• Soleh Solehah

    Bersangka baik pada takdir Allah itu natijah daripada Tauhid yang kuat.

  • Cinta Allah

    Cinta selain Allah akan membelenggu diri. Jalan keluarnya ?

    Cintailah Allah dan cintailah segala dan semuanya kerana Allah.

  • Akhirat yang Abadi

    'Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dimintai pertanggung-jawaban.

    (Al-Isra :36)

Saturday, May 28, 2016

Anak bertuah: anak anugerah Allah

Giliran saya pandu kereta.  Perjalan pulang ke Kuala Lumpur setelah 3 hari berada di rumah mertua di Kelantan.  Sedar tak sedar dah 4 jam lebih kami sekeluarga dalam kereta. Berbaki lagi 3 jam nak sampai Gombak. Fikiran terasa begitu tenteram melihat pemandangan  indah alam sekeliling. Suasana dalam kereta pun agak baik sebab anak saya Mu'min baru terjaga dari tidur yang agak lama. Letih badan bermusafir jauh agaknya.

Teringat dulu masa pertama kali membawanya pulang ke Kelantan.  Waktu itu Mu'min berumur 2 bulan lebih. Perjalanan yang biasanye mengambil masa 8 jam terasa seperti 80 jam. Terasa sangat panjang dan tak mungkin akan saya lupakan. Yela, mungkin sebab masih bayi dan tak biasa berjalan jauh. Pelbagai usaha dan gaya sya lakukan nak menenangkannya. Sampai keduanya menangis sama-sama. Hai anak ummi, anak syurga, anak anugerah Allah pada Ummi dan abah.

Ilmu dari salah satu Parenting book yang saya baca : Screaming Free Parenting. Salah satu cara untuk menjadi ibu bapa yang sabar adalah dengan mengingati 3 perkara ini.

  1. Anak Amanah Allah
  2. Anak itu pelaburan dunia dan akhirat
  3. Anak itu hiasan dan harapan dunia akhirat
Pada saya bila sebut amanah, bererti tidak boleh dipandang remeh dan perlu tanggungjawap untuk menjaga sebaiknya.  Bersabar dalam mendidik. Insyallah..

Naik sampan nak pergi shopping.


Best buy. Kelambu Moden instant . Sapa minat PM kawan. 
Queen Size 1 Pintu
Murah aje RM35 tidak termasuk postage
watsup 0194305409

Anak bujang ummi dah besar.

Thursday, May 26, 2016

Marriage Quote

Terbaca status seorang senior uni dahulu. Sebuah lagu dedikasi untuk isterinya sempena ulang tahun perkahwinan keempat. Look small but I tell you, his wife going to keep the smile the entire week. hehe. Indahnye sebuah rumah tangga. Tapi jangan tersalah paham,indanya itu bukan pada puitisnye kata-kata. Bukan pada cinta suami atau kasih sayang isteri. Tapi pada ikhlasnye kite memberi dan berkhidmat pada satu sama lain.

I think marriage is something difficult to be described. And for me, the hardest chapter in marriage is communication. I love writing more than talking when it comes to feeling and emotion. Also because me myself don't really understand what I always have in my mind. Still need to learn a lot. Too much defect to be repaired in me. Of course not a perfect wife neither a lover.

Funny Quote.

Correct!!

Definitely!!

Deep..

Tuesday, May 24, 2016

Vintage : Planner DIY

Nak share sesuatu yang cantik dan anda boleh print sendiri. DIY konon-konon. Designnye menarik. dah mungkin boleh jimat kos daripada beli kat kedai. Sesuai untuk mereka yang ade banyak aktiviti sepanjang tahun supaya tidak terlepas sebarang program penting. Boleh guna, mengikut kesesuaian aktiviti masing-masing. Boleh juga digunakan oleh pelajar uni or jadual untuk anak2 yang homeschool. Mak2 yang busy bisness.



Printable Planner in PDF copy anda boleh dapatkan dari Website ini. Vintage Design . Sangat teruja dengan semua design yang disediakan dalam website ini. Semunya mengkagumkan. (^_^) Saya doakan semoga Allah kurniakan keberkatan masa untuk kite semua. Berkatnya masa bukan bererti banyak masa terluang, tetapi cukup masa untuk melunaskan semua tanggungjawap kita sehari-harian. Insyallah

Pelajaran : Menikmati ketenangan Hati

Sedikit ilmu yang saya dapat masa sesi pump semalam. Dari Majalah Mama Mei 2015 milik kawan sepejabat. Bagaimana menggalakkan perkembangan otak bayi. Tajuk yang memang sesuai dengan usia Mu'min sekarang. Semakin hari semakin banyak akalnye dan keseronokan bereksplorasinya yang semakin menjadi-jadi.

