• Soleh Solehah

    Bersangka baik pada takdir Allah itu natijah daripada Tauhid yang kuat.

  • Cinta Allah

    Cinta selain Allah akan membelenggu diri. Jalan keluarnya ?

    Cintailah Allah dan cintailah segala dan semuanya kerana Allah.

  • Akhirat yang Abadi

    'Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dimintai pertanggung-jawaban.

    (Al-Isra :36)

Wednesday, June 29, 2011

RM160 000 vs RM1

"Mengikut jawapan bertulis, RM48 juta dibelanjakan antara tahun 2006 hingga 2010 bagi penyelenggaran kediaman kedua-dua pemimpin negara itu. Menurut jawapan itu, hampir RM33 juta dibelanjakan untuk menyewa kediaman lain semasa tempoh itu. Sewa dibayar kepada Perbadanan Putrajaya. RM3.5 juta lagi dibelanjakan untuk kerja baik pulih, RM10.2 juta bagi bil elektrik dan RM1.9 juta untuk bil air.

Menurut beliau jika jumlah itu dibahagikan sepanjang lima tahun dan dikira mengikut bulan, kerajaan membelanjakan RM160,000 untuk bil elektrik dan RM33,000 untuk bil air bagi kedua-dua kediaman rasmi."

MasyaAllah, terbeliak biji mata ana membaca akhbar Malaysiakini sekejap tadi. Bil elektrik rumah ana dikampung hanya RM20. Jika lebih 30 pasti ibu akan membebel dan berkuliah panjang. Mulalah semua peralatan elektrik dicatu dan dikurangkan penggunaanya. Lampu akan cepat-cepat dipahamkan setelah digunakan. Kipas selalunya hanya berputar ditahap 2 atau 3 sahaja. Bagi ana itu dah cukup jumat dah.

Hati ana rase sayu apabila mendengar berita-berita seumpama ini. Ramai lagi penduduk malaysia yang tidak mampu makan walaupun sekali sehari. Sejak berintern di KL semakin jelas jurang taraf kehidupan masyarakat yang ana dapat lihat. Saban hari, hati terus basah dan menangis melihat pakcik-pakcik dan makcik-makcik tua yang menjual tisu ditepi jalan mengharapkan simpati manusia yang lalu lalang. Apa yang ada dihulurkan, walaupun RM1..ana pasti mereka amat menghargai.

Mungkin juga diri ini amat memahami betapa bernilainya RM1 terutama dihujung-hujung bulan kerana pengalaman yang dilalui sendiri. Ziha mesti paham ape yang ana maksudkan- terkadang tidak perlu hujung bulan, tengah-tengah pun dah perit mencengkam perut betul x?? Apa pun kami bertuah di Carigali Petronas- Jimat!! Allah meletakkan kami sesuai dengan keadaan kami. Alhamdulillah.

Sekadar seruan kepada yang tidak merasai. Wahai, insan-insan yang bertanggungjawap mengambil duit kami . Pulangkanlah kembali hak-hak kami agar kelak kau tidak disoal dan kami tidak menuntutnya . Kerana nescaya,pada hari itu kau akan menyesal dan kekesalmu tidak akan berguna sama-sekali.

Tuesday, June 28, 2011

Tazkirah 30 saat

"Assalamualaikum" sapa seorang kakak lewat 30an kepada ana.

Alhamdulillah, penghuni-penghuni menara berkembar tertinggi dunia ini tidak lokek memberi senyuman dan salam. Semua ramah-tamah belaka. Surau, selalu diimarahkan dengan pelabagai aktiviti yang bermanfaat.

" Waalaikumsalam" ana menjawap pendek sambil membalas senyumanya.

"Dalam radio IKIM, ustaz sebut kalau jawap waalaikumusalam warahmatullah hiwabarakatu, dapat 30 markah, markah penuh" katanya lagi sambil tergesa-gesa menyarung kasut dan terus berlalu menuju kearah lif. Ana sekadar senyum, "sempat juga kakak ni berdakwah walaupun tergesa-gesa" .


Dakwah = Sampaikan = Sabda Rasulallah "sampaikan kepadaku walau satu ayat"

Wednesday, June 22, 2011

Acik ke Akak


“Acik..Acik..”

