• Soleh Solehah

    Bersangka baik pada takdir Allah itu natijah daripada Tauhid yang kuat.

  • Cinta Allah

    Cinta selain Allah akan membelenggu diri. Jalan keluarnya ?

    Cintailah Allah dan cintailah segala dan semuanya kerana Allah.

  • Akhirat yang Abadi

    'Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dimintai pertanggung-jawaban.

    (Al-Isra :36)

Tuesday, February 23, 2010

kenal lacturer

asslamualaikum

maaf dah lame x update..busy dgn macam2 perkara dunia...berkaitan tajuk diatas,kejap lagi ana akan masuk kelas HSE, Dr Azimuddin..nak di jadikan cerita masa ana nk daftar tuk tajuk assignment, ade la seorang lacturer yang ramah tamah bertanye kapade ana nk pergi mane... ana jawap la seperti yang ana sepatutnye buat, die pun tany sape lacturer HSE tu..ana xthu name lactrer tu,nasib baik la ana tny kwan ana n die ade bg thu nam DR Azimuddin ni..and ana tulis dalam buku

masa lacturer yang ramah tu tanye sape lacturer HSE, ana pun buka buku sebab xingat name die..ana pun sebut la nama Dr tu..lacturer yang ramah ni pun kate.."oo die tu baru kot,die xpenah mask kelas lagi ke?'"
ana pun kate la tak..macam2 la kami berborak mase dlm lif nk pergi pejabat Dr Azimuddin ni..bile sampai depan pejabat tu,lacturer ni pun mintk tolong ana tampal kertas..

nak di jadikn cerite ..kertas tu adalah tajuk2 assignment HSE..memang sah2 la die Dr Azimuddin tu..malunye ana xkenal lacturer..last2 die tnye,"sekarang dah kenal Dr Azimuddin..adeyh mmg konferm xlupe...moral of the story...antum buat la sendiri ae

ana nk pergi kelas...wallahualam

Sunday, February 14, 2010

Sejarah Hari Valentine


Tarikh 14hb Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Maka pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah. Pasangan-pasangan kekasih ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adengan-adengan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.

Saban tahun juga para ulamak mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ianya seperti menuang air ke daun keladi. Oleh itu penulis melihat begitu pentingnya untuk mengupas sejarah sambutan Hari Valentine ini agar ianya dapat menyedarkan muda-mudi kita yang hanyut di lautan cinta bahawa ianya adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram.

SEJARAH SAMBUTAN HARI VALENTINE

Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine maka kita akan dapati bahawa terdapat 4 pendapat berkaitan dengannya.

Ø Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.

Ø Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorban yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

Ø Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Ø Pendapat keempat. menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Disini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.

Hukum Menyambut Hari Valentine

Sebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.:

Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. – al-Hajj : 67

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959.

Oleh itu hendaklah umat Islam hanya membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Mawlid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Qur’an dan lain-lain lagi. Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam malah ianya berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masehi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabdanya: Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512.

Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini merupakan satu upacara yang berhubung-kait dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian sebagaimana yang telah penulis paparkan sebelum ini. Justeru itu bagi mereka yang menyambut hari tersebut ditakuti dia tergolong dalam ke dua golongan tersebut sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. di atas. Apabila seseorang itu merayakannya bermaksud untuk mengenang kembali peristiwa kematian St. Valentine maka tidak disangsikan lagi bahawa perbuatan tersebut boleh menyebabkan pelakunya terkeluar dari agama Islam. Apabila dia tidak bermaksud sedemikian dan menyambut Hari Valentine sekadar untuk bersuka-ria maka dia sebenarnya telah melakukan suatu kemungkaran yang besar kerana sambutan hari tersebut menyerupai perbuatan golongan yang durhaka kepada Allah S.W.T.. Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal. Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Syaikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar.”

Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). – al-Israa’ : 32

Sebagaimana yang telah dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 10 Februari 2007, Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa kes remaja hamil anak luar nikah meningkat pada akhir Februari dan awal Mac. Beliau berkata: “Sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu mereka lupa diri ketika menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentine’s Day. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam, kemudian mengambil pil khayal hingga tidak sedar terlanjur lalu hamil.”

Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredhai Allah S.W.T.. Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar)". –Al-Baqarah (2) : 120

Oleh itu mereka mempopularkan sambutan Hari Valentine ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan perasaan cinta mereka. Inilah sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyadur perbuatan maksiat agar kelihatan seperti satu perkara yang baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa. Firman-Nya Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik". – al-Hijr (15) : 39-40

Bersandarkan kepada hujah-hujah di atas maka para ulamak telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah diharamkan bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.

