• Soleh Solehah

    Bersangka baik pada takdir Allah itu natijah daripada Tauhid yang kuat.

  • Cinta Allah

    Cinta selain Allah akan membelenggu diri. Jalan keluarnya ?

    Cintailah Allah dan cintailah segala dan semuanya kerana Allah.

  • Akhirat yang Abadi

    'Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dimintai pertanggung-jawaban.

    (Al-Isra :36)

Thursday, January 25, 2018

Rakan sebilik zaman muda

Rakan sebilik pertama saya. Asal Kelantan tapi cakap luar tak bau budu. Itu pandangan pertama saya padanya. Masa masih belum ada asas 'bahasa kelantan'. Sekarang bile dah jadi menantu orang Kelantan. Ade sedikit asas loghat klate tu, boleh la kenal pasti budu jenis ape beliau makan bile de kecek luar huhu.

Bantal busuk masing-masing. CJ7, Froggy and Happy Bear.

0oo paling saya ingat sekali tentang sahabat saya yang sorang ni, beliau kaki study. Bab study memang tiada kompromi. Sebab tu keputusan sentiasa konsisten cemerlang. Malangnya kami tak sama kos(kalau tak mungkin saye juga cemerlang sepertinya). Beliau kos petroleum engineering.. Uuu PETROLEUM ok! Tak ramai kat Malaysia ni.. Now working with Petronas ..uuuu PETRONAS. She deserve it!!
8 Tahun dah berlalu...Dah beranak pinak

 Kata kata imam alGhazali 

Pilihlah sahabat yang jika engkau meminta sesuatu daripadanya pasti ia memberi, jika engkau diam dia menyapamu dahulu , jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu dia suka membantu dan meringankanmu dan menghiburmu. 

Alhamdulillah, salah seorang sahabat yang banyak membantu dan sangat diingati keberadaanya dalam perjalanan hidup saya. Walaupun tak berjaya meng'kelantan'kan saya dalam tempoh beberapa tahun kami menjadi rakan sebilik, mungkin ade doa-doanya menjadikan saya sedikit-demi sedikit ter'kelantan' (istilah macam orang baru nak peluk agama islam) dengan sendiri (pengaruh ahli keluarga-suami).


Tuesday, January 23, 2018

Hari Kelahiran Mu'izz

19 Januari hari kelahiran Mu'izz. Kami pergi shellout untuk makan malam, simple celebration, yang kenyangnya mak dan ayah. Birthday boy macam biasa, panjat turun naik meja kerusi. Huhu nak makan macam perang .. 2 lelaki kan boleh bayang kalau dua-dua turun naik meja kerusi dikala mak ayah kelaparan dan berhajat menghabiskan setalam shell out.

Sape yang tak pandang kamera?

Kebetulan saya kene ke PD pada hujung minggu. Jadi satu bentuk sambutan lagi, bermalam di hotel. Awal check in dua beradik ini kemain gembira bile malam adik dah mula rindukan buai die. Jadi nak tidurkan tu macam-macam cara. Yang paling best sebab umi peminat laut. Lepas asar  tentatif santai-santai jadi tanpa betangguh terus ke laut main air.


Bukan senang nak dapat gambar tengah laut macam ni ok.
Tudung umi plak spoil.

Sebenarnya sapa yang galak sangat main air laut. Anak ke mak??

"Dia mungkin tak punyai ibu yang terbaik. Tapi dia miliki Tuhan, Allah Rabbil Alami. Pemilik langit dan bumi yang terbaik". Pengisian daripada salah satu kuliah yang saya sempat dengar. Ya, saya bukan ibu yang terbaik. Banyak yang saya harus belajar dan perbaiki.

Buntu seketika untuk menulis sebenarnya. Apa pun doa dipanjat kepada Allah agar dipelihara anak ini menjadi hambaNya yang soleh. Diberi kesihatan yang baik, dikurniakan akhlak mulia seperti para rasul dan nabi, diterangkan hati, dilimpahi rezeki yang halal dan menjadi hamba Allah yang taat.


Credit photo to my ex-senior UTP

Tuesday, January 16, 2018

Kemas ada makna

Saya puji dan sangat kagum dengan orang yang rumahnya teratur dan kemas (yang tak ade pembantu rumah la). Biar rumah kecil, buruk nak roboh sekalipun. Saya pernah lihat dalam tv rancangan Bersamamu. Rumahnye kecil, boleh dipanggil pondok sebab kecil dan dibina daripada papan. Tapi bila masuk dalam rumah, barangan almari, katil, kerusi meja teratur dan tengok di sekeliling rumahnya bersih. Lamannye kemas, susah nak jumpa sampah, rumput-rumput ada tapi tak tinggi, dipotong, maksudnye di jaga dan tidak terbiar.