  1. Kekalkan kesihatan dan keselamatan bayi
  2. Sayang bayi anda.  Tunjukkan kasih sayang dan perhatian
  3. Berikan tindak balas terhadap isyarat bayi anda. Jika bayi anda menunjukkan minat untuk bermain, bermainlah dgnnya.  Jika bayi anda mahu dipeluk,  peluklah dia
  4. Kenal pasti bayi anda akan membesar mengikut kadar tumbesaranya
  5. Bercakap, membaca dan menyanyi untuk bayi anda, tidak kira apa pun yang anda baca boleh jadi akhbar atau nyanyi hanya sebaris lagu
  6. Kekalkan persekitaran yg mengalakkn eksplorasi dan belajar
  7. Bentuk rutin displin awal.  Jadual
  8. Jaga diri aqnda. Memodelkan kesihatan dan menangani stress dengan baik

Hujung minggu lepas sempat juga melangkah ke Pameran Buku Antarabangsa 2016 di MAEPS Serdang. Sangat mengujakan. Banyak sangat buku, promosi buku yang pelbagai dengan harga yang meliurkan, diskaun-diskaun yang ditawarkan memang berpinar biji mata.

Tempat yang berlainan daripada tahun sebelumnya. Kami suami isteri memang selalu mengunjungi pesta buku, sebab sya gemar membeli buku, beli dulu bace bile-bila boleh :P. Secara keseluruhan, semuanya menarik dan selesa kecuali surau yang terletak agak jauh dari dewan pameran.


Ade shuttle bas disediakan dari tempat paking. Pakingnye bukan main luas. Tapi xpuas hati sebab kene bayar. Ini semua kapitalis :P



Bergambar dengan selebriti. 1st buku tulisan Ustazah Fatimah Syarhah yang sya baca ialah buku yang dipegang oleh beliau dalam gambar ni. Pdf form. 

Dikir barat dulu sebelum shopping buku.

Hasil tangkapan. Kredit to Abu Mu'min

Thursday, May 19, 2016

Rintihan Wanita : Mengurus emosi

Sudah menjadi rutin harian sya untuk masak makanan anak sebelum pergi kerja. Biasanya saya akan bangun sekitar jam 6 dan terus menanak bubur Mu'min. Ibu pesan supaya atur masa baik2 bila dah bekeluarga. Memang berbeza kehidupan bujang, berkahwin dan ade anak. Semuanye melalui pelbagai cabaran tersendiri. Terkadang tu sampai akal kosong seketika, sebab dah tak tahu ape yang perlu di buat dahulu..Berjela2 to do list di rumah.

Dah namanye pun wanita ni, suri di rumah. Biarpun bekerja, di rumah wanita tetap tunggak utama. Masih banyak yang perlu sya perbaiki. Menjadi isteri, menjadi ibu, menjadi suri rumah. Semuanye perlukan kesabaran yang sangat tinggi. Melayani kerenah yang tersayang pun perlu ditelitikan lagi tekniknye.

Perkahwinan adik perempuan saya 2 tahun lepas. 


Sebenarnye semua benda kalau boleh nak dibuat sebaiknya, tapi apakan daya, kudrat yang tidak seberapa ini kadang2 gagal melunaskan semua. Kadang-kala emosi menjadi huru hara dek melayan kelesuan badan, tatkala hati tak sampai nak membiarkan sahaja semuanya tidak teratur. Bukan sebab sya ni mementingkan kesempurnana atau apa2 penyakit yang berkaitanya, tapi pada saya itu untuk keselesaan sya dan keluarga. Dapat berehat dengan tenang dalam suasana rumah yang nyaman, bersih dan teratur itu sangat penting.

Teringat ketika zaman praktikal dahulu. One of my weaknesses. Poor emotional management. My negative aura is too strong yang membuatkan orang sekeliling sya mudah terasa. I am sorry, I  didn't mean to hurt you. I just need some time for me to overcome this feeling. Please don't go far or leave me. I need your help to overcome and move out from this situation..

