• Soleh Solehah

    Bersangka baik pada takdir Allah itu natijah daripada Tauhid yang kuat.

  • Cinta Allah

    Cinta selain Allah akan membelenggu diri. Jalan keluarnya ?

    Cintailah Allah dan cintailah segala dan semuanya kerana Allah.

  • Akhirat yang Abadi

    'Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dimintai pertanggung-jawaban.

    (Al-Isra :36)

Monday, October 31, 2016

NUTRILITE Iron Folic

Darah adalah penting untuk kehidupan. Zat besi adalah komponen hemoglobin, yang mengangkut oksigen daripada paru-paru kedalam tisu dan karbon dioksida dalam tisu kembali ke paru-paru.
Setiap orang memerlukan zat besi kerana ia adalah faktor penting dalam pembentukan sel darah merah dan asid folik adalah perlu untuk pertumbuhan biasa dan mengekalkan sel-sel.

Suplemen NUTRILITE Iron Folic menawarkan zat besi dan asid folik yang anda perlukan atau yang mungkin hilang daripada diet anda.

🌿Zat besi membantu pembentukan sel darah merah dan mencegah anemia zat besi.
🌿Asid folik membantu mencegah kecacatan tiub saraf dalam janin.
🌿Disyorkan untuk mereka yang menghadapi anemia zat besi dan amat penting untuk wanita yang merancang untuk hamil dan sepanjang 12 minggu pertama kehamilan.
🌿Penyerapan zat besi dirangsang oleh supplemen dengan Vitamin C





Soal Jawap Zat Besi

Apakah yang akan berlaku jika saya mengambil terlalu banyak zat besi?

Ketoksikan zat besi boleh berlaku, dan membawa maut dalam dos 3-10g kepada kanak-kanak. Dos suplemen zat besi yang besar boleh mengganggu saluran pencernaan, dan menyebabkan cirit-birit atau sembelit. Zat besi berlebihan disimpan dalam hati, pankreas dan jantung serta akhirnya, akan merosakkan organ-organ ini. Dos zat besi yang berlebihan boleh merengsakan mukosa yang menyebabkan ulser dan pendarahan, dan kegagalan buah pinggang.

Adakah terdapat sebarang had kepada jumlah asid folik yang boleh dimakan?

Ya. Untuk orang biasa yang sihat, had tersebut tidak seharusnya melebihi 1mg setiap hari daripada semua sumber. Asid folik boleh diperolehi daripada makanan termasuk sayuran berdaun hijau, legum, buah sitrus dan produk bijian yang diperkaya.


Bagaimana saya boleh meningkatkan pengambilan zat besi saya untuk memenuhi keperluan zat besi saya?

  • Makan lebih banyak makanan yang kaya zat besi seperti daging merah, ayam itik dan makanan laut.
  • Rangsang penyerapan zat besi anda dengan memakan makanan yang kaya vitamin C dengan makanan yang kaya zat besi.
  • Hadkan pengambilan teh atau kopi, yang boleh menghalang penyerapan zat besi.
  • Jika pengambilan makanan anda tidak memenuhi keperluan zat besi anda, pertimbangkan suplemen zat besi juga suplemen vitamin C, untuk membantu dalam penyerapan zat besi.
NUTRILITE Iron Folic - RM63

NUTRILITE Garlic & Licorice



Kandungan bawang putih (allicin, selenium & sulfur)

🌾Allicin
Salah satu sebatian kuat semulajadi utk membunuh mikroorganisma berbahaya.
Boleh membunuh semua patogen (bakteria & virus) yg diketahui termasuk stophylococcus oureus & bakteria makan daging.
Untuk berkesan allicin perlu dlm bentuk allicin "stabil".

🌾Selenium
Mineral yg mempunyai ciri2 antioksida yg hebat.
Mineral pembunuh kanser.
Pengambilan 200gm mikrogram sehari dpt mengurangkan kes kanser hmpir 50%.

🌾Sulfur
Antioksidan yg amat hebat
Lindungi tubuh dr radikal bebas. Tingkatkan sistem imun kerana ia meningkatkan fungsi sel2 pembunuh semulajadi.

🌼Licorice
Pelengkap yg baik utk bwg putih, brtindak atas pedih uluhati yg mungkin disebabkan oleh bwg putih dan hilangkan bau kuat bwg putih.

🌼 Manfaat Bawang Putih

  • antioksidan utk memerangi radikal bebas
  • brsifat anti mikroba, anti virus & anti jamur
  • tingkatkan  stamina & daya tahan tubuh
  • kurangi pembentukan penggumpalan darah di pembuluh darah
  • bantu pengaturan kadar kolesterol, trigliserida
  • bantu pengaturan tekaan darah
  • bantu menjaga kesihatan jantung


Soal Jawap Bawang Putih

Mengapa menggabungkan bawang putih dengan likuoris?

