• Soleh Solehah

    Bersangka baik pada takdir Allah itu natijah daripada Tauhid yang kuat.

  • Cinta Allah

    Cinta selain Allah akan membelenggu diri. Jalan keluarnya ?

    Cintailah Allah dan cintailah segala dan semuanya kerana Allah.

  • Akhirat yang Abadi

    'Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dimintai pertanggung-jawaban.

    (Al-Isra :36)

Wednesday, December 28, 2016

Homemade scrub untuk Kulit lembut

Resepi sejak zaman bujang. Oleh kerana zaman itu zaman belum berduit sangat, nak jimat tapi nak cantik jadi memang gigih buat homemade scrub. Resepi amatlah mudah cume kalau tak rajin tak jadi jugakan. Lagi beberapa bulan sebelum nak bergelar isteri lagi la hakak sedaya upaya mencantikkan diri (pecah rahsia beria2 nak kawen). Bukan ape, pernah tanye naqibah usrah dulu, ape persediaan nak kawin..tanpa ragu-ragu kak naqibah terus kate "awak pergi la spa...bla..bla" .

Ihsan Rotikaya

Jadi dalam kepala saya yang dalam keadaan macam betul ke tak akak ni pun menghadam tips murni kak naqibah. Isteri kene cantik la maksudnye. Tapi nak selalu ke spa tak ade modal, tambahan pula bace review di internet kata kalau buat spa sendiri pun tak kurang bagusnye. Sebab kite tahu kat bahagian mane perlu keutamaan dan perhatian, mane perlu dan mane tidak.

Jadi bermulalah experimentasi kecantikan saya. Mujur ade geng. Kak ngah pun beria jugak nak join. Bedak sejuk dengan kayu manis la, limau purut la, lidah buaya la. Yang bagusnye barang-barang yang homemade ni bersifat semula jadi. Untuk kulit yang sensitif seperti saya sememangnya sesuai sebab tidak ade masalah seperti radang, gatal-gatal or ruam seperti penggunaan bahan kimia dalam kosmetik moden.

Jadi nak share satu resepi yang serasi dengan saya,terbukti berkesan, jimat kos dan selamat. Resepi ini saya dah amalkan sejak sebelum kawin lagi sempai harini, bila ade masa terluang. Homemade scrub badan dan sesuai juga untuk kulit muka.

Bahan-bahan yang diperlukan
  • Beras
  • Madu
Cara penyedian
  • Goreng beras tanpa minyak sampai jadi warna putih
  • Tumbuk/blander kering beras
Cara pakai 
  • Ambil 1 sudu beras yang dah ditumbuk.
  • Gaulkan dengan dua sudu madu.
  • Sapu / gosok pada badan 10-15 minit.
Testimoni 
  • Sejurus membilas dengan air, memang rasa kulit licin seakan-akan kulit bayi.
  • Lagi rajin scrup lagi la lembut dan menghilangkan daki pada kulit
Ihsan Gambar Google Image

****

Sebut pasal berduit. Sebenarnya tanyalah pade mane-mane wanita sekalipun, mesti semuanya nak jadi cantik. Cume selalunya kekangan pada kewangan. Ya, duit\modal tidak mengizinkan. Nak membeli pakaian yang indah, nak beli suppliment yang mujarab, nak pergi spa memanjakan kulit. Hatta homamade sekali pun, madu tu bukan boleh dapat free kat kedai yer..beras pun amik senyap-senyap supaya mak tak bising, bazirkan barang dapur aje anak daranye ni.

Kecantikan dan kesihatan itu perlukan modal. Jadi pada saya, untuk yang berkemampuan tidak salah melabur sedikit untuk diri dan keluarga. Selain daripada menjaga pemakanan dan menjalani gaya hidup yang sihat, makanan tambahan juga boleh membantu mendapatkan kulit yang cantik dan wajah yang berseri. So saya dengan rendah hati menyarankan anda mencuba produk Nutrilite Bio C untuk kecantikan kulit dan kesihatan badan. Maklumat lanjut disini .

Thursday, December 22, 2016

Tragedi Isnin bulan Disember

Ramai yang tertanya-tanya ape yang terjadi pada saya dan keluarga baru-baru ini. Dua status fb saya mengundang banyak pertanyaan. Terima kasih sahabat-sahabat semua, saya sekeluarga amat terharu dengan keprihatinan kalian. Dan sebagai pengajaran dan ingatan untuk diri sendiri dan menjelaskan perkara yang berlaku, saya luangkan sedikit masa menulisnye dalam blog ini.