Justeru itu hendaklah pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya untuk menghalang budaya golongan yang ingkar kepada Allah ini dari diamalkan oleh umat Islam di Malaysia. Media Massa sepatutnya dihalang dari memasyhurkan sambutan Hari Valentine ini kepada umat Islam. Sebagai gantian media massa perlu digunakan untuk menyebarkan fatwa-fatwa para ulamak yang mengHARAMkan sambutan Hari Valentine.

Saturday, February 13, 2010

Air Mata dan Tangisan


Duhai air mata yang sedang menangis..

Mungkin tika ini kau sedang bahagia,mungkin tika ini kau sedang berduka. apapun situasimu air mata mengenangi kelopakmu dan mengalir kepipi ialah anugerah Allah yang tidak terhingga. ia mampu membuang racun di tubuhmu kemudian disusili ketenangan jiwa. Bersyukurlah kepadanya kerana sehingga saat ini kau masih mampu mengangis.

Aduh!
Sungguhku hairan melihat orang yang merasakan tangisan itu satu kelamahan. Malah menganggapnya satu lambang ketidakmatangan, sedangkan Allah merakamkan mulia sebuah tangisan dalam firmanya
"Dan mereka mensyukuri(sujud) dia atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk."(al-isra:109)

Duhai air mata yang sedang menangis...

Tahukah dikau jika dikaji dari perspektif sains, tangisanmu mampu menjadi terapi kesihatan yang berguna dalam merawat penyakit berbahaya dijana oleh tubuh. air mata semula jadi boleh membuangnya. otak pula bekerja membuang bahan-bahan kimia daripada air mata. bukan itu sahaja,tangisan menambah jumlah degupan jantung sebagai latihan berguna buat sekatan rongga badan,kedua-dua bahu dan urat-urat dada. setelah tangisanmu reda, kembalilah degupan jantungmu keasalnya dan ketenangan mula menguasai jiwa..Subhanallah hebatnye penciptaan air mata..

Duhai air mata yang menangis..

Tangisan bukankeaiban tapi satu keparluan. sama ada lelaki atau wanita, kau perlu pada tangisan ia memjernihkan kornea dan menajamkan penglihatan. ia meringankan ketegangan jiwa. ia menungkapkan kesedihan lalu merungkai beban yang tersimpan.

Jika kau lelaki mengapa perlu kau malu pada tangisan? mungkin sosiobudaya mendidikmu bahawa tangisan itu tanda kelemahan dalam mengendalikan kemampuan. kau mungkin dipisahkan antara diri dengan perasaanmu sndiri oleh didikanmasa silam. apapun tiada siapa dapat menafikan bahawa kau juga insan yang punya hati dan perasaan. isi hatimu kadangkala perlu diluahkan dengan tangisan untuk mengurangakan tekanan dan risiko penyakit. usah menipu diri berlagak kuat dengan menafika air mata kerana kelak badanmu juga mendapat derita.

Jika kau wanita mungkin kau lebih banyak menangis daripada lelaki. tahukah dikau penyanyangnya allah pada mu sehingga dia menciptakan kelenjar-kelanjar air matamu lebih besar daripada kelenjar-kelanjar air lelaki. tidak hairanlah kajian ilmiah menunjukkan kau menangis empat kali lebih banyak daripada lelaki.

Ia penyebab panjangnya usiamu daripada lelaki. masakan tidak air matamu keluarnya peratusan racun dari tubuh. Doktor pakar mata berkata air mata penting untuk menyucikan mata daripada racun yang keluar akibat daripada ketegangan urat saraf perasaan dan emosi yang tidak setabil.

Duhai air mata yang sedang mengalir..

Sungguh bertuah kau masih mampu menangis usah ditahan air matamu itu. luahkan dengan rasa takut dan harapan pada tuhanmu. benar, tangisanmu itu tidak mampu mengembalikan masa lalumu, namun jangan tangisan mu itu membibit kabus pada masa depanmu. aggaplah ia sebahagian daripada masa sekarangmu unutk melonjak amal dan perubahan di hari esok

Sesungguhnya tangisan kerana allah ketika sedih atau gembira ialah ubat mujarab untuk mencari ketenanagan hidup. dengarilah pesanan rasulallah dalam menyampaikan kalam yang esa
"aku haramkan neraka kepada air mata yang selalu menangis kerana takut kepada allah"(riwayat ahmad dan al-nasa'i)


