• Soleh Solehah

    Bersangka baik pada takdir Allah itu natijah daripada Tauhid yang kuat.

  • Cinta Allah

    Cinta selain Allah akan membelenggu diri. Jalan keluarnya ?

    Cintailah Allah dan cintailah segala dan semuanya kerana Allah.

  • Akhirat yang Abadi

    'Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dimintai pertanggung-jawaban.

    (Al-Isra :36)

Monday, October 27, 2014

Amalan Ibu Mengandung



"Kenape pagi tadi ayang muram je..." tanya suami dalam kereta sewaktu dalam perjalanan pulang dari tempat kerja. Tindakan yang sangat bijak!! tidak terus menyerbu, bile saya dah cool down baru suami bertanya.

"Erm, oo pagi tade sebenarnya ayang risau pasal kerja. Ade SQL coding yang supervisor mintak.. Risau tak boleh nk siapkan.." Jawap saye...pagi tadi memang mood tak okay, senyum untuk suami pun macam tak larat je.

"Ooo ingatkan sebab kecewa tak bangun Qiamulaill.." balas suami bersahaja..

"Allah..allah..allah.." ade elektrik yang menyambar dalam hati saye. Terbakar, insaf ...

Umi isma,

Umi kene lengkapkan mutabaah umi. Supaya umi ade hubungan yang baik dengan Allah, baru umi akan sentiasa sihat, kuat dan bahagia. Adik nak pakai banyak tenaga dan kekuatan untuk persediaan adik berhijrah ke dunia baru adik. Kalau umi tak bangun Qiamullail macam mana umi nak kongsi tenaga dengan adik.Adik nak tumpang kesihatan, kekuatan dan kebahagian umi. Adik suka umi senyum, adik suka dengar kalimah Allah yang umi bace semasa dan selepas solat. Adik rase sihat. Umi sayang kat adik kan...

sob sob..sob ..




Friday, October 17, 2014

Aidiladha di Kelantan Part II

Sambungan cerita..

Ini cerita segar dari saye yang teruja menyambut aidilAdha di Kelantan, khusus di Kampung Perol. Budaya korban di sini amat berbeza dengan kampung saya. Di Jasin ibadah korban di buat diperkarangan masjid, yang mana tidak semua orang menyertai...hanya ahli jawatankuasa yang dilantik dalam kalangan orang kuat kampung sahaja yang terlibat. Yang lain, seperti saya sekeluarga kebiasaaanya akan balik ke rumag masing-masing usai solat sunat aidiladha untuk makan ketupat rendang yang dimasak pada hari mantai/bantai (sehari sebelum raya) dan menonton TV meneruskan kehidupan seperti biasa (tak meriah pun).

Di kampung suami, ibadah korban dibuat di kawasan rumah orang-orang yang melakukan ibadah tersebut. Tahun ini ipar dan biras saya berkongsi seekor lembu, 5 bahagian keluarga suami dan 2 bahagian lagi jiran depan rumah. Maka sembelihan lembunya dibuat di rumah kami. Seperti yang saye angan-angankan, dapat tengok lembu di sembelih. Part yang paling dramatik adalah bile nak menumbangkan lembu...nampak macam kurus je lembu ni..tapi kemain susah nak menumbangkannya. Sebelum tumbang lembu, orang dulu yang tumbang bertimpa-timpa..kesian~~




Selepas disembelih, daging lembu tidak terus dibahagi untuk edaran seluruh kampung seperti di Jasin. Di sini, bahagian pertama diambil adalah untuk dimasak oleh tuan rumah buat jamu makan orang kampung. Menu di sini pun berbeza, tiada kari, rendang, sambal kacang atau lodeh...yang menjadi kemestian daging goreng dan sup lembu. Di makan bersama nasi, ulam-ulaman seperti bendi, petai, terung dan ulam raja, budu dan sambal. Mudah je..tapi tetap sedap umm..sehingga menjilat jari (terubat rase rindu pada rendang ibu..)