Wednesday, May 18, 2016

Review Tempat Bersalin

Saya ade menulis pengalaman bersalin anak sulung sye di GMC. Jadi nak share berkenaan tempat sya bersalin ni. Pertama, GMC ade menetapkan beberapa pakej bersalin, tapi saya xpasti sya ambil pakej yang mana mungkin Pakej Aishah sebab charge yang dikenakan pada saya tak sampai RM2000 untuk 2 hari 1 malam termasuk makan untuk sya sorang, pemeriksaan pakar untuk bayi baru lahir dan vasin pertama. Maka ini pendapat peribadi saya terhadap GMC. Gombak Medical Center.




Dari sudut kemudahan dan prasarana, pada sya amat puas hati. Penginapan,   (bilik) saya minta yang biasa aje sebab anak pertama kan,  dan tiada pengalaman. Bila di tanye nak bilik mcam mane, sye pun xreti nak mintak yang macam mane so saya cakap nk bilik biasa sahaja. So dapat bilik yang ada satu katil, dan bilik air diluar. Ade kemudahan sofa, almari  baju dan tv. So overall semuanya baik, cantik dan bersih. Next time mungkin boleh mintak yang ade bilik air dalam bilik, so xperlu pakai tudung nk pergi ke tandas.

Layanan staff GMC pun alhamdulillah baik-baik aje. Nurse pun baik. Saya bersalin dengan Dr Hamizah yang kecik moleh orangnya. Sangat ceria, tenang dan murah dengan senyuman. Dr Hamiza buat VE saya xrase sakit, alhamdulillah. 2 Bidan yang temankan Dr Hamizah sambut baby saya lahir pun sangat membantu memberi tunjuk ajar untuk teran bayi keluar. Diorang relax je, so sya pun xrase pressure dalam kekalutan nak keluarkan baby setelah cubaan demi cubaan gagal.

Pada saya GMC baby n mother friendly hospital. GMC  sediakan kurma untuk suami saya belah mulut baby selepas azankan die. Then baby saya jugak dihantar ke bilik xlama selepas dilahirkan untuk saya susukan. Part ni memang saya dah pesan awal2 dengan nurse supaya xbagi fm kat baby saya.  Alhamdulillah 1st day baby dah pandai latch.. Dan nurse siap sediakan air rendaman kurma dengan  makanan sunnah lain sebab katenye 1st n 2nd day susu x keluar lagi,  hanya susu awal, yg warne kuning jernih tu (xingat name). so air itu disediakan incase baby lapar xcukup susu.

Yang paling penting, pasal pemilihan tempat bersalin ini pada saya ialah dokotr perempuan. Di GMC semua doktor yang sambut bersalin adalah dr perempuan, nurse yang check pun semua perempuan. Tapi bukan la semua staff GMC tu perempuan, ade juga staff lelaki.

Untuk kprosedure bersalin, saya xde bincang birth plan sye dengan Dr. sebab xberani nak demand dengan xde ilmu dan xsempat nak cerita huuhu. Tapi Alhamdulillah apa yang saya hajatkan dapat.
  1. Delay cord clamping . Dr Hamizah bagi masa sebelum potong tali pusat anak sya, siap bagi husband saya potong sendiri tali pusat anaknye tu. 
  2. Skin to skin . Dapat rase baby kat dada saya, so small, smell so good. Baby sya diangkat dan diletak atas dada, so dapat skin to skin for about 15 minit sebelum diambil untuk dimandikan dan timbang berat semua. 
  3. Drug free. Memang saya xpernah di offer ape2 ubat tahan sakit dan xde paksaan untuk sya ambil apa2 jenis bahan kimia untuk memudahkan/ mempercepatkan proses bersalin. 
  4. Free to move around masa saya contraction, xterikat dikatil sahaja, sya boleh berjalan dan buat apa2 pergerakan. cume xboleh merayau keluar kawasan GMC 
Overall, alhamdulillah semua lancar. Dapat doktor perempuan yang support natural birth yang baik dan best dengan budget/kos besalin dalam range yang affordable mengikut piawaian Meternity Claim tempat kerja sya. So, sehari selepas bersalin sya terus pulang ke Melaka untuk berpantang. Tamat

Tuesday, May 17, 2016

Outdoor Play for Toddler

Saya suka anak sya main di luar kalau saya ada masa lapang. Sebab bukan boleh biar sebarangan bile nak beri anak kecil main di luar, perlu ade pengawasan yang ketat. Zaman sekarang, anak boleh dilarikan betul2 depan mata ibu dan ayah, jadi memang xboleh leka. Kene perhati sebaiknya.