Majalah solusi isu 4

Friday, February 5, 2010

khutbah jumaat 5 feb

assalamualaikum

ni bukan ana yang pergi khutbah jumaat,ana copy and paste dari email ditulis oleh izhanoorzi

tajuk lebih kurang: integriti ulama' dan umara'
  • Ulama'; jama' kpd 'alim; org yg mahir; pakar dlm sesuatu bidang cthnya bidang agama; dlm hadis ada menyebut, mereka ini spt bintang; dijadikan pedoman di lautan dan di daratan
  • Umara'; jama' kpd amir; penguasa, pemimpin yg menerajui tampuk pemerintah sesebuah negara dlm konteks negara
  1. penguasa akn bahgia jika rakyat di bawahnya bahagia, dan penugasa celaka akan menjadikan rakyatnya celaka nauzubillah
  2. bagi penguasa, jangan hidup bermewah-mewah, rakyat akan ikut
  3. Ulama' dan umara' perlu bersikap amanah dan jujur
  4. rakyat rosak kerana umara'; umara' rosak kerana ulama'; ulama' rosak kerana harta [imam al-Ghazali rahimahullah] <-- al-ghazali="" digelar="" hujjatul-islam="" imam="" la="" li="" sbbnya="" ty="">
  5. islam menganjurkan cara hidup yg menyeluruh <-- biasa="" dalil="" dgr="" kita="" li="" yg="">
  6. umara' perlu tunaikan janji, tahan risiko, x boleh ambil kesempatan atas kepentingan diri sendiri
  7. semak surah al-fathir 35;28, ringkasnya manusia ini spt haiwan ternakan, berdasarkan tuannya, jika baik tuannya maka eloklah tenakannya; begitulah pemimpin, jika baik pemimpinnya, maka elok rakyatnya; jika tiada golongan ini, ummat akn menjadi kacau-bilau; tiada yg akan memimpin dan utk menguruskan masalah dan keprluan rakyat; tapi dalam kalangan ini, ulama' adalah hamba/golongan yg paling takut dgn Allah disebabkn ilmunya dan kepentingannya kpd rakyat dan umara'; dijadikn tempat rujukn' dsb
  8. sekarang, banyak penyelewengan berlaku; golongan umara' dan ulama' terlibat secara langsung; sebab umara' tidak menjalankn hukum Allah dan memerintah tidak selaras dgn apa yg ditetapkn syara';
  9. manakala golongan ulama' kini; tiada kuasa utk menzahirkan yg haq; terikat dgn peraturan; disuapkan dgn harta; dikurangkan hak bersuara; jika ulama' ini didapati melanggar pertaran yg ditetapkn akan dilucut jawatan;
  10. spt di Malaysia dan di negara-negara lain; Ulama' tidak diberikan tempat yg tertinggi dan kuasanya tidak dapt melebihi pemerintah, bahkan pemimpin berkuasa ke atasnya; senang utk dikawal dan diselia' mahu tidak mahu disebabkn jawatan terepaksa akur.

"penguasa akn bahgia jika rakyat di bawahnya bahagia, dan penguasa celaka akan menjadikan rakyatnya celaka"

Thursday, February 4, 2010

Rancangan Infotainmen papar maklumat berunsur negatif



JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengemukakan fatwa mengharamkan Infotainmen, rancangan hiburan yang ditayangkan di televisyen Indonesia dan ditonton berjuta peminat terutama wanita, berikutan kandungannya yang tidak membangun minda dan tidak mendidik.
MUI melalui ketuanya, yang juga Ketua Pengurus Besar Nahdlatul Ulama (NU), Hasyim Muzadi memberi beberapa alasan mengapa Infotainmen diharamkan.
“Kami membuat penilaian ke atas Infotainmen berdasarkan kandungan dan pengisian rancangannya. Jika kandungan rancangan dipenuhi gosip, melaga-lagakan antara satu sama lain, menghancurkan kebahagiaan rumah tangga orang lain seperti yang dilakukan Infotainmen, ia amat dilarang agama,” katanya.
Hasyim turut merujuk hasil Mesyuarat Kebangsaan Alim Ulama NU di Surabaya pada 2006 yang sudah mengharamkan Infotainmen berikutan kandungannya dipenuhi gosip, fitnah dan khabar angin.
“Kes pertelagahan antara aktres Indonesia, Luna Maya dengan Infotainmen wajar dijadikan contoh bagaimana program yang berunsur negatif, tidak mendidik akhirnya menimbulkan lebih banyak keburukan dalam masyarakat,” katanya.
Beliau berkata kebebasan Infotainmen bukanlah kebebasan mutlak tetapi perlu diiringi tanggungjawab, bukan penulisan sebarangan sehingga menjejaskan kehidupan orang lain.
Katanya, tayangan Infotainmen tidak seharusnya menceritakan gosip perce
raian dan kehidupan peribadi artis tetapi sepatutnya memberi tumpuan kepada kejayaan dan prestasi kerjaya yang dicapai.
“Alangkah baiknya jika program Infotainmen diisi dengan pendidikan keluarga sakinah, pendidikan patriotik yang dapat membangunkan bangsa. Malangnya media hiburan seakan tidak berminat dengan perkara ini,” katanya.
Hasyim berkata NU akan membincangkan isu kesan negatif Infotainmen terhadap perilaku masyarakat dalam Muktamar ke-32 pertubuhan itu di Makassar dari 22 hingga 27 Mac depan.
“Perbincangan tidak rasmi di antara ulama, pemimpin agama, tokoh pendidikan, budayawan dan cendikiawan negara juga akan diadakan beberapa hari menjelang muktamar,” katanya.
Sementara itu, penganalisis media dari Universiti Airlangga Surabaya, Suko Widodo berkata berkata wartawan Infotainmen perlu dididik agar dapat menyediakan bahan berkualiti untuk masyarakat.
“Apa yang berlaku di Infotainmen Indonesia berbeza dengan negara lain. Tayangan di luar negara membicarakan semua prestasi dan karya yang dihasilkan artis atau pelakon, tetapi di negara ini mereka lebih suka membicarakan kehidupan peribadi, gosip dan khabar angin dikalangan mereka,” katanya. ? Agensi

