• Soleh Solehah

    Bersangka baik pada takdir Allah itu natijah daripada Tauhid yang kuat.

  • Cinta Allah

    Cinta selain Allah akan membelenggu diri. Jalan keluarnya ?

    Cintailah Allah dan cintailah segala dan semuanya kerana Allah.

  • Akhirat yang Abadi

    'Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dimintai pertanggung-jawaban.

    (Al-Isra :36)

Wednesday, December 12, 2012

TAQWA

Alhamdulillah rase lega dan tenang apabila selesai Viva Final Year Project ( FYP ) awal tengah hari tadi. 2 soalan yang diajukan oleh internal examiner juga dapat dijawap dengan baik (^_^)v. Alhamdulillah Allah bantu lembutkan hati examiner daripada tanya soalan yang tak mampu dijawap. Kini tiba masa untuk menyiapkan final report yang perlu dihantar 19 Desember nanti. All the best all!! Pecutan terakhir...

Employee Benefits

Hari ini 12.12.12 class Human Resource Managemant (HRM) diteruskan lagi dengan tajuk baru; feadah @ kelebihan untuk pekerja. Persoalanya, yang mana lebih utama bagi seorang pekerja.. antara jumlah gaji bulanan atau faedah tambahan seperti pembiayan perubatan, bonus, alaun dll ? For me both of this aspect are equally important. That is why, most of UTP graduate put their high hope and expactaion to be with Petronas. Otherwise, Petronas would be our benchmark .It is either you work with Petronas, or company that offer same amount as offered by Petronas..or company that offer you higher than what have been offered by Petronas. So, it's actually all about money and satisfactions.

But, there is another big thing that shock the entire class. A financial transcript belong to one of Malaysian citizen where I should not mention his name and his company [not Petronas]. Basic salary for a year is RM600 000, bonus RM300 000 with car and many other allowances enable him to gain more than RM1 000 000 per year. Alhamdulillah murah rezekinye...my classmate said, he deserve it for all the pressure that he has as decision maker. I'll would agree on that, because those people who rich and success in their life had actually  learned and worked so hard to be at that level of achievement. In fact, this person that I could not mention his name is already at the [quite] old age..to indicate that he actually strive hard throughout his life for this.

"Semoga dia banyak bersedekah" I told to a friend next to me..and she smile

After few second...she said this

"Kadang-kadang kesian kat makcik cleaner yang susah2 ni, diorang bukan tak nak belajar tapi xde duit.." smile and nod my head.

It's true. The gap between rich and poor are getting higher. In UTP for example some of them are quite old to perform all the housekeeping task. When we ask, why she still working.. most of them admit that their family's income are not enough for monthly expenses even the whole members in the family are working...high cost of leaving no option, need to work hard for money..need to wake up so early in the morning and return home late at night.   Just can't imagine how happy there are if they receive salary as high as what we've seen on the transcript.

Begitulah kehidupan. Tidak salah mengumpul harta dan kekayaan..tetapi bukan menjadikanya Tuhan mengantikan ALlah. Jika jadi orang kaya, jadilah yang pemurah dan selalu bersedekah kepada yang fakir miskin. Mudahkan urusan orang lain dan telus dalam pekerjaan. Menjaga kebajikan pekerja dan tidak sekali-kali mendekati perkara mungkar seperti rasuah, pecah amanah dan pelbagai lagi. Sentiasa dahagakan ilmu, ilmu dunia menjadi kepakaran ilmu akhirat manjadi rujukan. Tidak sombong dan takbur kepada Allah dengan meninggalkan suruhanya dan melakukan laranganya.

Jika ditakdirkan kite berpendapatan rendah..Jadilah pekerja yang amanah dan dedikasi. Tidak berdendam dan bersangka buruk kepada orang lain. Sentiasa membersihkan hati dari penyakit hati dan syak. Mendidik diri menjadi hamba yang taat pada Allah. Rendah hatinya, tebal sabarnya dan besar pula semangatnye. Kuat semangat juang dan tidak kenal erti putus asa. I'allah tiada yang dapat membezakan manusia melainkan TAQWA

Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenali. (Al-Hujuraat 13) 

Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada zahir kamu, dan tidak pada rupa kamu, akan tetapi melihat hati, dalaman, keikhlasan kamu. (Hr Muslim)

Thursday, December 6, 2012

CINTA

Tiang-tiang besar dan bangunan jam

Kepala singa disisi kerusi

Who is this??
Dunia tanpa sempadan. I'm currently at Segi Collage Damansara for Dis. Rupt Competition. Cuci mata dan cuci jiwa :). Nice place, feel like I'm in Rom. No lie, refer to the above pictures. Just presented my project yesterday but unable to proceed to the final battlefield this Friday ( T.T ). No worries, another battlefield is coming. Wait for me viva. Feel like going home now. It's fruits season..

"bile along nak balik amik rambutan ni, dah banyak dah"
"ibu pos laju je...(^^)v"

Cerita yang seterusnya, berkisar tajuk hangit which is CINTA. I'm now 22 years old, maka saya telah layak bercerita tantang tajuk ini...malu (-_-)''....Tapi setelah termenung sejenak, rasenya perkataan CINTA tu seolah-olah berat dan susah untuk diperkatakan, maka kite mudahkan bahasa dan kite berikan ia nama baru iaitu KASIH SAYANG. Adik-adik 18 tahun ke bawah pun boleh bace ape akak nak kongsi kali ini.

Apakah tanda-tanda orang kasih pada kita?? Sesetangan orang akan kata, Dia selalu tanya ape kite buat, makan ape, buat ape, pakai ape, dah tido ke, sihat ke; macam pasangan yang bercinta..Orang lain pula akan kata, Dia jage kite, bagi kite keperluan yang cukup, makanan, pakaian dan tempat tinggal; macam ibu bapa kita..Ade juga orang kate, Die bagi kite hadiah, bunga dan kek yang kite suka pada hari lahir kita; macam sahabat karib kite...Persoalanye mengapa perlu susah payah begitu?? Bazir masa untuk bertanya perkara-perkara rutin, buang duit untuk memberi benda-benda yang kite sendiri perlu...so why must we do all those things?? 

Sebab kite sayang die, ingatan kite sentiasa padenye. Kite mahukan kebahagiaan dan kegembiraan padenya. Kegembiraan die adalah kegembiraan untuk kite. Kesedihan mereka adalah kesedihan pade kite, boleh jadi kite yang akan menangis dahulu sebelum die sebab kite merasai apa yang dirasainye lebih dari yang sebenarnya dia rase. Which mean kite sedih pade dirinya dan kite sedih pada apa yang menimpanye..paham ke?? double sadness .


Ape pula tanda kite sayang pade seseorang?? saye kate, same je...bagi hadiah, tanya khabar, ambil berat dan ingat die sentiasa jika mampu...soalan yang sama ditanya, bagaimanakah cara membuat seseorang itu mengingati kamu sentiasa?? Mudah!! Kalau die dah sayang die kemana dan dimana pun kite akan dingati...macam kate hafiz dan Dato' Siti ni..


Ku percaya kemana pun kau berjalan 
Suara cinta menuntunmu kepadaku 
Kerna bila cinta sudah bersemadi 
Takkan terpisah hati 

Demi cinta dalam hatimu 
Ku yakin engkau untukku 
Meski jejak pisahkan kita 
Cintakan bawa kembali padamu


Begitulah Dia ALLAH. Allah tidak perlu tanye kite buat ape dan makan ape, sebab Dia tahu semua..Allah tidak memberi beri makan dan pakai sebagaimana ibu dan ayah kite beri, tapi Allah beri lebih dari itu..Allah beri udara yang kita sedut setiap hari, tanah yang kita pijak setiap hari dan hujan sebagai sumber air kite. Allah tidak memberi kite hadiah, bunga pada hari lahir kite atau waktu convo kite atau ketika walimah kite, tapi Allah beri sesuatu yang lebih bermakna dari itu..Allah beri nyawa pade kite untuk kite raikan hari bahagia tersebut, Allah beri kite sahabat yang sama-sama berkongsi bahagia bersama kite. Allah beri kesihatan pada kite untuk bergembira.

