• Soleh Solehah

    Bersangka baik pada takdir Allah itu natijah daripada Tauhid yang kuat.

  • Cinta Allah

    Cinta selain Allah akan membelenggu diri. Jalan keluarnya ?

    Cintailah Allah dan cintailah segala dan semuanya kerana Allah.

  • Akhirat yang Abadi

    'Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dimintai pertanggung-jawaban.

    (Al-Isra :36)

Monday, November 26, 2012

Tenang itu dari hati

Exam Slip

Poster untuk Pre SEDEX yang ditunda

Mungkinkah ini examination slip yang terakhir untuk diri ana semeste ini?? I'allah moga-moga ianya yang terakhir dan terindah. Sebak T.T tambah-tambah baru pulang dari jaulah bersama sahabat dan adik-adik cute keselatan tanah air. Selalu sahaja hati membuak-buak untuk meninggalkan segala yang ade di kampus UTP ini. Teringin nak merasa kehidupan baru. Namun kali ini lain rasenya. FYP yang mendesak dan memaksa-maksa untuk disiapkan terasa manis dan menggembirakan. Masa tidur yang tidak tentu hala kebelakangan ini rase amat indah, sayang nak memejam mata dikala masa-masa akhir sebagai graduan UTP.  Mungkin inilah namanye manusia, menghargai tatkala masa telah suntuk dan menyesal tatkala telah kehilangan dan tiada lagi di hadapan mata.


Tatkala merenung buku ini, hati terdetik mungkinkah buku ini hadiah hari lahir terakhir dari seorang sahabat yang amat-amat ana kasihi kerana Allah. Selepas graduasi nanti adakah lagi sahabat yang akan mengingati dan merai hari kelahiran ana walaupun dengan ucapan dan nyanyian dari pelbagai pattern suara manusia. Ada atau tidak, itu bukan persoalan utama. Yang pasti ianya akan menjadi satu kenangan yang paling indah, terbaik, terhebat dan terpaling akan ana ingati. Akan ana genggam erat kenangan ini sampai bila-bila pun. (harap-harap ini bukan ayat retorik..ameen)

"Ketenangan itulah kekuatan dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam hidup. Kita menghadapi ujian bukan dengan kekuatan otot dan fizikal, tetapi dengan kekuatan hati. Hati yang tenang tidak akan mudah kecewa, bosan, putus asa dan marah apabila berdepan dengan kegagalan, kesakitan, kekurangan dan kekalahan dalam hidup. Abdullah bin Salam pula pernah berkata: “Sekiranya keluarga Rasulullah s.a.w. ditimpa sebarang kesempitan, Baginda akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan membacakan ayat Allah berikut (mafhumnya): ‘Dan perintahkan keluargamu (serta umatmu) mengerjakan solat dan hendaklah engkau tekun dan sabar mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kami yang memberi rezeki kepadamu. Dan ingatlah kesudahan yang baik bagi orang yang bertakwa.’” (Riwayat al-Tabarani)

::Teruskan membaca untuk tips ketenangan::


Saturday, November 17, 2012

Sale November ini!!

Tudung Lycra Labuh berdagu - Awning lembut - Size XL
RM40 tidak termasuk kos Pos laju
Sale!!

Yang ade kat UTP meh testing kat bilik ana (^_^)v
stok terhad