• Soleh Solehah

    Bersangka baik pada takdir Allah itu natijah daripada Tauhid yang kuat.

  • Cinta Allah

    Cinta selain Allah akan membelenggu diri. Jalan keluarnya ?

    Cintailah Allah dan cintailah segala dan semuanya kerana Allah.

  • Akhirat yang Abadi

    'Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dimintai pertanggung-jawaban.

    (Al-Isra :36)

Wednesday, December 12, 2018

Hadiah istimewa

Backdated post sempena hari ulang tahun ke 5 perkahwinan. Alhamdullah syukur pada Allah. Sempat sis design kad ucapan..nak post sini sebagai kenangan. Tapi ucapan tu blur skit sengaja tak nak bagi jelas.. Sis banyak dosa huhuhu. Acara tahunan kita makan. Tahun ni makan di Mee Besen Melaka. Best!!






Mira dan Ekmal

Bile dapat tau yang dua oran kawan ni nak kawen punyelah rase nak melompat. Mase tu saya dalam tren dari tempat kerja nak balik rumah. Tahu melalui wasap group, dan isu ni dah disembangkan 2 3 hari sebelumnya. Waduh, tak tahu nak rase ape, syahdu dan gembira mengalahkan orang nak terima menantu.

Nak dijadikan cerita, dua orang kawan ni satu sekolah dengan saya sejak sekolah rendah. Saya dengan Mira ni berkawan baik semasa di sekolah menengah sebelum masing-masing masuk asrama lepas tingkatan 3. Mira ramah dan baik orangnye. Semua boleh buat, masak jahit dan mcam-macam. Untung sape dapat. Ekmal pulah budak lelaki paling sopan di abad itu. Semua cikgu kenal Ekmal ni. Dan mak saya pun kenal baik dengan mak die, sama-sama tunggu anak balik sekolah (mak masing-masing jemput naik moto masa sekolah rendah).

Siapa sangka rupenya jodoh dah dijumpai sejak sekolah rendah kan. Comel sangat!! tak sabar nak tengok diorang atas pelamin.




Wednesday, July 18, 2018

Nasi Arab bulan Zulkaedah

"Abang, saya tapau nasi arab"

Macam biasa la aktiviti lepas jamuan office mesti ade aje yang saya akan tapau bawa pulang. Ade geng tapau kite join aje le.. Senang jimat dan sedap. Makan malam percuma seisi keluarga!! Lagi pun kalau saya makan sedap sikit, mesti teringat anak-anak huhu..sindrom mak-mak.

Yang nak jadi ceritanya ayat paling tak boleh blah en suami.. "Lupe lak SBM beraya di bulan Zulkaedah :P"

Ok.. gelak guling-guling aje la. Puasa 29 hari,raya 35 hari. Sukahati!! Ape pun ongkampong panggil belated raya. Gambar sikit-sikit.






Bos besau dan
Geng IT.. Seko je bunge..

Akak-akak designer ..


Monday, July 16, 2018

Keluarga Sepenuh Masa

Kemain tak ade mood nak kerja harini sebab weekend terlalu sakan beraktiviti. Sabtu pagi dah ke rumah terbuka Nisa' Wilayah bertempat di Putrajaya. Alhamdulillah makan sedap dan pelbagai juadah disediakan. Lepas rindu bersua muka sahabat-sahabat yang lama tidak berjumpa. Al-maklum puasa dan raya sakan kitew.

Singgah di Seri Kembangan bawa anak-anak berjalan ke Farm in The City. Best betul dapat bersosial dengan haiwan. Berbaloi la yuran RM37. Mak, apak dan anak-anak riang kemain. Semua pencinta haiwan. Berlainan dengan zoo, kat sini boleh berintraksi, beri makan, sentuh boleh bergambar dekat-dekat dengan haiwan.

Ngantok kan..

Mak lupe diri ..geram pulak ikan ni tak dapat-dapat dari tadi..

Jauh nau..macam la kura-kura tu makan orang!!


Lepas balik. Jangkaannya 3 hero ni akan tidur. Rupenya 2 sahaja. Mu'min terus bertenaga. Maka kita buat projek di dapur. Bakar brownies 1 kali. Hurm ini cubaan kali ke 4. Tidak begitu membanggakan tetapi tidak lah mengecewakan macam yang ketiga ( hangus). Banyak perlu diperbaiki. Insyallah sikit lagi nak capai tahap yang diinginkan. 

Ahad bersua muka dengan ramai muslimah solehah seantero Wilayah Persekutuan. Petang dapat la jogging 1 2km bakar sikit 1 2 gram gula dalam badan sekitar Taman Tasik Titiwangsa. Tak selesa sangat sekarang sebab kawasan tasik sedang dalam proses pembinaan. Ape yang nak di bina pun tak pasti. Tapi separuh daripada kawasan tasik ditutup. Selautan manusia tersumbat di sana-sini. Maka kene lah kita cari lokasi riadah baru. Ade cadangan?

Malam ingat dah boleh bersila lipat kain, rupenya keluar lagi pergi memburu durian. Tak buru sangat pun,suami dah tempah dengan juniornye. Durian datang dari Batu Kurau!! Berbaloi!! Layan pulut durian by Abah sambil tengok Piala Dunia. Tak dapat nak tengok sampai habis sebab bateri dah kong. Lepas siap sidai kain (malam2) terus tidur. Bangun tidur Prancis dah menang..OK!!

Tuesday, June 12, 2018

4 Perkara Tentang Buat Kuih Raya Sendiri

Alhamdulillah, diberi lagi nafas dan sempat lagi menulis. Lama juga tak timbul berita, al maklumlah, sibuk daripada Mei dengan PRU  ( Macam la hakak bertanding kan huhu) Malas nak ulas berkaitan PRU ni. Panjang cerita nanti tak habis. uols bace la kat twitter, sampai ke hari ini masih banyak bunyi di sana sini. Iols still follow sebab nak tengok how is the Malaysia Baru ni.

Ni nak cerita pasal 4 Perkara tentang buat kuih raya sendiri.

1. Jimat Kos

Sebagai amatur yang baru belajar buat kuih raya, barulah diketahui bahawa barang untuk buat kuih raya ni tak la mahal mane pun. Banding dengan harga sebekas kuih raya yang dah siap memang jauh beza. Contoh kuih semperit susu..pakai tiga bahan aje pun 250g mentega, 1 cawan susu pekat dan 500g tepung jagung. Harga bahan mentah tak sampai RM10 dan kuih semperit boleh dapat 2 3 balang (bergantung pada saiz balang). Kalau beli, 1 bekas kecil tidak kurang dari RM18. Beli mesti 2 3 balang sebab nak bawa balik kampung, nak bawa rumah mertua, rumah sendiri lagi..Beli yang ade offer 3 balang pun dah RM50. Memang boleh untung kalau meniaga biskut raya.