Tapi, semua itu Allah bagi pade semua manusia...Apa istimewanya kite pada pandangan Allah jika semuanya dilayan sama????...Allah Maha Adil, cuma harus difahami bahawa Adilnya Allah bukan "pukul rata"...Adil Allah itu ada pade tempatnya, betul dan tepat pada masanya. Allah tidak menetapkan jangka masa hidup manusia sama, Allahyarhamah nenekanda ana 63 tahun  dan Allahyarham ayahanda ana 59 tahun. Adik ketiga ana 2 bulan dalam kandungan..ana 22 tahun masih hidup lagi dibumi ini...lain bukan!! Semua orang berbeza dan semua orang adalah istimewa disisi Allah. Maka rasainye dan hargai (^_^)v kasih sayang ALLAH.

Monday, November 26, 2012

Tenang itu dari hati

Exam Slip

Poster untuk Pre SEDEX yang ditunda

Mungkinkah ini examination slip yang terakhir untuk diri ana semeste ini?? I'allah moga-moga ianya yang terakhir dan terindah. Sebak T.T tambah-tambah baru pulang dari jaulah bersama sahabat dan adik-adik cute keselatan tanah air. Selalu sahaja hati membuak-buak untuk meninggalkan segala yang ade di kampus UTP ini. Teringin nak merasa kehidupan baru. Namun kali ini lain rasenya. FYP yang mendesak dan memaksa-maksa untuk disiapkan terasa manis dan menggembirakan. Masa tidur yang tidak tentu hala kebelakangan ini rase amat indah, sayang nak memejam mata dikala masa-masa akhir sebagai graduan UTP.  Mungkin inilah namanye manusia, menghargai tatkala masa telah suntuk dan menyesal tatkala telah kehilangan dan tiada lagi di hadapan mata.


Tatkala merenung buku ini, hati terdetik mungkinkah buku ini hadiah hari lahir terakhir dari seorang sahabat yang amat-amat ana kasihi kerana Allah. Selepas graduasi nanti adakah lagi sahabat yang akan mengingati dan merai hari kelahiran ana walaupun dengan ucapan dan nyanyian dari pelbagai pattern suara manusia. Ada atau tidak, itu bukan persoalan utama. Yang pasti ianya akan menjadi satu kenangan yang paling indah, terbaik, terhebat dan terpaling akan ana ingati. Akan ana genggam erat kenangan ini sampai bila-bila pun. (harap-harap ini bukan ayat retorik..ameen)

"Ketenangan itulah kekuatan dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam hidup. Kita menghadapi ujian bukan dengan kekuatan otot dan fizikal, tetapi dengan kekuatan hati. Hati yang tenang tidak akan mudah kecewa, bosan, putus asa dan marah apabila berdepan dengan kegagalan, kesakitan, kekurangan dan kekalahan dalam hidup. Abdullah bin Salam pula pernah berkata: “Sekiranya keluarga Rasulullah s.a.w. ditimpa sebarang kesempitan, Baginda akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan membacakan ayat Allah berikut (mafhumnya): ‘Dan perintahkan keluargamu (serta umatmu) mengerjakan solat dan hendaklah engkau tekun dan sabar mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kami yang memberi rezeki kepadamu. Dan ingatlah kesudahan yang baik bagi orang yang bertakwa.’” (Riwayat al-Tabarani)

::Teruskan membaca untuk tips ketenangan::


Saturday, November 17, 2012

Sale November ini!!

Tudung Lycra Labuh berdagu - Awning lembut - Size XL
RM40 tidak termasuk kos Pos laju
Sale!!

Yang ade kat UTP meh testing kat bilik ana (^_^)v
stok terhad

Monday, October 29, 2012

Final year Final sudah : Berkahwin


Lucu yang teramat sangat.**(^_^)**

Tapi ape yang dikisahkan tu amatlah betul sekali [kesalahan tatabahasa]..Kawin ni ragamnye amatlah pelbagai..Berkongsi pengalaman rumate yang telah berstatus isteri dan bakal naik pangkat menjadi Mama.. Tahniah rumate..maaf tidak dapat mengulas lanjut, FYP sedang menunggu..doakan saye grad ye kawan-kawan..

Tuesday, October 23, 2012

Penyediaan Insan


Pagi esok, test kedua untuk semesta ini. Human Resourece Managemant kelas paling best dan lecture paling cute Dr Rohani (^_^)v. Subject menarik yang bercerita tentang pengurusan sumber manusia bermula daripada menyediakan definasi kerja, menggaji pekerja, memberi penghargaan dan menjaga hubungan aset terpenting sesebuah syarikat ini. Dalam subject ini, manusia yang bernama pekerja dikatakan terlalu bernilai "valuable" terutama pekerja yang memiliki bukan sahaja ilmu dan teori tetapi juga praktikaliti yang baik dalam sesuatu bidang. Tambahan lagi, pekerja sebegini juga tidak boleh diganti dengan apa-apa yang lain "cannot be imitate and no good substitude". Saya nak jadi pekerja yang memiliki spesifikasi sebegitu ... amin Ya Rabb

Ilmu ini bukan rake cipta ana sendiri, HRM ni ilmu yang wajib dipelopori oleh semua syarikat-syarikat yang besar. Bukan itu sahaja, semua perkara memerlukan HRM yang baik dan efisyen..pengurusan sumber manusia seharusnya bermula dari diri sendiri, bagaimana mengenali, mengurus dan mengembang potensi diri, seterusnya dalam keluarga, ibu bapa membuat perancangan untuk memastikan anak-anak diberi pendidikan yang sempurna disamping menyuburkan akhlak yang mulia seorang muslim dalam diri anak. Dalam konteks masyarakat pula, bi'ah solehah bermula dari pemilihan ketua, imam, ahli jawatankuasa kampung, dll untuk memastikan kesejahteraan setiap anggota masyarakat. In fact, dikampus-kampus juga perlunya HR yang baik untuk memastikan setiap paksi peniagaan dalam bidang pendidikan ini berjalan lancar menepati kehendak pelanggan.

Menerjah ke ruang yang lebih luas iaitu konteks sebuah negara kata ulama,konsep sesebuah negara pertamanya ialah pembangunan insan. Ruangan ini lebih besar kerana di peringkat ini sesebuah negara tidak hanya melihat dari sisi pandang seorang pemimpin tetapi sisi pandang seorang rakyat. Penyediaan manusia itu tidak mungkin bermula dari sekolah menengah dengan adanya sekolah-sekolah asrama penuh dan kolej-kolej universiti sahaja. Pendidikan itu perlu bermula dari rakyat yang paling kecil iaitu kanak-kanak. Bermula dari pembelajaran pertamanya di Tadika, Taska, Taski atau Pasti. Selain itu, elemant-elemant penyediaan manusia itu juga merupakan aspek penting yang harus ditekankan dalam pendidikan insan. Tidak mungkin agama itu dibelakangi kerana agama itu adalah cara hidup. Maka tidak dapat tidak, pembinaan insan yang sempurna dan yang sahih haruslah mengikut acuan Islam start till the end of the process.

"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. ( al-Baqarah [2]: 208-209)"

Maka tidak asing lagi, subject HRM ini adalah subject Islam yang juga dipanggil Tarbiyyah iaitu mempersiapkan manusia untuk menjadi hamba Allah. Itu sahaja pengulungan saya, saya minta diri dulu. 

Monday, October 22, 2012

i-Inova : Allah itu Maha ADIL

The only thing yang best hujung minggu ni

Hidup yang tidak adil, kerana dunia itu tidak pernah pun adil. Baru bace aritkel Dunia Tempat Berpenat..Allah terus bagi modul on the spot. Terduga hati, mata sikit lagi nak berjurai air hujan (T_T). Nafas seolah-olah tersekat namun bibir tetap digagahkan untuk mengukir senyuman. Duhai hati yang terluka, bersabarlah kerana bukan kamu sahaja yang Allah uji. Para rasul terdahulu juga turut diuji dengan lebih getir lagi.

Minggu yang tidak dapat digambarkan. Jasad menuju ke Nilai dengan hati yang tidak pernah tenteram meninggalkan UTP (sayang juga aku pade u ini) dan sebab-sebab yang tidak dapat diceritakan (tenangkan hatiku dan ampuniku wahai Allah). Final Year Project orang lain yang di tambah baik dan dibawa bertanding dalan i-innova USIM minggu ni kisahnya dapat bronze.

Yang bestnye, hari kedua yang memboringkan, ana pun ambil kesempatan untuk explore project orang lain sendirian(nak tambah pengetahuan am la kononnya). Unfortunatly, I discover that amat payah rupenya nak mendekati booth pameran ni. Perlukan kesabaran dan keberanian. Mane tidaknya, ade penjaga booth yang baik dan senyum, so mudah untuk didekati. Nasib malangku tengah hari ini mendekati booth yang meriah bahan pameranya, tiada tetamu lain yang berkunjung berlainan dengan booth disekelilingnya yang meriah menusia berkunjung.