Kalau nak puji tu banyak lagi yang boleh ditulis disini. Banyak lagi contoh-contoh yang pernah saya jumpa, cuma nak katenye kemas tidak perlu duit banyak. Tidak same dengan nak mencantikkan rumah. Rumah cantik pada saya perlukan kos. Nak cat rumah, nak hiasan dalaman, nak tile, nak langsir, nak carpet, nak frame gambar, pasu bunga dan macam-macam lagi. Dan ya, sape tak suka punyai rumah yang cantik kan..

Kalau pergi IKEA tu amik gambar semua sudut, acah-acah rumah sendiri. Bilik tidur, sofa ruang tamu kerusi rehat. Aduh.. memang tula tempat terbaik nak berangan rumah idamanku. Situla nak cari idea nak mencantikan rumah. Perabot ape nak tambah, dinding mane nak gerudi, sudut mane nak letak kabinet. Sediakan duit aje, dapat la rumah cantik bak istana.

Itu untuk yang mampu. Tetapi untuk hal berkaitan kemas, pada saya ia 0 kos. Memang tidak mudah juga, nak kemas perlukan masa, perlu tenaga. Kite dah la kerja, anak-anak kecil ramai pulak tu. Pelbagai kekangan. Tetapi tiada masalah jika kemas itu telah manjadi tabiat!! Dan bile sebut tabiat, ia bermula dari tindakan kita sehari-harian, sejak kecil sehingga jadi terbiasa dan jadi tabiat\sikap. Dalam sebuah kuliah yang saya pernah dengar kata-kata seperti ini.

Hati- hati dengan Fikiran 
Kerana Fikiran akan jadi Tindakan

Hati- hati dengan Tindakan 
Kerana Tindakan akan jadi Kebiasaan

Hati- hati dengan Kebiasaan 
Kerana Kebiasaan akan jadi Sikap

Hati- hati dengan Sikap 
Kerana Sikap akan jadi Taqdir kehidupan

Boleh jadi, rumah yang kemas itu ade makna. Yela nak masuk TV so kene la rumah kemas elok-elok nanti ape orang kate kan. Kemas sebab orang nak datang nanti kalau bersepah tetamu tidak selesa. Rumah kemas nanti kalau kotor tuan rumah(land lord) marah pulak. Rumah kemas sebab nanti kotor, berpasir tak sapu nanti kuman membiak. Penyakit mudah dapat. Berselerak nanti susah nak cari barang. Barang tunggang langgang nanti makan ruang, rumah jadi sempit. Barang berterabur nanti mak marah. Nanti tak kemas bini beleter. Nanti suami naik angin.

Kemas la untuk ape sebab sekalipun. untuk mak, untuk suami isteri anak-anak, untuk kepuasan diri sendiri, untuk bos...KEMAS adalah sifat yang baik! Jadi Ismalina, sila lah jadi seorang yang kemas sebab kemas tu baik untuk diri kamu dan keluarga kamu. Kemas dan bersih itu sebahagian dari agama kamu. Di Dalam Buku HADIS 40 Imam Nawawi. Hadith ke 23

Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: "Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjualdirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya."

(Riwayat Muslim no.223 dan al-Tirmizi no.3517)

Di sebalik segala cabaran dan kekangan, jika dengan izin Allah, dengan tekad dan azam yang kuat dalam diri untuk sentiasa menjadi lebih baik, Pasti Allah beri jalan!! Insyallah semoga kita, ahli keluaga kita, zuriat keturunan kita terdiri dari golongan yang beriman kepada Allah.

Makna disebalik susun kasut
Baru tiga pasang, soon 4 selepas Mu'izz berjalan nanti

Susun sebaris - Kemas, mudah nak cari, mudah nak pakai dan
boleh muat banyak lagi kasut lain jika tetamu datang atau kasut2 lain jika ada
Tepi dinding - sebab beri laluan kepada orang nak keluar masuk pintu
tidak tersepak nanti hilang tercampak tak jumpa cari..

Makna disebalik melipat toto
Tempat beradu anak teruna. 

Susun/lipat separuh - boleh terus baring bile2 nak.
On top of each other - supaya senang nak bentang semula
Dua lapis - Tebal dan tak sakit badan tidur.
Letak tepi dinding - supaya tak dipijak-pijak dan untuk
elak dari cepat kotor dan menipis sebelum masa.

Monday, January 15, 2018

Si BuahTembikai Merah

Alhamdulillah... tak lama lagi genap setahun menyusukan Mu'izz (exclusive breastfeeding) Syukur ya Allah. Nikmat yang tidak ternilai dari Allah. Cuma kene berkerja keras sikit sebab stok susu semakin berkurangan dalam peti ais. Permintaan semakin bertambah. Daripada 2 beg (7oz per bag) kepada 3 bag sehari walaupun dah mula makan.

Untuk anak kedua ini, ade pembaharuan dari segi milk booster. I love it!! Milk booster saya tembikai. Ye buah tembikai yang merah tu. Kulit hijau dan banyak air tu. Memang itulah kegemaran saya suami isteri anak beranak. Beli sebijik sekali hadap pun boleh habis makan. Sebenarnya kekadang tak cukup, berebut mak ngan anak-anak. Tiba-tiba ditakdirkan menjadi sepadan pula sebagai makanan penambah susu. New discover past few days.

Bahagia rasa. Berita yang sangat mengujakan bagi seorang pencinta buah macam saya. Tak sah sehari tak makan buah. Stok buah sentiasa ade di rumah. Selalunya borong di pasar pagi Greenwood. Murah dan pelbagai jenis buah ade. Tak cukup begitu, diturunkan pula perangai 'hantu buah' ni pada anak-anak.. Healthy snack!!

Stok buah borong di MBG. 
Antara kedai buah yang ore klate kate "buleh kiro" 
Ade pebagai jenis buah yang jarang dijumpai seperti Peach dan Cherry, 
kadang-kadang boleh didapati dengan harga yang murah.
Yang dalam gambar tu Peach RM5 2 biji dan Cherry 20-25 biji RM10

Senyap dapat strawberi. 
Layan makan buah, adik dan abang semua buah makan

Hasil susu pagi ini 9 oz. 
Biasanya pagi macam ni dapat dalam 5-6 oz

Kisah pagi ini, lebih mengujakan dan mengembirakan bila bangun pagi tengok ikan, ayam dan barangan dapur yang dibeli di pasar dah siap di siang, dibasuh dan di bungkus kemas oleh En Suami dalam peti sejuk. Lebih teruja dari jumpa milk booster tembikai ok!! More oxytocin produce ..happy.. more milk produce for the baby. Terima kasih yang tidak terhingga Hubby.





Thursday, January 11, 2018

Stabil jiwa, Tenang

Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kamu menganggap remeh suatu kebaikan,walaupun sekadar bermanis muka ketika kamu menemui saudaramu."

(HR.Muslim:2626)


Betul, saya selalu ambil ringan bab senyum/manis muka. Terutamanya dengan anak-anak dan suami. Kadangkala bila dah ternaik hangin tu memang susah nak senyum. Kesian anak-anak terkebil-kebil apabila suara umi dah mula tinggi. Tak berganjak die dari tempat tadi..mata terus memandang saya. Mungkin nak minta maaf tapi tak pandai nak susun ayat. Umi terus tak pandang, ego ni tinggi. Mentang-mentang aku ibu!!


Kali pertama mendengar hadith ini masa tinggal sebumbung dengan kawan-kawan di Pantai Permai, Pantai Dalam. Baru lepas grad. Teringat ketika itu, saya berfikir sekejap apabila memahami hadith Nabi ini. Setuju benar. Bila serumah kite tahu hati budi masing-masing, kenal bukan sekejap, dah bertahun-tahun berkawan. Kenal, bila waktu kawan tu gembira, kenal, bila waktu sedihnya tiba, kenal juga bila waktu stress sesama-sendiri. Bagaimana? Kan kata kawan dah lama.... huhu Jawapanya bukan hanya itu!! Memek wajahnya yang paling ketara!!

Perempuan, tak boleh menipu ape dalam hati mereka. Muka tu dah tunjuk dulu sebelum mulut dibuka untuk berkata-kata. Bila masing-masing balik kerja, tengok raut wajah satu-satu. Ini mesti tengah gembira.. senyum sampai telinga, ini mesti ade masalah muka moncong aje ni.

Apabila terbiasa begitu. Menduga melalui memek wajah, saya jadi terbiasa. Apabila berkahwin, saya akhirnye belajar yang saya mungkin silap jika hanya menilai raut wajah kerana bukan disitu letaknya semua isi hati. Untuk suami/lelaki, mereka makhluk yang lebih stabil berbanding wanita. Mereka punyai daya tahan yang kuat terhadap serangan emosi(secara amnya).

Apapun saya silap jika mendakwa semua wanita boleh diduga hatinya melalui raut wajah. Sebab, saya sendiri ade terjumpa kawan yang mukenya tak selalu menggambarkan isi hatinye. I was really surprised at the same time impressed. Susah juga nak menduga ape mood semasanya jika tidak dia sendiri yang bercerita.