2. Kualiti Terjamin

Bile buat kuih raya sendiri ni kite tau barang ape yang nak masuk perut anak-anak kite. Tepung cap kelapa laut Afrika ke, tepung cap badak ke..boleh pilih ikut kemampuan masing-masing. Coklat masakan contohnya, boleh la pakai dark coklat or coklat yang 100% koko tu kan. Memang sedap, kurang manis dan kaya rasa coklat. Tapi kalau fikir nak murah , beli coklat Tesco pun boleh murah dan banyak...Bab kebersihan pun terjaga, halal dan bersih gitew.

3. Aktiviti Keluarga

Memang seronok dapat buat kuih raya ramai-ramai ni tau. Lagi lagi kalau suami pun tolong dari awal sampai siap. Anak-anak yang dah besar tu dah boleh harap dah nak suruh terap kuih atas tray. Yang kecik pun boleh jugak harap. Mase ni la nak dedahkan anak-anak dengan mangkuk, sudip, pinggan bagai. Bagi sikit tugas-tugas mudah. Mu'min boleh dah tolong hias-hias kuih dengan manik warna-warni tu. Sesekali mintak sikit doh kuih raya nak buat main. Seronok bebenor.



Adik lagi boleh harap huhuu..ore klate kato "ngube".. untuk lebih jujur memang meriah buat kuih raya dengan anak-anak kecil..perang dunia kedua kat dapur..kite sibuk nak uli kuih die pun sibuk nak susu la nak dukung la nak tu ini..haha tapi iols akan make sure abah is around to help with the boys. Paling best, buat malam lepas teraweh..anak-anak tidur. Rasa aman tapi sunyi skit hehe..

4. Masa Berharga

Inilah kekangan yang paling besar sebesar tembok besar Cina kenapa ramai orang (temasuk diri yang menulis ini) susah nak buat kuih. Akak yang 1st timer ni nak bagitau, memang membuat kuih raya ni makan masa yang banyak. Menguli tu tak lama sangat pun. Yang jenuhnye nak membakar sampai siap. Kot ade ketuhar yang besar macam kilang tu boleh la bakar sekali aje dah siap.

Ini ade dua tray je.. bersilih ganti keluar masuk...Bayangkan kalau nak buat 3 balang yang setiap satu mintak 50 keping biskut. setiap tray perlu dibakar 20-25 minit bergantung pada jenis kuih.. haa kire-kire..brape jam korang bertapa kat dapur. So satu jenis kuih mengambil masa lebih kurang 3 - 4 jam for beginner. Kalau buat lepas teraweh dalam kol 10 mlm, kol 1 2 pagi baru siap..

Dan tak dapat di bayangkan orang yang amik tempahan kuih raya dan dalam masa yang sama, kerja makan gaji disiang hari..berape jam masa korang tidur?? Maka tidak hairanlah harga kuih raya siap tu begitu. Mengambil kira upah masa pembuat kuih juga kan.. Belum masuk bil elektrik yang bakal melambung hujung bulan ni ..



    

Tuesday, April 10, 2018

Hanya Kerana Satu Undi Rahsia

3.6 Juta rakyat Malaysia yang layak mengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih. Satu jumlah yang besar. Saya faham mengapa terdapat golongan yang enggan turun mengundi sekalipun telah layak untuk berbuat demikian.

Sebenarnye nak mengundi ni bukan perkara senang. Nak pilih untuk memberi sokongan pada parti mana, pada siapa itu sangat sukar. Lebih sukar daripada nak mencari jodoh terutama sejak berbondong-bondong parti baru tertubuh. Sejak parti yang wujud sekian lama berpecah, sejak pemimpin lama muncul kembali ke arena politik.

Pelbagai kerenah dan ragam dalam dunia politik. Sehingga saya sendiri pada satu masa dahulu melihat politik ini kotor dan tidak langsung memberi manfaat. Buang masa, buang beras, buang karen dan buang duit.

Parti A kate parti B rasuah, Parti B kate parti C penipu, Parti A fitnah Parti B komplot dengar parti D E dan C. Parti K hina kaum Z, Parti Y hina Agama J. Sampai bila nak habis semua tuduhan-tuduhan seperti ini.

Sebagai golongan marhain yang keluar pagi balik petang. Bekerja mencari sesuap nasi untuk diri dan keluarga. Mencari sedikit tabungan untuk sesekali bercuti bersama keluarga, mengumpul dana bekalan hari hari tua, urusan "pelik" seperti memberi sokongan kepada parti A B C D E dll tidak tersenarai dalam perkara mustahak.

Iya, sesekali kami merungut..harga barang naik lagi, harga minyak naik lagi..Oo alhamdulillah ade juga berterima kasih dapat la voucher buku RM200.. Eh air free pulak, ok jugak kan. Cukai pintu dah tak payah bayar. Lepas itu merungut lagi harga tepung, gula, ikan, bawang ntah sejak bila naik. Majlis perbandaran tak buat kerja, sampah berlonggok tidak terurus dll. Tapi, kehidupan diteruskan seperti biasa. Tiada masa nak fikir salah siapa dan siapa perlu buat apa.

Betul, kite tiada peruntukan masa untuk perkara yang renyah dan kompleks seperti ini. Kita ada lambakan urusan peribadi, urusan keluarga dan urusan kerja yang pasti menampakkan hasil jika kita abaikan. Memasak, membasuh, bayar bil-bil, urus anak sekolah dll.. Kalau kita tak buat, siapa lagi nak buat kan..

M E N G U N D I.. orang lain boleh buat, ramai lagi yang pergi mengundi itu. Undi kita seorang tak akan mengubah apa-apa.

S A L A H..iya, awak salah..saya salah. Islam ajarkan bahawa isu kepimpinan adalah isu ummah. Isu individu. Saya bukan orang yang arif untuk cerita panjang dan berhujah isu ini. Cuma kaedah mudahnya, mengundi itu satu bentu tanggungjawab dan tuntutan fardhu ain. Berikut salah satu rujukan untuk yang ingin mengetahuli lebih lanjut.