"Xde orang, boleh la g tengok..macam menarik je booth ni" monolog sape tah..

Tak tunggu lama, kaki dihayun mendekati booth tersebut. Senyuman di beri dengan maksud "boleh sya tahu projek Puan"..malang tidak berbau, petanda buruk menjelma..senyuman tidak berbalas..senyumku kendurkan sedikit, cuak!! Kali ini lidah menutur kata "boleh saya tahu, project puan"..petanda aneh, tangan diangkat dan jari telunjuk menuding ke arah poster..kepalaku mengangguk paham

"Awak nak tahu ape sebenarnya, awak tibe2 je datang ni" katanya, kekerutan mula menjelajah seluruh mukanya yang berisik.

"Erkkk.."Lidahku kelu..ade kesakitan disitu

"Awak nak ape ha..tibe2 je" tanyenye lagi,serius

"Erkkk,xpe2" kalini menakutkan, kalau diikut hati rase nak menangis pun ade..nak lari balik melaka pun ade (Nilai ngan Jasin 1jam je)

Ape lagi, undur diri dengan duka citanya..akal ligat berfikir.."Penat kot, ramai orang datang tengok booth de..dah berkali2 explain"

Begitulah ragamnye i-inova. Ade yang senyum xboleh dikawal, ade yang emo xboleh dikawal. Orang datng booth salah, orang xdatang booth pun salah. Ade yang dilayan baik ade yang dilayan kurang baik. Em, xboleh ke semua dilayan dan memberi layanan yang sma?? Knape orang biasa yang datang berkunjung xmendapat layanan yang istimewa seperti apabila pengadil datang?? Adik-adik sekolah teknik Klang yang berkunjung ke booth tidak dilayan sama separti apabila tetamu terhormat Vice Chancellor USIM datang ke booth. Bukankh itu tidak adil.

 Jawapanye tentulah tidak. i-inova, tetamu yang berkunjung ke booth kite ni berbeza-beza tahapnya. Tidak mungkin layanan untuk VIP dan judges sama seperti layanan kepada pelajar2 skolah teknik. Mestilah kite selaku penjaga pameran akan explain menggunakan bahasa yang formal,sedangkan untuk pelajar skolah perlu penjelasan yang ringkasa dan lebih mudah difahami. Orang kata bercakap dalam bahasa yang sesuai dengan audience kite. Barulah mesej sampai dan kite tidak menzalimin mereka.

 Therefore, betulkah sangkaan dunia ni tidak adil?? Adakah Allah tidak adil dalam memberi ujian dan rezeki?? Mengapa para rasul mendapat ujian yang amat berat?? Mengapa orang kaya semakin kaya dan orang miskin (kesalahan sistem kapitalis itu memang punca utama..no offence) Namun harus diimani bahawa Allah itu Maha ADIL. Kerana sifat Adil Allahlah Die memberi ujian dan rezeki mengikut tahap kemampuan dan kefahaman. Lagi tinggi imannya,lagi berat ujianya. Bukan Allah tidak adil, tetapi itulah bukti keadilan Allah.

 "Orang yang telah menerima hakikat dunia ini tidak adil, tidak akan bemusuh dengan dirinya sendiri. Dia tidak mendera dirinya dengan kejam. Mengapa aku bodoh sangat? Mengapa aku lurus bendul? Mengapa aku boleh tertipu? Ini bukan langkah muhasabah yang membangunkan jiwa yang proaktif, tetapi satu ‘self sabotaging habit’ yang menyebabkan dirinya menjadi pasif, pesimis atau murung. Kemudian keburukan dari dalam diri itu akan meletus keluar menjadikan dirinya sebagai ‘toxic people’ yang bersifat aggresif, bersangka buruk dan marah-marah kepada orang lain. 

 Dalam surah Al Fatehah, Allah menegaskan bahawa Dialah Raja pada Hari Akhirat. Kalimat ini kita ulang-ulang baca pada setiap hari tidak kurang 17 kali. Semuga makna atau kehendak daripada kalimat ini meresap dalam minda sedar dan separa sedar kita, bahawa Allah akan menunjukkan kebesaran sifat Malik-Nya di akhirat, yang pada waktu itu tidak akan ada siapa yang berani mengangkat muka atau berkata-kata. 

Di dunia ini, penjahat atau pelaku kemungkaran masih boleh mendabik dada dan meninggikan suara, kerana kuasa yang sementara. Dengan kuasa itu mereka menipu, menindas dan menzalimi dengan pelbagai taktik dan cara. Namun di akhirat nanti, mereka akan kaku, kelu dan membisu apabila Allah menunjukkan kebesaran dan keadilanNya. Di sana nanti barulah kebaikan akan mendapat ganjaran… bukan setimpal tetapi digandakan. Di sana jualah nanti kejahatan akan mendapat balasan… yang pedih, perit dan berganda.  

Allah yang Maha Adil tidak mencipta dunia ini dengan serba adil untuk menguji manusia sejauh mana iman mereka kepada sifat keadilanNya! Agar dengan itu orang yang beriman rela ‘disusahkan’ kerana Allah dalam usahanya melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Agar dengan itu, orang beriman akan berkata pada hatinya, “ wahai Tuhan, aku rela menerima kesusahan yang sementara dan sedikit di dunia yang serba tidak adil ini demi mendapat kesenangan yang abadi dan lebih baik di akhirat nanti!” 

 Sampai ke takah ini, sekiranya hati masih bertanya, “mengapa dunia ini tidak adil?” Jawabnya, “kerana Allah yang Maha Adil ingin menunjukkan keadilanNya di akhirat.” Ya, keyakinan kepada Hari akhirat sangat penting semasa hidup di dunia. Meletakkan sesuatu itu pada tempatnya, itulah erti keadilan. Hati orang beriman ialah hati yang adil. Dalam hati itu terpahat satu hakikat: Dunia tempat penat, di akhirat tempat berehat! 

 Ya, hidup selepas mati adalah tempat rehat daripada kepenatan daripada ujian hidup sebelum mati. Justeru, Rasulullah saw sendiri berdoa: ” Ya Allah, jadikanlah kematian tempat istirehat daripada segala keburukan dan kejahatan…”

Monday, October 8, 2012

ALLaH aDa DiK



"Kenape menangis?" tanyaku lebut
"Takut" Jawapnya dalam tangisan yang tidak berbunyi
"Takut??"soalan terus dilontarkan dengan penuh rase ingin tahu
"Takut tak boleh buat, mak ayah letakkan harapan yang tinggi" lantas air matanya diseka
"Awak anak sulung?"
Kepalanya mengangguk perlahan.

Perbualan ringkas dengan seorang pelajar tingkatan 5 Maahad Ihya' As-Shaarif Gunung Semangol. Hati seakan-akan mengerti isi hatinya. Hanya mata yang tidak menzahirkan, mungkin telah kering sebelum kaki sampai ke tanah bertuah itu. Kuasa Allah memberi ketenangan dan kerehatan di bumi perjuang tersebut. Mencari semangat untuk meneruskan perjalanan yang masih panjang dan penuh liku.

Peluang yang mandamaikan tatkala mendampingi seorang wanita muda yang kelihatannya begitu kental dan bersemangat. Hakikatnye masih seorang insan biasa, hamba yang Maha Esa dan wanita yang penuh kelembutan jiwa. Syukran Ustazah. Semoga kite jumpa di destinasi yang kita sama-sama tuju.

Tuesday, October 2, 2012

KeredhaanMu



Dalam fasa ribut yang agak kencang (^_^'') Ya Allah bagilah saye kekuatan untuk saya hadapi fasa-fasa hidup yang getir ini. Saya tak miliki apa-apa tanpa rahmat dan kasih sayangMu wahai Allah. Saya tak mampu hadapi semua ujian ini tanpa pinjaman kesabaran dan ketabahan dariMu wahai Allah. Saya bukan sesiapa didunia tanpa ihsan dan belas dari Mu wahai Allah. Saya tidak mampu bertahan lama lagi tanpa pinjaman iman dariMu wahai Allah

Ampunkan semua dosa saya wahai Allah. Saya tahu saya selalu lalai dalam mengingatiMu wahai Allah, saya juga tahu amal soleh saya terlalu sedikit untuk saya jadikan bekalan menemani diri saya kelak. Wahai Allah saya tahu saya seraing ulangi kesalahan yang tidak wajar saya lakukan. Ampuni saya wahai Allah. Berilah saya kekuatan meninggalkan semua kelalaian dunia ini. Berikanlah saya segala kebaikan dalam perjalanan saya untuk menemuiMu wahai Allah yang saya rindui.