Saya harap saya miliki kekuatan sebegitu. Tidak larut dan layan sangat hati dan emosi. Sedang belajar dan perlukan masa, harap tidak lama. Oleh itu misi 2018 adalah lebih STABIL dari sudut emosi, sabar dan tenang. SENYUM.

Anak-anak tunggu giliran nak mandi.
Sape la yang dalam bilik air tak reti-reti nak keluar tu (it's me)


Thursday, January 4, 2018

Buka tirai 2018 di atas bukit

Kali terakhir saya ke sini adalah 15 tahun lalu. Seingat saya, saya menaiki bas bersama kawan-kawan sekolah rendah selepas tamat peperiksaan UPSR. Masa yang agak singkat, menyebabkan lawatan ke tanah tinggi itu kelihatan agak samar-samar dalam memori saya. Yang pasti, saya bawa pulang beberapa pokok kaktus dan key chain bunga.

Percutian kali ini seolah-olah membalas dendam yang tersemat dalam hati sekian lama. Tiga hari dua malam(ok itu satu tempoh yang sangat cukup). Betul kata orang, hujan emas negara orang hujan batu tempat sendiri. Saya rindu Melaka dan Kuala Lumpur. Sejuk di tanah tinggi itu bukan kehidupan saya. Mungkin kami datang pada musin hujan, menyebabkan cuaca disana begitu sejuk bagi saya.

Tidur tak begitu lena, mandi bukan tak basah tapi lebih mengerikan dari itu. Mandi menjadi satu agenda yang paling saya harap saya boleh tunda (tak nak mandi!!). Alhamdulillah terima kasih kepada pemanas air, tapi itu tidak lama, lepas mandi sejuknye terasa hingga ke tulang (kulit dan tulang saya pun dekat2 je kan..) Tanpa aircond dan kipas rumah penginapan kami juga sejuk. Stokin sentiasa melekat di kaki saya kecuali apabila ke tandas.

Sebenarnya sejuk yang saya rasai tu mungkin hanya saya je lebih-lebih, anak-anak suami dan ibu saya biasa-biasa aje. They enjoy the weather so much. Selain daripada cuaca, saya rasa tidak ade yang lain yang patut dirisaukan. Semuanya baik-baik dan menyeronokkan. Trafik agak baik (jem sikit-sikit) walaupun pada cuti umum. Banyak tempat-tempat menarik yang kami lawati terutama Ladang Teh Boh yang terletak di lereng bukit dengan pemandangan yang sangat indah Subhanallah!! 

Strawberi  dah menjadi makanan harian selama tiga hari untuk sikecil Mu'min dan Mu'izz. They love it soooo much!! Asyik mintak strawberi aje setiap masa, baju , muka seluar semua habis merah macam tumpah air sirap. Dan yang lebih menarik sebab tempat penginapan kami terletak dalam ladang strawberi. Dapat pulak harga yang agak murah RM30 perkilo, petik sendiri!! Buah banyak !! Nak kate manis tu tak la manis, tapi ok la sesedap rase masam huuhu. Pak su dan Abah diorang tak suke menjadikan strawberi yang dibeli itu hak mutlak ummi dan anak-anak. Kenduri strawberi anak-branak (umi tak kalah, setengah kilo sorang).

Bunga tak payah cerita. Nenek tak kelip mata tengok bunga hari-hari. Kalu ikut nafsu mau dibawa lori borong beli bunga bawa balik Jasin. Bunga di sana sangaaaaaaat cantiiikk. Kami masuk Ladang Lavender RM10 for adult dan masuk MARDI RM5 for kids. Berbaloi tengok dan amik gambar dengan bunga-bunga yang jarang (hampir tak pernah) dijumpai di Jasin atau Gombak. Subhanallah, indah ciptaan Allah Maha Kuasa. Semoga kami tergolong dalam kalangan orang-orang yang dapat menikmati indahnye Syurga Allah nanti. Ameen..

MARDI tempat banyak bunga cantik-cantik

Shopping..nope this is not the real place. Duit habis disalurkan untuk membeli makanan, buah dan sayuran dan pokok bunga sikit. Secara kesuluruhan Alhamdulillah percutian yang menarik. Yang lain, biarkan gambar berbicara. More picture on the next post. Kene amik kat phone changgih suami ..

Tempat Kaktus cantik dan harga pokok berpatutan. Free entry

Baju tu kejap lagi tukar warne merah

Ibu dah termenung sebab kene hiking pagi-pagi nak minum teh di kaki bukit.

Pejam mata pulaak ..

Jangan petik! sayur ladang orang tu Pak su...


Baru sampai sekitar 10 pagi, dua beradik ni belum mandi lagi

Kesan dot dot merah kat muka sebab makan strawberi