• Soleh Solehah

    Bersangka baik pada takdir Allah itu natijah daripada Tauhid yang kuat.

  • Cinta Allah

    Cinta selain Allah akan membelenggu diri. Jalan keluarnya ?

    Cintailah Allah dan cintailah segala dan semuanya kerana Allah.

  • Akhirat yang Abadi

    'Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dimintai pertanggung-jawaban.

    (Al-Isra :36)

Tuesday, April 10, 2018

Hanya Kerana Satu Undi Rahsia

3.6 Juta rakyat Malaysia yang layak mengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih. Satu jumlah yang besar. Saya faham mengapa terdapat golongan yang enggan turun mengundi sekalipun telah layak untuk berbuat demikian.

Sebenarnye nak mengundi ni bukan perkara senang. Nak pilih untuk memberi sokongan pada parti mana, pada siapa itu sangat sukar. Lebih sukar daripada nak mencari jodoh terutama sejak berbondong-bondong parti baru tertubuh. Sejak parti yang wujud sekian lama berpecah, sejak pemimpin lama muncul kembali ke arena politik.

Pelbagai kerenah dan ragam dalam dunia politik. Sehingga saya sendiri pada satu masa dahulu melihat politik ini kotor dan tidak langsung memberi manfaat. Buang masa, buang beras, buang karen dan buang duit.

Parti A kate parti B rasuah, Parti B kate parti C penipu, Parti A fitnah Parti B komplot dengar parti D E dan C. Parti K hina kaum Z, Parti Y hina Agama J. Sampai bila nak habis semua tuduhan-tuduhan seperti ini.

Sebagai golongan marhain yang keluar pagi balik petang. Bekerja mencari sesuap nasi untuk diri dan keluarga. Mencari sedikit tabungan untuk sesekali bercuti bersama keluarga, mengumpul dana bekalan hari hari tua, urusan "pelik" seperti memberi sokongan kepada parti A B C D E dll tidak tersenarai dalam perkara mustahak.

Iya, sesekali kami merungut..harga barang naik lagi, harga minyak naik lagi..Oo alhamdulillah ade juga berterima kasih dapat la voucher buku RM200.. Eh air free pulak, ok jugak kan. Cukai pintu dah tak payah bayar. Lepas itu merungut lagi harga tepung, gula, ikan, bawang ntah sejak bila naik. Majlis perbandaran tak buat kerja, sampah berlonggok tidak terurus dll. Tapi, kehidupan diteruskan seperti biasa. Tiada masa nak fikir salah siapa dan siapa perlu buat apa.

Betul, kite tiada peruntukan masa untuk perkara yang renyah dan kompleks seperti ini. Kita ada lambakan urusan peribadi, urusan keluarga dan urusan kerja yang pasti menampakkan hasil jika kita abaikan. Memasak, membasuh, bayar bil-bil, urus anak sekolah dll.. Kalau kita tak buat, siapa lagi nak buat kan..

M E N G U N D I.. orang lain boleh buat, ramai lagi yang pergi mengundi itu. Undi kita seorang tak akan mengubah apa-apa.

S A L A H..iya, awak salah..saya salah. Islam ajarkan bahawa isu kepimpinan adalah isu ummah. Isu individu. Saya bukan orang yang arif untuk cerita panjang dan berhujah isu ini. Cuma kaedah mudahnya, mengundi itu satu bentu tanggungjawab dan tuntutan fardhu ain. Berikut salah satu rujukan untuk yang ingin mengetahuli lebih lanjut.

Kami menganggap perlu adanya pengundian sebagai salah satu proses untuk pelaksanaan perlembagaan dan juga undang-undang. Ini kerana tugas wakil rakyat sebagai pembuat dasar dan penggubal bagi maslahat negara dan rakyat. Justeru tidak dapat tidak, pengundian adalah perkara yang wajib. Ini selaras dengan kaedah:

مَا لَا يَتِمُّ الوَاجِبُ إِلَّا بِهِ فَهُوَ وَاجِبٌ

Maksudnya: Perkara yang tidak sempurna satu kewajipan melainkan dengan perkara tersebut maka perkara tersebut adalah wajib

Dalam bahasa yang mudah, pelantikan wakil rakyat, menteri dan pemerintah sebenarnya adalah wajib. Makanya untuk melantik adalah melalui proses pilihanraya atau pengundian, dalam konteks fiqh siyasah di Malaysia. Justeru, hukum mengundi dan menyediakan infrastruktur pilhanraya yang adil dan saksama itu hukumnya adalah wajib.