Wahai Allah saya pasti saya bakal merindui dan mengenangi saat-saat yang getir ini. Semoga ia menjadi kekuatan pada saya kelak dalam memahami erti hidup sebagai hambaMu yang beriman wahai Allah. Semoga saya menjadi hambaMu yang lebih baik nanti dan istiqomah di jalanMu ini wahai Allah.

Friday, August 31, 2012

Bits Raya

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-55...Google publish gambar bunge raya pada main pagenya sebagai meraikan usia kebebasan negara kita yang ana kira sudah agak tua...sekejap tadi, ana terbaca satu quotation yang menarik...katanye lebih kurang begini "freedom is not doing whatever you want to do, freedom is doing right thing according to Al-Quran and Sunnah without fearing other people" sambil angkat tangan tunjuk no 1. Macam gambar bawah ni..

Hari ini, tidak bercadang untuk bercerita tentang kemerdekaan sebab UTP dah hantar 2 3 bas ke Stadium Bukit Jalil untuk himpunan mahasiswa sempena hari merdeka...Bukan main semangat sek-sek dio pakai baju merah menyala...Mahasiswa agen pengubah negara 1 Malaysia 1 Matlamat 1 Tekad..Radio pun sedang hangat memainkan segala jenis lagu berjenama merdeka..khabarnya Lunch di Stadium makan KFC dan McD..Siap ade pop kuiz lagi [ ade paparazzi update kat FB]

Cerita yang lebih menarik hari ini ialah batch BITS stand for ICT & BIS July 08 buat majlis makan-makan sempana hari raya Aidilfitri. Untuk julung-julung kalinya diri ini menjejakkan diri ke program Bits. Maaf ye kawan-kawan, sebelum ni selalu nak datang tapi selalu bertembung dengan pelbagai aktiviti lain. Invitation majlisnye bermula seawal 8.30 pagi.

"sungguh ke depa ni nak buat awal-awal pagi ni"
"pagi-pagi tak panas kot, yela tempatnya kat oval park UTP tengah padang tu"
"oo"
"kne bawa payung sakali ni"
"bawak-bawak"

Pagi-pagi usai solat subuh berjemaah dan tazkirah ringkas di common room V5, dapur rumah kami kecoh. Chef Arina dan kepit idungnye sedang beraksi. ^_^ ape lagi, lipat telekung, sing-sing lengan baju, tolong skali uli tepung pulut. Ada yang semangat iron baju raya, yang tak berbaju raya iron baju tak raya, yang ade baju raya pula takde tudung raya..so pakai tudung sponsor =_='' ...yang lain mencari kemera DSLR yang boleh dipinjam untuk merakamkan wajah ceria kanak-kanak tahun akhir ini. 8.50 Pagi dua kereta terpacak di parking oval park.

"mana semua orang" masing-masing dah merungut
"diorang baru bangun tidor" kata si penganjur
=_="" dah dijangkakan

Tidak lama kemudian satu persatu sampai....then let those pictures tell the rest

kami antara orang yang paling awal sampai..
photoshot area jambatan V6 ^^

 tidak lama selepas itu, amoi-amoi kiut ni pun sampai
yang oncall ni interframe amoi..sorry =_=''

 makanan yang berkhasiat dikala exam week
ada juga nasi impit kuah kacang
tapi sudah lenyap ke dalam perut2 yang tidak diketahui

warganegara Malaysia yang beraya dikala exam week
[kecuali beberapa orang tetamu negara jiran]

Aktiviti sebelum penutup
ucapan selamat dan maaf bermaafan bersama kengkawan
Selamat Hari Raya
Selamat Bergraduasi

bergamba dengan cikgu HOD CIS Department, Dr.Fadhzil 
ambil berkat untuk paper last 6hb nanti..i'allah A
I really admire his brown CR-V...boleh test drive??

Ada banyak kemere time ni
so ade banyak gambar..
facebook  mari

Sunday, August 26, 2012

My dream House..

Dah berada di UTP semula untuk pertarungan yang getir 30 hb nanti. Dua hari berkampung dalam kereta menyebabkan seluruh jasad terase kurang sihat. Jumaat menekan minyak dan memutar stereng ke ibu kota Malaysia..makan kuih dan makan angin sekali gus. Sabtu menjadi penumpang menuju ke destinasi bukan pilihan, tetapi paksaan [xnak balik UTP.....] dan hari ni sedang membuang mood raya untuk mencari mood study. Mengali-gali muka buku untuk mencari sesuatu yang tak pasti, namun semuanya kelihatan sangat membosankan. Mengudam folder gambar dalam komputer, juga tidak mencapai expectation hati yang tidak keruan [mood raya masih bersarang dalam minda.."otak kata jangan hati pula kata ya~~"]. Tiada gambar yang menarik untuk dikongsikan. Sekadar membiarkan jari terus berlari-lari atas keyboard tanpa matlamat.

.......mungkin music boleh membantu.."Rabbani - Mana Milik Kita"...........

(^_^)v terapi yang membantu...orang senilah katekan..sebut pasal seni, pernah suatu ketika dahulu ana bercita-cita nak menjadi seorang arkitek. Nak design rumah sendiri, rumah dua tingkat yang sederhana besar [kalau besar payah pulak nak kemas] Ada laman yang boleh dijadikan ruang rehat dan santai dengan pokok-pokok tropika hijau yang menyejukkan suasana rumah, berlantaikan rumput hijau yang menyegarkan pandangan.


This is the best picture [selepas google] yang boleh describe my dream [sederhana la sangat]. 
Kerete CR-V dan Swiff tu pun kalau boleh free gift beli rumah (^_^)v


Laman yang berpagar for safety,cume pasu-pasu yang mahal tu mungkin tak perlu pun..
Gazebo tu memang menarik tapi kalau takde bumbung, macam tak berfaedah juga rasenya.

Pernah juga bercita-cita menjadi seorang interior designer untuk decorate ruang-ruang dalam rumah. Kecik-kecik dulu ana idamkan ada bilik solat khas untuk solat jemaah, majlis ilmu, usrah keluarga dan mengaji al-Quran. Dekorasi ala timur tengah. Akan ada juga bilik baca yang memuatkan semua buku kesayangan ana yang ana kumpul dari kecik. Cume buku-buku UTP je ana dah jual, tak sanggup menatap buku-buku tebal yang memberi mimpi ngeri pade ana..


Ini sebenarnya dekorasi ruang mandi, tapi ana suke tingkap yang ala-ala mimbar tu
Lampu dan cermin yang sangat arabic juga rak yang sederhana untuk telekung dan sejadah
So, ruang macam ni boleh diolah mengikut kesesuaian dan cita rase individu


This might not be the best picture untuk bilik bace ana, 
tapi this might be the best color describe me and my future house
rumah sekarang pun warna temanye hijau..ibu pun sangat fenetik hijau..-_-"

Bilik dan ruang-ruang yang lain tu nantilah kite cerita lagi kalau ade mase. Stakat ini dahulu entri yang tidak dirangcang ini. In conclusion, this is my dream house when I was small. Nama pun "dream"..boleh jadi ianya tercapai, boleh jadi ianya hanya tinggal mimpi (T_T) ..Kite merancang Allah merancang, namun yang terbaik adalah perancangan dari Allah. He know the best, therefore be good. Wassalam

Saturday, August 18, 2012

Raya 2012



"esok adik kene puase lagi"
"ae, mane ade..esok dah raya"
"adik kene puasa, sebab adik ponteng haritu"
"ala, adik tak sengaje"

Begitulah keletahnya sepupu ana dirumah. Tak ramai pun. Raya tahu ini mungkin hambar seperti raya sebelumnya. Thanks to Busu yang memeriahkan keadaan seawal pagi tadi. Masak lembu, ayam, itik, cendawan, ketupat....esok nak buat koktail ke dadih?? belum tahu lagi, tengok mood dulu (^_^)v

I'allah harapnya esok, semoga keberkatan yang mengiringi kerinduan kami kepada orang-orang yang dirindui. Petang tadi dah ziarah pusara ayah dan nenek. Termenung sendiri dibuatnya melihat kubur yang semakin meluas. Semakin ramai yang telah pergi...Diri ini juga akan menyusul i'allah. Persiapkanlah aku Ya Allah..Hari raya kali ini, semoga amalan semakin meningkat dan membuahkan iman dan semangat perjuangan.



