• Soleh Solehah

    Bersangka baik pada takdir Allah itu natijah daripada Tauhid yang kuat.

  • Cinta Allah

    Cinta selain Allah akan membelenggu diri. Jalan keluarnya ?

    Cintailah Allah dan cintailah segala dan semuanya kerana Allah.

  • Akhirat yang Abadi

    'Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dimintai pertanggung-jawaban.

    (Al-Isra :36)

Sunday, February 20, 2011

Lagi sakit lagi ingat Allah

Assalamualaikum w.b.t

Entri kali in lebih besifat peribadi, namun tetap dikongsikan sebagai luahan yang boleh jadi, bermanfaat untuk orang lain. Ini mungkin salah satu motivasi buat diri ana ekoran ujian yang melanda keluarga ana kira-kira 2 bulan lalu dan insan yang akrab dengan ana, kak hazini.

Memetik artikel dari majalah solusi lalu ana kongsikan dengan keluarga ana ketika berada di rumah kemarin, Sesungguhnya beruntunglah jiwa yang tetap mensyukuri Allah s.w.t walau apa ujian melanda, sebagaimana Anas r.a meriwayatkan hadis secara marfu’ bermaksud :

“Sesungguhnya besar pahala bergantung kepada besarnya cubaan. Jika Allah mencintai sesuatu kaum maka Dia akan mengujinya dengan cubaan. Sesiapa yang redha atas ujian tersebut maka dia mendapat redha Allah dan sesiapa yang berkeluh kesah (marah) maka ia akan mendapat murka Allah”

Tiada yang lebih sakit melainkan Nabi Ayub a.s. Baginda diuji berupa pelbagai penyakit kulit hingga memudaratkan tubuhnya. Hinggakan ulat jijik merayap-rayap. Tiada satu bahagian pun daripada anggotanya yang bebas daripada penyakit itu. Hanya hati dan lidahnya sahaja yang tidak dijangkiti. Baginda memanfaatkan sepenuhnya untuk berzikir, disamping terus mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi.

“ Dan (ingatlah kisah) Ayub ketika dia menyeru Tuhanya “ Ya Rabb, sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit,padahal Engkau adalah Tuhan yang Maha Penyayang antara semua yang penyayang.”
Al-anbiyaa’ : 83

Bercerita sedikit, bekenaan update terbaru insan yang amat ana sayangi. Alhamdulillah En.Ishak b Musip telah selesai menjalani pembedahan membuang tumor di HKL 17hb Feb kemarin. Kira-kira 19jam berada di Dewan Bedah Jabatan Neurology HKL akhirnya debaran kami berakhir apabila ayah ditolak keluar untuk dipindahkan ke ICU. Seharian di ICU lalu di pindahkan ke wad biasa, namun masih berada dalam kawalan rapi.

Hari ini sudah berpindah ke wad biasa 4a-3 tapi menurut kate ibu, tubuh ayah mengalami bengkak kesan sampingan daripada pembedahan. I'allah, ayah masih dalam pemerhatian doktor, dan akan berpindah ke wad lain untuk menjalani satu lagi rawatan akibat kecederaan tulang belakang ketika accident.

NOTA UNTUK AYAH (^_^)

"Ayah...along mintak maaf sebab hujung minggu kali ni, along tak dapat tengok ayah..Along datang masa ayah dalam dewan bedah tu..Along ada dengan ayah masa ayah di pindahkan ke ICU tu..Tapi maaf yah, along xbagi adik2 datang, nanti ibu risau sebab diorang nak sekolah..mesti ayah rindukan diorang, sebab tu ayah selalu menangis..

Waktu ayah baru keluar dewan bedah, along tanye ayah.. ayah jawap ayah sakit..Along sedih tapi along tahan air mata along, maaf yah..along hanya mampu tengok je kesakitan ayah..Kalau la along boleh extend sem untuk jaga ayah..tapi ibu xbagi sebab ibu boleh jaga..