Suplemen NUTRILITE Garlic with Licorice, menggabungkan bawang putih dan ekstrak likuoris. Likuoris adalah pelengkap hebat terhadap bawang putih kerana ia mengurangkan ketidakselesaan perut atau pedih hulu hati yang mungkin disebabkan daripada memakan bawang putih. Perumusan ini menghapuskan sebarang bau yang tidak menyenangkan selepas memakannya, jadi ia tidak akan menggangu anda dan mereka yang berada di sekeliling anda.


Berapa banyak tablet sama dengan satu ulas bawang putih segar?

Satu sajian penuh Suplemen NUTRILITE Garlic with Licorice (3 biji tablet) adalah sama dengan satu dan dua pertiga bawang putih segar.
Perhatian: Nisbah bawang putih mentah dengan serbuk kering yang digranulkan ialah tiga nisbah satu.
Ulas sederhana bawang putih beratnya kira-kira 1,800 miligram. Oleh itu,1,000 miligram serbuk bawang putih adalah sama dengan 3,000 miligram bawang putih yang segar. Pengambilan sebanyak 1,000 miligram serbuk bawang putih (ditemui dalam 3 tablet) oleh itu akan sama dengan satu dan dua pertiga ulas bawang putih yang segar.


Adakah saya akan mempunyai bau bawang putih? Adakah produk ini telah dinyahbau?

Alisin dan komponen-komponen (keluaran sampingan atau bahan terbitan) yang terbentuk apabila bawang putih diuraikan mencipta ciri-ciri bau bawang putih pada nafas dan kulit. Keluaran sampingan ini dicipta pada tahap yang berbeza dalam diri individu yang berbeza. Ini adalah komponen yang sama dianggap memberi faedah kesihatan. Untuk mengekalkan faedah alisin dan pada masa yang sama mengelakkan baunya, bawang putih dalam NUTRILITE Garlic with Licorice melalui proses sejuk kering proprietari.

Langkah pertama dalam proses ini adalah pemeriksaan teliti dan penapisan seluruh bawang putih. Kemudian bawang putih dikupas, ditumbuk, dan dikeringkan dengan udara secara lembut selama 30 minit. Proses ini membantu mengawal pelepasan enzim allinase dan oleh itu menghadkan kadar penukaran aliin kepada alisin, menangguhkan penukaran sebatian berasaskan alisin sehingga produk dimakan.


Boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut dan pembelian supplement Nutrilite
NUTRILITE Garlic & Licorice - RM 112

Ubat Hati yang Lara

Kebelakangan ini hati saya dihambat keresahan. Anak yang seorang ini tidak nyenyak tidur. Jika dibandingkan dengan malam-malam yang biasa, Mu'min akan bangun  1 2 kali sahaja untuk menyusu. 2 3 harini bangunnya bukan kerana susu sahaja, bingung ummi dan abah memikirkan. Selepas diberikan susu pun masih panjang lagi siri tangisanye. Semalam nak berpangku tidurnye.

Ummu Mu'min ni pula bukanlah orang yang penyabar, seringkali panas di sudut hati apabila tidak berjaya meredakan keadaan. Mujur abah peka dan segera mengambil alih tugas menenangkan. Didukung, dipangku dan didodoi dalam buaian. Pelbagai cara.. di malam hari dikala jiran tetangga sedang tidur nyenyak diulik mimpi.

Terkenang episod tangisan Mu'min pada awal kelahiranya. Suara kuat bukan kepalang seolah-olah didera dan dipukul-pukul tubuhnye. Disuakan susu dia menolak, lampin tidak basah, kencing beraknya baik-baik sahaja. Pelbagai cara, semuanya tidak meredakan keadaan.

Paksu yang selalunye sibuk dengan game di telephone pintarnye pun pasti berhenti membantu kakak dan ibu mententeramkan anak sedara yang seorang ni. Terbayang wajah nenek yang risau teramat sangat tatkala melihat Mu'min menangis sedu sedan. Semua usaha selalunya tidak membuahkan hasil, Mu'min terus menangis dan menangis.

Fikiran ummi buntu, sesak dada seperti tiada apa yang mampu dilakukan pada masa itu. Betul-betul menduga jiwa ibu baru ini. Apabila hari semakin gelap, jiwa semakin gelisah. Apalah nasib saya dan anak harini. Semuanya tidak dapat dijangka. Pada kebanyakan harinya pasti huru-hara dengan tangis yang tidak dapat dipujuk.