To sahabat-sahabat yang jauh dimata tapi dekat dihati, semoga berbahagia semua..Last time raya as undergraduate student. Raya-raya juga..lacture note dan assigment jangan dilupakan 30Hb ade 2 paper menanti..Distributed computing and my beloved Strategic Management..Doakan ana buat yang terbaik untuk semesta ini. I Love study..

Monday, August 6, 2012

Zaid Najmuddin



Pagi ini ana mengodek-godek youtube mencari nasyid-nasyid baru. Tiba-tiba tergerak hati menonton satu video rancangan akhir Adik-adikku. Terkagum, terkesima dan teruja melihat persembahan adik Zaid Najmudin. Wajah dan suara seindah namanya. Ada gaya seorang pemimpin masa hadapan. Gaya menjawap soalan begitu islamik. (^_^)v SABAR dan SOLAT

Friday, August 3, 2012

Nawaitu



Sedang duduk di kafe Village 4 meja paling tepi menghala ke asrama puteri. Bingit suara television tidak diperdulikan. Mata tertumpu kearah seekor kucing yang sedang minum air dari dalam sebuah cawan plastik.

"tak lenguh ke lidah kucing tu menjilat air yang jauh kedasar cawan"
"kalau manusia tu, pegang je cawan tu pas tu teguk skali je dah hilang haus"
"kucing kene jilat sikit-sikit, bile nak hilang dahaga, kesian.."

Monolog sendiri terberhenti. Berkerut dahi, melihat satu tangan yang mengambil cawan, menggangu kucing tersebut minum..

"knape ambil cawan tu, kesian kucing ni belum habis minum lagi"

mata terus mengekor pergerakan cleaner lelaki, terlihat pula troli pinggan-pinggan kotor seakan-akan nak membuang cawan tersebut ke dalam tong sisa makanan

"xkan nak buang kot............"
"ooo (^_^)v"

Senyuman terukir dihati, rupe-rupenya cawan itu dipenuhkan semula airnya dan diletak di tempat asal untuk kucing tu minum lagi..

Rezeki itu dari Allah


"Dan tidakkah mereka memerhati, bahawa kami mengarahkan awan yang mengandungi air ke bumi yang tandus, lalu kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanam-tanaman sehingga haiwan-haiwan ternakan dan mereka sendiri dapat makan darinya. Maka mengapa mereka tidak memerhati?"
[as-sajadah : 27]

Pandangan seorang insan yang daif; kucing pun nak minum dan rasa dahaga. Lalu diturunkan rezeki baginya nikmat air yang menghilangkan dahaga. Itulah nature dan kitaran alam. Maqam yang lebih tinggi huraian ulama..dengan penuh rase kagum mengakui dan mensyukuri nikmat yang diturunkan dari Pencipta. Analogi yang dikisahkan oleh Imam Al-Ghazali r.a. Ibarat orang kaya yang membeli seekor anjing, lalu di ambil seorang hamba untuk menjaga anjing tersebut dengan baik, beri makan dan menjaga kesihatan. Apabila tuannye datang sekali-sekali anjing yang dibeli itu menyalak, kejar dan terkam. Ini kerana tidak kenal Tuan Sebenarnya. Yang terlihat hanyalah budi hamba yang menjaganya setiap hari.

Begitu juga kisahnya kebanyakan manusia kini. Tidak lagi mempeduli tuannya yang sebenar. Dari siapa datangnya makanan dan pakai jika tidak dari tuan yang menciptakan, tetapi yang terlihat hanyalah budi seorang hamba yang juga dibawah takluk Tuhan yang maha besar. Duit, beras, minyak, gula, tepung dirasakan datang dari usaha sendiri. Sabsidi dan bonus pula adalah budi yang tidak dapat dibalas sehingga kemati. Sehingga kata bidalan

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji diatas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati

Kata-kata inilah sepatutnya dilihat dengan mata hati dan kejernihan rohani. Hanya orang-orang yang berilmu akan menghargai oksigen. Orang yang berilmu juga yang bahagia tatkala hujan turun. Orang yang berilmu juga yang tahu siapa yang lebih berbudi.

Melihat hakikat penciptaan tuhan dengan ilmu. Beras asalnya padi tumbuhnya dari pokok padi hasil suburnye tanah dan air akhirnya kembali pada Yang Maha Esa. Manusia tidak patut lagi tersasul dalam bab menghargai Nikmatul Ijaadah dan Nikmatul Imjahar. Kerana semuanya datang dari kuasa dari Allah Yang Maha Berkehendak. Janji siapa yang ditepati, hanya janji Allah yang pasti akan ditepati.

Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahkuKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik."


[an-Nur: 55]

Thursday, July 19, 2012

Suci Diri

"lately ni, setiap petang hujan kan.."
"em, ni la Rahmat Allah menjelang bulan  Ramadhan ni, sejuk je"

Perbualan ana dan sorang sahabat selepas meredah hujan menuju ke kelas di Blok 2 bangunan akademik UTP. Walaupun berpayung, basahnya hampir seluruh badan. Masuk kelas, dalam 20-30 minit kemudian kedua-duanya mengigil-gigil kesejukan dalam aircond UTP yang tidak pernah OFF. Tapi ana memang suka air, main air, mandi sungai, laut dan Teluk Segadas is the BEST^^, Bermain air dengan sahabat-sahabat adalah benda paling best yang ana alami dalam minggu ini. Happy, Alhamdulillah Allah (^_^)v another thing about myself that I just discover, bahawa diri ana selalu ceria apabila duduk tempat berair..

Tinggalkan bab air disitu, masuk kepada Kerinduan menyambut Ramadhan. Bahang semakin terasa, makanan-makanan sahur dah prepare ade biskut, roti, jem dan mushmellow^^, Kurma akan di beli soon. Telekung terawih dah sedia. Itu persiapan fizikal, rohani Allah lebih tahu..Ya Allah panjangkan umurku untuk menjalani ibadah puasa di bulan muliaMu nanti. Dan berkatiku, ahli keluargaku dan semua yang aku sayangi di bulan ini.Ameen


Target Ramadhan kali ini, akan lebih fokus pada tadarus dan Al-Quran. Antum bagaimana? Dikisahkan pada bulan Ramadhan ini, para Ulama akan meningkatkan bacaan Al-quran dan meninggalkan aktiviti ilmu yang lain. Memberi ruang menyuci diri. Jibril a.s setiap kali Ramadhan akan membacakan kepada Rasulallah Al-Quran dan pada tahun sebelum kewafatan Rasulallah Jibril membacakanya 2kali.

"Mengapa banyak aktiviti berasaskan Al-Quran pada bulan Ramadhan ni??"

Kerana kata ulama, pada bulan ini jiwa taqwa manusia terletak di tempat yang paling tinggi kerana berpuasa. Oleh yang demikian, Al-Quran akan meninggalkan kesan yang mendalam pada jiwa. Boleh jadi, waktu ini menjadi titik tolak manusia berubah menjadi lebih baik pada masa yang akan datang. Subhanallah, ayuh kite bersungguh-sungguh mensucikan hati tatkala Ramadhan nanti. I'allah mudah-mudahan ibadah kite akan lebih khusyuk dan ikhlas.

Tuesday, June 26, 2012

UTnM

"Assamualaikum Dr. Suzi""Waalaikumsalam haa Isma..ape cerite?"
"huhu..Dr. boleh saye jumpe Dr..asyik tangguh-tangguh je"
"orite, kalau macam tu datang Khamis pukul 12"
"boleh-boleh..."
"but I've got class, so kalau I lambat you tunggu kat office ye"
"okey Dr..thank you." (^_^)v

Semesta ni ana tidak register untuk FYP II tapi plan tu complete at least 70% prototype and report. Supaya semesta depan lebih mudah dan fokus untuk plan selepas bergraduasi juga all out gerak kerja  yang boleh digerakkan. Banyak yang perlu difikirkan. Planning untuk diri sendiri sebagai pekerja bermajikankan manusia dan bermajikan Allah, sebagai anak, sebagai kakak, sebagai sahabat dan pelbagai lagi...Cume, dalam mase terdekat ni perlu plan untuk balik kampung dan menghantar Umar ke kelinik kesihatan. Kos yang diperlukan untuk rawatan kali ni agak memberangsangkan (^_^)'' ..Ya Allah sucikan hartaku..ameen.