Isnin lepas Allah memberi peringatan kepada saya sekeluarga dengan satu kejadian yang diluar jangkaan saya. Jujurnye saye memang tidak pernah melalui situasi seumpama ini dan langsung tidak menyangka akan belaku kejadian seumpamanya. Rumah sewa kami di pecah masuk dan kami kehilangan beberapa barang berharga. Kejadian belaku sekitar jam 2 hingga 5 pagi ketika kami sedang tidur (ya kami ade dalam rumah).

Pencuri tersebut masuk melalui tingkap bilik kedua dan berjaya melarikan beberapa barangan penting termasuk beg galas saya dan suami yang ade ic, atm kad, kad kredit, duit dan pelbagai gadget milik suami. Saya orang pertama yang menyedari kejadian tersebut apabile mendapati cermin tingkap bilik tempat kami selalu solat rompong dan besi tingkap bengkok.

Lebih kurang begini (Gamba goole image)

Laporan polis telah dibuat di balai polis Setapak. Sebelum membuat laporan, suami saya telah menjumpai beg galasnya di belakang rumah. Alhamdulillah ic, atm kad, kad kredit dan beg duit kami tidak dilarikan. Jadi 'total lost' berupa 3 buah telefon pintar model HTC, 1 ipad mini, 1 bag galas dan sejumlah wang tunai ( duit kene sapu licin ).

Perkara paling mustahak, syukur kepada Allah kami sekeluarga tidak diapa-apakan. Tiga-tiga tidur lena dan tidak sedar langsung kajadian tersebut. Mu'min yang selalu merengek-rengek dimalam hari pun memang lena, xmintak susu etc. Saya yang selalunye tidak sedap badan, susah tidur sebab dah trimester ketiga kehamilan pun lena tidak sedar apa.

****

Apapun ini peringatan dari Allah supaya kami sentiasa berhati-hati pada masa akan datang. Tidak merasa terlalu selesa. Terutamnya untuk diri saye yang sangat selesa apabila pindah ke rumah sewa yang ini. Pada saya tiada apa yang perlu mengganggu fikiran saya lagi berkaitan tempat berlindung/rumah. Lokasi sudah cukup strategik, kejiranan yang baik dan rumah yang selesa berbanding rumah-rumah sewa yang dulu.

Pada awal kejadian, melihat cermin tingkap yang rompong sebenarnya dalam kepala saya langsung tidak suspek ape-ape yang menakutkan/merisaukan. Mungkin baru bangun tidur dan fikiran macam positif aje. Kucing ke ape ke kan...bila tengok wajah suami dah berubah serius sepanjang masa, baru akal saya memproses dengan betul maklumat bahawa ini adalah kejadian curi dan situasi sekarang adalah panik dan merisaukan.

Kami juga baru menyedari bahawa rumah sewa yang ini kami belum pagar dengan ayat-ayat Al-quran. Ramai yang mengesyaki ini bukan hanya kes pecah rumah tetapi juga kes pukau apabila suami saya mengakui menjumpai najis manusia yang baru berdekatan rumah kami selepas kejadian. Ia benar-benar teguran dari Allah. Kerana sesungguhnya kediaman yang baik dan selamat adalah dibawah lindungan Allah jua. Walluha'lam

Tuesday, December 20, 2016

Set bersalin Tropical Herbs


Kehamilan adalah saat-saat yang sangat istimewa dalam kehidupan seorang wanita. Penjagaan badan dan pemakanan yang seimbang adalah sangat penting kerana si ibu perlu membekalkan zat-zat makanan untuk bayi yang sedang membesar di dalam rahim. Penjagaan selepas bersalin juga sama pentingnya kerana seseorang ibu baru perlu mendapatkan semula tenaga dan kecergasannya untuk menjaga bayinya yang baru lahir.

Dalam kebanyakan budaya orang Asia, tempoh berpantang adalah waktu untuk si ibu dirawat sehingga memiliki kesihatan yang optimum. Ini adalah dengan memastikan ibu mengambil dengan kombinasi makanan yang baik, herbaherba yang menyihatkan dan amalan-amalan tradisional yang lain seperti berurut, bertungku, berbengkung dan bertanggas.

Untuk dimakan

1. Teh Herba
  • Membersihkan sistem dalaman tubuh ibu. Diambil sebagai tonik untuk mencergaskan semula ibu .
  • Membantu membersihkan darah beku daripada rahim dan mempercepatkan penyembuhan jahitan.
  • Herba antiradang membantu merawat tisu yang radang dalam badan terutamanya di kawasan rahim dan vagina akibat kehamilan dan proses besalin.
  • Menguatkan badan dan meningkatkan peredaran darah ibu .
Arahan: Ini boleh diambil mulai hari ke-5 hingga ke-10 selepas bersalin. Minum dua kali sehari dengan hidangan selama 5 hari. Bru satu uncang dalam air panas selama 5 minit. Minum sementara teh masih hangat. Campur dengan satu sudu kecil Madu Manuka, jika perlu.

2. Kapusl Lepas Bersalin 1
  • Membantu memulihkan tenaga 
  • Menggalakkan pengeluaran susu ibu.
Arahan: Boleh diambil selama 15 hari bermula dari hari ke-10 , sebaik sahaja selepas menghabiskan Teh Herba. Dua kapsul harus diambil dua kali sehari selepas sajian. Seeloknya diambil di waktu pagi dan malam.

3. Kapsul Lepas Bersalin 2
  • Mengembalikan bentuk badan asal dan memberi kelangsingan pada tubuh.
  • Membantu mengecutkan tisu rahim dan otot vagina.
  • Herba-herba mempunyai kesan diuretik, yang membantu mengurangkan cecair berlebihan.
  • Merangsang rembesan susu.
Arahan: Untuk dimakan selama 20 hari, bermula pada hari ke-25 selepas melahirkan, sebaik sahaja menghabiskan Kapsul Lepas Bersalin 1. Dua kapsul harus diambil dua kali sehari selepas makan. Seeloknya diambil pada waktu pagi dan malam.

Untuk Kegunaan Luaran

4. Herba Pembersih Wanita
  • Membersih kawasan vagina dan mencegah jangkitan kuman.
  • Diperbuat daripada campuran herba yang beraroma dan harum 
  • Dapat mengurangkan radang dan menyahbau badan terutamanya di kawasan vagina.
  • Mengandungi pati herba untuk memberi kelegaan segera pada ketidakselesaan vagina (akibat jahitan dan radang).
  • Tinggi kandungan taninnya untuk mengecutkan tisu vagina dan mempercepatkan proses penyembuhan.
Arahan: Guna produk pada hari ke-4 selepas bersalin selama 20 hari. Guna Herba Pembersih Wanita ini dua kali sehari.

Cara membuat larutan herba:
  • Rendam satu uncang dalam air panas 500 ml selama 10 minit atau untuk larutan yang lebih kuat; didihkan satu uncang dalam 1 liter air selama 15 mint.
  • Biar larutan sejuk sehingga suam sebelum menggunanya atau tuang ekstrak yang panas ke dalam besen bulat dan campurkannya dengan 1 liter air.
  • Letakkan besen dalam bingkai mangkuk tandas dan duduk dalam larutan itu, rendamkan vagina.
  • Setiap uncang boleh diguna dua kali.
5. Herba Mandian
  • Menyegar, mencergas dan mengembalikan tenaga.
  • Dibuat daripada campuran herba tropika untuk menyegar, mencergaskan dan memberi tenaga kepada tubuh daripada kepala ke hujung kaki.
  • Herba dipilih kerana harumannya, kandungan minyak perlunya dan ciri-cirinya yang merehatkan, antikeradangan, antifungus dan antibakteria.
  • Herba-herba antikeradangan seperti Tumeric domestica dan Curcuma xanthorriza adalah termasuk untuk membantu melegakan masalah kulit yang sedikit seperti gatal-gatal dan ruam.
  • Mandi dengan Herba Mandian akan membantu melegakan otot yang letih dan sakit.
Arahan: Boleh diguna dari hari ke-4 selepas bersalin selama 20 hari.

Cara menyedia:
  • Didihkan satu uncang dalam 2 liter air selama 20 minit.
  • Tuang ekstrak ke dalam baldi dan masukkan air sehingga anda mendapat larutan yang suam.
  • Guna sebagai air mandian.

6. Herba Peramping Perut
  • Memejal dan menguatkan otot-otot dan tisu-tisu abdomen. 
  • Untuk memejalkan otot perut dan menghindari masalah perut menggelebeh selepas bersalin.
  • Campuran herba yang dirumus khas dengan tanah liat dan pelbagai jenis herba, dan jus limau nipis untuk membantu memejalkan kulit perut yang kembang akibat kehamilan.
  • Juga membantu menghilangkan parut atau tompok hitam yang biasanya muncul di kawasan perut apabila ia mengecut.
Arahan: Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 20 hari. Untuk hasil yang lebih berkesan, guna bengkung. Seeloknya guna selepas mandi dan berurut.

Awas: Jangan guna jika bayi dilahirkan melalui pembedahan.