Kami menganggap perlu adanya pengundian sebagai salah satu proses untuk pelaksanaan perlembagaan dan juga undang-undang. Ini kerana tugas wakil rakyat sebagai pembuat dasar dan penggubal bagi maslahat negara dan rakyat. Justeru tidak dapat tidak, pengundian adalah perkara yang wajib. Ini selaras dengan kaedah:

مَا لَا يَتِمُّ الوَاجِبُ إِلَّا بِهِ فَهُوَ وَاجِبٌ

Maksudnya: Perkara yang tidak sempurna satu kewajipan melainkan dengan perkara tersebut maka perkara tersebut adalah wajib

Dalam bahasa yang mudah, pelantikan wakil rakyat, menteri dan pemerintah sebenarnya adalah wajib. Makanya untuk melantik adalah melalui proses pilihanraya atau pengundian, dalam konteks fiqh siyasah di Malaysia. Justeru, hukum mengundi dan menyediakan infrastruktur pilhanraya yang adil dan saksama itu hukumnya adalah wajib.


Professor Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia mengulas ketika musim pilihanraya Mesir tentang hukum mengundi:

واجب شرعي، على كل مصري أن يذهب إلى صناديق الانتخاب، من لم يذهب فهو آثم، ارتكب ذنب عند الله، لا تكتموا الشهادة"

Maksudnya: “Hukumnya adalah wajib syarak ke atas setiap warga Mesir untuk pergi ke pos-pos undian untuk mengundi. Barangsiapa yang tidak pergi maka dia melakukan dosa di sisi Allah (berdasarkan ayat al-Quran): “Janganlah kalian menyembunyikan penyaksian kamu.”

Sumber Jabatan Mufti Wilayah



Mungkin dah lewat nak daftar mengundi, tetapi masih belum terlewat untuk rancang perjalanan pergi mengundi dan belum terlewat untuk memilih. Pilih ape? Pilih siapa? Lihat pada parti tak cukup, lihat bendera parti? Lagi la tak cukup? Lihat dan beri ruang untuk mengetahui dasar perjuangan parti dan pimpinan parti. Yang mana yang boleh mendokong tanggunjawab membanggunkan ummah,itulah pemimpin yang wajar diberi sokongan.

Bukan nak kempen parti bulan parti bintang. Tapi nak bagtau aje. Undi rahsia. Sekian



Monday, April 9, 2018

Bicara yang menyenangkan

Harini saya dengar lagi...tapi saya tidak begitu menyenanginya, saya harap Allah lindungi saya dan anak-anak saya daripada berperangai begitu.

Urusan peribadi seperti nak buang air, kentut dll rasenya tak perlu 'umumkan' pada orang sekeliling anda. Lebih-lebih lagi dalam persekitaran yang formal seperti tempat kerja. Lebih manis jika anda seorang saja yang tahu. Segera pergi ke tempat yang sepatutnya untuk urusan itu.

Bayangkan kita duduk dalam suatu mesyuarat, tiba-tiba salah seorang ahli mesyuarat bersuara "saya nak berak kejap.." apa pandangan kita?? kite ketawa..iya, perkataan itu lucu buat kali pertama..bangun dia sekali lagi, 2 kali, 3 kali..cirit birit... atau setiap kali mesyuarat aje kawan tersebut bangun "saya nak berak.." apa pandangan kita setelah itu??  Kan lebih elok jika dia tidak hadir, menggangu perjalanan mesyuarat. Dan menyakitkan telinga dengan bahasa yang kurang enak didengari.

Pengumuman "ie rase nak kentut la.." sekali-sekala ok. Tetapi jika kerap kali, itu mengundang rase tidak selesa kerana ianya seperti tidak menghormati orang lain. Perlu ingat bahawa kita bukan berada di tadika atau dalam sesi potty training bersama anak-anak. Jadi haruslah gunakan bahasa yang sopan. Bercakap pada kadar yang perlu, pada masa dan tempat yang sepatutnya. Jadilah dewasa dan matang. Islam ajarkan kita untuk ade rasa malu. Jika tidak malu pada diri sendiri pun, malulah dengan rakan-rakan. Malukan sebahagian daripada iman.

Ok itu macam berbaur emosi sikit. Relex2...

Tapi memang saya dah lama nak tulis perkara ini. Bukan nak budget alim ustajah solehah. Ini pengalaman sendiri juga. Masuk bab kedua.  Bergurau dan berseloroh.

Orang-orang kite, seperti saya contohnya..akal panjang, kreatif tak payah diajar. Kite nak membahan orang kite tak kate la rambut ko kasar macam berus dawai, kulit hitam legam. Tapi kata-kata kite kias, berlapik, bertapis, berayak bagai. Contohnya "rambut die ni ok jugak kalau buat sental periuk" atau "kulit die yang tinted tu..yang mendung berarak kelabu tu".. Sedap kite gelak terbahak-bahak kat kawan tu. Siap meleleh air mata lagi gelak kan..Hilang sekejap masalah dapat gelak sakan.

Iya-iya, akak paham dik. Seronok bebeno.

Mungkin seloroh kite berlapik, tapi maksudnye tetap sama. Untung sangat jika yang dibahan itu orang yang baik, lurus tak paham kiasan, kite gelakkan dia, dia pun gelak sekali. Tak terasa ape-ape pun. Jika yang dibahan tu jenis cepat sentap. Kite senyum die tarik muka, kan ke dah mengeruhkan keadaan. Yang lagi bahaya yang makan dalam ni, kite gelak die gelak sekali, tapi balik rumah, nangis tepi bucu katil. Kesian...

Tapi dah biasa dah kawan rapat. Geng lepak, geng ngeteh, geng futsal, geng bas sekolah dari kecil. Tapi sejauh mana kita pasti dia tidak pernah kecil hati dengan kata-kata begitu?? Berapa peratus kita pasti, 100% confirm ke die ok?!! Sedangkan saya sendiri pernah mendengar keluhan seorang kawan tentang salah seorang ahli gengnya yang selalu mem'bahan' dia dihadapan ahli geng yang lain. Ade tu geng usrah pun bahan membahan..(bukan membawang)

Kesian, makan hati bertahun-tahun. Senyum sahaja, tidak mahu mengeruhkan keadaan. Nak menjaga hati rakan-rakan katanya. Semoga Allah mengganjari kebaikan itu.

Tapi nak ingatkan juga, berhati-hatilah dalam perkataan kita. Nabi Muhammad saw pernah menegur Aisyah atas satu perkataan yang menyamaai maksud "pendek" untuk menceritakan tentang seorang wanita yang datang bertemunya.  Maaf saya kurang ingat hadith itu secara jelas. Tetapi sefaham saya perkataan yang buruk itu kata Rasulallah, jika dicampak kelaut, pasti akan mengeruhkan seluruh air di lautan.