Professor Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia mengulas ketika musim pilihanraya Mesir tentang hukum mengundi:

واجب شرعي، على كل مصري أن يذهب إلى صناديق الانتخاب، من لم يذهب فهو آثم، ارتكب ذنب عند الله، لا تكتموا الشهادة"

Maksudnya: “Hukumnya adalah wajib syarak ke atas setiap warga Mesir untuk pergi ke pos-pos undian untuk mengundi. Barangsiapa yang tidak pergi maka dia melakukan dosa di sisi Allah (berdasarkan ayat al-Quran): “Janganlah kalian menyembunyikan penyaksian kamu.”

Sumber Jabatan Mufti Wilayah



Mungkin dah lewat nak daftar mengundi, tetapi masih belum terlewat untuk rancang perjalanan pergi mengundi dan belum terlewat untuk memilih. Pilih ape? Pilih siapa? Lihat pada parti tak cukup, lihat bendera parti? Lagi la tak cukup? Lihat dan beri ruang untuk mengetahui dasar perjuangan parti dan pimpinan parti. Yang mana yang boleh mendokong tanggunjawab membanggunkan ummah,itulah pemimpin yang wajar diberi sokongan.

Bukan nak kempen parti bulan parti bintang. Tapi nak bagtau aje. Undi rahsia. Sekian



Monday, April 9, 2018

Bicara yang menyenangkan

Harini saya dengar lagi...tapi saya tidak begitu menyenanginya, saya harap Allah lindungi saya dan anak-anak saya daripada berperangai begitu.

Urusan peribadi seperti nak buang air, kentut dll rasenya tak perlu 'umumkan' pada orang sekeliling anda. Lebih-lebih lagi dalam persekitaran yang formal seperti tempat kerja. Lebih manis jika anda seorang saja yang tahu. Segera pergi ke tempat yang sepatutnya untuk urusan itu.

Bayangkan kita duduk dalam suatu mesyuarat, tiba-tiba salah seorang ahli mesyuarat bersuara "saya nak berak kejap.." apa pandangan kita?? kite ketawa..iya, perkataan itu lucu buat kali pertama..bangun dia sekali lagi, 2 kali, 3 kali..cirit birit... atau setiap kali mesyuarat aje kawan tersebut bangun "saya nak berak.." apa pandangan kita setelah itu??  Kan lebih elok jika dia tidak hadir, menggangu perjalanan mesyuarat. Dan menyakitkan telinga dengan bahasa yang kurang enak didengari.

Pengumuman "ie rase nak kentut la.." sekali-sekala ok. Tetapi jika kerap kali, itu mengundang rase tidak selesa kerana ianya seperti tidak menghormati orang lain. Perlu ingat bahawa kita bukan berada di tadika atau dalam sesi potty training bersama anak-anak. Jadi haruslah gunakan bahasa yang sopan. Bercakap pada kadar yang perlu, pada masa dan tempat yang sepatutnya. Jadilah dewasa dan matang. Islam ajarkan kita untuk ade rasa malu. Jika tidak malu pada diri sendiri pun, malulah dengan rakan-rakan. Malukan sebahagian daripada iman.

Ok itu macam berbaur emosi sikit. Relex2...

Tapi memang saya dah lama nak tulis perkara ini. Bukan nak budget alim ustajah solehah. Ini pengalaman sendiri juga. Masuk bab kedua.  Bergurau dan berseloroh.

Orang-orang kite, seperti saya contohnya..akal panjang, kreatif tak payah diajar. Kite nak membahan orang kite tak kate la rambut ko kasar macam berus dawai, kulit hitam legam. Tapi kata-kata kite kias, berlapik, bertapis, berayak bagai. Contohnya "rambut die ni ok jugak kalau buat sental periuk" atau "kulit die yang tinted tu..yang mendung berarak kelabu tu".. Sedap kite gelak terbahak-bahak kat kawan tu. Siap meleleh air mata lagi gelak kan..Hilang sekejap masalah dapat gelak sakan.

Iya-iya, akak paham dik. Seronok bebeno.

Mungkin seloroh kite berlapik, tapi maksudnye tetap sama. Untung sangat jika yang dibahan itu orang yang baik, lurus tak paham kiasan, kite gelakkan dia, dia pun gelak sekali. Tak terasa ape-ape pun. Jika yang dibahan tu jenis cepat sentap. Kite senyum die tarik muka, kan ke dah mengeruhkan keadaan. Yang lagi bahaya yang makan dalam ni, kite gelak die gelak sekali, tapi balik rumah, nangis tepi bucu katil. Kesian...