Ketupat pula, sini tiada ketupat nasi yang biasa saya anyam menggunakan daun kelapa. Sini ade ketupat pulut, yang dianyam mengunakan daun palas. Nama komersialnya ketupat palas. Kalau ketupat nasi mesti ade pasangan atau cicahnya sebab tak sedap makan begitu sahaja. Tapi ketupat palas ni, boleh dimakan begitu sahaja...sedap..nak menarik lagi boleh dimakan bersama daging goreng. Makan dua ketul dah kenyang..same la macam ketupat nasi..sebuku pun dah kenyang.

Aktiviti jamu menjamu atau saya panggil kenduri, orang kelantan panggil 'bekwoh' ni berlansung sehingga menjelang asar. Seharian di dapur basuh pingan dan menanak nasi. Orang kampung yang hadir memang ramai, sebab kata mek tidak ramai orang kampung yang sembelih lembu tahun ini. Jadi orang tertumpu pada satu tempat sahaja. Alhamdulillah, meriah..rase seronok tengok mereka makan. Hati lapang, menumpang berkat dan pahala orang yang buat ibadah korban. (^_^)v



Monday, October 13, 2014

Shaklee : ESP Soy Protein Isolate Power

Perbezaan dan manfaat ESP berbanding produk soya biasa

Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali sebagai Identity Preserved Program (IPP). Program ini untuk memastikan kacang soya Shaklee bebas dari pendedahan perubahan genetik. Dari benih sehinggalah penyimpanan nya. sesetengah soya diproses dengan menggunakan alkohol. Cara ini menghilangkan isoflavine yang bermanfaat dan mencemarkan soya itu sendiri dengan alkohol. sebeb itulah soya menjadi tidak elok untuk kesihatan.

Kebanyakan produk soya juga telah mengalami perubahan genetik dalam pemprosesan nya. Proses ini dinamakan GMO (Genetically Modified Organism) iaitu tumbuhan atau haiwan yang telah dimodifikasi atau diubahsuai secara genetik menggunakan teknologi kejuruteraan genetik. Soya GMO memperlahankan proses penghadaman protein di dalam soya tersebut. Soya GMO menurunkan paras enzim penghadaman. Keadaan ini membawa kepada alahan terhadap pelbagai makanan. Selain itu soya GMO juga adalah toksin, Ini menyebabkan gangguan kepada fungsi hati. Soya GMO juga mengganggu sistem pembiakan lelaki dan wanita. Di samping itu, soya GMO menganggu pertumbuhan dan perkembangan bayi dalam kandungan.

ESP adalah supplement protein berasaskan soya keluaran Shaklee. Soya yang digunakan untuk menghasilkan ESP adalah soya Non GMO. Dalam proses penghasilan ESP, soya yang digunakan dicuci menggunakan air bagi mengekalkan kandungan di dalam soya. Soya Shaklee dicuci untuk mengekalkan isoflavine genestin dan daidzin yang kritikal untuk membekalkan kita keseluruhan manfaat soya yang asli .



 ESP mampu menghalang penyakit kanser?

“You can feel so very good about Shaklee’s soy protein, and how we can help so many people who are looking for ways to improve their health.”
Dr. Mohamed Nasr, Director of the Medical Care &
Diagnostic, Center of Lake Villa di Illinois, USA


ESP mengandungi kandungan protein lengkap dan isoflavene mencukupi di mana isoflavene adalah bahan semulajadi yang diperlukan badan untuk melawan kanser. Protein dan isoflavene dalam ESP bertindak serentak untuk menghalang sel tidak normal untuk terus membiak menjadi sel kanser

Mengurangkan risiko kanser usus - Protein soya menghalang sel kanser dari merosakkan arteri dan menyerap nutrisi dari badan Protein soya meningkatkan aktiviti sel darah putih yang merupakan sistem pertahanan badan kita dalam melawan serangan, penyakit dan jangkitan bacteria/virus lysine dalam ESP jika diamalkan dengan Vitamin C mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 90%

Menghalang kanser paru dara - ESP jika diamalkan dengan flavanoids mengurangkan risiko kanser paru dara sebanyak 10x ganda ESP jika diamalkan bersama Shaklee Carotomax dan Ostematrix mengurangkan pembiakan sel kanser sebanyak 10x ganda.
 