Cara menyedia:
• Masukkan 4 sudu kecil air panas ke dalam satu paket serbuk dan campurkan agar menjadi pes.
• Sapu pes dengan sekata pada kawasan perut dan tutup dengan kain nipis.
• Guna bengkung untuk hasil yang lebih baik.
• Bersihkan pes selepas membuka bengkung.

7. Minyak Urut Herba
  • Menyingkirkan angin dan merehatkan badan
  • Melancarkan peredaran darah dan membuang angin dalam badan.
  • Berurut adalah sebahagian daripada penjagaan selepas bersalin untuk ibu baru. Ia dilakukan untuk menyingkirkan angin, merangsang peredaran darah,menghangatkan badan dan juga membantu ibu merehatkan diri.
  • Dirumus dengan ekstrak herba yang mempunyai tindakan antibakteria, antiradang dan antifungus.
Arahan: Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin. Guna dua kali sehari, seeloknya selepas mandi. Tuang minyak ke tapak tangan dan gosokkan untuk memanaskan minyak sebelum diurut pada badan.

Catatan: Elakkan minyak daripada terkena pakaian kerana dikhuatiri menjejaskan warna pakaian.

8. Herba Penghangat Badan (Param)
  • Menghangatkan badan, terutamanya tangan dan kaki
  • Mempunyai kesan yang menghangat 
  • Berkeupayaan untuk melancarkan aliran darah ke kulit.
  • Melegakan masalah kegatalan kulit seperti ruam. 

Arahan: Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 15 hari. Guna selepas berurut dan
membengkung bahagian perut. Jika tidak berurut atau mengguna bengkung, ia boleh diguna
bila-bila masa.

Cara menyedia:
  • Masukkan 4 sudu besar air panas ke dalam satu paket serbuk dan campur agar menjadi pes.
  • Sapu ke seluruh badan kecuali muka, perut dan kawasan vagina.
  • Biar kering atau seeloknya selama dua hingga tiga jam sebelum membersihkannya.
9. Herba Penenang ( Pilis )
  • Menenang dan menyamankan dahi
  • Dibancuh dengan herba untuk kesan yang menenang pada dahi.
  • Amat berguna kepada ibu-ibu yang mudah mendapat sakit kepala akibat kurang tidur dan letih menjalani tempoh pantang dan bayi baru lahir.
Arahan: Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 15 hari. Tampal pada dahi,
elakkan kawasan mata.

Cara menyedia:
  • Masukkan satu sudu kecil air panas ke dalam satu paket serbuk dan campurkannya menjadi pes yang pekat.
  • Sapu pada dahi.
  • Biarkannya sehingga kering atau seeloknya satu jam sebelum mencucinya.

10. Minyak Bayi
  • Melegakan angin dan kembung pada bayi anda melalui rumusan semula jadi dan selamat diguna pada bayi.
  • Berguna untuk mengekalkan peredaran darah yang sihat pada kulit.
  • Membantu mengurangkan kembung di kawasan perut.
  • Menyamankan kulit bayi.
  • Mempunyai ciri-ciri antibakteria, antifungus dan antiradang.
Arahan: Boleh diguna mulai hari ke-7 untuk bayi. Tuang minyak pada tapak tangan dan gosokkan kedua-duanya untuk memanaskan minyak sebelum mengurut perlahan-lahan pada perut bayi. Sapu setiap pagi dan malam selepas mandi.

Awas: Elakkan minyak daripada terkena mata dan bahagian sulit bayi. Elakkan terkena pada pakaian kerana ia boleh menjejaskan warna pakaian.


11. Bengkung Lepas Bersalin Tropical Herbs

• Menyembuh dan memejalkan otot dan tisu abdomen.
• Menganjalkan kan kulit yang teregang di bahagian dada
• Mendapatkan bentuk badan ideal.


Badan langsing selepas bersalin

Bukan mudah untuk mendapatkan bentuk badan ideal atau bentuk badan seperti zaman anak dara selepas melalui proses mengandung dan bersalin. Masalah inilah yang menjadi kerisauan wanita-wanita, kerana apabila hamil , boleh dikatakan satu badan akan mengembang dan meluaskan kuasanya seiring dengan usia bayi. Usahkan kata pinggang, punggul, peha, dada hatta pipi pun mengembang biak mengalahkan pau coklat kat pasar malam.