Tapi dah biasa dah kawan rapat. Geng lepak, geng ngeteh, geng futsal, geng bas sekolah dari kecil. Tapi sejauh mana kita pasti dia tidak pernah kecil hati dengan kata-kata begitu?? Berapa peratus kita pasti, 100% confirm ke die ok?!! Sedangkan saya sendiri pernah mendengar keluhan seorang kawan tentang salah seorang ahli gengnya yang selalu mem'bahan' dia dihadapan ahli geng yang lain. Ade tu geng usrah pun bahan membahan..(bukan membawang)

Kesian, makan hati bertahun-tahun. Senyum sahaja, tidak mahu mengeruhkan keadaan. Nak menjaga hati rakan-rakan katanya. Semoga Allah mengganjari kebaikan itu.

Tapi nak ingatkan juga, berhati-hatilah dalam perkataan kita. Nabi Muhammad saw pernah menegur Aisyah atas satu perkataan yang menyamaai maksud "pendek" untuk menceritakan tentang seorang wanita yang datang bertemunya.  Maaf saya kurang ingat hadith itu secara jelas. Tetapi sefaham saya perkataan yang buruk itu kata Rasulallah, jika dicampak kelaut, pasti akan mengeruhkan seluruh air di lautan.

Ingatan untuk diri sendiri juga..Islam telah anjurkan untuk kita bercakap dengan kata-kata yang mulia dan sopan untuk menjaga maruah kita (iya, maruah KITA sendiri, bukan orang lain) قَوْلًا كَرِيمًا dan قَوْلًا لَيِّنًا .. Rujukan Surah Taha dan Surah Al Isra' 😊


Memang, kadang-kadang rasa semakin akrab persahabatan dengan senda gurau, terasa lebih manis dan lebih mengenali hati budi kawan-kawan ini. Cuma harus tambah sedikit lagi ramuan kemanisan itu dengan iman. Sopan santun harus dijaga. Sama-sama ingatkan.

Iya..suka bila tengok orang ketawa terbahak-bahak dengan jenaka kita. Masa tu rase semua orang suka kat kite..tapi tu semua sekejap aje..Bile tiba masanya nanti kite akan rase sendiri mudaratnya.. Allah Maha membalas dan bukan kerana itu sahaja, dek kerana buruknya akhlak dan kata-kata kite itu akhirnya natijah akan berbalik pada kita.

Nanti dimasa akan datang jangan ditnya mengapa hati selalu rasa tidak tenang, mudah sentap, sikit-sikit kecik hati, makan hati, sukar menerima teguran, mudah marah, susah nak memaafkan, dan macam-macam rasa tidak enak dalam diri. Lalu dipresi, murung. Pendek kate hidup tidak tenang. Dangan pasangan mudah sentap dengan anak-anak menyinga tak kira waktu. Sebab kesannya dah berbekas dihati.

Amal ibadah pun akan terjejas. Rase nak solat awal tapi selalu tersasar hujung waktu, rase nak bace al-quran tapi sibuk memanjang tak ade mase. Nampak sikit aje kan, tapi impaknya besar dik. Percayalah. Nak bersihkan semula tidak mudah. Kene berguru dengan orang-orang alim. Kuncinya Zikrullah dan Taubat.

Seruan untuk diri dan kawan-kawan semua..Mari tambah ilmu agar bertambah iman dan tqwa pada Allah. Itu kunci hidup yang tenang..Jika ada masa dengar kuliah jap ni ha, menusuk kalbu dan kene dengan situasi semasa. Betul belaka kata-kata penceramah.

INDAHKAN TUTURMU : https://www.youtube.com/watch?v=fjAwTmyX_3E


Friday, April 6, 2018

Hari Lahir ke-3 Anak sulong


Dapat buat sambutan hari lahir untuk anak ummi Muhammad Mu'min Bin Muhammad Zulhaziman. 30 Mac 2018 genap usianya 3 tahun. Dalam proses nak bebas dari diapers. Sikit lagi, nak betul-betul bebas, nak latih waktu malam dan waktu tidur tanpa diapers agak mencabar sebab die tidur sambil minum susu botol. Insyallah.

Orang kata muka macam ummi, perangai namapk banyak nurun abah. Soft spoken dan cepat tesentuh. Kuat menangis dan susah dipujuk itu nurun ummi rasenya. Yang lain, seperti juga kanak-kanak biasa aktif, cerdas dan cerdik. Alhamdulillah.