Selain penyakit kanser?
  • Mengelak kerosakan buah pinggang - ESP menghalang pembentukan batu karang yang biasa dialami oleh lelaki ESP mengelakkan kerosakan buah pinggang. Protein haiwan boleh rosakkan buah pinggang tapi protein dari soya akan melindungi buah pinggang
  • Mengelakkan penyakit jantung - ESP dan Vitamin E serentak merendahkan sehingga 40% LDL(kolesterol buruk) yang membawa risiko darah tinggi dan sakit jantung 4 kajian menunjukkan ESP menghalang LDL dari teroksida bagi mengelakkan risiko strok dan arteri tersumbat yang membawa kepada sakit jantung
  • Protein ESP menggalakkan proses pemulihan sel rosak kepada sel sihat untuk fungsi badan yang sempurna
  • ESP terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam lamanya
  • ESP membina sel otot, kulit dan hormone yang seimbang
  • ESP menyokong sistem imunisasi badan, dan menyokong kesihatan jantung dan prostat(lelaki)
  • ESP mengawal ‘mood swing’ pada wanita ketika PMS dan wanita menopause
  • ESP meningkatkan penyerapan protein, mengatasi masalah angin dan ketidakselesaan perut
  • ESP mengurangkan paras kolesterol dalam darah sebanyak 23%
  • 60 kajian menunjukkan protein soya ESP meningkatkan ketumpatan tulang2

Friday, October 10, 2014

AidilAdha di Kelantan Part I

Assalamualaikum wbt

Nak cerita, kongsi pengalaman dengan pembaca dan juga sebagai catatan untuk diri sendiri. Nanti bila tua boleh bagi anak-anak bace..Tahun ini tahun pertama saye beraya di rumah mertua. Ade baaanyak kisah menarik nak dikongsikan, sebab tu ade ade part I, kalau tidak jenuh nak menaip semua sekali gus.

Untuk perjalanan kali ini kami tidak terus travel ke Timur, ade tempat nak disinggah. Ipoh. Tempat dating masa awal-awal perkahwinan dulu hee...Bukan nak dating, tapi kami decide tuk tidak meneruskan perjalanan 8 jam dalam satu hari, badan tak larat. Sudahlah di tempat kerja 8 jam, nak tambah pula lagi 8 jam...terasa tua

Perjalanan bermula dari LRT Universiti menuju check point pertama, Ipoh. Sungguh menguji, perjalanan 3 jam menjadi 5 jam lebih. Kesian En Suami memandu dalam jem..Sampai di sana, check in hotel untuk melepaskan lelah kerja dan lelah perjalanan. Esok temujanji dengan Produa, tuk service Cik Bee kami.



Pukul 12.00 tengah hari kami teruskan perjalan ke Kelantan. Kami sepatutnye melalui Lebuh Raya Plus, tapi pelik dan pertama kali dalam hidup saya alami perkara ni..selalu dengar dalam radio segmen info trafic je. Plus tutup tol..tak boleh lalu..geram jugak hati ni, ade lebih kurang 10 buah kereta je depan kami..tapi Plus xbagi masuk..sob sob sob. Kami teruskan perjalanan, Plus arahkan kereta buat lencongan melalui Sg Siput tuk ke arah Utara..Sesak juga jalan lencongan ni dengan manusia..sabarlah hati..ujian Allah.

Nak dijadikan kisah, rupa-rupanye ade kemalangan maut di hadapan, ade beritnya di sini . Betul la tekaan En Suami. Mujur kami tak masuk dalam highway tu, kalau tidak..kenyang la makan jem yang dijangka akan menambah masa perjalanan selama 2 jam lagi . Alhamdulillah, perancangan Allah. Sepanjang perjalanan tu hujan tidak berhenti, rahmat Allah..adakalanye lebat sehingga menghadkan jarak pandangan, adakalanya renyai. Alhamdulillah Cik Bee mesti suka sebab sejuk je..

Banyak juga musibah lain yang kami saksikan sepanjang perjalanan. Kesian sungguh melihat nasib meraka. Di kala orang lain sibuk membuat persiapan raya, kami dan mereka masih di atas jalan, cume kami lebih bernasib baik, hanya diuji dengan jem. Mereka, diuji dengan tayar bocor, kereta rosak, terbabas dan macam-macam lagi. Semoga Allah berikan rahmat atas kesabaran mereka.

