• Soleh Solehah

    Bersangka baik pada takdir Allah itu natijah daripada Tauhid yang kuat.

  • Cinta Allah

    Cinta selain Allah akan membelenggu diri. Jalan keluarnya ?

    Cintailah Allah dan cintailah segala dan semuanya kerana Allah.

  • Akhirat yang Abadi

    'Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dimintai pertanggung-jawaban.

    (Al-Isra :36)

Wednesday, November 22, 2017

November semakin melabuhkan tirai

Sudah dihujung tahun 2017. Cepat sungguh masa berlalu. Pelbagai program telah dihadiri, menjadi peserta mahupun menjadi ahli jawatankuasa. Banyak tugasan menanti, banyak juga tanggungjawab sedang memerhati giliranyanya untuk dilunaskan.

Hujung minggu lepas telah berlangsung talkshow Wanita Super Mangurus Stress. Alhamdulillah sangat bermanfaat. Boleh tonton rakaman talkshow di FB Page Nisa Wilayah disini. Terima kasih kepada semua yang menyokong terutama kepada suami yang menjaga anak-anak ketika ummi-ummi berprogram.



Tuesday, October 10, 2017

Jernih Bersih Lembut Hati

Punca sikap zahir manusia ini adalah bermula daripada raja dalam diri, iaitu hati. Hati sangat berkait langsung dengan ibadah yang disebut sebagai SOLAT. Solat melembutkan hati, menjernihkan hati.

Apabila hati lembut dan baik dengan solat, maka sifat-sifat buruk dan keji tadi dapat dibuang dan akhirnya tidak timbul masalah-masalah yang lebih besar.

Sebab itu sekiranya seorang Muslim dan Mukmin itu mendirikan solat dengan bersungguh-sungguh serta benar-benar yakin kepada Allah melalui solatnya maka seharusnya dalam kehidupannya tidak ada istilah tertekan, tension atau stress.

Ustazah Norhafizah Musa - Mutiara Usrati


Thursday, September 21, 2017

Tidak Sedar yang Saya Tidak Tahu

Saya berasal dari keluarga yang biasa-biasa. Maksudnye keluarga yang sederhana, kehidupan, belanjawan dan agama juga sederhana. Makan cukup alhamdulillah tidak pernah lapar, baju baru alhamdulillah setiap kali raya dan dari segi agama solat 5 waktu sehari semalam. Tiada yang lebih dan kurang. Membesar di kawasan Felda, menumpang kesenangan dan kemudahan anak-anak Felda.

Sebenarnye nak bercerita tentang kehidupan beragama. Nak dibandingkan dengan keluarga suami. Keluarga saya sedikit jauh ketinggalan. Bapa mertua saya guru AL-Quran. Ibu mertua juga mempunyai suara lunak dan anak-anak mewarisi kelunakan suaranye untuk bertaranum. Anak-anak bersekolah di sekolah arab yang pastinya mempunyai asas bahasa arab. Menantu juga punyai latar belakang agama yang baik. Ustaz dan ustazah rata-ratanya.

Keluarga saya, biasa-biasa sahaja. Termenung sejenak mencari dimana punca. Punca mengapa ia berat disana tetapi ringan disini. Bagaimana ianya boleh jadi tidak seimbang. Amat bertuah anak-anak Mak Cik Sah dan Pok Leh miliki ibu bapa yang mempunyai latar belakang agama yang baik. Tidak sekali-kali saya nafikan betapa saya juga beruntung punyai ibu bapa yang baik Akhlak.

Pernah pensyarah saya katakan dalam satu kelas yang saya hadiri. Antara negeri yang rakyatnye miliki sifat yang agak kasar, negeri tempat saya membesar turut disebutkan. Namun saya setuju dan membenarkan kenyataannya. Saya membesar di dua buah negeri yang terkenal dengan penduduknya mempunyai sifat dan kata-kata yang agak kasar. Namun ibu ayah saya tidak begitu.

Akhlak itukan akarnya dari hati dan hati itu tempat duduknya iman. Keluarga yang zahirnya telah terlihat kebaikan akhlak, ketaatan kepada agama tidak timbul persoalan iman dan hati. Namun untuk golongan yang tidak terzahir solehnya sebagai Muslim akhlak itu menjadi cerminan kepada iman. Jadi topik perbincanganya berbeza tapi masih dipaksi yang sama. Agama.



****

Ibu saya seorang tukang jahit. Pakaian saya adik beradik tidak pernah perlu dihantar tempah. Ibu akan jahit sendiri. Malah ibu masih ambil tempahan hingga kini. Nak dijadikan cerita, ketika sekolah rendah ibu telah menjahitkan saya tudung Puteri Islam yang labuh. Ibu panggil tudung bulat. Saya pakai tanpa menyoal. Kata ibu "ibu suka tengok orang pakai tudung mcm ni". Waktu itu tiada sebarang perasaan pun, pakai sebab ibu dah buatkan.

Apabila melangkah kesekolah menengah, baju kurung ibu letakkan butang dilengan. Saya sendiri minta sebab suka melihat kawan yang pakai baju begitu. Jadi saya bertudung labuh dan baju bercekak dilengan. Gaya budak sekolah agama gamaknya. Masyallah sungguh Manusia itu dalam peliharaan Allah. Tidak ada didalam fikiran saya waktu itu yang ini adalah indah disisi islam.

Sejujurnya saya tidak pernah tahu adanya sekolah Agama selain sekolah agama rakyat yang saya hadiri pada waktu petang. Yang pakai baju putih kain hijau. Sekolah yang pada pandangan saya,balajar ilmu sampingan atau ilmu tambahan. Sekolah sesi petang yang kadang kala saya ponteng untuk menghadiri aktiviti di sekolah kebangsaan.



Yang penting adalah mendapat A dalam ujian di sekolah kebangsaan dan 5A untuk UPSR. Jadi sekolah agama saya berakhir ketika darjah 5 selepas UPKK. Tahun 6 ramai yang tidak lagi hadir kesekolah agama kerana ade ujian besar iaitu UPSR. Kelas tambahan, kelas malam banyak, jadi tidak mampu untuk memberi komitmen untuk sekolah agama.

Sedangkan disatu sudut negeri yang lain. Ada sekolah arab, balajar bahasa arab disamping silibus sekolah kebangsaan matematik, bahasa melayu, sains dan bahasa inggeris. Masyallah. tidak selari. Ade yang keciciran. Pembinaan nilai islam itu maju disatu sudut, namun mundur dan dikesampingkan di sudut yang lain.

Saya sendiri menyaksikanya tanpa sedar. Dan baru harini ini, dikala saya menulis, terbit rasa kesal. Harini ini saya duduk di sebuah negeri yang lain dimana saya lihat beberapa golongan. Yang mencari pendidikan agama, yang biasa-biasa menjalani kehidupan antara ada dan tiada, dan yang meninggalkan agama.

Tapi saya memahami. Keadaan dimana saya tidak tahu dan tidak sedar akan kepentingan agama. Kerja buat dakwah harus diteruskan. Tidak sehari boleh diberhentikan. Ramai lagi yang mencari-cari apa ertinya hidup ini. Ramai lagi yang tidak sedar bahawa rupa-rupanya saya tidak tahu Agama.


Thursday, September 14, 2017

1001 Manfaat Protein : Protein Amway

Betul ke 1001???!! Penafian :1001 tu bukan lah bermaksud saya nak senaraikan 1001 manfaat protein Amway. Hanya nak mengumpamakan banyaknya manfaat Protein dalam badan kita. Nanti ada yang kecam hakak sebab over claim produk sendiri. Meh nak kongsi

Protein adalah salah satu binaan asas dalam perkembangan badan seorang manusia. Tahukah anda, keseluruhan tubuh kita bermula dari hujung rambut sehingga hujung kaki, kulit, mata termasuklah organ dalaman kita mengandungi protein. Dan kesemua protein ini wujud dalam pelbagai bentuk dan menjalankan pelbagai tugasan penting untuk memastikan tubuh badan manusia berfungsi dengan baik setiap masa. Antara yang saya suka kongsikan adalah video Dr Julia Horsfield, daripada University of Otago. Sini



NUTRILITE All Plant Protein Powder memberi anda yang terbaik dari alam semula jadi dengan tiga adunan GANDUM, SOYA & PIS yang unik. Campurkan sahaja produk dengan apa-apa minuman pilihan anda dan sedia diminum.

Satu hidangan memberikan anda 8g protein dan kesemua 9 asid amino perlu yang diperlukan oleh tubuh anda. Formula khusus ini mempunyai satu Skor Asid Amino yang diperbetulkan dalam Kebolehcernaan Protein (PDCAAS = 1), yang secara asasnya bererti ia menyediakan kualiti protein tertinggi dan asid amino yang diperlukan.

Sesuai untuk mereka yang ingin mengekalkan jisim otot mereka dan mendapatkan tenaga optimum. All Plant Protein Powder adalah pilihan yang terbaik untuk sumber protein semula jadi tanpa kesan sampingan protein haiwan. Ia juga sesuai untuk mereka yang tidak toleran laktosa.

Ciri-ciri 

  • Mengandungi adunan tiga GANDUM, SOYA dan KACANG PIS yang unik lagi berkualiti tinggi. 
  • Datang dari sumber semula jadi, bukan GMO. 
  • Tanpa laktosa. 
  • Rendah lemak dan rendah kolesterol. 
  • Mesra vegetarian. 
  • Tanpa perisa tiruan, pengawet atau pewarna yang ditambah. 
  • Memberikan tubuh anda dengan 8g protein soya setiap hidangan. 
  • asid amino dan protein adalah berkualiti tinggi untuk memudahkan pencernaan. 


Mengapa protein Amway? 

  • Memberi sokongan kepada sistem imunisasi
  • Kulit yang cantik dan anjal 
  • Meransang regenerasi kulit dan otot, mengurangkan kedutan
  • Rambut dan kuku yang sihat dan bersinar
  • Tenaga optimum sepanjang hari 
  • Mencegah keletihan dan kelesuan
  • Daya tumpuan yang baik 
  • Mempercepat penggantian tisu baru dan penyembuhan luka seperti pembedahan 
  • Menyokong pembinaan otot, sesuai untuk mendapatkan tubuh badan yang ideal.
  • Membantu petumbuhan tulang dan mencegak Osteoporosis 
  • Membantu perkembangan minda yang sihat. 
  • Mengeyangkan sesuai untuk menurunkan berat badan
  • Sesuai untuk semua peringkat usia, dewasa dan kanak-kanak

Untuk Order PM Sis Ismalina 0194305409

Monday, September 11, 2017

Review Buku : Beduk Diketuk

Buku ini sebenarnya hadiah yang saya berikan kepada suami yang ketika itu bergelar tunang. Saya hadiahkan buku ini bukan kerana saya telah membacanya tetapi saya hadiahkan kerana saya nak membacanya nanti (konfiden betul akan kawin dengan beliau :P). Alhamdulillah cita-cita tercapai. 

Buku bertajuk 'Beduk diketuk' karangan Usraz Pahrol Mohd Juoi. Jadi ini pandangan saya terhadap buku yang saya beli lebih kurang 5 tahun lalu.

Sangat dalam tulisan beliau, seperti juga karangan-karangannya yang lain. Dalam dan berfalsafah. Sarat dengan analogi kehidupan. Tidak terlepas dengan perumpamaan yang saling terkait antara satu sama lain. Kebiasaanya di sebalik falsafah dan bahasa yang agak tinggi penulis akan menerangkan panjang lebar tentang apa yang cuba diperkatakan. Cukup untuk membuat pembaca berfikir dan termenung memuhasabah diri.

Mengupas isu agama dalam kalangan masyarakat Muslim.. Bila bace dan membaca sekali sekala sentap apabile ade isu2 yang terkena di batang hidung sendiri terutama isu2 asas seperti solat (ibadah), kesopanan dan kesusilaan (akhlak #rukunnegara #negarakusehatisejiwa) dan hubungan sosial. Juga memberi kesedaran akan peranan kita sebagai anggota masyarakat.

Belum habis baca lagi sebenarnya.. banyak cerita-cerita teladan, bila baca 3 4 muka surat termenung 10 20 minit. Lama mengelamun, berlegar-legar dalam fikiran berhari-hari. Amat disyorkan baca.


Hubungan sosial : Wanita sebagai seorang isteri

Menyebut tentang hubungan sosial, saya kira hubungan suami isteri tidak terkeluar dari skop ini. Saya juga tidak terlepas dari mengikuti hal cerai kawin sepasang salebriti yang agak mengemparkan baru-baru ini.

"Saya memberi kenyataan berdasarkan faktar bukan emosi" katanya

Bukan emosi, bukan emosi, bukan emosi..bergema di telinga saya...Kenyataan yang meyakinkan tetapi pada saya amat tidak enak mendengarnya.

Bercerita tentang emosi. Saya memahami betapa terganggunya emosi seorang isteri apabila perkahwinan itu diragui. Rasa kecewa, sedih marah yang tidak dapat digambarkan. Luka berdarah dan parah. Jika boleh di bayangkan hati itu seumpama gelas kaca, saya rasa ianye telah pecah berderai. Jika hati itu umpama mata, pasti mata itu telah buta kerana tangisan yang tidak henti-henti. 

Jika difikirkan lagi dan lagi pasti akhirnya ia tenggelam dalam lautan kesedihan dan kekecewaan. Sehingga satu tahap yang tidak lagi membolehkan seseorang berfikir dengan waras. Yang difikirkan hanyalah untuk meluahkan betapa dirinya disakiti. Ingin sangat membuat semua tahu bahawa jiwa itu sedang tersiksa dan dikecewakan. Tiada lagi isu fakta atau dokumentasi.

Inalillah.. "Kasihan sungguh dia" detik hati saya.

Saya memahami yang keduanya ade pengajaran yang perlu diambil untuk diperbaiki. Saya bukan sesiapa untuk menghukum. Malah saya sendiri sebenarnye lebih2 lagi perlu mengambil pengajaran. Terpalit diwajah saya juga betapa saya juga amat jahil dan harus berusaha menjadi lebih baik. Teringat salah satu cerita yang saya baca dalam buku karangan Ustaz Pahrol Mohd Juoi berkaitan isu sosial. Petikan cerita...

"Awak dan mula emosional"

"Jika saya salah kerana beremosi, tuan juga salah kerana tidak beremosi. Membenci kemungkaran adalah soal perasaan. Ini soal hati. Ini berkait dengan iman. Tidak ada iman bagi mereka yang melihat kemungkaran tanpa rase benci" kata penulis.

Emosi itu kisahnye hati dan hati itu soalnya iman. Memang benar kita telah disakiti, memang benar kite telah dikecewakan dan dilukai. Dalam kehidupan berumah tangga kite berdepan dengan makhluk yang bernama manusia, yang kita panggil sebagai suami, isteri, anak-anak dan keluarga. Satu perkara yang semua orang tahu bahawa manusia tidak sempurna.


Fakta ini pasti tidak ada siapapun berani persoal. Tetapi.. kite perlu mengakui yang kadangkala hati kita gagal untuk menerima dan memahaminya. Sedangkan diri kite sendiri juga manusia. Kita juga ade bebuat kesilapan. Tapi apabila kite marah, kita sedih dan kecewa fakta itu didustakan dan kita hanya fikir diri kita.  Betul lirik lagu wanita oleh Dehaerty.

Akalmu senipis bilahan rambut 
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu 
Jua hatimu bak kaca yang rapuh 
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh 

Hati wanita itu rapuh umpama kaca. Tapi telah di pesan agar memperkukuh iman sebagai bentengnya. Untuk bercakap soal iman, saya bukan orang yang layak. Saya juga sedang bergelut dengan emosi dan kesabaran dalam mengurus kehidupan. Selalu tersungkur dalam usaha cuba untuk bersabar. Belum bercerita soal mujahadah dalam memberi yang terbaik dalam ibadah kepada Allah. Zikir munajat, Quran dan amalan sunat yang masih sangat sedikit untuk dipersembahkan kepada Allah.

Apapun, saya masih ingat kate ustazah. Jika dalam hati kita masih ada rasa ingin menjadi baik, nak membuat yang terbaik, ingin menjadi isteri yang baik dan solehah. Insyallah pasti Allah akan bantu. Pasti Allah akan melihat setiap kesusahan dan jatuh bangun kita dalam memberikan yang terbaik kepadaNya. Ya 'jatuh dan bangun' fasa yang amat sesuai kerana kite ada kalanya berjaya dan ada kalanya gagal dalam mujahadah menjadi insan yang baik lagi solehah.


Tuesday, August 22, 2017

Menonton Pelawanan Bola Jaring Akhir SEA Game 2017

Hujung minggu lepas saya secara kebetulan menonton pelawanan akhir bola jaring sukan SEA. Waktu tu dah 18 gol dijaringkan oleh pasukan Malaysia dan tertulis di skrin tv '2nd' set. Jadi saya pun saja tidak menukar saluran Astro Arena kerana nak menunggu sape yang menang. Memang saya amat yakin Malaysia akan menang melihat kepada jumlah gol yang dijaringkan oleh kedua-dua pasukan jauh berbeza. Corak permainan pun sangat hebat, hampir satu gol setiap minit amat tidak membosankan.

Penantian yang saya kira sekejap terasa lama. Dari 18 gol menjadi 21. Dalam hati saya "bile nak habis ni". Mungkin kene jaringkan 27 gol kot. Sebab badminton 21 dah menang. Ya sila gelak.. Saya menyamakan bola jaring dengan badminton. Langsung tidak terfikir permainan lain untuk disamakan peraturanya. Saya siap meng'google' berape jumlah gol untuk pelawanan bola jaring. Dan saya pelik 2 3 kali saya google kenapa tak mendapat sebarang info yang saya kehendaki.


Lagi menarik, ibu juga bersekongkol membuat peraturan bola jaring baru (padahal ibu masa muda2 dulu pun selalu main bola jaring). Kate ibu 'sampai 25 je gol tu kan' dengan keyakinan 50%. Dan 100% yakin, bila ibu cakap 'tak kan sampai 30 gol kot, banyak nau!' .. Saya turut bersetuju, 30 gol tu terlalu banyak untuk dijaringkan dan dalam kepala tebayang orang main bola sepak sumbat 30 gol. 

Air wuduk dah kering dimuka, sebab menunggu sampai 27 gol dan pelawanan masih berlangsung. Rasa bersalah.. maka saya tinggalkan pelawanan untuk menunaikan solat. Apabila selesai solat saya lihat 30 gol telah dijaringkan.

Perasaan ingin tahu membuak-buak maka saya google lagi. Kali ini saya cari 'peraturan permainan bola jaring' Permainan bola jaring ni ade 4 suku masa rupanya. ..huhuhu Baru ku tahu rupanye bola jaring bukan macam badminton dan bukan pula macam bola sepak. Terasa begitu tidak pandai sekali diri ini.

Apa pun tahniah pasukan bola jaring Malaysia. #anNajwapower. Bak kata Ustazah Nuridah Salleh, kita memuji penampilan sopan pemain2 bola jaring dalam setiap pelawanan. Manis gittuew..


Wednesday, July 19, 2017

Putera kedua ummi Mu'izz

Setelah sekian lama tidak menulis. Akal terasa tumpul dan pemikiran jadi semakin perlahan untuk mengolah kata-kata. Fuyoo..berbaur jiwang disitu. Apapun idea penulisan saya ketika ini sememangnya semakin kurang. Dilanda kesibukan mengurus anak-anak, kerjaya, tanggungjawab sosial dan sedikit urusniaga atas talian. 

Puji dan syukur kepada Allah saw atas kelahiran cahaya mata kedua yang diberi nama Muhammad Mu'izz bin Muhammad Zulhaziman. Hari ini genap umurnya 6 bulan. Kelahiran putera kedua disambut oleh Dr Zana Zalinda di Hospital Tunku Azizah Setapak. Proses kelahiran yang mudah dan cepat, syukur Alhamdulillah, tidak menolak hakikat bahawa melahirkan itu sememangnya sakit. Terasa nak menitiskan air  mata bila mengenang kembali detik-detik sukar mengharungi fasa 'active labor'. Sesungguhnya Allah jua yang maha mengetahui keadaanya.



Kisahnya dinukilankan agar saya punyai ingatan dikala saya menyelak lembaran diari saya di laman blog ini nanti. Saya mula rasa tidak selesa di bahagian bawah perut seawal 4 pagi 19 Januari 2016. Itu tanda yang pertama. Namun saya tertidur semula setelah beberapa minit menuggu gesa(surge) yang seterusnya. Kemudian saya terjaga untuk solat subuh. Selepas subuh rasa sakit agak kerap sekitar 25 - 15 minit sekali. Apabila jam menunjukkan pukul 8 pagi dan saya mengambil keputusan untuk tidak ke pejabat dan telefon ibu di Melaka untuk datang.

Kami bergerak ke TBS untuk ambil ibu jam 12 tengah hari. Dalam kereta, saya melayan sakit yang berselang 15-10 minit. Semakin lama duduk semakin sakit. Lepas ambil ibu kami bergerak ke Setapak. Saya minta untuk berjalan dulu dimana-mana pusat beli belah kerana merasakan sakit yang saya alami masih ditahap yang biasa lagi. Jadi kami singgah di Giant yang tidak jauh dari Hospital Tunku Azizah (HTA). Dua kali keluar masuk Giant sememangnya membantu mengurangkan rasa sakit malah tak rase pun sakit semasa berjalan dalam Giant. 

Sekitar jam 4 petang kami bergerak ke HTA sebab saya dah taktau nak kemana dan suami pun dah risau. Sampai di HTA, nurse pasang CTG dan Dr Zana buat VE rupenya dah 6cm. Alhamdulillah. Terus warded dan kene tukar baju, pakai baju HTA. Sakit semakin kuat, panjang dan menyakitkan. 

Jam 5 petang nurse datang nak pecakan air ketuban, check VE sebab tengok muka saya dah merah padam tahan sakit rupenya dah 10 cm FULL Dilated. Alhamdulillah 4cm opening only within 1 hour. Patutla rase macam nak tercabut pinggang menahan sakit tadi. Terus ditolak ke labor room. Rasa nak push baby sudah tidak tertanggung-tanggung lagi. Doktor dan nurse bersegera dengan segala kelangkapan dan 'guide' untuk push baby. 

Subhanallah, sekalipan ini bukan pengalaman pertama, apa yang selayaknya saya katakan adalah, tidak hairanlah ganjaran ibu yang melahirkan anak adalah penghapusan dosa seperti keadaanya dia dilahirkan. Amat besar kerana ia sesuai dengan rasa sakitnya yang ditanggung dikala melahirkan. Dan sesuai juga dengan cabaran buat si ibu ketika mana anak duduk didalam kandungan selama 9 bulan. 

Setelah beberapa kali push dan baby masih belum berjaya keluar, doktor menasihatkan saya supaya push dengan lebih kuat dan lebih panjang. Dr Zana cuba untuk membantu saya mendapatkan kelahiran alami tanpa Episiotomy. Dalam fikiran saya, ianya sangat mencabar, Push, lebih lama dan lebih panjang. Saya mungkin akan berhenti disitu. Maksud saya, teran sepenuh hati, nafas yang panjang, LAMA. Bermain difikiran, itu mungkin terakhir sebelum saya mati. Alhamdulillah stay positif,  5.30 petang lahirlah Mu'izz si comel ummi. Dan ummi mendapat 1st degree tear. 

Apapun mati itu pasti tetapi bukan niat saya menakut-nakutkan ibu-ibu yang bakal melahirkan. Paling penting, tips yang selalu dipesan dan saya baca berkaitan kelahiran alami ialah persediaan mental. Harus positif. Alhamdulillah disamping mengurus pernafasan, banyak berjalan, senyum dan perasaan gembira ketika melayan surge sangat membantu proses kelahiran anak kedua saya. Dengan kuasa Allah jua semuanya mudah apabila saya mampu senyum walaupun sakit agak kuat. Pesan seorang senior saya, awak bayangkan bunga yang sedang berkambang ketika surge datang. Itu sememangnya amat membantu.

Untuk kemudahan HTA, perkhidmatan, nurse, doktor semuanya adalah terbaik bagi saya. Doktor yang menyokong kelahiran alami, nurse ramah. Nurse terkejut sebab saya datang baru sejam dah ditolak masuk labor room. Siap pesan kalau anak seterusnya teruslah cepat-cepat datang hospital sebab katanye saya mudah bersalin (die xtau anak pertama saya sakit kemain lama). Wad cantik dan selesa. Makan pun sedap. Bayaran pun berpatutan. Seperti yang kami telah rancangkan, kos melahirkan putera kedua di HTA adalah RM2550. Saya duduk bilik single.

Sekian coretan ummi anak dua.