Ingatan untuk diri sendiri juga..Islam telah anjurkan untuk kita bercakap dengan kata-kata yang mulia dan sopan untuk menjaga maruah kita (iya, maruah KITA sendiri, bukan orang lain) قَوْلًا كَرِيمًا dan قَوْلًا لَيِّنًا .. Rujukan Surah Taha dan Surah Al Isra' 😊


Memang, kadang-kadang rasa semakin akrab persahabatan dengan senda gurau, terasa lebih manis dan lebih mengenali hati budi kawan-kawan ini. Cuma harus tambah sedikit lagi ramuan kemanisan itu dengan iman. Sopan santun harus dijaga. Sama-sama ingatkan.

Iya..suka bila tengok orang ketawa terbahak-bahak dengan jenaka kita. Masa tu rase semua orang suka kat kite..tapi tu semua sekejap aje..Bile tiba masanya nanti kite akan rase sendiri mudaratnya.. Allah Maha membalas dan bukan kerana itu sahaja, dek kerana buruknya akhlak dan kata-kata kite itu akhirnya natijah akan berbalik pada kita.

Nanti dimasa akan datang jangan ditnya mengapa hati selalu rasa tidak tenang, mudah sentap, sikit-sikit kecik hati, makan hati, sukar menerima teguran, mudah marah, susah nak memaafkan, dan macam-macam rasa tidak enak dalam diri. Lalu dipresi, murung. Pendek kate hidup tidak tenang. Dangan pasangan mudah sentap dengan anak-anak menyinga tak kira waktu. Sebab kesannya dah berbekas dihati.

Amal ibadah pun akan terjejas. Rase nak solat awal tapi selalu tersasar hujung waktu, rase nak bace al-quran tapi sibuk memanjang tak ade mase. Nampak sikit aje kan, tapi impaknya besar dik. Percayalah. Nak bersihkan semula tidak mudah. Kene berguru dengan orang-orang alim. Kuncinya Zikrullah dan Taubat.

Seruan untuk diri dan kawan-kawan semua..Mari tambah ilmu agar bertambah iman dan tqwa pada Allah. Itu kunci hidup yang tenang..Jika ada masa dengar kuliah jap ni ha, menusuk kalbu dan kene dengan situasi semasa. Betul belaka kata-kata penceramah.

INDAHKAN TUTURMU : https://www.youtube.com/watch?v=fjAwTmyX_3E


Friday, April 6, 2018

Hari Lahir ke-3 Anak sulong


Dapat buat sambutan hari lahir untuk anak ummi Muhammad Mu'min Bin Muhammad Zulhaziman. 30 Mac 2018 genap usianya 3 tahun. Dalam proses nak bebas dari diapers. Sikit lagi, nak betul-betul bebas, nak latih waktu malam dan waktu tidur tanpa diapers agak mencabar sebab die tidur sambil minum susu botol. Insyallah.

Orang kata muka macam ummi, perangai namapk banyak nurun abah. Soft spoken dan cepat tesentuh. Kuat menangis dan susah dipujuk itu nurun ummi rasenya. Yang lain, seperti juga kanak-kanak biasa aktif, cerdas dan cerdik. Alhamdulillah.

Ade nama adik sekali sebab birthday adik tak beli kek.
Combo birthday cake!! 


Wednesday, April 4, 2018

Sambal Belacan Tidak Lumat

Kisah dibangku sekolah

Saya dan adik selalu tertanya-tanya atau lebih kurang macam merungut knape sambal belacan ibu tidak ditumbuk betul-betul. Kepingan cili besar sehingga berupaya menyelimuti 1 ke 2 gigi dalam satu masa. Iya MENYELIMUTI. Jadi bahan jenaka kami adik beradik, cili selimut gigi. Kami rahsiakan dari ibu gelaran tu, bisik-bisik aje. Tapi bile ibu tahu, ibu pun tidak kecil hati, ibu pun gelak sekali.

Bila kami ade di rumah ibu akan suruh anak-anak daranya yang tumbuk sambal belacan. Pandai ibu pancing hati kami. Ibu kata kami tumbuk lumat, halus.. Kembang semangkuk hati, terus tumbuk dengan tekun. Hasilnya selalu tidak mengecewakan ibu.


Setelah sekian lama kisah itu, saya pun terfikir, rasanya macam tahu mengapa ibu tak tumbuk sambal belacan lumat dan halus macam kami tumbuk. Mungkin pengalaman dan pandangan orang lain berbeza, tetapi jike menurut hati dan pengalaman sendiri, saya rasa kerana faktor MASA. Ibu seorang suri rumah, tetapi bukan suri rumah sahaja. Beliau juga tukang jahit yang berpengalaman. Mengambil tempahan pelbagai jenis baju.

Semasa kami sekolah, ibu perlu membahagikan masa untuk menguruskan kerja-kerja rumah, mengambil dan menghantar anak-anak sekolah dan menjahit. Semingggu sekali ke pasar untuk membeli keperluan dapur, sebulan sekali akan ke pejabat pos mambayar bil-bil, juga perlu menaiki bas untuk ke bank di pekan Bahau untuk membayar pinjaman rumah dan kereta. Petang-petang akan turun ke halaman rumah untuk menyapu sampah dan daun-daun kering sekitar rumah. Sekali sekala ibu juga yang memikul tong racun untuk meracun rumput sekitar rumah.

Bila hari hujan, ibu cepat-cepat keluar menadah air di hujung-hujung atap rumah. Bersedia dengan berus dan gayung. Apabila kelihatan hujan turun betul-betul lebat, ibu keluar memberus lantai simen keliling rumah. Menyental lumut-lumut hijau di longkang-longkak luar rumah. Dan rutin ibu yang masih kekal sehingga kini masih tidak ditinggalkan adalah menyiram setaman pokok bunganya.

Anak yang banyak kerenah seperti saya ketika itu mempertikaikan mengapa tidak boleh halus..bukankah itu perkara yang mudah sahaja..tumbuk lama sikit maka lumat la sambal tu..

Apa yang nak saya ceritakan ini ye?? tadi pasal sambal belacan, masuk kepada cerita ibu sebagai suri rumah, balik kepada sambal...

Sebenarnya nak cerita yang saya akhirnya dapat menyelami perasaan dan melalui sendiri fasa 'sambal belacan tidak lumat' itu. Fasa yang apabila diri sendiri dah lalui baru tahu bahawa itu fasa yang sangat sibuk bagi seorang wanita bergelar ibu. Mengurus rumahtangga, suami, anak-anak yang sedang membesar dan menyediakan keperluan harian seisi keluarga.