Trauma itu masih berbekas, dan terasa ada lagi baki kesakitan itu. Hai anak, ummi sungguh tidak terdaya mendengar tangisan mu. Menangis hati ummi apabila gagal mententeramkan kamu. Terbabas emosi ummi tatkala tekaan demi tekaan, cubaan demi cubaan ummi gagal memenuhi kemahuan mu.


Ubat Hati yang Lara.

Taubat sebagai terapi hati. Barangkali ini ubat hati yang sedang sakit ini. Saya sempat mendengar tazkirah/kuliah slot Usrati daripada Ustazah Nurhafizah Musa. Ayat suci al-Quran menjadi muqadimah beliau.

"Maka aku katakan kepada mereka: 'Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun. Niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat,dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai."

Surah Nuh: 10 - 12

Janji Allah atas kerendahan hati hamba-hamba yang memohon taubat dariNya. Memberi Rahmat dalam kehidupan, hujan yang mencurah curah, rezeki yang melimpah ruah, anak-anak soleh yang akan mendoakan kesejahteraan ibu dan ayah sebagai jariah apabila meninggal dunia dan paling indah merupakan syurga yang penuh ketenangan dan kedamaian, gah dan mewah disisi Rabbnya.

Namun saya sendiri  mengakui kata-kata ustazah, barangkali hati ini sakit, barangkali hati ini mati. Apabila disebut tawaran-tawan ini, hati tidak sedikit pun terliur dengan janjiNya. Sebaik-baik tawaran, sebaik-baik pemberian itu tidak mendatangkan rasa ghairah seperti mana rasa terliur dan ghairah apabila mendengar tawaran dunia yang bersifat zahir seperti kesenangan, kemewahan harta dan pangkat.

Sumber : https://www.youtube.com/watch?v=XGR_7b4qMJ8

Kesilapan dan kelalaian yang mengundang padah. Namun kasih sayang Allah tidak bertepi. Di berikan modal berupa anak kecil yang tidak mengerti ini sebagai pengikat kasih sayang Allah. Modal untuk kembali dan menangis memohon simpati Allah. Mencurah segalanya yang terbuku, menyandarkan segala rasa hiba untuk ditadbir oleh Allah. Engkau Maha Mengetahui Ya Allah, Engkau tahu segala-galanya.


Friday, October 28, 2016

Puding Caremal Segera






🍮 Puding Karemel Instant 🍮
Campuran lengkap kastard berkrim dengan sos keremel segera

🍴Cara penyediaan 🍴

  • Sebatikan serbuk kastard dalam 1000ml susu
  • Didihkan selama 2 minit dan kacau selalu 
  • Panaskan dengan api perlahan
  • Curahkan kastard ke dalam acuan. 
  • Curahkan sos Karemel (Warne perang) 
  • Sejukkan / keraskan  dalam fridge 
  • Sedia dihidangkan 

Mudah dan cepat untuk disediakan
Hidangan minum petang seisi keluarga

Kandungan dalam 1 kotak
2 peket kastard
2 peket sos keremel

Cream Caramel Desserts - RM17


Satu peket sos dan kastard
Saya pakai bekas bulat, dapat 4 bekas 3/4 penuh
Sos karemel tu mendap sendiri bile kite masukkan sos 


Separuh selamat di telan oleh Mu'min.
Kalau beli kat kedai, sikit dan mahal

Wednesday, October 26, 2016

Jika dia meminta kepada-KU, pasti AKU berikan

"Abang sayang pergi beli barang dapur dekat pasar pagi tadi. Orang ramai sangat. Barang yang dibeli pulak banyak, penat mengangkat semua masuk dalam kereta. Anak pulak meragam bla..bla.......Letih betul harini" Ujar si isteri

"Ooo, yeke" suami membalas terus berlalu kebilik air.

........

Bagaimana respon anda pada situasi ini...

Pernah sekali dalam sembang saya bersama kawan-kawan muncul kes begini. Saya begitu pasti berkemungkinan itu perkara yang tidak aneh bagi suami. Membalas sekadar yang perlu dan mendengar luahan isteri. Namun seperti yang saya jangka, ianya sebaliknya bagi kaum wanita. Sentap, sedih dan putus asa, yang comelnye ade isteri menyangka suami "xnk kawan ngan saya".

Mungkin bukan semua wanita begitu tetapi kebanyakanye ya. Sekali dua tidak mengapa, memujuk hati dengan maaf dan baik sangka. Akan tetapi berkali-kali. Emosi mula menguasi, mengapa tiada respon.. Sampai hati tak peduli, lepas ni tidak perlulah carita apa-apa lagi.  Tiada tempat lagi untuk memaafkan. Isteri terus merajuk dan putus asa.

Begitu kompleknya emosi seorang wanita. Sebenarnya bukan mengeluh, tapi pada saya itulah cara wanita bercerita. Bukan mengadu apatah lagi menyalahkan, hanya berkongsi kisah "saya hari ini" untuk melepaskan sedikit lelah yang berbuku dihati dan berkongsi rasa.

Pada suami, ade yang berasa diri mereka bersalah. Membiarkan isteri berpenat sendirian, mengelola anak dan barang keperluan lalu diam dan masuk "gua". Ade yang rasa ok itu perkara biasa, apa lagi yang harus saya perkatakan. Apa pun saye sendiri tidak pasti ape yang selalunya ayah-ayah fikirkan apabila isteri berkongsi cerita.

Yang saya pasti,secara umumnya wanita yang berkongsi cerita selalunya hanya ingin dibelai dan diberi perhatian mungkin juga simpati orang yang ditaklif menjadi pendengar ( dalam kes ini suami). Maka respon yang selalu didambakan adalah yang berbaur kasih sayang dan perhatian. Mungkin pelukan, sentuhan tangan atau ucapan terima kasih. Terima kasih sebab berbelanja untuk rumah kita...Tetapi respon Oo.., Ok.., Yeke.. atau respon yang tidak menunjukkan perhatian adalah tidak begitu sesuai.

Sesama wanita selalunya perkara ini mudah difahami. Apabila kawan serumah balik dengan wajah yang tidak gembira. Pasti teman-teman yang perasan perkara ini akan segera mengekori dan bertanya. Sehabis cara digunakan untuk tahu apa yang sedang berlaku kepada kawan tadi. Habis semua media social digodam untuk mendapatkan maklumat lanjut. Meraka duduk dan berbincang tentang perasaan. Akhirnye semua kembali kepada sediakala.

Ya, wanita suka berbicara tentang perasaan. Dan mereka ada banyak cara untuk memulakan aktiviti ini. Jika kena dengan gaya, dengan mudah semua isi hatinya akan diluahkan tanpa dipaksa. Apa yang saya tulis ini telah dihurai panjang dalam buku 'Men from mars women from Venus' tulisan John Grey. Sebuah kajian yang ramai bersetuju denganya. Pada saya penulisan beliau banyak benarnya.





Namun, saya juga pasti. Tidak ramai lelaki yang minat untuk tahu dan memahami matapelajaran 'perasaan' ini. Seringkali apabila saya melewati artikel-artikel berkaitan wanita ini, saya beranggapan, artikel ini hanya wanita sahaja yang suka dan baca. Bagi kaum adam melihat tajuk sahaja pun sudah cukup menjengkelkan. Tidak berminat dan tiada tarikan. Sama seperti apa yang saya tulis kali ini. Oleh yang demikian saya merasakan, cukuplah kita meminta untuk difahami.

Jika diteruskan juga bicara tentang hati dan rasa ini, pasti akan lebih parah lagi luka yang sedia ada. Langkah perlu di susun, tenaga perlu dikerah sehabisnye untuk berpegang kepada solusinya yang tidak mengecewakan lagi. Luka perlu diubati dan dirawat segera sendiri. Mencari dan bersandar pada kasih sayang Ilahi itu solusi yang pasti.

.....

... sentiasa memperbaiki ibadah fardu sebagai ikhtiar untuk lebih akrab kepada ALLAH, Pemilik setiap jiwa sebagaimana pesanan-NYA lewat sebuah hadis Qudsi. ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala berfirman yang bermaksud :

Tidak seorangpun hamba mendekatkan diri kepada-KU dengan sesuatu yang paling aku cintai, melainkan dengan apa yang telah AKU wajibkan kepadanya. Hamba-KU adalah orang yang selalu mengerjakan ibadah-ibadah nawafil (amalan-amalan sunnah) sehingga AKU mencintainya. Ketika AKU telah mencintainya, maka AKU-lah yang akan menjadi telinga yang dia gunakan untuk mendengar, mata yang dia gunakan untuk melihat, tangan yang dia gunakan untuk memukul, kaki yang dia gunakan untuk berjalan. Jika dia meminta kepada-KU, pasti AKU berikan, dan jika dia perlukan perlindungan-KU, pasti AKU lindungi...”

Lantaran, manusia yang berkah itu..adalah manusia yang tumbuh, berkembang dan meluas manfaat serta kebaikannya buat diri, keluarga dan masyarakat. Terkenal di langit tinggi, walau mungkin tidak dikenal di bumi.

Munajat malamnya, menjadi wadah dia menyelesaikan masalah, hingga yang ditonton oleh manusia pada dirinya di siang hari hanyalah senyuman yang indah. Dia tidak bahaya untuk didekati, kerana dia tidak menyakiti dengan lisan atau perbuatan. Mendengar bicaranya, manusia beroleh teladan kesolehan..melihat dia bergerak, membangkit motivasi kepada amal soleh.

Dia yang mendekat dan terus mendekat kepada ALLAH, kerana ALLAH paling suka didekati oleh hamba-NYA melalui ibadah yang difardukan.

Lantas, ALLAH terus membuka kesempatan untuk hamba yang menuju hampir kepada-NYA  dengan yang fardu kemudian ditambah dengan ‘nafilah’ serta ‘sunnah’ lagi dan lagi…hingga akhirnya ALLAH memanggil Jibril lalu mengumumkan :

“Wahai Jibril, AKU mencintai orang ini maka cintailah dia, lalu jibril pun mengumumkannya kepada seluruh makhluk di langit!”

sumber.........



Monday, October 17, 2016

Masyhur Dilangit

Alhamdulillah hujung minggu lepas saya dan suami berkesempatan menghadiri satu lagi program anjuran Lajnah Tarbiyyah DPP. Sangat teruja kerana telah lama saya rindukan program tarbiyyah semeriah ini. Sangat ramai insan soleh solehah yang turut hadir menadah ilmu di sini. Terasa begitu membara semangat perjuangan tatkala melihat bendera-bendera Islam berkibaran di segenap kawasan.

Belum lagi apabila laungan takbir setiap peserta ijtima' bergema menyambut kedatangan pimpinan-pimpinan terhormat. Berdiri bulu roma, terasa meresap ruh-ruh kesolehan dalam diri segera ingin sujud kepada Allah Rabul Jalil. Terima kasih atas nikmat iman, islam dan perjuangan yang dirasai. Sangat bertuah dapat menadah ilmu mengutip mutiara-mutiara berharga dari insan-insan soleh ini.

Apabile melihat sosok tubuh mereka, mendengar  baris-baris kata mereka, tergambar dalam minda akan kekaguman yang tidak terperi. Pada saya mereka bukan insan biasa yang hanya berkuliah disana sini. Mereka adalah insan-insan yang gagah berhadapan dengan masyarakat pelbagai lapisan, memberi penerangan kebenaran demi kebenaran dan menjelaskan kekaburan dan kekeliruan terhadap Islam yang semakin meruncing di tanah air ini terutama dalam hal siasah dan pentadbiran.

Apapun setiap dari kita ada pandangan dan persepsi masing-masing. Ada yang menerima, ada yang menolak uslub yang dibawa oleh mereka. Apa-apa hujah dan pandangan sekalipun itu adalah terpulang kepada individu. Selagi tidak lari dari asas dan dasar agama islam iaitu Al-Quran, Sunnah, Ijma' dan Qias selagi itu kita tak usah berkelahi. Hormati perbezaan dan raikan persamaan. Yang paling penting adalah untuk melihat Islam tertegak dimuka bumi ini.



Tidak lupa juga Melaka sebagai tuan rumah. Satu pencapaian yang baik. Pada amatan saya infrastruktur yang sebaiknya telah disediakan. Tempat yang menarik, selesa dan yang penting tersusun dan bersih. Saya anak Melaka tumpang bangga.


Gambar sekitar Malam Pidato Perdana Ijtima'

Si kecik pun sibuk berlari-larian di tengah dewan.

Friday, October 14, 2016

Bicara tanpa kata

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI: SUAMIKU TAK ROMANTIK...: “Suamiku tak romantik... Kerana jarang-jarang kuterima jambangan bunga... Tanda ingatannya.. Suamiku tak romantik... Kerana sukarnya untu...

....

Peringatan yang amat bermanfaat kepada para isteri. Sememangnya impian setiap wanita untuk menjadi isteri solehah kepada suami yang amat dicintai. Saat lafaz 'aku terima nikahnya' yang diucapkan oleh seorang lelaki, mengikat seorang wanita menjadi suri dihati. Saat indah menyarung cincin ke jari manis isteri dan saat pertama kali mengucup tangan suami. Meyakini akan setia mengharungi semua suka-duka bersama. Memetrai ikatan suci perkahwinan setelah membulatkan hati untuk hidup bersama.

Terbayang detik-detik pernikahan saya dan suami yang berwalikan adinda bongsu di hadapan ibu dan ahli keluarga yang lain. Tiada debaran mahupun air mata yang menitis sehinggalah saat lafaz terima kasih yang perlu diucapkan buat ibunda tercinta. Taat ku telah beralih milik. Di hati ini ada satu perasaan berbaur 'ketakutan' yang berlegar-legar dalam minda. Mata yang telah sedia bengkak kerana menangis dalam pelukan ibu beberapa jam sebelum majlis akad nikah di masjid, banjir untuk kesekian kalinya. Apa agaknya yang menanti selepas ini. Hati terus berbisik...

Maka,bermula kisah cinta selepas nikah yang sangat bahagia. Kemudian merasai pengalaman manis menjadi seorang isteri kemudianya melalui detikdetik indah menjadi seorang ibu. Sehari-harinya cuba sedaya upaya mengurus rumahtangga disamping suami yang dikasihi lagi dihormati dan anak yang comel dan bijaksana.

Namun , wanita yang dijadikan Allah kaya emosi ini ada kalanya menjadi seperti anak kecil, meragam dan merajuk yang sukar dipujuk. Bukan kerana suami yang tidak bertanggungjawap, tidak dipeduli jauh sekali dipukul atau diherdik. Hanya merajuk sendiri-sendiri. Umpama anak kecil yang belum boleh berbicara cuba meminta kemahunya dipenuhi. Menangis berlinang air mata selagi kemahuannya tidak dituruti.


"Mu'min nak ape ni..ummi tak tahu" kata saya setelah cuba memujuknya dengan susu, biskut..menyanyi lagu-lagu kegemaranya.

Mu'min masih menangis. Saya dan suami masing-masing cuba meneka. Bola, kereta, lori, buku...semuanya di ambil..tetapi masih gagal. Dan terus menangis.

"ok ni ke" saya ambil botol yang pada awal tadi di pegangnya dan membuka penutupnya

"ikann" bergema huruf N, Mu'min bersuara selepas menyeka air mata sendiri..

Nak penutup botol air rupenya "ingat nak ape tadi" saya mengeleng kepala



Salah siapa? dia pastinya masih kanak-kanak yang belum boleh berbicara sefasih orang dewasa. Ummi dan abah.. kami telah cuba memenuhi tetapi masih gagal memenemui solusi yang diinginkan. Hakikatnya itulah ragam membesarkan anak-anak. Berexplorasi dan berexperimentasi. Dari masa ke masa pasti akan lebih memahami. Semuanya memerlukan masa.

Hakikat sememangnya begitu. Manusia itu tidak sempurna. Itu perlu difahami. Mengharap, berharap dan kecewa itu selalu terjadi. Makanya betul kata penulis, Ustazah Aslina.


"..harapan itu diusahakan menjadi satu kesungguhan untuk memberi; memenuhi komitmen agar saling memperbaiki, bantu membantu dalam meningkatkan ketakwaan kepadaNYA. 


Ini kerana, komitmen yang terisi penuh tanggungjawab oleh suami atau isteri dapat menjadi wadah terbaik untuk lebih berlapang dada menerima keadaan, sekaligus pada ketika yang sama memperjuangkannya ke tingkat yang lebih baik.


Ia juga mampu menghasilkan penyatuan jiwa yang membawa kepada ikhtiar bersama bagi menyempurnakan kekurangan yang ada. Ini dapat lebih menjamin kebahagiaan dari ‘perjuangan’ yang penuh dengan tuntutan semata-mata."


Thursday, October 13, 2016

Ciri-ciri Breast Pump Idaman Saya

Perkongsian ini saya nukilankan untuk ibu-ibu atau bakal ibu yang berpusing-pusing, pening dan dilema mencari breast pump yang sesuai untuk diri sendiri. Saya bukan counselor laktasi tetapi terdapat beberapa kisah yang menyebabkan saya begitu terpanggil untuk berkongsi pengalaman ini.

Sebelum saya memulakan cerita saya mencari breast-pump. Izinkan saya menerangkan aspek-aspek penting yang saya perlu titik beratkan. Satu, baby Mu'min refuse direct feeding selepas berumur sebulan. Bermakna baby saya minum susu ibu melalui botol sahaja dan saya perlu pump untuk supply susu ibu kepada baby saya. Disinilah bermulanya pengalaman saya sebagai Exclusive Pumping Mother (EP Mum) sehingga baby berumur 1 tahun. Kedua saya bekerja 8-9 jam waktu pejabat. Maka saya terpaksa menghantar anak kepada pengasuh berdekatan rumah saya.

Jadi berikut adalah ciri-ciri breast pump yang perlu saya miliki.

  1. Built-in Bateri -  Dalam bahasa kampungnye, able to store power via rechargeable battery. Sebagai EP Mum saya memang menghabiskan banyak masa bersama breast pump. Saya tidak boleh memilih tempat dan masa untuk pump kerana saya perlu mematuhi jadual pump saya demi memenuhi keperluan susu bayi saya. Jadi mana-mana saja, dalam kereta, pejabat, rumah sendiri, rumah orang, tempat awam, shopping mall dan bila-bila masa sahaja pagi, petang, siang malam dan tengah malam saye perlu pump susu. Oleh yang demikian, pump saya perlulah beroperasai secara stand alone dan xboleh bergantung pada plug sebab saya xtau kat mana saya kena pump, yang pasti saya perlu bersedia dengan pump yang ade power sendiri. Power bank pun ok sebagai alternatif, tapi saya tak rajin nak menambah sekilo lagi berat dalam hand bag untuk bawa power bank.
  2. Double Breastpump- Saya perlu mengoptimumkan masa pump saya. Dalam masa yang sama mematuhi 'undang-undang' untuk memastikan produksi susu tidak terjejas. Salah satu undang-undang yang perlu di patuhi ialah setiap breast perlu betul-betul kosong (boleh bace detail lagi pasal Teknik mengepam susu).  Saya berpengalaman mengunakan single pump selama 6 bulan, dan saya dapati ia mengambil masa yang agak lama dan memenatkan. Kadang-kala mengundang stress. So pump kedua-dua belah breast secara serentak sememengnya menjimatkan banyak masa.
  3. Heavy Duty - Berdasarkan pembacaan saya Heavy Duty pump ialah pump yang tahan lasak dan boleh digunakan lebih dari 6 sesi pump sehari selama 30 minit per sesi. Paling penting untuk ibu-ibu bekerja supaya senang kite nak pulun buat stok susu semasa berpantang, bagi persediaan sebelum masuk kerja dan menghantar anak kepada pengasuh. Waktu pantang, menurut pengalaman saya susu badan memang banyak, sampai masa mandi pun menitis aje. Pump sejam sekali pun baju sekejap-sekejap dah basah. Maka inilah masa terbaik untuk simpan EBM. Seawal 2 minggu dah boleh mula simpan. Untuk EP Mum macam saya lagi la perlu Heavy Duty sebab, sehingga selepas pantang sekalipun saye perlu follow my pump schedule without fail.
  4. Komponen pump yang minima - Maksudnye spare part yang sedikit. Sebab ini memudahkan proses memcucinye nanti. Lagi banyak komponen lagi lama masa yang diperlukan untuk mencuci dan membersih pump. Nak-nak lagi jika ade komponen, pelbagai saiz kecik besar dll..Memerlukan alatan yang sesuai untuk mencuci seperti corong-corong kecil yang memerlukan berus kecil untuk masuk kedalamnya. Jika dipandang ringan, nanti akan menjejaskan kebersihan dan kualiti EBM.
  5. Saiz pump yang kecil - Saya perlu pump yang handy, ringan dan kecil supaya mudah dibawa kemana-mana. Sama seperti yang saya huraikan untuk ciri No 1. Saya perlu meminimakan berat dan saiz pump supaya mudah dibawa kemana-mana sahaja. Kurang sikit beban dan dapat meminimakan barang yang perlu bergayut di tangan dan bahu saya. Dengan anak nak berdukung lagi kan..
  6. LED Screen - Screen yang menunjukkan tempoh masa pump, kadar % battery yang saya ada dan level suction yang saya gunakan. Semua ini penting supaya saya boleh monitor setiap sesi pump. Tidak pump terlalu lama sehingga menjejaskan waktu bekerja/waktu bersama keluarga dan tidak terlalu sekejap sehingga menjejaskan produksi susu saya. Phone@jam tangan xmembantu ke? Sememangnya membantu jika keduanya sentiasa ada bersama saya, tapi hakikatnya mereka seringkali tiada disisi.
  7. Harga berpatutan - Budget saya lebih kurang RM500. Saya dah ade 2 pump yang saya beli sebelum saya melahirkan bayi pertama saya. Single Electric pump Autumz dan Manual pump Autumz. Jadi saya sebenarnya dah spend banyak duit untuk breast pump ni. Namun, mengenangkan segala cabaran yang dah saya lalui dengan 2 pump ini. Melihat kepada kecekalan saya, feed my baby with my own breast milk exclusively even when he refuse direct feeding. En Suami yang berhati mulia telah bermurah hati mensponser satu lagi Double breast pump.
  8. Bunyi Senyap- tidak menjadi masalah jika pump itu bunyi bising atau kuat sekalipun sebab bayi saya tidak terganggu dengan bunyi bising, so saya boleh pump sebelah dia bila-bila masa. Di tempat kerja pula Alhamdulillah disediakan bilik laktasi, jadi tiada masalah pun. Tak perlu pump sorok-sorok di workstation.
Spectra S9 Plus 
Kecik besar tapak tangan sahaja. 
Rechargeable battery tahan 3 jam. 
Ade bunyi yang agak kuat. Tapi xsekuat Medela FS.

Medela FreeStyle
Boleh handsfree semasa pump
they provide special tool untuk gantung kat Nursing bra ibu-ibu
Komponen pun sangat sikit, mudah nak basuh

Spectra M1
Size agak kecil dan ade built in bateri.
Harga menepati budget
Cume tiada LED screen.

Semua ciri-ciri ini ade pade pump yang menjadi idaman ramai wanita bekerja termasuk saya. Medela Freestyle. Saya kenal Medela FS ni sebab ade officemate pakai. Memang nampak selesa. Dan ramai juga kawan-kawan uni yang pakai. Namun dek kerana harganya yang membuntangkan mata, saya memilih yang lain. Masuk dalam list ialah Spectra S9 dan Spectra M1. Cuma Spectra tidak berciri heavy duty. Apapun, oleh kerana saya dah ade 2 pump, maka saya berfikir, 2 pump ini boleh menampung bergilir-gilir support sesi pump saya. Dan keputusan muktamad tambah duit poket sendiri untuk membeli Spectra S9 yang lebih handy dan ade LED screen.

Alhamdulillah puas hati. Bersyukur dengan Spectra S9. Harap anak kedua nanti pump ini dapat lagi berbakti pada keluarga saya.

Sekadar bercerita, alhamdulillah sekarang saya hamil anak kedua. Harini ini usianya menghampiri 6 bulan. Dan secara tidak semena-mena saya macam mengidam nak pakai breast pump baru untuk anak yang kedua ini. Teringin nak memiliki breast pump Avent manual. Saya pernah try, sebab ade seharitu saya lupa bawa pump ke tempat kerja. So pinjam pump ni dari office mate. Sangat teruja bila dah pakai dan tidak menyangka pump manual boleh jadi semudah itu . Apapun itu hanya nafsu membeli yang tiada berkesudahan. Sila jangan layan.

Manual Breast Pump Avent
Walaupun manual tapi xlenguh pun tangan 
Pumpnye lembut aje dan xmenyakitkan breast 
Susu pun mencurah-curah keladang gandum.
Sekejap aje breast dah kosong.


Wednesday, October 12, 2016

Isteri Solehah Sumber Ketenangan

Hanya sahaja, apa yang mampu lagi wajar dilakukan adalah mengendali hati dengan kekuatan iman.

Imam Ibnul Qayyim rahimahullah menukilkan :



“Dalam hati ini ada kekusutan yang tak boleh terurai, kecuali dengan menghamparkannya pada ALLAH.
Dalam jiwa ini ada kebuasan yg tak akan mampu terjinakkan kecuali dengan mengingat kebesaran ALLAH.
Dalam hati ini selalu ada kesedihan yang tak akan pernah hilang kecuali dengan perasaan damai bersama ALLAH dan kembali pada ALLAH.”

...............

Termenung seketika membaca bait-bait kata, nukilan UmmuHusna di blognya. Saya suka membaca karya penulisan beliau terutama topik sekitar rumahtangga dan suami isteri. Mungkin saya bukan pembaca tegar blog beliau tapi kebanyakan tulisannya yang sempat saya baca, selalu membuat saya termenung dan mengelamun sendiri.

Sering rasa tenang dan damai membaca bicara pujuknya terhadap setiap permasalahan rumahtangga. Tidak menuding jari kepada sesiapa, tidak terburu-buru dan selalunye membawa saya kembali kepada fitrah bertuhan. Tulisanya seolah-olah berusaha untuk membawa saya dan sekalian pembaca menjadi seorang isteri yang menjadi sumber kedamaian, ketenangan suami dan anak-anak tanpa lari dari paksi yang seharusnya dijadikan tempat bergantung.

Tatkala beliau cuba memujuk isteri-isteri yang tidak bernasib baik dalam kehidupan berumahtangga. Melayani pergolakan emosi yang dialami oleh sekian wanita yang menghubungi beliau untuk meminta pandangan. Ada rasa pedih menusuk ke hati saya, kerana tidak tergambar jika hal-hal demikian berlaku ke atas saya. Terasa diri ini begitu kerdil dan jahil.  Terlalu banyak nikmat kurniaNya yang telah saya ingkari...