuhkan sokongan sahaja, tapi kite memberi kerana itu adalah satu tugasan dan tanggung jawap atas taklifan yang tuhan berikan..mengertilah wahai sekalian khalifah dunia bahawa gaji Akhirat itu lebih bermakna.

Daya Material Sdn Bhd...Jalan Dutamas, mahu atau tidak mahu? Gaji dunia...