Fasa yang menuntut jiwa yang paling ikhlas dalam memberi khidmat bakti kepada keluarga. Masyallah, terima kasih sahaja tidak cukup. Allah Maha tahu, maka ditetapkan bahawa berbakti kepada orang tua itu hukumnya adalah WAJIB. Ibu dan Bapa!! keduanya sama penting. Kerana anak-anak saya bertuah punyai ayah yang sedia menggalas sebahagian (kadangkala hampir semua) tugasan seorang ibu dalam mengurus rumahtangga.

Untuk ibu saya, ibu berhak dilayani lebih daripada seorang permaisuri. Tidak wajar hatinya terluka oleh perbuatan hatta kata-kata anak-anak. Juga arwah ayah yang membanting tulang menafkahi kami. Butuh doa anak-anak soleh.

"Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil". Isra' - 24

Dan kisah sambal belacan saya tadi... Yang penting rasa, cukup cili, belacan dan asam limau. siap!



Wednesday, March 21, 2018

Rubinga Heritage Horse Riding, Kampung Changkat

Tidak punyai banyak masa untuk menulis panjang sejak belakangan ini. Cuma ingin berkongsi tempat baru yang menarik dikunjungi seisi keluarga. Santai-santai petang, untuk merehatkan minda yang seharian bekerja, menghilangkan kebosanan terperuk di rumah atau memupuk rasa kasih pada haiwan untuk anak-anak.

Ala-ala tempat rekeriasi ala-ala mini zoo. Unsung place located in Kampung Changkat. Tempat yang bersih dan selesa. Untuk pencinta haiwan tapi tak berpeluang lagi untuk mempunyai haiwan peliharaan sendiri, tempat ini mungkin boleh dijadikan tempat lepas rindu kepada haiwan-haiwan peliharaan yang comel.

Yang so-so je dangan haiwan, minat tapi tak la fanetik sangat seperti saya, tempat ni bagus untuk melepaskan semua keletihan aktiviti harian. Tenang bile tengok haiwan comel seperti burung dan arnab. Suasana bersih dan selesa dengan padang yang menghijau siap ade kuda gagah dan sado-sado berkeliaran sekitar padang memang rase macam bukan kat Malaysia. (tak tau nak kate kat mana sebab bukan rajin bejalan pun kan).

Stakat nak tengok-tengok kuda, arnab dan burung sahaja, tiada dikenakan ape-ape bayaran. Tapi nak masuk beri makanan pada arnab bayar RM1 seorang (dewasa dan kanak2). Menunggang kuda mungkin ade yuran, saya belum cuba lagi. Sikit gambar yang sempat dirakam. Kalau nak pergi boleh cari dalam Google Map yer.

Kurang sesuai pergi masa hari hujan sebab kawasaannya semua out door. Ada juga gazebo, tapi nak main ngan arnab atau tunggang kuda mane boleh masuk gazebo kan... Boleh pegang arnab dan kuda dalam kandang. Cume bile hujan, bulu haiwan ini selalunya terkena tempias air, jadi kelihatan agak comot skit..tapi tetap comel

Tempat yang bersih..sampah tidak kelihatan
Arnab banyak, ini baru satu kelompok kecil

Kuda, mungkin ade kelas menunggang kuda.

Arnah bulu pendek macam karpet..comel

Ade Guinea Pig. Suami saye kata name melayu die Arbok
Bulu terkena tempias hujan..kne pergi saloon 

Monday, February 19, 2018

Lipat Baju lebih cepat

Terpandang dua bakul baju yang kering. Satu bakul biru besar baju saya dan suami,satu bakul kelabu lebih kecil sedikit tetapi isi melimpah keluar, baju Mu'min dan Mu'izz. Telah dibasuh dan disidai dengan bantuan suami dan mesin basuh. Diangkat dan dimasukkan ke dalam bakul kerana nak sidai baju yang baru dibasuh sebentar tadi.

Antara kerja-kerja rumah yang selalu saya skip kerana pada pandangan saya ada kerja lain yang perlu dilunaskan dahulu. Saban hari, daripada satu bakul sahaja bertambah menjadi dua, isi separuh penuh sehinggalah bakul melimpah, memuntahkan isi (ayat novel).

Sebenarnya menunggu hujung minggu untuk dihadap dan dilipat sehingga habis...Minggu ini cuti hari wilayah jadi kite balik kampung mertua, minggu hadapan ibu saya akan menunaikan Umrah maka nak juga menghantar beliau ke lapangan terbang. Hujung minggu tidak berada dirumah pulak..

Minggu bertambah..bakul besar hijau dah menampakkan diri, mengisi baju-baju yang telah kering. Baju yang berlipat dalam almari menyusut, anak-anak dah pakai baju singkat-singkat yang dah bertahi lalat. mengambil baju-baju lama yang saya susun didasar almari. Memang itulah fungsinye, baju yang dan lusuh yang nak dibuang sayang sebab masih boleh dipakai. Jadi letak didasar untuk kes-kes kecemasan seperti ini.

Minggu ini, cuti raya cina kami tak kemana-mana..Anak-anak kurang sihat, begitu juga saya. Jadi tidak boleh lagi mengelat, harus segera lipat. Cuma nak dikongsikan alat yang baru saya guna. Dah lama jumpa dan dah lama juga berhajat nak memiliki. Lihat di internat, nampak seperti boleh membantu. Beberapa kali keluar masuk shopping cart. Tapi ragu-ragu dan berkira-kira nak beli atau tidak. Akhirnye saya jumpe di Mr DIY. Murah berbanding harga online shop.

Baru je pakai. Tapi alhamdulillah memudahkan dan harga berbaloi. Ade dua, satu untuk baju orang dewasa, satu untuk baju kanak-kanak, lebih kecil. Cuma untuk kanak-kanak tidak sesuai untuk anak-anak baru lahir atau bayi mcm baju Mu'izz. Mu'min boleh. Yang bestnya senang dan cepat sebab dah ada acuan dan hasilnya kemas sedap mata memandang. Semua jenis baju pun boleh, ikut kreativiti masing-masing.

Jadi yang bermanfaat kite share.

Inilah alatnye. Sis tak jual yer.

Ni berbeza lipatan manual (nak cepat-asal lipat) dengan pakai pelipat baju.

Dan semalam sebelum terfikir untuk tulis kisah baju ini. Dalam kesibukan melipat baju, terfikir sejenak (sejenak ku termenung awan pun.... -Wany Hasrita) bile akan habis yer kisah baju ni. Basuh, sidai, angkat, lipat, susun, gosok .. ENAM kerja untuk satu bab sahaja. Belum masuk bab beli atau tempah baju baru. Hai la baju.. sempat juga saya menjawap dan ketawa sendiri ..