perkara yang memuskilkan ana,malaysia xde ke rancangan macam ni, setahu ana sgt banyak dan pengacaranya juga pedas dan berasap..xkurang jugak surat khabar hiburan yang ceritanye sedikit pun tidak berlapis kata..dulu2 seingat ana berita ni kalau nak cerita pun at least x reveald name tapi sekarang dah makn beranu...dah maju kononnya



taubat sang pemalas


Terima kasih ustaz. Azam saya tahun ini, saya mahu hadir lebih kerap lagi ke majlis ilmu. Nak berubah!” kata seorang anak muda.

Beliau hadir ke salah satu program saya baru-baru ini.

“Alhamdulillah. Baguslah begitu. Semoga istiqamah,” saya memberi semangat.

“Ustaz tahu kenapa saya nak berubah?” tanyanya kepada saya tanpa diminta.

“Kenapa?” saya tidak tahu apa yang saya tidak tahu.

“Saya kasihan tengok orang macam ustaz!” ujar beliau.

“Kasihan macam mana? Ustaz gembira sahaja. Berceramah sentiasa lebih seronok daripada mendengar ceramah. Bukankah erti hidup pada memberi!” saya menjawab.

“Betul tu. Cuma saya terfikir sesuatu. 20 orang pelajar yang sepatutnya belajar, bertungkus-lumus menjadi AJK mengatur program. Banyak susah payah yang terpaksa mereka hadapi. Mereka kena mesyuarat untuk cari idea supaya program ini menarik perhatian dan tidak stereotaip. Mereka kena fikir bab makanan dan jamuan. Mereka tak cukup tidur dan keletihan…” kisah anak muda itu.

“Itu kan bagus. Latihan dan peluang mendapat pahala” saya mencelah.

“Itu baru mereka. Ustaz pula kena buat persediaan. Buat macam-macam slaid. Tinggalkan isteri, tinggalkan anak-anak. Musafir jauh-jauh. Nak kata sebab duit, saya yakin berapa sangatlah duit yang ustaz dapat. Tapi ustaz datang juga. Dan ceramah berjam-jam dengan penuh semangat” sambungnya lagi.

“Rutin yang menyeronokkan” saya menyelit.

“Semuanya kerana nak bagi orang macam saya ni sedar. Dapat ilmu, dapat petunjuk. Berpuluh-puluh orang malah beratus yang bersusah payah untuk saya. Tiba-tiba saya lebih selesa lepak di bilik main game atau tidur sahaja. Ustaz rasa patut tak Allah bakar saya dalam Neraka kerana malas dan degil saya?” soalnya dengan nada serius.

“Allah Maha Pengampun” saya menjawab.

“Maha Pengampun kepada orang yang tidak pernah minta ampun?” tanya anak muda itu.
Saya terdiam.

“Pada saya, setiap kali ada program di kampus, ada 1001 pengorbanan yang berlaku untuk menjayakannya. Golongan yang tak endah dengan program itu adalah manusia yang kufur nikmat. Kalau nanti masuk Neraka pun, semua orang akan kata, memang patut pun! Sebab itu saya takut ustaz. Saya janji pada diri sendiri untuk tidak lagi mensesiakan majlis ilmu terutamanya yang diatur khusus untuk orang macam saya. Kaum pemalas!” katanya.

Antara sedih dan terharu, hinggap pula di hati saya perasaan lucu.

“Tahu takpe!” hati berkata.

Wednesday, February 3, 2010

dugaan ALLAH

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi

Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian

Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti

Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu

Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya