• Soleh Solehah

    Bersangka baik pada takdir Allah itu natijah daripada Tauhid yang kuat.

  • Cinta Allah

    Cinta selain Allah akan membelenggu diri. Jalan keluarnya ?

    Cintailah Allah dan cintailah segala dan semuanya kerana Allah.

  • Akhirat yang Abadi

    'Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dimintai pertanggung-jawaban.

    (Al-Isra :36)

Saturday, October 31, 2009

menjawap 6 soalan



Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghozali bertanya, pertama,"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghozali menjelaskan semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "Mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan".


Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".

Murid -muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahwa semua jawaban yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah masa lalu. Bagaimanapun kita, apapun kendaraan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawaban itu benar kata ImamGhozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah"Nafsu" (Al A'Raf 179).
" Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."
Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?".

Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawaban sampean benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH" (Al Ahzab 72)
"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh, ".
Tumbuh-tumbuhan, binatang,gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak bisa memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?".

Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Sholat. Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan sholat, gara-gara meeting kita tinggalkan sholat.

Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia
ini?".


Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Karena melalui lidah, Manusia dengan gampangnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Thursday, October 29, 2009

menunaikan haji gune duit KWSP

assalamualaikum...
Sempena bulan zulhijjah ini ana petik berita dari Berita Harian Online bertarikh 29 Oktober 2009....mari kita baca dan apa komen dan respon antum terhadap perkara ini??? wajar ke???....rukun islam kelima...xpentingkah untuk melaksanakan rukun islam pada pandangan kita??



'KWSP untuk simpanan lepas bersara bukan tunai haji'

KERAJAAN tidak bercadang membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 50 tahun mengeluarkan sebahagian simpanannya untuk menunaikan haji.

Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata tujuan skim KWSP adalah untuk menyediakan simpanan persaraan bagi membiayai sara hidup apabila anggotanya sudah bersara.

"Pengeluaran dibenarkan oleh skim KWSP adalah hanya bagi tujuan yang berkaitan dengan persaraan atau menambah nilai simpanan untuk persaraan.


"Jadi, pengeluaran bagi tujuan menunaikan haji bukan saja tidak menepati objektif dan falsafah skim KWSP tetapi akan menjejaskan persaraan anggotanya pada masa depan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Zulkifli Noordin (PKR-Kulim Bandar Baru) yang meminta penjelasan sama ada kerajaan ingin membenarkan pencarum KWSP mengeluarkan simpanan untuk menunaikan haji.

Dr Awang Adek berkata, pencarum KWSP yang berumur 50 hingga 54 tahun boleh mengeluarkan simpanan dalam Akaun II iaitu 30 peratus daripada jumlah simpanan di bawah Pengeluaran 50 Tahun untuk pelbagai tujuan termasuklah mengerjakan ibadat haji.

"Oleh itu, ahli boleh menggunakan kemudahan pengeluaran ini untuk menunaikan haji," katanya.

Selain itu, katanya, negara sudah memiliki Tabung Haji yang memberi peluang kepada orang ramai untuk menyimpan bagi tujuan berkenaan.

Beliau juga berkata, kerajaan tidak akan memansuhkan Seksyen 167 Akta Insurans 1996 dan Peraturan 6, Peraturan KWSP 2001.

Katanya, peruntukan Seksyen 167 Akta Insurans 1996 (Akta) menetapkan jika penama dalam sesuatu polisi bukan suami, isteri atau anak kepada pemilik polisi, maka penama hanya berhak menerima wang polisi sebagai wasi atau pentadbir.

"Penama juga berperanan sebagai wasi atau pentadbir jika penama bukan ibu atau bapa kepada pemilik polisi yang tidak berkahwin," katanya.





maka rasenye ana akan menunaikan haji lepas 50thn..tu pun kalau panjang umur...isu ini dibincangkan dalam radio IKIM pagi 29 oktober,pelbagai respon yng dikeudarakan daripada masyarakat malaysia, ade mak cik dari kampung ana jasin,melaka (ana xkenal pun)...menyatakan bahawa menuanaikan haji adalah ibadah yang baik dan kerajaan patut membenarkan wang simpanan KWSP untuk di keluarkan bagi tujuan berkenaan katenya "ini ibadah yang baik bukan xbaik,jadi apa salahnya"...pendapat lain pula kerajaan patut menbenarkan pencarum KWSP yng berumur bawah 50 thun untuk berbuat demikian kerana golongan ini dah mampu dan layak menunaikan haji, tambahan pula ini tututan agama dan ALLAH harus diutamakn terutama yang sudah mampu...dan kerajaan sepatutnya lebih memahami kerana kebanyakan pemimpin kerajaan adalah beragama islam..Malaysia kn negara "islam"...so why not...

Ade juga pendapat bahawa instead of kerajaan buat potongan gaji untuk KWPS yang tujuannya i'allah akan menjadi biaya selapas bersara,kerajaan juga patut membuat potongan gaji sebagai usaha untuk membantu rakyat terutama yang tidak mampu untuk memastikan semua rakyat yang beragama islam untuk melaksanakan rukun islam kelima tersebut..ramai yang sangat setuju dengan cadangan ini termasuklah ana sendiri...




Bayaran Haji bagi musim haji 1430 Hijrah ialah :

TMPT
DEWASA 15 thn ke bawah
Semnjg
RM 9,980.00 RM 9,011.00
Sabah
RM 10,110.00 RM 9,141.00
Sarawak
RM 10,065.00 RM 9,096.00

Bayaran yang dikenakan untuk menunaikan haji oleh pihak tabung haji adalah seperti diatas...kalau ade sistem potongan gaji untuk menunaikan ibadah haji, macam ini barulah negara islam yang mantop..kalau ana kerja contohnya umur 23 thun dengan gaji starting RM1000,setiap bulan potong 5% dari duit gaji(potong banyak sikit,nak pegi cepat), iaitu RM50 sebulan, jadi setahun dapat kumpul RM600 , dalam masa lebih kurang 17 thun kemudian dah boleh pegi,mase tu ana umur 40 tahun...emm...i'allah umur 40thun tu kalau umat nabi muhammad s.a.w masih kuat dan tegap lagi,anak2 pon i'allah dah besa..jadi bolehlah menunaikan haji dengan tenang, tak perlu nak tunggu umur 55tahun nak tunggu duit KWSP baru dapat pegi..jimat 15 thun...kalau 55thun tu kelua pulak duit KWSP ,pegi lah lagi haji...

tapi itulah masalah orng kite,bak kate seorang ustaz ni(xingat ana dgr kat mane) ade duit je buat haji,setiap thun buat haji...tidak salah tapi tu amalan kite secare personal dgn ALLAH untuk jage hubungan dgn pencipta kita iaitu habluminallah, tapi macam mane pulak habluminannas ??? apekata sedekah zakat banyak sikit...tapi ni dah out of topic..xpe2 salingan

Makanya....ape kate survay???? sape tak nak jadi tetamu ALLAH ???


Wednesday, October 28, 2009

UTP election

Assalamualaikum

Harini pelajar utp akan menjalankan tanggungjawap mereka untuk memilih Majlis Perwakilan Pelajar UTP..berikut adalah calon-calon yang bertanding dan poster-poster serta gambar yang berkanaan dgn pilihan raya kempus utp










Tuesday, October 27, 2009

insan utusan allah





Alhamdulillah pade hari minggu lepas yang telah lepas ana dan haousemate ana dengan izin allah berkesempatan menikmati dan mentadabur alam ciptaan allah. kami rehlah di teluk batik, tanggal 16 oktober kami bertolak jam 7 pagi dengan menaiki kereta kembara yang disewa daripada abang senior(xkenal). Harga kete yang kami sewa RM6 je sebuah~~xde la...kete tu di sewakn kepade kami sejam RM6 dan kami menyewa selama 7 jam jumlah kena bayar RM42 tapi dapat diskaun jadi RM40 ringgit.ALHAMDULILLAH

perancangan yang cukup teliti,tapi tidak mengambil mase yang panjang sebab semua anak dare ni mmg berdedikasi dan x perlu nak diarah2,pandai je buat keje (ye la sume dah nak kawen-dah pegi kusus kawen belum???) makanan kami bawak sendiri,al-maklum la nak jimat duit,student ni poket cepat kering...perancangan awalnye...."kite kene stat masak malam sebab nk betolak awal2 pagi,dalam kol 6,so pagi tu kite panaskn je makanan tu"kate si S ...o0Oo0Oo0 (awalnye subuh lomm masuk lagi kak oi)..."xpe2 kite solat on the way" o0Oo0Oo00O...."kite nak bawak ape ni, nak mask ke beli??"kate si M..."kite masak je naget dalm peti ais tu,ade sadin boleh buat lauk"kate si I pula "kite buat senwitch lagi best"...(o0Oo0O macam2 muslimat ni nk makan) "tengah hari nak makan ape??"...."xpe la kite masak nasi"jawap si Y ..."lauk ???"..."hehehe makan nasi kosong je la"....macam2 la depa ni...

sebelum kitorng bincang makanan,"ok kite dah lantik R sebagai ajk pengangkutan S sebagai ajk makanan Y sebagai ustazah nk bagi tazkirah sebelum kite terjun dalam laut manakala I sebagai chef nak masak esok...yang lain peserta ae~~" semua redha je...(ape2 la asal esok sampai teluk batik)

sehari sebelum hari yang ditunggu2...malam semua orang macam tak kesah je...xjadik ke rehlah ni ,tiba2 muncul si R"ok alhamdulillah kite dah dapat kete,kembara esok bertolak kol 6 ae"...si R "tahu tak,mase kitorang telepon abang kete tu,die gelakkan kitorang bile kitorang kate nk amek kete kol 6"...(mmg la kak oi...awal benau tu,silap2 ari bulan abang tu pon belum bangun~~) "tapi abang tu kate boleh je"...ok setel satu problem...."esok kite bangun awal kol 4,masak same2 ae"..R ni berkobar2 nak pegi rehlah

pagi2.. celik je mata ...jam menunjukkan pukul 4 em...(I terdetik dalam hati,ni jadi ke x nk pegi pantai ni,senyap je sume tido lagi....ngantuk la~~tido jugak la)...terbangun lagi pukol 5...ni tak boleh jadi,baik bangun masak ke...bukak je pintu terserempak si R "eh,xmasak lagi ke??adoi"..."dah tahjud ke??"..."belum".."kite tahjud dlu r,jap g masak"orait bos,cepat tau"....demi mengecap keredhaan dan supaya nak masak nanti allah permudahkn...untung2 masak sikit, allah tambah,macam mukjizat nabi muhammad s.a.w...

lepas tu,ketuntanglah dapo,loceng mulut R pon berbunyi mengejutkan yang lain"bangun S kang kene tinggal".."hehe sape lambat kene jual"....si I n si R pon glabah je,alhamdulillah la semua buat teratur je"....selesai subuh kat surau v4 n bergerak naik kete, sempat lagi si I membebel (ish ape ank dare ni tinggalkan dapo macm kapal pecah ish2-padahal dah kemas je dapo,ni akibat tertekan kena bangun awal)...bacaan ma'thurat dalam kete..sesi taaruf lebih detail pun dalam kete..macm2 benda lagi yang kami xthu pasal housemate ni aek...ALHAMDULILLAH saling mengenali..

pantai teluk batik



sampai di teluk batik..solat dhuha..."surau tutup dik,bukak time zuhur kang"kate abang yang jage toilet kat sebalah surau tu,"alamak macm mane nk solat ni".."kat pantai ni pon boleh,bersih je"...."malu la buat show kat orng ramai" (bukan riak @ xikhlas tapi secare logiknye,perlu ikut waki' kalu kat arab saudi tu,boleh la nk sembahyang kat tengah orng ramai)"xpe2 kita amik air sembahyang dulu kat toilet ni"..."duit ade ke"..."allah...kena la g amik kat beg sane"....si I pon berjalan nk ambil duit ala itik gembo2...

sebelum masuk toilet si M yang ramah tamah ni pon bertanye sekali lagi kat orng yang jage toilet tu..kali ni mak cik yang jage.."o0o0o nk solat dhuha ye...boleh2,ni ambil kunci ni...mak cik bukan ape,malas nk bukak awal2 nnt ade la orng yang buat kemusnahan dan kekotoran dalam surau tu"(ayat dah edit)...kami pun angguk2 (maknenya paham la)....kesian~~ manusia sekarang, semakin nakkn kesenangan semakn banyak menyusahkan orng...dan alhamdulillah surau dibawah penjagaan mak cik tu mmg kemas,bersih,selesa n kain telekung xkotor.

selasai solat dhuha...makan time!!..."eh,ustazah ape lagi..boleh la stat pengisian".."kalu sambil makan boleh??"..."boleh2 sile2"....ustazah Y memberi pengisian pasal hidup kite ni,ana quote skit.."kalau kita tengok,apa yang dah kita buat dengan masa kta selama ni. atas meja kita tu bedak ade macam2 jenis,muke,badan dll...semate2 nk jage muka,kalau jerawat naik sikit kita dah risau...tapi amalan kita mcm mane..kalau ade masalah sikit,kite kisah x"...macm tu la yg kami dapat selepas ditokok tambah untuk menyedapkan cerita....sambil dengar pengisian...semua senyap je,seolah2 terkesan dgn pengisian (tapi perut dan mulut kurang terkesan...mane xnya habis pengisian makanan pun tinggal suku)

"nak naik banana bot tak"...nak2 !! ade jugak suara suara sumbang yang kate "xnk~~,takot air"...hehe kantoi rahsia terbongkar akhirnya ade yang takot air~~..."eh,xleh la kite bawak tudung satu je,kang die campak kita dalam air laut kang balik kena pakai tudung basah..."xpe,kita mintak kat abang bot tu jangan campak kita dalam air..."boleh ke??tgok tu,sume yang naik mesti akan jatuh..".."boleh je.. yang tu abng bot tu sengaje jatuhkn..bla..bla..."lame jugak syura nk buat keputusan....akhirnya naik jugak....dan selamat tudung sebab kami request xnk jatuh...sopan je naik bot mase awal2..dah second round ade pulak buat aksi stund..(lepas 1 tangan je-kire stund level muslimat)



sebelum naik banana...memang sengaje letak gambar xclear...maaf

last but not least aktiviti kemuncak....alhamdulillah....seronok...dapat mengeratkan ukhuwah sesame housemate...sayang housemate...balik time!! dalam kete sume tidur...kecuali driver dan beberape orng yang terlalu excited sampai xboleh nk pejam mata...semoga allah sentiasa merahmati ukhuwah kami....dan hanya allah shaja yang tahu betape diri ni bertuah memiliki haousemate yang solehah,pandai menjage diri (terjun laut dgn tudung labuh dan stokin)...alhamdulillah, syukur kerana diri ini terpilih untuk menjadi sahabat mereka, terharu kerana allah memilih ana untuk berada dalam kalangan orang2 solehah orang2 yang beriman kerana allah...orng2 yang kuat mental dan fizikal




bintang xjadi...sebab bintang dah jatuh dalam laut


sahabat2 yang ana kasihi kerana allah sekalian,terima kasih atas kasih sayang antunna semua, terima kasih kepada allah kerana mengurniakan ana shabat macam antunna,rase xlayak menjadi sahabat antunna, tapi perjalanan kite ni jauh lagi dan pasti akan diuji (mmg dah diuji pon-sehari selapas rehlah ana accident dan hancurkan moto housemate ana tu-tapi die cool je,nangis tetap nangis,cool tetap cool-muslimat) jadi semoga antunna semua sentiasa bersabar dan tabah menerima semua tu kelak...



sape bawak selipar jepun tu ?? nasib baek lawa...

kuntum cinta rabitah ini akan terus berbunga dan tumbuh segar, sesegar kuntuman nailofar...ianya berputik di sini dan akan berbunga dan bersemi di sana...Ya ALLAH satukanlah hati-hati kami moga mengalir keikhlasan dalam diri,demi perjuangan islam tercinta untuk merebut mardhatillah..

Saturday, October 24, 2009

final dah dekat



assalamualaikum

lame x update blog...kali ana nak kongsi satu cerita yang berkaitan ilmu,semoga antum semua mengambil pengajaran..

pada suatu hari ahli basrah berdebat sesama mereka, berkata salah seorng daripada mereka bahawa harta lebih baik dari ilmu. mereka menghantar utusan untuk mendapatkan jawapan dari ibnu Abbas.ibnu Abbas menjawab "ilmu itu lebih baik dari harta".

utusan itu pun meminta penjelasan dari ibnu Abbas mengenai jwapanya , ibnu Abbas berkata "Katakanlah kepada mereka bahawa ilmu itu warisan dari para nabi sedangkan harta itu warisan Firaun. Ilmu itu menjaga kamu dan harta itu menjaga kamu. ilmu tidak berkurang jika di infakkan sedangkan harta apabila diinfakkan pasti akan berkurang. orang yang berharta tidak lagi dikenang selapas meninggal dunia dan orng yang berilmu akan terus dikenang selapas kematianya.

kemudian utusan itu pun pulang lalu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh ahli basrah.


Friday, October 16, 2009

perempuan + wanita + muslimat


wanita lebih cepat dari lelaki dalam menangis dan dalam mengingati perkara yang membuat dia menangis dan tertawa bila dia mampu.Wanita juga pelita dan bintang bagi lelaki .Tanpa pelita maka bermalamlah dalam kegelapan.


Monday, October 12, 2009

Tidak mengikut sunnah :Ideologi Barat

Alhamdulillah hari ini ana blajar bab 10 discrete math . Discrete math ini kalau sahabat pembaca nak tahu,die subjek berkaitan mathematik yang ade dalam komputer . Nak ceritanya ana dapat mengesan sesuatu dalam subject ini . Mari kita lihat rajah di bawah






Gambar ini dipanggil sebagai tree (pokok) . titik yang berlebel 'a' itu dipanggil 'root' . kalau tengok sekali imbas mmg langsung tak macam pokok . Tapi lecturer ana kate kite dapat lihat rupe sebuah pokok kalau kita terbalikkan rajah ini "o0o0o0o, macam itu rupenya" ... yang kami belajar tadi ade 3 ketogori tree .

1)POSTORDER TRIVERSAL
2)PREORDER TRIVERSAL
3) INORDER TRIVERSAL

yang membezakan setiap tree ini adalah care membacanya.(ini ana gune bahasa mudah tkut ade yang xpaham)

1)baca dari kiri ke kanan lalu naik ke 'root'
2)baca dari root turun ke kiri dan terus ke kanan
3)baca dari kiri naik ke 'root' dan turun ke kanan

antum jangan pening2 tuk pahamkan ape yang ana ajarkan ni. yang penting ana nak bagi tahu yang..sedang ana belajar topik ni dalam kelas ana terfikir "kenape ketiga-tiga cara bacaan tree ni xde satu pun yang mendahulukan kanan dari kiri??"...dan akhirnya ana menzahirkan ape yang ana fikirkan pada mase itu kat kawan sebelah "em..tajuk ni tak ikut sunnahkan?"...kawan ana ni pun senyum macam mengiyakan....

itulah point sebanar ana dalam post ni...sebenarnya banyak lagi aktiviti harian kita yang secare sedar atau kita tidak sedar bertentangan dengan sunnah tapi kite dah terbiasa. kita tulis dari kiri ke kanan sedangkan al-quran ditulis dari kanan ke kiri dan rasullallah pun selalu mengutamakan bahagian kanan .

Masa kesultanan malayu melaka dahulu kita tulis tulisan jawi, tapi bila british menjajah mereka perkenalkan tulisan rumi,pakaian budak sekolah pon ditukar jadi skirt dan seluar pendek yang tak sampai lutut. setiap kali nak memulakan kelas murid akan menyanyi lagu. bukan tidak boleh untuk menyanyi lagu negaraku,lagu sekolah tetapi adakan patut sehingga melupakan ayat2 suci al-quran dan nama2 allah yang indah .sedangkan untik mendapat ilmu yang berkat perlulah menjaga adap2 memulakan pelajaran.

inilah ideologi barat yang kita dah anggap biasa. Mesti ade yang akan kate"takkan nak tulis tulisan jawi mase zaman moden ni,macam mane nak maju,nak lawan amerika,at least tulisan rumi adelah ala-ala english skit"...ape salahnye orang arab boleh je pakai tulisan arab,jepun boleh je tulis gune tulisan jepun,korea,thailand dan banyak je lagi negara2 yang kekal dengan identiti mereka tapi tetap maju...xde pun yang mundur dan tidak diterima oleh masyarakat dunia sebab pakai tulisan yang lain dari rumi atau tulisan yang diiktiraf olah dunia. Kat kempus ana ni ade je orang arab yang dalam nota die ana tengok still tulis bhasa arab, ade je orang thailand yang selalu skor dalam exam bila jumpa kawan2 die speaking bahasa die ...padahal di negara mereka, meraka belajar,tulis n bercakap dlam bahasa mereka ,boleh je fly overseas n success.Tapi nasi dah jadi bubur apakan daya bukan mudah nk tuka sistem pembelajaran sesebuah negara,kalau dah tulisan rumi dari kecil tibe nk buat semula tulisan jawi..em...perlukan penelitian yang terpeinci.

Bukan nak perjuangkan nilai bangsa tapi nak menekankan bahawa kita ni dah terlalu jauh tenggelam dengan ideologi barat . Tv sekarang ni dan menayangkan pelbagai filem 'pelik' yang kita rakyat terutama umat islam ni dah tak ambil pusing sangat soal halal haram. artis-artis sekarang pakaiannya pula semakin hari semakin kekurangan benang dengan adegan dan aksi aksi yang 'kreatif' menyeksa pandangan ornang yang bermujahadah menundukkan pandangan untuk menjaga hati...kini dalam sekelip mata sahaja hati yang bersih di saluti bintik-bintik hitam yang sukar di bersihkan...tidakkan rasa tindakan itu zalim...menzalimi meraka yang menjaga hati agar selalu mengingati allah...kasihan orng2 mukmin ini,kejam sekali dunia padanya. penat menjaga hati tetapi mudah sahaja dirosakkan oleh insan yang tidak pernah dikenali.

kasihan juga kepada anak2 kecil yang baru mengenal kehidupan,perkara seperti ini yang menjadi bahan pelajaran pertama mereka... lenggok Inul, gerak tari Agnes Monika , pakaian mengoda fasha Sanda , suara parau ela dan pelbagai lagi ...pernah sekali ana duduk di surau semantara nak tunggu meeting event,ana sempat melayan kerenah anak mak cik kafe dalam kempus ana tu..alangkah terperanjatnya ana bila adik berumur kurang dari 7 thun ni hafal lagu seorang arti indonesia (ana xsure) siap dengan lenggok dan mengusap-usap rambut ala-ala menggoda. Nauzubillah,perasaan lucu bercampur baur dengan bimbang dan terkejut,tak dapat nak digambarkan...tapi alhamdulillah ana sempat pesan pade adik ni supaya jangan menyanyi depan lelaki "nnati tuhan marah"...die pun kate "xlah kite nyanyi depan mak dengan ayah je"...alhamdulillah semoga dia paham




persoaln yang perlu kita fikirkan bersama,sampai bila kita akan terus setuju dengan semua idiologi barat ini...stakat itu sahaja untuk post kali ini wallahualam...

Friday, October 9, 2009

islam is the only way of life



Manusia hakikatnya hanyalah ciptaan allah s.w.t. Suatu ciptaan yang tidak mampu difikirkan kewujudan dan penciptaannya dengan akal dan logik semata2 . Bukan ingin diagung-agungkan penciptaan manusia tetapi memikirkan hakikat kejadian makhluk yang terlalu komplek sehingga tidak mampu diungkapkan dengan kata2. jika di fikirkan adakah mampu kita menyelongkari semua kejadian ini tanpa petunjuk allah. Mari sama2 kita singkap sedikit hakikat kejadian manusia berdasarkan bukti2 dalam al-quran.

"Dan sessungguhnya telah kami ciptakan manusia dari sari tanah,kemudian kami jadikannya air mani yang tersimpan kukuh dalam tempat yang terpelihara,kemudian kami jadikan air mani itu segumpal darah,kami jadikan tulang-belulang,maka kami liputi tulang-belulang itu dengan daging,kamudian kami jadikannya suatu bentuk yang lain. maha suci allah yang sebaik-baik pencipta"
">(al-mukninun :12-15)

Dalam buku la tahzan,persoalan yang diajukan kepada pembaca benar2 membuat kita berfikir... pernahkah kite terfikir ingin menukarkan anggota badan kita dengan sejumlah harta dunia??
misalanya menukarkan kaki dengan segunung emas,menjual tangan dengan harga selaut perak...mungkin ada yang akan berkata "em,boleh je"..."em,apa salahnye nanti dah dapat harta banyak boleh beli kaki baru,tangan baru(palsu)..."mesti boleh lagi best ,boleh beli yang lagi canggih tu...macam dalam movie x-men..tak pon beli la tangan lagi power dari superman,bukan takat buleh pulas besi tapi matahari pon buleh pegang"...em...hebat jugak akal manusia ni..dan anggkuhnya manusia!!!

persoalanya samakah tangan ciptaan manusia dengan tangan ciptaan allah??!! adakan tangan ciptaan allah perlu masuk workshop untuk baiki wire,nak betulkan skru,letak minyak nak bagi xkarat...perlukan kaki ciptaan allah di selanggara mengikut tempoh yang ditetapkan...apa yang kita lihat didalam movie itu hanyalah khayalan manusia sahaja. Khyalan manusia yang tidak pernah merasa puas dengan nikmat yang di kurniakan,selalu inginkan lebih...,nak boleh lompat tinggi cicakmen,nak tangan kuat macam papaya,nak lari laju macam bionik...macam -macam lagi yang sering diangan2kan..

Bukan tidak boleh untuk berangan2 tetapi biarlah berpada2 dan boleh diterima akal. Untuk apakan bermimpi setinggi gunung kinabalu jika bukit bendera pun tak lepas naik lagi. Yang seharusnya difikirkan adalah bagaimana untuk mengunakan kurniaan allah ini untuk berbakti pada islam agar suatu hari nanti islam gah di dunia seiring dengan pembangunan teknologi yang pesat. pada masa itu,apabila semua umat manusia telah benar2 memahami islam maka bukan cicakmen,bionik atau papaya malah supermen,batmen dan spidermen pun tidak perlu wujud untuk membela keamanan. dan pasti kalimah2 allah sentiasa segar dibibir rakyat,sebagai tanda syukur dengan nikmat yang diberi.

"dan kepada allah sajalah mereka bersujud segala apa yang berada di langit dan semua yang melata di bumi dan juga para malaikat,sedang mereka tidak menyombong diri"
(an-nahl-49)


sesungguhnya allah itu maha adil . manusia itu dijadikan khalifah di muka bumi ini dengan segala kelayakan yang mereka ada. manusia tidak dibiarkan begitu sahaja,maka allah menciptakan segala yang ade di dunia sesuai dan seringkali berkaitan dengan kehidupan manusia. allah ciptakan air untuk minuman,pokok sebagai makanan dan udara untuk bernafas..lihatlah insan,betapa kasih sekali allah pada kita,hanya kita yang tidak mengerti. masih lagi lalai dan ingkar suruhan allah sedangkan setiap hela nafas kita hanyalah milik allah s.w.t..tidakkah pernah kita rasa malu melakukan maksiat dengan nikmat pemberian tuhan, sedangkan kita hanya meminjamnya dan akan kembali menghadapNya

"dan di antara tanda2 kekuasaan-Nya,dia menciptakan kamu dari tanah,kemudian kamu berkambang biak"
(ar-rum :20)
" setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati,dan hanya pada hari kiamat sahajalah akn diberi dengan sempurna balaanmu, barang siapa yang dijauhkan dari neraka maka mereka akan masuk kedalam syurga, sungguh mereka memperoleh kemenagan. kehidupan dunia hanyalah kesenagan yang memperdaya"
(ali-imran : 185)