Ade nama adik sekali sebab birthday adik tak beli kek.
Combo birthday cake!! 


Wednesday, April 4, 2018

Sambal Belacan Tidak Lumat

Kisah dibangku sekolah

Saya dan adik selalu tertanya-tanya atau lebih kurang macam merungut knape sambal belacan ibu tidak ditumbuk betul-betul. Kepingan cili besar sehingga berupaya menyelimuti 1 ke 2 gigi dalam satu masa. Iya MENYELIMUTI. Jadi bahan jenaka kami adik beradik, cili selimut gigi. Kami rahsiakan dari ibu gelaran tu, bisik-bisik aje. Tapi bile ibu tahu, ibu pun tidak kecil hati, ibu pun gelak sekali.

Bila kami ade di rumah ibu akan suruh anak-anak daranya yang tumbuk sambal belacan. Pandai ibu pancing hati kami. Ibu kata kami tumbuk lumat, halus.. Kembang semangkuk hati, terus tumbuk dengan tekun. Hasilnya selalu tidak mengecewakan ibu.


Setelah sekian lama kisah itu, saya pun terfikir, rasanya macam tahu mengapa ibu tak tumbuk sambal belacan lumat dan halus macam kami tumbuk. Mungkin pengalaman dan pandangan orang lain berbeza, tetapi jike menurut hati dan pengalaman sendiri, saya rasa kerana faktor MASA. Ibu seorang suri rumah, tetapi bukan suri rumah sahaja. Beliau juga tukang jahit yang berpengalaman. Mengambil tempahan pelbagai jenis baju.

Semasa kami sekolah, ibu perlu membahagikan masa untuk menguruskan kerja-kerja rumah, mengambil dan menghantar anak-anak sekolah dan menjahit. Semingggu sekali ke pasar untuk membeli keperluan dapur, sebulan sekali akan ke pejabat pos mambayar bil-bil, juga perlu menaiki bas untuk ke bank di pekan Bahau untuk membayar pinjaman rumah dan kereta. Petang-petang akan turun ke halaman rumah untuk menyapu sampah dan daun-daun kering sekitar rumah. Sekali sekala ibu juga yang memikul tong racun untuk meracun rumput sekitar rumah.

Bila hari hujan, ibu cepat-cepat keluar menadah air di hujung-hujung atap rumah. Bersedia dengan berus dan gayung. Apabila kelihatan hujan turun betul-betul lebat, ibu keluar memberus lantai simen keliling rumah. Menyental lumut-lumut hijau di longkang-longkak luar rumah. Dan rutin ibu yang masih kekal sehingga kini masih tidak ditinggalkan adalah menyiram setaman pokok bunganya.

Anak yang banyak kerenah seperti saya ketika itu mempertikaikan mengapa tidak boleh halus..bukankah itu perkara yang mudah sahaja..tumbuk lama sikit maka lumat la sambal tu..

Apa yang nak saya ceritakan ini ye?? tadi pasal sambal belacan, masuk kepada cerita ibu sebagai suri rumah, balik kepada sambal...

Sebenarnya nak cerita yang saya akhirnya dapat menyelami perasaan dan melalui sendiri fasa 'sambal belacan tidak lumat' itu. Fasa yang apabila diri sendiri dah lalui baru tahu bahawa itu fasa yang sangat sibuk bagi seorang wanita bergelar ibu. Mengurus rumahtangga, suami, anak-anak yang sedang membesar dan menyediakan keperluan harian seisi keluarga.

Fasa yang menuntut jiwa yang paling ikhlas dalam memberi khidmat bakti kepada keluarga. Masyallah, terima kasih sahaja tidak cukup. Allah Maha tahu, maka ditetapkan bahawa berbakti kepada orang tua itu hukumnya adalah WAJIB. Ibu dan Bapa!! keduanya sama penting. Kerana anak-anak saya bertuah punyai ayah yang sedia menggalas sebahagian (kadangkala hampir semua) tugasan seorang ibu dalam mengurus rumahtangga.

Untuk ibu saya, ibu berhak dilayani lebih daripada seorang permaisuri. Tidak wajar hatinya terluka oleh perbuatan hatta kata-kata anak-anak. Juga arwah ayah yang membanting tulang menafkahi kami. Butuh doa anak-anak soleh.

"Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil". Isra' - 24

Dan kisah sambal belacan saya tadi... Yang penting rasa, cukup cili, belacan dan asam limau. siap!