Ana segera menoleh kebelakang, mencari-cari suara halus yang tiba-tiba menyapa tatkala pulang dari kerja. Akhirnya mata ana terlihat adik kecil yang tersenyum comel memandang ana. Ramah dan memang comel. Badanya tersidai di koridor rumah flat yang berhadapan rumah ana. Ana dengan senang hati membalas senyumnye.

"Acik..Acik..Acik dah balik ae.." gadis comel itu bersuara lagi.

"em.." ana mengagguk..kali ini senyum ana lebih lebar apabila terdangar panggilan Acik..

"em, acik ke aku ni..mude lagi rasenye, em...xpe la" ana berfikir sekilas dan terus beramah mesra dengan anak kecil berusia 3 tahun yang mengelar dirinye Aimi. Jiran depan rumah baru nak berkenalanlah katekan.

Apapun, hakikatnye manusia semakin tua..yang adik akan jadi kakak, yang kakak akan jadi mak cik dan yang mak cik akan jadi nenek. Pengakhiranya tetap sama. Alam barzah dan banglo 7 tingkat bawah tanah yang akan menanti. Tidak kira siapa pun kita di dunia di hadapan Allah tetap sama. Bezanya hanya amal dan taqwa.

"Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya "

( Surah Al-Hujurat : 13 )

Saturday, June 18, 2011

Challenge and prepare yourself


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah and thanks to Allah for giving me times to again, update my lovely blog. Lately I am having a hectic live in Kuala Lumpur. Though deep down in my heart, I already expect this. I have so many story to tell, but I don't know where to start. In fact, I am running out of idea when it come to say it in English. Bercerita dalam bahasa Melayu lagi best, for a Malay tongue like me. Never mind, just try it.

Writing in English, remind me to Dr Zul. He was my Professional Communication Skill (PCS) lecturer. I took the subject took last semester . Dr. Zul did ask the class, what are the initiatives that we do to improve our English. It was the first day then, and I am wondering and thinking how can I answer it. As the result I got it B+. Not good enough.

Frankly speaking, my English is very poor and I do nothing for it. During SPM I was surprise to see that I got A1 for this subject. Thanks to my table mate in SESERI, Zara. She is currently doing her degree in Egypt if I'm not mistaken. Zara put an effort to teach me English. Everyday before we start our Prep time, she will ask me to read a loud any of English article. Than, she'll check my pronunciation and correct it. Alhamdulillah, I thinks she did her job successfully.

On other note, KLCC gave me a great lesson on the important of English. Not to say the KLCC tower but the people inside it. Even though the meeting might be conducted in dual language but most of the time, English will come out. In fact, email, phone call , presentations and many more require me to speak. So, whether I like it or not..I have to prepare myself for it.

I think this is enough for a moment. It just a try, but I love English. I have to prepare myself for another challenging day tomorrow. Pray hard for me(^_^)v.

Monday, June 13, 2011

Kisah Lobak. Telur dan Kopi


Kisah bermakna ini ana terbace ketika sedang kebosanan diOffice dek kerana 1st week baru masuk kerja..

Alkisah...
Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan bertanya mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Dia tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Setiap kali satu masalah selesai, timbul pula masalah baru.

Ayahnya yang bekerja sebagai tukang masak membawa anaknya itu ke dapur. Dia mengisi tiga buah periuk dengan air dan menjerangkannya diatas api. Setelah air didalam ketiga periuk tersebut mendidih, dia memasukkan lobak merah didalam periuk pertama, telur dalam periuk kedua dan serbuk kopi dalam periuk terakhir.

Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar sambil memikirkan apa yang sedang dilakukan oleh ayahnya.

Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Dia menyisihkan lobak dan menaruhnya dalam mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya dalam mangkuk yang lain dan menuangkan kopi di mangkuk lain.

Lalu dia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak?" "Lobak, telur dan kopi", jawab si anak.

Ayahnya meminta anaknya merasa lobak itu. Dia melakukannya dan berasa bahawa lobak itu sedap dimakan. Ayahnya meminta mengambil telur itu dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, dia dapati sebiji telur rebus yang isinya sudah keras.

Terakhir, ayahnya meminta untuk merasa kopi. Dia tersenyum ketika meminum kopi dengan aromanya yang wangi.

Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, ayah?" Ayah menerangkan bahawa ketiga-tiga bahan itu telah menghadapi kesulitan yang sama, direbus dalam air dengan api yang panas tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza.

Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan mudah dimakan. Telur pula sebelumnya mudah pecah dengan isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi pula mengalami perubahan yang unik. Setelah berada didalam rebusan air, serbuk kopi mengubah warna dan rasa air tersebut.

"Kamu termasuk golongan yang mana? Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui. Ketika kesukaran dan kesulitan itu mendatangimu, bagaimana harus kau menghadapinya ? Apakah kamu seperti lobak, telur atau kopi ?" tanya ayahnya.

Bagaimana dengan anda ? Apakah anda adalah lobak yang kelihatan keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, anda menyerah menjadi lembut dan kehilangan kekuatanmu.

Atau, apakah kamu adalah telur yang pada awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis ? Namun setelah adanya kematian, patah hati, penceraian atau apa saja cabaran dalam kehidupan akhirnya anda menjadi anda menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kamu menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku ?


Atau adakah kamu serbuk kopi ? Yang berjaya mengubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasa yang maksimum pada suhu 100 darjah celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi akan terasa semakin nikmat.

Jika kamu seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk atau memuncak, kamu akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan disekitarmu juga menjadi semakin baik. Samalah halnya dengan serbuk kopi yang berjaya mengubah air panas yang membakarnya menjadikan ia lebih sedap dan enak untuk diminum. Apakah anda seperti itu?"

Monday, June 6, 2011

Debaran Seorang Trainee

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, Allah beri kesempatan masa untuk ana cerita sediki pengalaman ana hari pertama bergelar trainee di KLCC. Sepatutnye, malam ini ana ade program diluar tetapi sudah ditunda, jadi berbekalkan broadband sahabat ana, Fizah ana pun online sekejap untuk menjengah blog dan berkongsi cerita dengan pembaca tersayang.

Praktikal

Subhanallah, debaran malam sebelum praktikal Allah sahaja yang tahu. Teringat pesan ibu supaya membaca zikir Al-Latif selalu. Kata ustaz ditempat ibu belajar, ustaz memberitahu bahawa zikir ini dapat melembutkan hati orang yang memandang wajah kite.Ya Latiff iaitu nama Allah yang bermaksud Yang Maha Lembut sekiranya diamalkan membacanya insyaAllah akan mudah dikasihi dan jika di tuju kepada musuh atau yang sedang marah , maka dengan izin Allah akan lembutlah hatinya terhadap kita....[p/s : bukan untuk mengorat orang..betulkan niat]

Selain itu didalam buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi katanya, InsyaAllah bagi para peniaga yang mengamalkanya, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris dan maju. Selain itu di dalam Al-quran juga Allah berfirman

"ALLAH mempunyai Asmaa-Ul-Husna (nama-nama yang agung yang sesuai dengan sifat-sifat ALLAH S.W.T.), maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut asmaa-ul-husna itu."
(Surah Al-A'raf:180)

Makanya, malam semalam Alhamdulillah kerana tekanan dan debaran yang bakal dihadapi lidah ana dan seluruh fikiran ana, ana tumpukan kepada Allah. Berkumat kami mulut seakan-akan membaca mentra jampi serapah, beristighfar dan berzikir. Bimbang hari pertama praktikal menjadi pengalaman buruk yang tidak dilupakan. Macam-macam yang ana fikirkan.

"Boleh jadi, aku kene marah esok walaupun hari 1st keje dek kerana orang menyampah tengok muka aku hasil dosa-dosa yang menggunung dibahu aku ni..nauzubillah"


Iman terpancar diwajah

Ana selalu mendengar kata ini...

" Kalau, orang itu dekat dengan Allah, kite dapat rase aura die"
"orang beriman dan kuat ibadah ni, kata-katanye menusuk ke hati"
"redupnye wajah die, mesti budak ni baik dan solehah"

Dan macam-macam lagi...hakikatnye, kata-kata itu bukan omong kosong. Ana yakin, antum juga pernah rasai pengalaman seperti itu dan ana pasti, antum waima ana sendiri juga mahu orang selalu senang dan tenang memandang wajah kita. Bos dan rakan sekerja turut mudah menerima pendapat kita dan sedia memberi tunjuk ajar. Tipsnya tidak lain dan tidak bukan jagalah ibadah dan hak Allah!! I'allah Allah akan jaga kita. Tidak perlu membodek, mengoda apatah lagi merasuah untuk mendapatkan keselesaan di tempat kerja. Tapi janganlah jadi macam ana. Jangan hanya berzikir bila perlu, tetapi berzikirlah selalu, istiqamah dan sentiasa. Doakan apa yang ana tulis ini ana laksanakan ye sahabat-sahabat. Takut ana hanya pandai berkata-kata, tetapi gagal melaksanakanya.