Bemain di luar pada saya boleh membantu mencambah minda anak. Kalau ikutkan pembacaan saya disini, bermain di luar boleh menguatkan otot dan memperbaiki tahap keseimbangan badan. Anak-anak lebih berkeyakinan tinggi bile diberi peluang bermain dan menerokai alam sekaliling yang pelbagai.

Tetapi Mu'min ni suke nnk pergi ke arah jalan raya, keluar je pintu terus menerjah ke jalan..Jenuh nak mengejar. Mungkin boring sebab ummi bawak main luar tapi xde aktiviti. So here some idea next time Outdoor play Idea.. Insyallah








Monday, May 16, 2016

RMC Boy's Birthday

Selamat hari lahir Azmil Yusop Ishak. Dah besar dah adik along. Hadiahkan kek coklat biru satu. So kite buat makan- makan kecil di perkarangan Masjid MTD. Penuh masjid dengan student2 MTD, memandangkan sekarang ni musim Mid Year Exam.Semua kelihatan cerah termasuk la Pak Usu Mu'min ni sebab xbanyak aktiviti luar dan kena pulun study.

Pada awalnya saya menganggap MTD hanya untuk mereka yang nak jadi tentera dan akan digasak kaw-kaw untuk dibentuk menjadi tentera, rupa2nye silap besau. Mendengar cerita pak usu berkenaan ujian 1 mereka baru - baru ini, gamaknye pencapaian akademik mereka ni bukan calang-calang. Sehebat cerita2 mereka digasak di padang kawad dan ujian fizikal. Bertabahlah duhai adikku. Kamu yang mencari penyakit itu..huhu. Dengar cerita je la sebab bukan sye yang lalui semuanya.

Mereka di MTD ni masing2 yang masuk pun bukan calang2 dan bukan senang...masuk dengan result yang gempah2 jugak, interview pun sampai seminggu. So kami ahli keluarga ni high expectation, mengharapkan mereka ni keluar juga menjadi insan yang cemerlang. Tapi harapnye bukan akademik sahaja, sahsiah pun hendaknye.





Friday, May 13, 2016

NMK Style : Montaj

Ini adalah Montaj yang pernah saya sediakan untuk Hi Tea Nisa' Wilayah 2014. Ade satu lagi insyallah bila ade peluang sya upload. Jangan tanye mengapa die blur (^_^)v .. Kalau nk tengok yang sharp kene baya ye..


Bersalin anak pertama

Setelah sekian lamanye blog ini sunyi tidak berpenghuni. Sampaikan pemiliknye pun dah lupa apa nama blog sendiri. Sadis disitu..Assalamualaikum pembaca budiman sekalian.

Saya pun dah tak ingat lagi bila kali terakhir saya menulis tapi post ini saya nak berkongsi pengalaman saya bersalin anak pertama saya. Nama anak saya Muhammad Mu'min bin Muhammad Zulhaziman. Kini dah berusia 7 bulan. Saya panggil anak syurga saya itu Mu'min atau adik kadang-kadang panggil abang long (^_^)v.

Saya sepatutnye dijangka besalin oleh doktor pada 7 April. Namun Allah maha kuasa Mu'min teruja nak jumpa ummi dan abah, maka lahirlah anak soleh ini pada 30 Mac 2015..300315 ..Kronologinye begini.

29 Mac 2015 (Ahad)

Harini ini saya dan suami rancang nak pergi ekspo bayi di MidVelly. Jadi saya bangun awal dan siapkan sarapan dalam pukul 8 pagi. Saya masak spagetti bolongnes, sebab dah lama tekak ni nak makan tapi duk betangguh-tanggu beli barang.. pagi tu saye buat sekuali kuah dan seperiuk spagetti untuk malam sekali. Lunch mungkin di Midvelly.

Waktu tu sye dah mula rase sakit/contraction, rasenye macam period pain, sakit kat bahagian bawah perut...tapi rase tu hilang sekejap...Dalam hati macam naluri saye kate saya mungkin nak besalin dah ni kot, tapi ade jugak rasa ragu-ragu...ni ke contraction tu..sakit tu dalam 2 3 jam sekali datang.

Saya dah macam teragak-agak nak keluar rumah ke tak nak.. Bila difikir-fikirkan..saya dah 37 minggu lebih...jadi baik saya keluar dan banyak berjalan, orang kate akan membantu kita senang bersalin..So 11 pagi tu saya pun keluar dan kami decide untuk naik komuter ke Mid Velly sebab nak elak jem.