justeru dengan itu allah turunkan ajaran yang membimbing fitrah hidup manusia, rohani, jasmani, moral, individu dan masyarakat. denganya allah turunkan al-quran untuk membimbing manusia agar tidak terpesong, samalah analoginya seperti kita membeli astro maka didatanginya sekali dengan manual (astro ade manual book ke?? ape sje lah yang ade manual book) maka al-quran itulah manual book kita yang menjadi panduan kepade setiap perbuatan dan amal ibadah kita. Bayangkan astro yang kita beli tu kita kita pandai2 sendiri sahaja nak memasangnya,mungkin kuali astro akan terlangkup kebawah dan antenanya entah pusing kemana..resultnya siaran astro yang kita dapat lihat apa?? sama dengan siaran astro cacing dalam tanah (mungkin cacing pun lebih maju kerana meraka ikut manual book= mereka ni sahabat2 sekalian pastinya ikut manual book,mereka ini selalu berzikr pada allah tanpa penah ingkar, cuma kita shaja yang tidak memahami zikir mereka berdasarkan firman allah)

"telah bertasbih kepada allah apa sahaja yang berada di langit dan dibumi, dan dialah yang maha bijaksana"
(as-saff : 1)

berbalik kepada cerita manual book kita,natijah apabila al-quran tidak dijadikan pedoman dan islam di amalkan mengikut keselasaan kita...maksiat berleluasa tanpa kawalan, negara mengalami masalah kualiti generasi muda yang bermasalah,penagih dadah yang semakin meningkat,kelahiran anak luar nikah yang mencecah puluhan ribu dan sebagainya...apabila di tanyakan kepada pihak2 yang berkenaan tahu pula mereka menyatakan bahwa golongan seperti ini kurang didikan agama,lalu apa tindakan susulan?? memberi jarum kepada penagih dadah untuk mengurangkan kadar penghidap HIV atau mendirikan lebih banyak pusat serenti untuk menampung golongan ini atau selapas ini menyediakan kondom agar dapat mengurangkan kelahiran anak luar nikah...nauzubillah diri ini bukanlah sempurna untuk memperbetulkan apa yang dianggap bermasalah tetapi hanya menyedari bahwa penyelesaian kepada masalah ini adalah dengan mengukuhkan akidah terutama genarasi muda. mereka sepatutnya diberi penekanan soal nilai2 keimanan. Bukan magga,ujang atau klio menjadi teman tetapi al-quran dan buku2 pemantapan akhidah

Sebenarnya nilai ini yang diturunkan oleh allah kepada manusia sejak berkurun lalu,turut sekali bonus iaitu para anbia yang menjadi pedoman kita, kudwah kita dalam menjalani hidup . al-quran dan islam diamalkan secara total bukan ambil sedikit2. ambil part ibadah shaja part perundangan dan kepimpinan tutup mata buat2 tak nampak. sesungguh hanya islam agama yang diredhai disisi allah (ali imram-19) dan nabi muhammad itu adalah contoh teladan yang sebaik-baiknya."Kami tidak mengutus seorang rasul pun, melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka. Maka Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Dia-lah Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. " (ibrahim : 4)

"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk. "

(ali-imran : 103)



islam yang dibawa pada hari ini adalan islam yang diturunkan daripada allah s.w.t sejak dahulu lagi. apakan kita tidak mempercayai akan al-quran,para anbia dan kepulangan kita pada hari akhirat?? jika tidak harus diteliti semula akidah kita, mungkin telah tersasar dari landasan...dan jika kita masih teguh dan yakin bahwa kita akan dibangkitkan pada hari pembalasan kelak,teruslah mengorak langkah dan gigih mencari redha allah s.w.t.

Friday, October 2, 2009

sahabat





wahai sahabat,
tatkala kau berpenat lelah menegakkan agama allah
lantas al-malik menghitungnya dengan kasih sayang
langkahmu adalah segunung pahala untuk akhirat
pengorbananmu adalah batuan besar pemberat timbangan

wahai sahabat,
dirimu yang kau korbankan untuk islam bukanlah sia2
masa mudamu kau alunkan dengan irama perjuangan
kakimu rancak menari tarian perperangan
bibirmu lancar mendendangkan lagu2 jihad

wahai sahabat,
tuhanmu tidak pernah mungkir janji
syurga yang kau nanti pasti kau kecapi
berbekal taqwa dalam hati
teruslah berjuang sehingga akhir ayat nanti






"Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahwa bagi mereka disediakan surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka diberi rezki buah-buahan dalam surga-surga itu, mereka mengatakan : "Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu." Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya"

(albaqarah-25)