"along jadi tak balik minggu ni??"
"huhu, along tersalah tengok kelendar la ibu..mid sem minggu depan start hari rabu"
"la, minggu depan la baru balik rumah"
"ha'ah..i'allah"
"ibu baru beli cat..ade 4 tong"
"erk..ibu nak cat rumah jugak ke?? bukan cat rumah tu elok lagi ke??"
"mane eloknye, dah tertanggal-tanggal dah..ni dah nak raye ni"
"oo ibu tunggu along balik ae..nak cat luar ke dalam??"
"luar je..dalam, nanti la dulu...."
"ooooooo, ibu beli warna ape??"
"purple dengan oren rasenya.."
"macam-macam......

Tu die, pesta warna-warni dah nak bermula. Jom balik kampung. Ade urusan lain juga nak diselesaikan..Moga-moga Allah permudahkan..

Hari ini dah 6 Syaaban, Rejab baru sahaja beredar..tak lama lagi Ramdhan nak ziarah..Tinggal 3 minggu sahaja lagi untuk kite bersiap-siap untuk masuk ke Universiti Tarbiyyah dan Mujahadah UTM. Dah bersedia ke semua?? Masyaallah, peringatan untuk diri sendiri yang semakin lalai. Bulan mulia nak datang, bulan yang Allah nak beri sebanyak-banyak pahala..rohani dan jasmani dah sedia. Kalau syawal begitu dinanti-nanti, ramadhan apetah lagi.

Umpama nelayan nak menjala ikan. Pagi-pagi ambil sarapan untuk alas perut dan tenaga, jala dah di sediakan sejak semalamnya, sampan perlu dibaiki untuk keselamatan. Doa dibaca seawal meninggalkan jeti [ni ana agak2 je, xpernah ade pengalaman jadi nelayan]..Apa pun semua pekerjaan pasti ada persiapanya. Guru, ada alat2 mengajar, jurutera ada kelengkapan keselamatanya, doktor ada stateskopnye dan polis ade pistolnye..Pelajar yang nak masuk asrama lagilah banyak harta-benda yang nak dibawanya.


Macam tu jugalah kite. Apa peralatan kite nak bawa semasa nk masuk UTM ni. Puasa sunat dah mula ke? Qiammullail dah ok ke??. Sedekah dah hulur ke?? banyak lagi ibadah yang dianjurkan dalam islam. Ape lagi sahabat-sahabat moh le kite beramal. Kalau kite sayang ALLAH, ALLAH juga akan sayang kite..Makhluk dilangit akan kenal dan cinta pada kite..sedang makhluk dibumi juga akan kasih dan tenang bersama kite..


Monday, June 18, 2012

Kera oh Kera

"Is this monkey!!??" suara seorang lelaki kulit hitam separuh menjerit, menerjah gegendang telinga ana
"heee..I think so.." ringkas ana menjawap.

Lucu melihat reaksi mukanya. Takut tambah malu dan marah selepas dikejar seekor kera UTP. Bersungguh-sungguh benar die berlari sampai habis seliparnya melayang. Ana yang baru balik dari berjoging, ketawa sendiri. Memang tak boleh nak digambar bersungguh-sungguhnye dia melarikan diri dari kera yang bertaring panjang tu.


Sebut pasal kera ni, UTP ni ade tempat-tempat yang terlalu amat sangat eco-friendly. Ade pelbagai jenis haiwan kera, biawak, babi hutan, ular dan pelbagai lagi. Semuanye tidak menggangu manusia kecuali si kera. Habis dapur asrama dikemasnye, mengalahkan chef hotel 5 bintang. Kalau si kera ni datang, kami hanya mampu menjerit dan lari kedalam bilik je. Haiwan ni bahaya, silap-silap hari bulan, dapat 15 jahitan kat badan. Alhamdulillah masih belum ada kes seumpama itu dilaporkan diUTP..masih selamat untuk dihuni oleh 10 000 pelajar pada masa akan datang.

Ana memetik satu kisah dalam buku Al-ghuraba' karangan Dr Abdullah Nasih Ulwan, tentang mencontohi kebaranian Rasulallah. Kisahnya mudah, suatu hari ketika dalam perjalanan Rasulallah menemani bapa saudaranya Abu Talib untuk berdagang ke Yaman, baginda telah melihat seekor unta jantan yang liar dan buas, lalu Rasulallah pergi bersendirian menjinakkan unta tersebut sehingga hilang liarnya. Baginda ketika itu berumur 17 tahun, kire-kire kite masa form 5 dahulu. Hebat Rasulallah!!

Entry ini bukan, untuk menyeru kite supaya menjinakkan kera-kera UTP, atau jangan lari kalau nampak kera. Wajib bagi umat islam memelihara jiwanya dari perkara-perkara yang mengundang bahaya. Sama juga hukumnye seperti manusia menghisap rokok yang boleh membunuh. Juga harus bagi kite membunuh haiwan yang membawa mudharat. Kera boleh mambawa maut kalu menyerang manusia.

Cume pengajaran kisah Rasulallah ini, bukan hanya keberanian baginda tetapi hubungan dengan makhluk selain manusia..masa ana sekolah rendah, ade sorang cikgu kata..kalau nak tahu kite ni penyayang atau tidak haiwan suke pade kite. Kalau pergi ke aquarium, ikan mari kat kite..Ana xpasti kesahihanya. Tapi ade logiknya. Haiwan mempunyai deria yang lebih tajam. Boleh jadi haiwan boleh rase aura baik seseorang melalui sixth sense mereka. Tetapi lain pula Pak Belang atau ikan jerung memang suka manusia. Mereka tak pilih-pilih, tapi ana rase mereka lagi suka yang aura negetive...(^_~)v  just joking.

Boleh jadi, unta yang Rasulallah jinakkan itu dapat merasai baiknya akhlak dan peribadi insan bernama Muhammad, walaupun ketika itu baginda belum diangkat menjadi rasul..teladan pade kite untuk sentiasa berkhlak mulia pade Allah, manusia dan haiwan. Rasulallah tidak membunuh unta tersebut untuk dimask gulai, tetapi menjinakkanya..



Sunday, June 10, 2012

Modul Muhasabah



"Abang selalu ziarah kubur ayah?" suara dikuatkan, separuh menjerit melawan angin sepanjang perjalanan ke pusara ayah

"kadang-kadang je, xde sape nak bawak" kate abang sambil membetulkan topi keledar yang longgar..

"abang ajak la selalu, orang yang dah meninggal ni, macam orang yang hidup juga..sunyi dan suke kalau ahli keluarganye slalu datang menziarah..kan abang kate abang rindu ayah.." perbualan diteruskan selepas moto diparking..

"em..along bile lagi nak balik" jawap abang ringkas lantas mengubah topik..budak lelaki memang macam tu rasenya, tak suke dilecturekan..panjang je akal mengubah tajuk perbualan kalau tidak disukai...

Dalam satu kuliah ustaz Azhar Idrus berpandukan satu buku hadith yang ana lupa tajuknye. Menziarahi kubur ini feadahnye tidak hanya kepada orang yang sudah meninggal tetapi banyak pade orang yang datang menziarah itu sendiri. Apabila melangkah je dalam perkarangan kubur, suasana dan hati merasai satu perasaan yang lain. Bukan perasaan yang macam nampak H__tu, tapi perasaan sayu seperti menjalani sesi muhasabah ESQ. Mungkin ini yang dinamakan terbiyyah atau modul muhasabah dari Allah di kawasan-kawasan yang terkandung 1001 hikmah.

Perasaan yang memungkinkan untuk kite menangis sendiri. Merasai seolah-olah ajal kian mendekat dan malaikat Izrail yang berada disisi, memerhati gerak geri. Hari ini, aku hadir menziarahi pusara ayah..entah berapa tahun lagi, mungkin aku pula yang diziarahi oleh sanak-saudaraku..bersediakan aku?? Itulah muhasabah terbaik manusia. Macam juga kite memandu kereta..dalam keasyikan memecut 180km/h, kereta kita melintasi satu kemalangan ngeri..kereta diperlahankan, dan timbul rase takut. Picu minyak dilepaskan sedikit..dan perjalanan diteruskan dengan berhati-hati...kerana aku, tidak sanggup mengalami nasib seperti itu...

Firman Allah: “Setiap yang bernyawa (berjiwa) pasti akan merasai mati.”
(Surah Ali ‘Imran ayat 185)

Wednesday, June 6, 2012

Orang yang berjaya




Ana dah lama xlogin facebook. Mungkin tiada apa yang menarik untuk di belek. Aktiviti yang selalu ana buat jika login ke laman tersebut pastinya mengintai dan menyiasat dinding muka buku kak ngan dan abang, tagging-taging, liking-liking dinding orang lain atau menconteng sesuatu di dinding muka buku sendiri. Memang tidak menarik. Hari ni terjumpa pula lagu Devotees yang menarik ni di dinding sahabat muka buku..Rentak perlahan tapi semangat dengar. Ana jarang meminati lagu berentak perlahan..sikit-sikit je..

"Bila masanya menjelma, kejayaan akan menjelma..."

Mood study datang dan semakin berbunga-bunga rase nak study (^_^)v. Terdetik dalam hati, mungkin juga mengakui kata-kata kakak-kakak senior suatu masa dulu. "nanti kite akan rindu waktu-waktu kite menuntut di kampus ni.." banyak perkara yang student boleh buat tetapi orang yang dah bekerja tak boleh buat. Menghargai curahan ilmu dari lecturer-lecturer yang pemurah lagi baik hati. Memenuhi masa-masa lapang seorang pelajar dengan aktiviti yang mendekatkan diri dengan Allah dan makhluk ciptaanya. Bahagia dalam keadaan bebanan tanggungjawap yang belum menggunung seperti orang-orang dewasa yang bekerjaya dan berkeluarga.

Ana tak nak jadi orang yang rugi, harini sama seperti semalam, tak mahu juga menjadi orang yang gagal, apabila harini lebih teruk dari semalam..tapi bercita-cite menjadi orang yang beruntung, orang yang harini lebih baik dari semalam, semalam ana menuntut ilmu dengan ustaz, hari ni i'allah nak bersama-sama sahabat di surau v4 pula. Harini buat Assingment 1 esok siapkan Assigment 2 dan jumpe lacturer..I'allah..perancangan manusia..sedang allah juga merancang....[Semalam, terpijak tahi kucing masuk dalam BKM Adah..Kesian kereta Adah, ade perfume baru..harini boleh pijak tahi ayam cicak, supaya tak teruk dari semalam]

Tuesday, June 5, 2012

Sahabat penguat semangat


"Isma makin kurus"
"Akk rase awak makin kurus"
"Saye tengok akak sekarang dah kurus"
"Kurusnye akak..."

Mane ade, ana same je..jawapan selamat..Tapi memang betul pun. Ana alhamdulillah sihat sejahtera. Mungkin faktor cuaca yang agak panas dan musim batuk dan demam yang berleluasa. Diri yang lemah ini tidak tertinggal dari diuji oleh Allah. I'allah sedang mencari kekuatan dan saki-baki tenaga untuk meneruskan hidup dan melaksanakan tanggungjawap menjaga anak-anak dewasa di UTP..Juga sedang mencari semangat belajar..di akhir-akhir tahun pengajian ni, mood belajar semakin berkurang...mengapa?? Kurang pasti..

Namun ade satu kisah menarik yang ana nak kongsi dengan pembaca sekalian. Perihal sahabat-sahabat rumah ana..sebahagianya ade dalam gambar dan sebahagianya ade dalam hati..(^_^)v..alhamdulillah Allah ikat kami dalam satu ikatan yang amat kukuh. Ikatan Islam dan perjuangan. Semua ade karekter yang unik dan berlainan, tapi banyak yang sama perangai..Mai dan Basirah paling ceria, tempias2 gembira dan bahagia mereka tersebar pade semua orang tak kira dimana pun mereka duduk. Orang sedih pun terubat dengan keletah mereka..

"Mai bahagia..." Basirah, tangan ke dada mata ke atas...


Ziha orangnya jiwa-jiwa sikit. Bukan jiwang tapi feeling..Slalu tnye khabar sahabat, walhal duduk satu rumah dan nampak hari-hari..Lembut tapi keras, ayu tapi garang..K.Rai cool sokmo, diam-diam berisi..kalau melawak tu bukan main hiperbola-bola api..pecah usus duduk ngan kak rai, best 'Lawyer' yang kami ade. Fizah dan Arina, semangat sokmo..cakap semangat, ketawa semangat, wat keje sume semangat dan yang penting laju speed 5..slalu siap awal dari orang lain.



Zarith chef yang paling dikagumi, lebih garam, lebih cili, kurang gula..sihat dan mengenyangkan..nak makan ape, sebut je...30 min kemudian i'allah siap. Allah tempatkan bilik mu betul-betul depan dapur Alhamdulillah..Hayu ni pulak suke main saraf, serangan dalaman..sebab tu, mood study die consistent, walaupun orang lain tengah xde feel nak study..gerak kerja memang power laju dan pantas..air mata pun laju, tapi orang xnampak..tu yang ana kate ni budak saraf..


Kami sume dalam bidang yang same, Techies!! 4 akan grad semesta ini, 5 lagi akan meneruskan perjuangan lagi 1 semestar sehingga January 2013..dah tak tahu nak tulis ape......ana mencari kekuatan untuk study ni, assigment dah ade 2. Project dah bermula...Doakan ana dan umar supaya keep healthy..

Sunday, May 20, 2012

Hidup satu perjuangan

"Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu sekaligus mencabutnya dari hamba-hamba, akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan cara mewafatkan para ulama. Hingga bila sudah tidak tersisa ulama maka manusia akan mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh, ketika mereka ditanya mereka berfatwa tanpa ilmu, mereka sesat dan menyesatkan" (Sahih Bukhari)

 "Akan datang tahun-tahun penuh dengan kedustaan yang menimpa manusia, pendusta dipercaya, orang yang jujur didustakan, amanat diberikan kepada pengkhianat, orang yang amanah dikhianati, dan ruwaibidhah turut bicara. Lalu Baginda S.A.W ditanya; Apakah Ruwaibidhah itu? Baginda menjawab; "Orang-orang bodoh yang mengurusi perkara umum" (Ibnu Majah)

"Segeralah beramal sebelum datangnya fitnah-fitnah seperti malam yang gelap-gelita. Di pagi hari seorang lelaki dalam keadaan Mukmin, lalu menjadi kafir di petang harinya. Di petang hari seorang lelaki dalam keadaan Mukmin, lalu menjadi kafir di pagi harinya. Dia menjual agamanya demi memperoleh kenikmatan dunia" (Sahih Muslim)

Thursday, May 10, 2012

Abang

"Kalau abang ade dragon ball abang nak mintak hidupkan ayah..."ibu mengulang dialog abang..

Sebaknya dengar cerita ibu tetang abang. Rindu benar agaknye pada ayah (T_T) semoga tabah adikku...13 Mei ini hari lahir abang yang ke 12. Tahun ni abang akan menduduki peperiksaan penting UPSR..Semoga abang azmil dapat 5a (^_^)v. Kemarin peperiksaan bulanan dapat 4a, i'allah UPSR mesti dapat 5A dan masuk asrama penuh..Amin..


"Along nak hadiahkan abang apa??" tanye ibu..
"em..ade la.." rahsia ana dan Allah...huhu tapi xde idea lagi pun, korang ade idea??

Wednesday, May 2, 2012

The dean's list isma

erk..lainnye. Semenjak bile blog dah bertukar setting?? inilah kisahnye diriku yang telah lama tidak mengupdate blog..(^_^)v gembira dapat menulis semula sejak sekian lama. April lalu hanya 1 entry, bulan ini belum tentu...

"wei ko buat ape ni??""

"update blog la..."

"sempat lagi tu.."

"mesti la sempat, ni la tips nak dapat 4 flat macam sem lepas" kataku bersahaja pade basirah..



Sekarang adalah study week student UTP. Lusa akan bermula exam week. Paper ana 7hb dan 8hb i'allah. Dua je..international business dan embedded system. Untuk sahabat-sahabat yang ana kasihi...Maisarah, Raihan, Hafizah, Nazihah, Zarith, Arina, Hayu dan Basirah jom buat yang terbaik..