Alhamdulillah kami sampai Pasir Mas lebih kurang 9 malam. Selamat sampai dengan sedikit letih yang terubat melihat ramai sanak saudara berkumpul. Meriah, sebab ramai adik beradik suami, anak sedara pun ramai..itu belum ade ketujuh-tujuh beradik..Nantikan cerita raya esok harinya..

Friday, October 3, 2014

Semanis Kurma AidilAdha

Assalamualaikum wbt

Berita gembira harini. Order semalam, petang ni dah sampai Shaklee slimming set and my ESP. Semoga dengan izin Allah badan akan lebih sihat. Harini Insayaallah lepas kerja akan gerak balik kampung di Pasir Mas. Seronoknye..nak tengok lembu korban. Saye belum pernah lagi menonton adegan sembelih-menyembelih lembu secara live. Harap-harap dapat tengok.

Semangat berkobar bile tengok Semanis Kurma TV9 semalam. Tajuk yang sangat sesuai dan perbincangan yang sangat ilmiah, Ibu Jasin pun suke (sempat kol ibu pagi tadi..sob sob, xraye Melaka..Maaf zahir batin ibu). Banyak perkara yang tak tahu jadi tahu semalam kate ibu. Saye pula terasa rugi tak fokus Semanis Kurma. Mane tidaknye, leka mengemas beg pakaian untuk pulang ke Pasir Mas.

Malam tadi suami saye lena awal..kepenatan meredah jem mase balik kerja. Isteri kat sebelah tidur dengan selesa..hee maaf yer abang. So malam turn saye berjaga, kemas beg dan rumah sebab esok pagi-pagi nak terus bawa beg dan pecut ke timur lepas abis kerja. Kesan sampinganye memang tak dapat fokus Semanis Kurma walaupun hati tu berbisik-bisik..menarik betul tajuk malam ni..Nak kuatkan volume tv takut suami terjaga, plus malas pula nak bangun menguatkan volume tu..

10 awal Zulhijjah pahala berganda..hari ini dan 8 Zulhijjah..pacutan terakhir.

Simple design..orang perempuan yang design..Comel

 

Wednesday, October 1, 2014

Instant street view

Assalamualaikum wbt

Lunch hour, perut tak lapar lagi. Tadi makan cucur ikan bilis cicah sambal kering. Sambal kering import dari Simpang Kerayong tu yang jadi pembakar semangat buat cucur pagi-pagi, sampai lambat keluar rumah hari ni huu..alhamdulillah kenyang. Tapi dah ade rase lapar sikit-sikit ni..

Harini kecoh pasal instant street view. Boleh tengok jalan-jalan di seluruh dunia dengan mudah. Jadi, untuk tidak ketinggalan saye pun mencuba..pertama yang saya cuba mesti la kampung Melaka, kemudian berjalan sekitar Melaka rumah sanak saudara kononye..Menarik

Aplikasi yang bermanfaat kalau pandai digunakan. Contoh untuk survay tempat melancong atau tempat program. Gamba pun memadai, jelas tapi tidak la beresolusi tinggi. Kelajuan applikasi ni pun agak menarik, laju, search engin de laju...tak perlu tunggu lama, siap ade option..cume biase la kalau gambar akan ambil 3 4 saat untuk dipaparkan sepenuhnya..Loading time

Mule-mule ingat boleh nampak gambar semasan (real time, anggaran 7 bulan dulu kot), so nak la tahu ibu buat ape kat rumah..hee..Rupe-rupanya gambar ni tidaklah diambil ikut mase kite nak melihatnye..Jenuh nak snap setiap hari ae..Or setelit Google turun ke Simpang Kerayong nak snap gambar ibu ....tak dapek nak nolong tu ... Menanti applikasi seumpama itu satu masa nanti



 Lorong 11 Kampung Simpang Kerayong. Ade kereta kak ngah kat depan tandas..

Jalan-jalan umah pak sedara..ade isteri dan anaknyer tu...