Ayah cepat sembuh ye..semua kawan-kawan along doakan ayah..ramai yang datang dari UTP tengok ayah di HKL..kakak-kakak senior yang xjemu2 tanya update pasal ayah..ramai orang sayang ayah..harap2 minggu depan along datang lagi teman ayah dan ibu I'allah.."


Ayah dalam ICU


Dewan Bedah Jabatan Neurology HKL
-kami hanya dibenarkan menunggu di luar-

Wednesday, February 16, 2011

Belum tibakah hidayah Allah..


Assalamualaikum w.b.t

Rindu rasenye kepada blog usang ini. Semakin lama semakin jarang terupdate dek kerana kelemahan pengurusan masa pemiliknya.xpe2..perbaiki lagi. Alhamdulillah kali ini Allah panjangkan lagi usia ana untuk meneruskan dakwah di alam maya. Dengan semangat bahawa seorang individu muslim haruslah bermanfaat untuk orang lain maka ana kongsikan lagi satu tajuk menarik yang sudah sekian lama diperkatakan. Kisahnya bermula apabila lidah berkata...

“aku bukan ape, mungkin aku belum dapat hidayah Allah lagi, sebab itu aku susah nak berubah jadi baik”

Ana pasti kita selalu mendengar dialog seperti ini. Kekadang, dialog ini seakan-akan sengaja dijadikan alasan dan skema jawapan apabila diajak berhijrah kearah kebaikan. Tidak ana nafikan bahawa jemputan ke daerah kebaikan atau lebih mudah difahami sebagai hidayah Allah ini, diberikah kepada hamba-hambanya yang terpilih sahaja. Persoalanya, tahukah kita siapa hamba yang bertuah dipilih oleh Yang Maha Kuasa untuk mendapat nikmat tersebut. Perkataan “mungkin” pada dialog juga sudah menunjukkan bahawa kita sendiri tidak pasti.

Jadi wajarkah kita berkata sedemikian dan setia duduk di takuk lama? Mungkin juga kita telah dipilih Allah untuk menerimanya, akan tetapi kita yang sengaja menolak.

Adakala suara hati berbisik, “sampai bila aku harus begini..”

Kata hukama, “apabila seseorang di datangi rasa hati yang begitu, ertinya dia telah menerima jemputan Tuhan untuk datang ke daerah kebaikan!” Persoalanya apa tindakan yang kita ambil, setelah hati itu disuluh Allah dengan cahaya hidayahnya.

“ah, tak mengapa dah tua nanti aku pergi haji, aku sedekah banyak-banyak lepas tu aku buat masjid besar supaya dapat supply pahala masa aku dalam kubur”..begitu mudah, begitu hebat idea dan strategi kita untuk menghadapi mati.

Persoalan yang pasti, tiada siapa yang mengetahui bila nyawanya akan diambil oleh malaikat untuk menghadap Tuhan Yang Maha Kuasa kerana Firman Allah “Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati”. Jadi apa lagi yang dinanti, berhentilah mempersoalkan kehadiran hidayah Allah dalam diri kita. Ayuhlah berusaha bermati-matian untuk mencarinya walaupun terpaksa menjadi seperti orang yang mabuk bercinta yang mangaku kononnya “lautan api sanggup aku renangi”.

Pesanan penaja [walaupun dah agak terlewat] Sila Boikot 14 feb!! Cinta kita hanya kepada Allah dan Rasul serta orang-orang yang mencintainya.

Sunday, February 6, 2011

Kepimpinan Bukan kerana Kebendaan

Sabda Rasulallah s.a.w

Dari Abu Musa katanya : Aku masuk menemui rasulallal s.a.w bersama dua orang lelaki dari anak bapa saudaraku. Lalu salah seorang daripada keduanya menyatakan: “ Wahai Rasulallah, lantiklah daku ke atas setengah dari apa yang Allah serahkan kepadamu”, yang seorang lagi menyatakan hal yang sama. Lalu Rasulallah menjawab: “ Sesungguhnya kami, demi Allah, tidak akan menyerahkan kerja ini kepada seseorang yang memintanya atau seseorang yang amat inginkannya.”
(Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Nasa’i)

Kata ustaz Mustafa Mashur dalam kitab Jalan Dakwah Antara Qiyadah dan Jundiah; dari segi kenyataan, kedudukan pemimpin dalam organisasi bukanlah antara perkara yang menjadi keinginan untuk memiliki pangkat, harta dan kuasa. Sebaliknya kepimpinan dalam organisasi adalah tanggungjawab dan amanah yang mana pada hari khiamat adalah menjadi perhitungan, kesusahan dan penyesalan kecuali kepada sesiapa yang menunaikan hak Allah.

Mungkin juga kita telah terbiasa mendidik diri bahawa jawatan adalah sesuatu yang harus ada ganjaran yang setimpal baik berbentuk fizikal seperti perkara yang boleh dilihat mahupun yang tidak dapat dilihat. Jika tidak dapat dalam bentuk kebendaan, dapat nama yang disanjung-sanjung dan sebut-sebut pun sudah memuaskan hati. Kata si hati “ok la, asalkan berbaloi dengan apa yang aku dah buat.”


Teringat pengalaman di sekolah menengah yang dirindui dahulu, rata-rata pelajar mengidam-idamkan jawatan pengawas sekolah. Ana juga antara yang berangan-angan untuk menyertai badan pelajar tersebut. Merit tinggi dan uniform cantik yang akan diterimakan seolah-olah mengaburi mata akan beratnya tanggungjawap. Ini kerana seperti yang kita ketahui pengawas adalah orang terpenting selepas guru-guru dan bertanggungjawab menjaga ratusan pelajar yang terdiri daripada rakan sebaya sendiri.

Lucunya [tapi bimbing sebenarnye] pelajar yang tidak berjaya mencapai angan-angan seperti ana, pasti menyimpan seribu rasa negatif. Cemburu dan kecewa sudah conferm bersarang sejak awal-awal mengetahui berita tidak diterima menjadi pengawas sekolah. Ada yang lebih parah, mengadakan demonstrasi tanpa suara iaitu “boikot pengawas”..habis semua peraturan digubal sendiri. Tidak sayang merit yang terkumpul ditolak begitu sahaja kerana melanggar peraturan sekolah.ish3..ana tidaklah sampai macam itu.

Pengajaranya memberi ganjaran, bukanlah perkara yang ditegah kerana Allah juga menyediakan pahala sebagai ganjaran untuk hambaNya yang beriman. Namun, mengejar ganjaran semata-mata adalah perkara yang tidak sepatutnya. Pada ana di sekolahlah tempat paling ideal untuk mendidik generasi pelapis ini akan hakikat tanggungjawap sebagai seorang pemimpin. Mungkin kita sebagai kakak2 dan abang2 boleh cuba menanamkan dalam di dalam diri adik-beradik kita supaya mereka menerima jawatan bukan hanya kerana nama dan kuasa, tetapi berniat menunaikan tanggungjawap dan hak Allah.

Oleh yang demikian berdasarkan hakikat ini, wajar untuk kita sama-sama menyedari bahawa, tidak sepatutnya ada ruang untuk merasa bahawa kedudukan pemimpin sebagai perkara yang diingini apabila ternyata kemuslihatannya lebih baik ditinggalkan kepada orang yang lebih layak baginya. Tiada juga ruang untuk merasa kecewa, berubah atau mencari helah apabila dipecat atau tidak diterima daripada menduduki tanggungjawap tersebut. InsyaAllah...

Seperti biasa, peringatan ini buat diri yang menulis, juga dedikasi khusus kepada President Mesir Husni Mubarak, ekoran kejadian rusuhan di negara di bawah pemerintahanya belakangan ini. Tidak lupa juga kepada pemimpin-pemimpin lain di luar sana. Juga kepada semua manusia kerana sekurang-kurangnya kita adalah pemimpin diri kita sendiri. Wallahua'lam