 

Tuesday, April 3, 2012

Senyum tak perlu kata apa-apa

"Jiwa yang senantiasa menguntum senyuman akan melihat kesulitan dengan penuh ketenangan dan kelapangan sambil terus mengorak langkah untuk mengatasinya. Jika mereka berdepan dengan sebuah simpulan persoalan, mereka akan menguntum senyuman. Mereka turut mempamerkan senyuman ketika sedang berusaha merungkai tali-tali persoalan yang menanti dan masih tersenyum ketika mampu menanganinya. Akan tetapi, jiwa yang bermuram durja akan melihat kesulitan itu dengan sudut pandang penuh kesedihan. Saban kali menemui kesulitan, ia akan mengelak akannya atau jua memperbesarkannya, semangatnya mulai luntur dan langkahnya mulai longlai serta mula mencipta alasan dengan lafaz : "kalau".. "bila"... dan "jika"... Sesugguhnya kita amat mendambakan kepada sekuntum senyuman, wajah yang ceria, hati yang lapang, akhlaq yang mulia, jiwa yang lembut dan ketulusan dan kelunakan dalam menutur kata. "
Kata di atas ana petik dari artikel iLuvislam. Memberi makna yang mendalam. Juga membawa ana menyelami maksud sabar yang ana baca dari majalah solusi isu 31. Cukup payah untuk di laksanakan. Dalam bahasa yang mudah Sabar = tak gelisah, tak beremosi, tak mengeluh dan tak gelabah. Boleh buat ke?? i'allah boleh, ana sedang cuba...antum juga perlu cuba (^_^)v. Sabar juga seperti menelan hempedu tanpa berkerut muka..pernah cube?? kalau ana, telan asam tanpa berkerut boleh lagi, kelau hempedu mungkin tidak..

Janganlah dihimpit kesedihan kerana kesedihan hanya akan membuatkan air yang manis manjadi pahit, sekuntum mawar yang mekar nan indah kelihatan layu, kebun yang luas menghijau kelihatan seperti padang pasir yang kering kontang, wajah yang ceria menjadi masam mencuka, hati yang tenang berubah menjadi gundah gulana, kehidupan yang luas di ats dunia ibarat seperti meringkuk dalam bilik penjara.

(^_^)v senyum dan tenang apabila diuji. Lalu katakan "aku hanyalah hamba Allah dan aku layak diuji"...Sejak balik intern ana sangat menghargai senyuman diri sendiri. Bukan sebab ana kiut atau comel , tapi sebab senyuman itu menenangkan hati dan menyenangkan hati orang sekeliling. Impaknye apabila kite mamberi aura ceria, kita juga akan dapat aura ceria dan gembira. Rase suke dan bahagia melihat wajah orang yang selalu dan mudah tersenyum. Hilang semua masalah dalam kepala.

Ahmad Amin menyebut dalam Faidhul Kathir :

"Orang yang murah dengan senyuman dalam menjalani hidup ini bukan sahaja orang yang paling mampu membahagiakan diri sendiri, tetapi jua adalah orang yang multi tasking, orang yang paling kuat dalam mengahadapi kesulitan dan memecahkan rungkaian persoalan"

Monday, March 19, 2012

Seminar Fiqh Dakwah Mahasiswa


Kalau Allah betul2 hebat, bolehkah Allah menciptakan sesuatu yang terlalu besar @ terlalu kecil sehingga Allah sendiri tidak dapat memasukinya. Bukankah ini membuktikan banyak perkara sebenarnya yang Allah tidak berkuasa lakukan?

Islam tidak adil. Lelaki boleh berkahwin empat tetapi wanita tidak. Kerana itulah wanita dizalimi. Wanita juga dianiaya dalam Islam kerana tidak dapat membela diri kerana kuasa cerai terletak sepenuhnya di tangan suami. Wanita dalam Islam sentiasa menjadi mangsa pukul dan penghinaan suami tanpa boleh menceraikan suami... Zalim!

Azab kubur wujud? Jadi bagaimana pula jika org yang mati di laut, dimakan harimau dll… Adakah azab kubur itu suatu penipuan @ sudah tidak relevan dengan zaman moden ini? Adakah ini penipuan zaman lampau yang tidak mampu dipadamkan?

Rasululah disebut hanya sebanyak 5 kali dalam al-Qur’an tetapi Nabi Isa sebanyak 25 kali. Bukankah ini membuktikan Nabi Isa lagi hebat?

Nabi Isa akan diturunkan pada akhir zaman nanti dan sekarang masih hidup setelah diangkat ke langit ribuan tahun dahulu. Maka siapakan yang sebenarnya nabi terakhir? Dan bukanlah ini menunjukkan Nabi Isa itu Tuhan kerana masih hidup dan tidak wafat lagi?

Nabi Isa tiada bapa. Adalah mustahil seseorang itu dilahirkan tanpa bapa. Bukankah ini membuktikan Isa adalah anak Allah?

Kadang2 Allah menggunakan “Aku Menciptakan”, kadang2 “Kami Menurunkan”, bukankah ini menunjukkan Allah itu ramai? Dan sekaligus membuktikan kerendahan tuhan kerana memerlukan pembantu (malaikat) untuk menurunkan rezeki, menjaga syurga dll. Jika betul Allah hebat, perlukah Allah kepada pembantu?

Kenapa kita semenjak dahulu lima kali sehari diwajibkan untuk menyembah berhala (kaabah)? Kita juga disuruh mengambil wuduk setiap kali sembahyang jika terkentut dsbg. Jika terkentut di bahagian lain kenapa perlu basuh muka pula? Bukankah ini suatu undang2 yang kelakar dan pelik?

Rasulullah dikategorikan golongan barat sebagai Sex Maniac kerana berkahwin dengan 12 orang isteri. Dan salah seorangnya masih kanak2 dan belum baligh. Kenapa begitu zalim?

Thursday, March 15, 2012

Pesta Ilmu UTP

"kak i-Fest ni ape benda??"

"aik..baru sekarang nak tanye..lagi sehari je lagi nak mula i-Fest ni.."

"erk.."[kerek la kakak ni]

"Ayat skema dia berbunyi ; iFest (stand for Islamic Festival) is a combination of three big event annually conducted in Universiti Teknologi Petronas . Ladies' Valency 2012 will officiate the opening of iFest followed by SFDM and H4I will end this significant festival . May Allah be with all of us throughout this festival ...ada dalam blog i-Fest"

"hehe, ade sinopsis x kak"

"owh, bahasa mudahnya Pesta Ilmu, macam Pesta wau kat pantai timur, orang semua pergi sane untuk main wau, ni pesta ilmu..orang pergi sebab nak tambah ilmu.."

"kak, kenapa saya perlu pergi i-Fest??

"Dik kalau dekat luar sana, kamu akan habis beratus-ratus ringgit untuk program-program ilmu yang menampilkan panel-penal hebat seperti mereka ini, ..bukan senang nak dapat pekej menarik ni..tidak hanya untuk tambah ilmu sahaja, boleh jumpa artis, ambil gambar then upload kat FB...best kn.. kat Malaysia ni UTP je yang buat macam pesta muda-mudi macam ni tau"

"tapi kak Mahal la, makan KFC lagi sedap"....

"KFC makan sekali dah ilang, stakat kenyang sekajap, lepas 6 jam dah nak makan balik...ilmu ni kekal sepanjang hayat, malah ilmu ni kite bawak masuk banglo 7 tinggkat kite nanti...xnak ke??"

"banglo 7 tinggkat??"

"ala....banglo bawah tanah tu, takkan kamu tak pernah dengar?? tu yang ade 2 batu putih tulis ; al-fatihah kepada polan binti polan...""

"errkkkkkk, owh tahu...em, bile i-Fest nak start kak??"

"aish..dah kate tadikn..sehari ja lagi dik. Jumaat ni ade Forum Baitul Muslim kat Chansellor Hall 9.30 malam. Best ade ustaz feveret akak Ustaz Pahrol dan Ustaz Hasrizal...adik nak kawen tak??"

"emm, rase macam nak jugak....

"erk..[boleh pulak rase-rase, belum ade calon la tu] this forum is just a kick start, ade baaaaanyak lagi.."

"ooo kalau gitu. ape lagi kak!! jom kite serbu poket D untuk beli tiket!!"

"aik..tahu pulak mane nak beli tiket...."

"saye AJK i-Fest kak, saje testing pengetahuan am akak"

"cis......"

kisah rekaan semata-mata.

Klik gambar untuk maklumat lanjut..
terlalu amat banyak maklumat xmuat nak cerita satu-satu
ape-ape pun moh le kite join!!

Tuesday, March 13, 2012

I am rich, so what??