Bila akan habis??

Bila kau berhenti pakai baju la!!

Dan itu MUSTAHIL terjadi, tak kan tak nak pakai baju, tarzan pun pakai cawat ok...

*****

Gelak gelak juga, jangan lupa Mustahil tidak berbaju itu di dunia sahaja. Apabila tiba masa Allah menjemput pulang, kamu hanya ada SATU baju. Kain Kafan nak..renungan untuk diri. Dan ada satu petua yang apabila saya terbaca di dinding ruangan solat di pejabat, terus saya snap gambar. Sentap akak dik! Memang terasa kena penampar sekali.

Petua mengurangkan nafsu membeli pakaian mahal
Banyakkan melihat kain kafan. 

Bukan la selalu beli baju mahal, tetapi selalu la juga membeli baju. Tak banyak pun baju, kalau almari baju tu ade 9 compartment, 6 tu saya punya 1 je suami punya, 2 lagi sarung-sarung bantal (ade la lagi almari yang lain - tapi nak cerita almari yang satu ni je) ..insaf insaf


Menang by Faizal Tahir

Falling in love with this song so much!! Lagu nyanyian Faizal Tahir bertajuk Menang ni betul menang kat hati akak..sekali dengar terus jatuh cinta. Tak tahu pun ni lagu OSD Drama dalam Astro. Ape pun  i Loike the song so much. Saja nak simpan liriknye dalam blog ni..


Tetiba teringat suami. Sob sob sob, Insyallah.....

Thursday, January 25, 2018

Rakan sebilik zaman muda

Rakan sebilik pertama saya. Asal Kelantan tapi cakap luar tak bau budu. Itu pandangan pertama saya padanya. Masa masih belum ada asas 'bahasa kelantan'. Sekarang bile dah jadi menantu orang Kelantan. Ade sedikit asas loghat klate tu, boleh la kenal pasti budu jenis ape beliau makan bile de kecek luar huhu.

Bantal busuk masing-masing. CJ7, Froggy and Happy Bear.

0oo paling saya ingat sekali tentang sahabat saya yang sorang ni, beliau kaki study. Bab study memang tiada kompromi. Sebab tu keputusan sentiasa konsisten cemerlang. Malangnya kami tak sama kos(kalau tak mungkin saye juga cemerlang sepertinya). Beliau kos petroleum engineering.. Uuu PETROLEUM ok! Tak ramai kat Malaysia ni.. Now working with Petronas ..uuuu PETRONAS. She deserve it!!
8 Tahun dah berlalu...Dah beranak pinak

 Kata kata imam alGhazali 

Pilihlah sahabat yang jika engkau meminta sesuatu daripadanya pasti ia memberi, jika engkau diam dia menyapamu dahulu , jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu dia suka membantu dan meringankanmu dan menghiburmu. 

Alhamdulillah, salah seorang sahabat yang banyak membantu dan sangat diingati keberadaanya dalam perjalanan hidup saya. Walaupun tak berjaya meng'kelantan'kan saya dalam tempoh beberapa tahun kami menjadi rakan sebilik, mungkin ade doa-doanya menjadikan saya sedikit-demi sedikit ter'kelantan' (istilah macam orang baru nak peluk agama islam) dengan sendiri (pengaruh ahli keluarga-suami).


Tuesday, January 23, 2018

Hari Kelahiran Mu'izz

19 Januari hari kelahiran Mu'izz. Kami pergi shellout untuk makan malam, simple celebration, yang kenyangnya mak dan ayah. Birthday boy macam biasa, panjat turun naik meja kerusi. Huhu nak makan macam perang .. 2 lelaki kan boleh bayang kalau dua-dua turun naik meja kerusi dikala mak ayah kelaparan dan berhajat menghabiskan setalam shell out.

Sape yang tak pandang kamera?

Kebetulan saya kene ke PD pada hujung minggu. Jadi satu bentuk sambutan lagi, bermalam di hotel. Awal check in dua beradik ini kemain gembira bile malam adik dah mula rindukan buai die. Jadi nak tidurkan tu macam-macam cara. Yang paling best sebab umi peminat laut. Lepas asar  tentatif santai-santai jadi tanpa betangguh terus ke laut main air.


Bukan senang nak dapat gambar tengah laut macam ni ok.
Tudung umi plak spoil.

Sebenarnya sapa yang galak sangat main air laut. Anak ke mak??

"Dia mungkin tak punyai ibu yang terbaik. Tapi dia miliki Tuhan, Allah Rabbil Alami. Pemilik langit dan bumi yang terbaik". Pengisian daripada salah satu kuliah yang saya sempat dengar. Ya, saya bukan ibu yang terbaik. Banyak yang saya harus belajar dan perbaiki.

Buntu seketika untuk menulis sebenarnya. Apa pun doa dipanjat kepada Allah agar dipelihara anak ini menjadi hambaNya yang soleh. Diberi kesihatan yang baik, dikurniakan akhlak mulia seperti para rasul dan nabi, diterangkan hati, dilimpahi rezeki yang halal dan menjadi hamba Allah yang taat.


Credit photo to my ex-senior UTP

Tuesday, January 16, 2018

Kemas ada makna

Saya puji dan sangat kagum dengan orang yang rumahnya teratur dan kemas (yang tak ade pembantu rumah la). Biar rumah kecil, buruk nak roboh sekalipun. Saya pernah lihat dalam tv rancangan Bersamamu. Rumahnye kecil, boleh dipanggil pondok sebab kecil dan dibina daripada papan. Tapi bila masuk dalam rumah, barangan almari, katil, kerusi meja teratur dan tengok di sekeliling rumahnya bersih. Lamannye kemas, susah nak jumpa sampah, rumput-rumput ada tapi tak tinggi, dipotong, maksudnye di jaga dan tidak terbiar.

Kalau nak puji tu banyak lagi yang boleh ditulis disini. Banyak lagi contoh-contoh yang pernah saya jumpa, cuma nak katenye kemas tidak perlu duit banyak. Tidak same dengan nak mencantikkan rumah. Rumah cantik pada saya perlukan kos. Nak cat rumah, nak hiasan dalaman, nak tile, nak langsir, nak carpet, nak frame gambar, pasu bunga dan macam-macam lagi. Dan ya, sape tak suka punyai rumah yang cantik kan..

Kalau pergi IKEA tu amik gambar semua sudut, acah-acah rumah sendiri. Bilik tidur, sofa ruang tamu kerusi rehat. Aduh.. memang tula tempat terbaik nak berangan rumah idamanku. Situla nak cari idea nak mencantikan rumah. Perabot ape nak tambah, dinding mane nak gerudi, sudut mane nak letak kabinet. Sediakan duit aje, dapat la rumah cantik bak istana.

Itu untuk yang mampu. Tetapi untuk hal berkaitan kemas, pada saya ia 0 kos. Memang tidak mudah juga, nak kemas perlukan masa, perlu tenaga. Kite dah la kerja, anak-anak kecil ramai pulak tu. Pelbagai kekangan. Tetapi tiada masalah jika kemas itu telah manjadi tabiat!! Dan bile sebut tabiat, ia bermula dari tindakan kita sehari-harian, sejak kecil sehingga jadi terbiasa dan jadi tabiat\sikap. Dalam sebuah kuliah yang saya pernah dengar kata-kata seperti ini.

Hati- hati dengan Fikiran 
Kerana Fikiran akan jadi Tindakan

Hati- hati dengan Tindakan 
Kerana Tindakan akan jadi Kebiasaan

Hati- hati dengan Kebiasaan 
Kerana Kebiasaan akan jadi Sikap

Hati- hati dengan Sikap 
Kerana Sikap akan jadi Taqdir kehidupan

Boleh jadi, rumah yang kemas itu ade makna. Yela nak masuk TV so kene la rumah kemas elok-elok nanti ape orang kate kan. Kemas sebab orang nak datang nanti kalau bersepah tetamu tidak selesa. Rumah kemas nanti kalau kotor tuan rumah(land lord) marah pulak. Rumah kemas sebab nanti kotor, berpasir tak sapu nanti kuman membiak. Penyakit mudah dapat. Berselerak nanti susah nak cari barang. Barang tunggang langgang nanti makan ruang, rumah jadi sempit. Barang berterabur nanti mak marah. Nanti tak kemas bini beleter. Nanti suami naik angin.

Kemas la untuk ape sebab sekalipun. untuk mak, untuk suami isteri anak-anak, untuk kepuasan diri sendiri, untuk bos...KEMAS adalah sifat yang baik! Jadi Ismalina, sila lah jadi seorang yang kemas sebab kemas tu baik untuk diri kamu dan keluarga kamu. Kemas dan bersih itu sebahagian dari agama kamu. Di Dalam Buku HADIS 40 Imam Nawawi. Hadith ke 23

Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: "Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjualdirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya."

(Riwayat Muslim no.223 dan al-Tirmizi no.3517)

Di sebalik segala cabaran dan kekangan, jika dengan izin Allah, dengan tekad dan azam yang kuat dalam diri untuk sentiasa menjadi lebih baik, Pasti Allah beri jalan!! Insyallah semoga kita, ahli keluaga kita, zuriat keturunan kita terdiri dari golongan yang beriman kepada Allah.

Makna disebalik susun kasut
Baru tiga pasang, soon 4 selepas Mu'izz berjalan nanti

Susun sebaris - Kemas, mudah nak cari, mudah nak pakai dan
boleh muat banyak lagi kasut lain jika tetamu datang atau kasut2 lain jika ada
Tepi dinding - sebab beri laluan kepada orang nak keluar masuk pintu
tidak tersepak nanti hilang tercampak tak jumpa cari..

Makna disebalik melipat toto
Tempat beradu anak teruna. 

Susun/lipat separuh - boleh terus baring bile2 nak.
On top of each other - supaya senang nak bentang semula
Dua lapis - Tebal dan tak sakit badan tidur.
Letak tepi dinding - supaya tak dipijak-pijak dan untuk
elak dari cepat kotor dan menipis sebelum masa.

Monday, January 15, 2018

Si BuahTembikai Merah

Alhamdulillah... tak lama lagi genap setahun menyusukan Mu'izz (exclusive breastfeeding) Syukur ya Allah. Nikmat yang tidak ternilai dari Allah. Cuma kene berkerja keras sikit sebab stok susu semakin berkurangan dalam peti ais. Permintaan semakin bertambah. Daripada 2 beg (7oz per bag) kepada 3 bag sehari walaupun dah mula makan.

Untuk anak kedua ini, ade pembaharuan dari segi milk booster. I love it!! Milk booster saya tembikai. Ye buah tembikai yang merah tu. Kulit hijau dan banyak air tu. Memang itulah kegemaran saya suami isteri anak beranak. Beli sebijik sekali hadap pun boleh habis makan. Sebenarnya kekadang tak cukup, berebut mak ngan anak-anak. Tiba-tiba ditakdirkan menjadi sepadan pula sebagai makanan penambah susu. New discover past few days.

Bahagia rasa. Berita yang sangat mengujakan bagi seorang pencinta buah macam saya. Tak sah sehari tak makan buah. Stok buah sentiasa ade di rumah. Selalunya borong di pasar pagi Greenwood. Murah dan pelbagai jenis buah ade. Tak cukup begitu, diturunkan pula perangai 'hantu buah' ni pada anak-anak.. Healthy snack!!

Stok buah borong di MBG. 
Antara kedai buah yang ore klate kate "buleh kiro" 
Ade pebagai jenis buah yang jarang dijumpai seperti Peach dan Cherry, 
kadang-kadang boleh didapati dengan harga yang murah.
Yang dalam gambar tu Peach RM5 2 biji dan Cherry 20-25 biji RM10

Senyap dapat strawberi. 
Layan makan buah, adik dan abang semua buah makan

Hasil susu pagi ini 9 oz. 
Biasanya pagi macam ni dapat dalam 5-6 oz

Kisah pagi ini, lebih mengujakan dan mengembirakan bila bangun pagi tengok ikan, ayam dan barangan dapur yang dibeli di pasar dah siap di siang, dibasuh dan di bungkus kemas oleh En Suami dalam peti sejuk. Lebih teruja dari jumpa milk booster tembikai ok!! More oxytocin produce ..happy.. more milk produce for the baby. Terima kasih yang tidak terhingga Hubby.





Thursday, January 11, 2018

Stabil jiwa, Tenang

Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kamu menganggap remeh suatu kebaikan,walaupun sekadar bermanis muka ketika kamu menemui saudaramu."

(HR.Muslim:2626)


Betul, saya selalu ambil ringan bab senyum/manis muka. Terutamanya dengan anak-anak dan suami. Kadangkala bila dah ternaik hangin tu memang susah nak senyum. Kesian anak-anak terkebil-kebil apabila suara umi dah mula tinggi. Tak berganjak die dari tempat tadi..mata terus memandang saya. Mungkin nak minta maaf tapi tak pandai nak susun ayat. Umi terus tak pandang, ego ni tinggi. Mentang-mentang aku ibu!!


Kali pertama mendengar hadith ini masa tinggal sebumbung dengan kawan-kawan di Pantai Permai, Pantai Dalam. Baru lepas grad. Teringat ketika itu, saya berfikir sekejap apabila memahami hadith Nabi ini. Setuju benar. Bila serumah kite tahu hati budi masing-masing, kenal bukan sekejap, dah bertahun-tahun berkawan. Kenal, bila waktu kawan tu gembira, kenal, bila waktu sedihnya tiba, kenal juga bila waktu stress sesama-sendiri. Bagaimana? Kan kata kawan dah lama.... huhu Jawapanya bukan hanya itu!! Memek wajahnya yang paling ketara!!

Perempuan, tak boleh menipu ape dalam hati mereka. Muka tu dah tunjuk dulu sebelum mulut dibuka untuk berkata-kata. Bila masing-masing balik kerja, tengok raut wajah satu-satu. Ini mesti tengah gembira.. senyum sampai telinga, ini mesti ade masalah muka moncong aje ni.

Apabila terbiasa begitu. Menduga melalui memek wajah, saya jadi terbiasa. Apabila berkahwin, saya akhirnye belajar yang saya mungkin silap jika hanya menilai raut wajah kerana bukan disitu letaknya semua isi hati. Untuk suami/lelaki, mereka makhluk yang lebih stabil berbanding wanita. Mereka punyai daya tahan yang kuat terhadap serangan emosi(secara amnya).

Apapun saya silap jika mendakwa semua wanita boleh diduga hatinya melalui raut wajah. Sebab, saya sendiri ade terjumpa kawan yang mukenya tak selalu menggambarkan isi hatinye. I was really surprised at the same time impressed. Susah juga nak menduga ape mood semasanya jika tidak dia sendiri yang bercerita.

Saya harap saya miliki kekuatan sebegitu. Tidak larut dan layan sangat hati dan emosi. Sedang belajar dan perlukan masa, harap tidak lama. Oleh itu misi 2018 adalah lebih STABIL dari sudut emosi, sabar dan tenang. SENYUM.

Anak-anak tunggu giliran nak mandi.
Sape la yang dalam bilik air tak reti-reti nak keluar tu (it's me)


Thursday, January 4, 2018

Buka tirai 2018 di atas bukit

Kali terakhir saya ke sini adalah 15 tahun lalu. Seingat saya, saya menaiki bas bersama kawan-kawan sekolah rendah selepas tamat peperiksaan UPSR. Masa yang agak singkat, menyebabkan lawatan ke tanah tinggi itu kelihatan agak samar-samar dalam memori saya. Yang pasti, saya bawa pulang beberapa pokok kaktus dan key chain bunga.

Percutian kali ini seolah-olah membalas dendam yang tersemat dalam hati sekian lama. Tiga hari dua malam(ok itu satu tempoh yang sangat cukup). Betul kata orang, hujan emas negara orang hujan batu tempat sendiri. Saya rindu Melaka dan Kuala Lumpur. Sejuk di tanah tinggi itu bukan kehidupan saya. Mungkin kami datang pada musin hujan, menyebabkan cuaca disana begitu sejuk bagi saya.

Tidur tak begitu lena, mandi bukan tak basah tapi lebih mengerikan dari itu. Mandi menjadi satu agenda yang paling saya harap saya boleh tunda (tak nak mandi!!). Alhamdulillah terima kasih kepada pemanas air, tapi itu tidak lama, lepas mandi sejuknye terasa hingga ke tulang (kulit dan tulang saya pun dekat2 je kan..) Tanpa aircond dan kipas rumah penginapan kami juga sejuk. Stokin sentiasa melekat di kaki saya kecuali apabila ke tandas.

Sebenarnya sejuk yang saya rasai tu mungkin hanya saya je lebih-lebih, anak-anak suami dan ibu saya biasa-biasa aje. They enjoy the weather so much. Selain daripada cuaca, saya rasa tidak ade yang lain yang patut dirisaukan. Semuanya baik-baik dan menyeronokkan. Trafik agak baik (jem sikit-sikit) walaupun pada cuti umum. Banyak tempat-tempat menarik yang kami lawati terutama Ladang Teh Boh yang terletak di lereng bukit dengan pemandangan yang sangat indah Subhanallah!! 

Strawberi  dah menjadi makanan harian selama tiga hari untuk sikecil Mu'min dan Mu'izz. They love it soooo much!! Asyik mintak strawberi aje setiap masa, baju , muka seluar semua habis merah macam tumpah air sirap. Dan yang lebih menarik sebab tempat penginapan kami terletak dalam ladang strawberi. Dapat pulak harga yang agak murah RM30 perkilo, petik sendiri!! Buah banyak !! Nak kate manis tu tak la manis, tapi ok la sesedap rase masam huuhu. Pak su dan Abah diorang tak suke menjadikan strawberi yang dibeli itu hak mutlak ummi dan anak-anak. Kenduri strawberi anak-branak (umi tak kalah, setengah kilo sorang).

Bunga tak payah cerita. Nenek tak kelip mata tengok bunga hari-hari. Kalu ikut nafsu mau dibawa lori borong beli bunga bawa balik Jasin. Bunga di sana sangaaaaaaat cantiiikk. Kami masuk Ladang Lavender RM10 for adult dan masuk MARDI RM5 for kids. Berbaloi tengok dan amik gambar dengan bunga-bunga yang jarang (hampir tak pernah) dijumpai di Jasin atau Gombak. Subhanallah, indah ciptaan Allah Maha Kuasa. Semoga kami tergolong dalam kalangan orang-orang yang dapat menikmati indahnye Syurga Allah nanti. Ameen..

MARDI tempat banyak bunga cantik-cantik

Shopping..nope this is not the real place. Duit habis disalurkan untuk membeli makanan, buah dan sayuran dan pokok bunga sikit. Secara kesuluruhan Alhamdulillah percutian yang menarik. Yang lain, biarkan gambar berbicara. More picture on the next post. Kene amik kat phone changgih suami ..

Tempat Kaktus cantik dan harga pokok berpatutan. Free entry

Baju tu kejap lagi tukar warne merah

Ibu dah termenung sebab kene hiking pagi-pagi nak minum teh di kaki bukit.

Pejam mata pulaak ..

Jangan petik! sayur ladang orang tu Pak su...


Baru sampai sekitar 10 pagi, dua beradik ni belum mandi lagi

Kesan dot dot merah kat muka sebab makan strawberi