Strategy Planning Department (SP)

Back to our story. Development Division dibawah naungan SP. Pejabatnye besar dan bersimpang-siur sampai tersesat ana mencari surau. Hari ini amatlah puas dan penat ana merayau dan "melawat" kawasan. Hari ini juga, wajah ana merona merah menahan malu kerana pasang PC tanpa satu lagi wayar penting. Puas ana membelek-belek monitor yang gagal di ON kan. Rupa-rupanya, ade satu lagi wayar tidak dipasang.

"Allah hu Rabbi, jatuh martabatku sebagai pelajar ICT..."bisik hati ana

Apa-apa pun, bak kate junior yang sempat chat dengan ana baru sekejap tadi.."hari 1st kak, biase la"..i'allah be positive!! esok apa pula akan berlaku...integriti!!

Sunday, June 5, 2011

Jemur, Angkit, Sidai, Gantung Baju

Jemur vs Angkit Baju

“angkat baju tu esok je kak long” ibu menyapa ana yang baru sahaja melabuhkan punggung dihadapanye.

Ana terpingga-pingga...wajah ibu yang sedang asyik menjahit ana tatap berkali kali, diselang-seli dengan kain baju yang tersidai di luar rumah dan jam dinding, yang sudah menunjukkan hampir pukul 6 petang. Sejenak kemudian, ketawa kami kedengaran.. akhirnya ana faham maksud sindiran ibu.

“ooo..ok ok, along gi angkat ni, ingatkan ibu kate betul betul tadi” adeyh lambat sungguh ana memahami.

Begitulah yang seringkali berlaku jika kami adik beradik ada di rumah. Kadang-kadang, jiran sebelah pula yang datang mengingatkan kami untuk mengangkat kain sebab dilihatnya kain tidak berangkat walaupun hari sudah menjelang senja. Mungkin jika ibu dan abang sahaja dirumah mungkin hal ini tidak berlaku kerana ibu cekap menguruskan kerja-kerjanya. Namun apabila dah bertukar tangan kepada orang yang jarang balik rumah, inilah akibatnye. Sori ibu (^_^)v

Sambil mengangkat kain, ana teringat UTP . [Isnin lepas telah bermulanya semesta baru untuk pelajarnya, ana yang akan berpraktikal pula akan mula pada 6 Jun ini. Semoga dipermudahkan]. Di asrama, keadaanya hampir sama. Ana dapati ramai juga pelajar yang payah nak angkat kain baju kat tempat sidai. Basuh baju memang rajin sebab ada mesin, tapi bab-bab angkat ni ade problem sikit sebab selalu bajet-bajet tiada masa untuk singggah dan angkat. Sampaikan baju tu dah kering..basah..kering..basah dan kering semula, baru nak angkat. Kadang-kadang ini pengalaman sendiri juga.

Gantung vs Sidai Baju

Sekarang ana berada di kediaman baru di Kuala Lumpur bersebelahan Axis Atrium Mall dan LRT Pandan Indah. Rumah pangsa ini ana kongsi bersama 5 orang sahabat lain yang juga berpraktikal di KL dikenakan bayaran sewa RM600 sebulan. Alhamdulillah dan syukran kepada sahabat yang berusaha mencarikan rumah sewa untuk kami. Disini lain pula kisahnya. Tempat menyidai kain ada, tapi dawai tiada. Hari pertama masuk rumah, sungguh memeningkan kepala sebab kain tersidai di tingkap-tingkap sebab tiada penyidai. Hari dua juga lebih kurang, hari ketiga baru berjaya dan sedikit terurus rumah kami.

Apa-apa pun, apabila berkongsi kediaman macam ni hendaklah dilapangkan dada seluas-luasnya. Masing-masing mempunyai tabiat yang pelbagai. Alhamdulillah, housmate ana sumenya orang yang kemas dan teratur jadi tiada yang harus dibimbangkan. Tidaklah pening kepala bila pulang ke rumah selepas kerja...to all BITS selamat memulakan intern esok (^_^)v