Kat Ekspo saya langsung tak rase sakit, mungkin kerana teruja shopping dan membelek2 barang... tapi xbeli pape pun last2nye sebab barang baby semua dah ada..saje je nak berjalan dan nak pusing-pusing tengok barang- barang,plus saya ingat mane la tau dalam jalan2 tu jumpa pape barang xbeli lagi..tapi sempat juga beli satu bedung zip tu..hehe

Kami balik lewat jugak rasenye dalam pukul 8 9 mlm macam tu..mase dalam kereta dari komuter nak ke rumah tu dah mula rase contraction balik..tapi baru dalam sejam sekali sakit. Sampai rumah dalam pukul 10 lebih mcm tu, dengan badan penat saye pun mandi dan bersiap untuk tidur.

Sempat tidur sekejap dalam sejam mcm tu tiba2 sye terbangun, sebab sakit, ade contraction..pukul 12 mlm mase tu..sye cuba nak tidur balik tapi xboleh sebab sakit dah semakin kerap..30 minit sekali..jadi saya pun bangun kemas2 barang saya untuk balik kampung 2 bulan, barang suami dan barang baby..

2.00 pagi saya dah makin sakit, kekerapan masih 30 minit sekali...memang cepat saye sakit..dan sakit yang sampai xboleh tidur dah..dapat lelap 15 20 minit pas tu sakit huhu.... Masa tu jadi stress skit sebab saya dah la penat tapi xboleh tidur..last2 malas nk cuba tidur dan kejutkan suami yang dah lama tertidur di ruang tamu... Bila suami bangun tengok saya tak tidur dari mlm tadi sampai dah pukul 3 pagi tu...suami jadi panic sikit. Terus nak ajak ke hospital..

Tapi saya xnak lagi sebab rase boleh tahan, sebab yang saya baca..baik pergi hospital bila dah 15 ke 10 minit selang sakit tu..GMC pun xjauh pada saya..kami duk Kepong so dalam 20 minit je lalu MRR2..so saya nak tahan lagi dan sebenarnye saya nak kelahiran ni ala2 gentle birth and drug free tu yang sye xnak pergi hospital awal2..Saya takut kalau g awal2 nanti de suntik epidural, nak induce, pecah air ketuban la nk czer la..nak mcm2...sye xnak sume tu..saya nk baby saya lahir dengan tenang, saya nak dia keluar bila dia dah betul2 bersedia..saya xnak paksa2 dia..Saya sakit xpe, tapi jangan baby saya sakit..xmo xmo..die masih terlalu kecik untuk tanggung semua tu..

Sambung story...5 pagi.saya dah rasa sakit tu selang 20 -15 minit sekali..bile datang sakit nyut nyut rase..huhu sakit jugak aek haha, diam xleh buat ape..dah la ngantok tak tido..so pukul 5.30pagi tu saya dan suami bersiap mandi sume nak bergerak ke GMC..

Dalam perjalan ke GMC tu sye sembang2 mcm biasa je dengan suami tiba2 tengah sembang saya diam..huhu..suami pun paham la saya tengah tahan contraction..sampai di GMC kami makan dlu, sebab xde pilihan kami pun makan kat kedai mamak 24jam belakang GMC..xselera sebenarnya..tapi makan untuk baby dan tenaga saya untuk lahirkan dia nanti..makan ape ntah xingat, roti canai kot..tengah makan pun ade contraction..merah padam muka tahan..huhu suami tolong usap2 belakang..

Ngam-ngam azan subuh dalam kol 6 kot, sya masuk GMC dan check bukaan..4 cm..Agak kecewa, sebab kalau melihat pada kekerapan contraction, saya jangka mungkin dah 6 7 cm ke..hehe..high expectation plak..so terus tahan wad..kol 7 pagi Dr Hamizah datang check bukaan 5 cm..Agak cepat..Dr kate mungkin besalin petang..So saya harap sebelum Asar..