Banyak pakaian dah tidak boleh dipakai dan kasut dah semakin sepit. Bile beli baju baru, kena ambil saiz yang lebih besar. Terasa besar diri didepan cermin. sob sob sob. Satu isu lagi, badan lesu dan mudah letih. Bejalan sikit sudah terasa mengah dan nak duduk rumah sahaja. Kesihatan semakin merudum. Kepala selalu pening dan sendi-sendi selalu lenguh mengalahkan golongan-golongan emas usia mak-mak kite.

Tidak hanya itu, bau badan sudah tidak seharum dulu. Mudah sahaja merebes bau tengik walaupun dah pakai minyak wangi sebotol. Bendalir di anggota paling berharga wanita pula semakin membanjir, berbau tidak enak dan menimbulkan kegatalan. Susah apabila nak bersolat. Hubungan dengan suami pun sudah tidak berahi seperti sebelumnya. Hambar dan sakit pula ditanggung selepas bersama.

Semuanya boleh terjadi pada wanita selepas besalin. Bukan boleh, tapi sering sahaja berlaku dan banyak telah saya dengar berlaku kes seperti ini. Kasihan, sudah la mengalas amanah berat dengan mengandungkan dan melahirkan zuriat. Terpaksa pula menanggung masalah kesihatan diri yang tidak-tidak. Sudah la bekerja, apabila pulang perlu mengurus rumah tanggga. Suami harus dilayani sebaiknya dan anak kecil masih perlukan perhatian penuh.

Tak mahu begitu??

Tiada wanita yang inginkan kehidupan sukar seperti itu. Namun saya faham kadang kala ada kekangan yang melanda sehingga perkara seperti itu tidak dapat dapat dielakkan. Saya ada melihat sendiri bagaimana gadis muda yang cantik manis orangnya. Apabila berkahwin dan hamil anak sulung hilang semua kecantikannya. Selapas bersalin badan kecik moleknye mengelebeh disana-sini, muka pucat tiada seri. Selalu mengadu sakit lutut dan belakang badan.

Apabila bersembang, tahulah saya bahawa hanya suami yang menjaganya selepas bersalin ekoran ibu dan ayah sudah tidak upaya. Dia mengakui menjalani kehidupan seperti biasa selepas bersalin. Tidak ada amalan berpantang, tidak berurut, betungku etc dan tidak mengambil sebarang makanan herba bersalin.

Aduh sayangnya...kamu sangat cantik sebenarnya. Malah boleh sahaja jadi lebih cantik daripada sebelum berkahwin jika dijaga sebaiknya.

Saya bukan pengamal perubatan, bidan mahupun konsultan kecantikan. Tapi saya percaya, selepas bersalin adalah masa yang paling baik untuk merawat, memulih dan mengembalikan seri/kecantikan seorang wanita. Biarpun waktu ini kita sedang sibuk belajar menjadi ibu, tetapi kita harus ingat waktu ini kita badan kita perlu dirawat dan dipulihkan. Jadi dah alang-alang merawat, tambah sikit lagi tugasan iaitu untuk menaik taraf (upgrade - boleh ke pakai ayat tu) prestasi kecantikan dan kesihatan.

Gambar hiasan - Intagram @rozitachewan1


Jadi disini saye ingin kongsikan satu set bersalin\berpantang yang boleh anda cuba.

Set Lepas Bersalin Tropical Herbs menawarkan penyelesaian yang menyenangkan untuk penjagaan selepas bersalin. Ia dibuat daripada herba-herba tropika yang terkenal dengan ciri-ciri pemulihan yang dicari-cari di seluruh dunia kerana faedah uniknya.

Set ini mengandungi 10 produk campuran herba yang dirumus khas untuk menguat dan mengukuhkan tubuh dan mempercepatkan proses penyembuhan bagi ibu-ibu baru. Herba-herba yang diguna dalam Set Lepas Bersalin Tropical Herbs telahpun diguna secara tradisional dan terbukti secara saintifik kerana keberkesanan dan keselamatannya.

Kandungan

Produk untuk Dimakan
• Teh Herba (10 uncang)
• Lepas Bersalin 1 (60 kapsul sayuran)
• Lepas Bersalin 2 (80 kapsul sayuran)

Produk-produk untuk Kegunaan Luaran
• Herba Pembersih Wanita (20 uncang)
• Herba Mandian (20 uncang)
• Campuran Peramping Perut (20 paket)
• Campuran Penghangat (15 paket)
• Campuran Penenang (15 paket)
• Minyak Urut Herba (60 ml)
• Minyak Bayi (60 ml)


Dapatkanlah Bengkung Lepas Bersalin PERCUMA!



Next post saya akan muat naik penjelasan dan butiran lanjut setiap satu produk dalam Set Bersalin Tropical Herbs