Lepas jam 7 pagi tu rasa sakit masih selang 15 minit..boleh tahan dan senyum2 lagi..saya boleh la berjalan keluar bilik, ulang alik bilik..bile datang contraction duduk diam kejap pas tu sambung jalan balik... dalam pukul 10 11 pagi tu saya sangat tertunggu2 bile doktor or nurse nak check bukaan ni, sebab saya boleh kate x berapa nk tahan gak sakit, dengan ngantuk xtido satu malam..tapi nampak nye GMC memang beri kebebasan yang banyak untuk anda ber 'karya'..mereka dah tau kot anak sulung mmng akan lama..so next VE adalah pada pukul 2 petang..7cm bukaan...

erk..baru 7 ke...tapi knape rase dah lame sgt je sye dalam ni..ok, dari pukul pagi7 sampai pukul 2 petang hanya 2 cm je ke.. kecewa lagi hehe.. xpe saya boleh tahan lagi sebab 10 cm baru boleh besalin dan masuk labor room. ok saya tahan..

kali ini sakit dah selang 5 minit 3 minit, nak makan kurma pun xsempat habis lagi dah datang contraction..kali ni untuk meredakan sakit yang sakit tu, sya suruh husband urut belakang, kadang2 pegang tangan die kuat2..sebab konon2 nak transfer sikit sakit tu kat die huhu..macam-macam la nk buat nk kurang sakit..hampir2 saya nk robohkan kerusi yang saya duduk untuk menahan sakit tu...huhu..

7 petang nurse jenguk saya dalam bilik, tgk2 saya dah merangkak kat lantai..de pun terus buat VE. alhamdulillah dah 9.5 cm..dia pun tanye nak tahan ke nak masuk labor room..Husband tanpa sempat nurse katup mulut terus kate nak isteri de ni masuk labor room. ingat lagi dialog de "kesian dah saya tengok ni" . Masa tu saya dah xboleh nk bercakap dah, sakit dooh,  ore klate kate..

 O cume satu yang saya xbuat walaupun senior selalu pesan ialah saya xpandai nak kawal pernafasan saya..jadi mungkin itu yang menyebabkan rasa sakit tu agak 'membelengu saya' hehe..next nak pi kelas la..

so 7.15 petang masuk Labor room Dr Hamizah pun masuk dengan dua orang nurse senior mungkin midwife. Baik, lembut dan sopan santun je dua2. Tapi sebelum tu, ade sorang lagi nurse muda yang ditugaskan untuk mengeluarkan/membersihkan/mengosongkan pundi kencing ibu yang akan bersalin...ini adalah proses yang xkan saya lupakan..sakit giler dan sorry to say nurse ni mungkin masih muda dan mungkin xde pengalaman bersalin lagi...jadi proses tu dilakukan agak kasar membuatkan saya yang sedang sakit besalin mengalamai sakit lain pulak..tension disitu

Selepas lebih kurang 20 minit proses pengosongan pundi kencing, Dr suruh sye tunggu sampai 10cm... Saya dinasihatkan mengiring untuk cepatkan bukaan..Alhamdulilah lepas dalm 20 minit tu bukaan pun dah 10 cm. Bermulalah sesi meneran, 6 kali teran baru la keluar si anak bertuah ni Alhamdulillah.

Alhamdulillah di hujung2 pregnancy saye bnyak membaca pengalaman ibu kat internet dan dalam kumpulan sokongan di FB dan Whatsup. Semuanya dengan izin Allah sangat membantu untuk saya membuat keputusan dan melalui proses besalin dengan yakin.

Day 1


Setahun 2 bulan


Dah lama dlm draft box.  Harini baru publish

NMK Style : Button Bagde, Bookmark, Pemplate, Wish card

I love art and craft..i like playing with colors, images and font style. So here are some of my 'air tangan' yang xpower. Maybe it is good if i can work in this area, seek for the knowledge and experiences as professional designer. Because people said it is very good if you love you job. The skill and the experiences is very expensive and it is not available on any seminar nor training.




Pemplate dan Bookmark Nisa' 2014





Poster coklat ni special, sebab unutk Nisa' Business Team



Ini ucapan2 dari Nisa' kebanyakanye mintak last minit dan sye pun design last minit. Tepek2 aje





NMK Style : Teaser Program

Ini antara feveret sye kalau jadi ajk promosi. Untuk menarik orang datang ke page kami dan buat orang tertunggu-tunggu program kami. Tease..sye buka style kata2 hikmah or wisdom word.

Untuk Hi Tea Nisa' : banyak lagi tapi ntah kemane semua. Boleh try check kat FB NISA' Wilayah











Teaser Konvension Inspirasi Khadijah









Teaser Ramadhan untuk Nisa' Small Kindness



Same je style design. Ade lagi, tapi xade banyak masa nk mencari semua. Ape pun sye type yang kemas dalam design saye. Still need to learn a lot. Sye suke Photoshop, tapi PowerPoint pun not bad..haha so amatur