Monday, October 12, 2009

Tidak mengikut sunnah :Ideologi Barat

Alhamdulillah hari ini ana blajar bab 10 discrete math . Discrete math ini kalau sahabat pembaca nak tahu,die subjek berkaitan mathematik yang ade dalam komputer . Nak ceritanya ana dapat mengesan sesuatu dalam subject ini . Mari kita lihat rajah di bawah






Gambar ini dipanggil sebagai tree (pokok) . titik yang berlebel 'a' itu dipanggil 'root' . kalau tengok sekali imbas mmg langsung tak macam pokok . Tapi lecturer ana kate kite dapat lihat rupe sebuah pokok kalau kita terbalikkan rajah ini "o0o0o0o, macam itu rupenya" ... yang kami belajar tadi ade 3 ketogori tree .

1)POSTORDER TRIVERSAL
2)PREORDER TRIVERSAL
3) INORDER TRIVERSAL

yang membezakan setiap tree ini adalah care membacanya.(ini ana gune bahasa mudah tkut ade yang xpaham)

1)baca dari kiri ke kanan lalu naik ke 'root'
2)baca dari root turun ke kiri dan terus ke kanan
3)baca dari kiri naik ke 'root' dan turun ke kanan

antum jangan pening2 tuk pahamkan ape yang ana ajarkan ni. yang penting ana nak bagi tahu yang..sedang ana belajar topik ni dalam kelas ana terfikir "kenape ketiga-tiga cara bacaan tree ni xde satu pun yang mendahulukan kanan dari kiri??"...dan akhirnya ana menzahirkan ape yang ana fikirkan pada mase itu kat kawan sebelah "em..tajuk ni tak ikut sunnahkan?"...kawan ana ni pun senyum macam mengiyakan....

itulah point sebanar ana dalam post ni...sebenarnya banyak lagi aktiviti harian kita yang secare sedar atau kita tidak sedar bertentangan dengan sunnah tapi kite dah terbiasa. kita tulis dari kiri ke kanan sedangkan al-quran ditulis dari kanan ke kiri dan rasullallah pun selalu mengutamakan bahagian kanan .

Masa kesultanan malayu melaka dahulu kita tulis tulisan jawi, tapi bila british menjajah mereka perkenalkan tulisan rumi,pakaian budak sekolah pon ditukar jadi skirt dan seluar pendek yang tak sampai lutut. setiap kali nak memulakan kelas murid akan menyanyi lagu. bukan tidak boleh untuk menyanyi lagu negaraku,lagu sekolah tetapi adakan patut sehingga melupakan ayat2 suci al-quran dan nama2 allah yang indah .sedangkan untik mendapat ilmu yang berkat perlulah menjaga adap2 memulakan pelajaran.

inilah ideologi barat yang kita dah anggap biasa. Mesti ade yang akan kate"takkan nak tulis tulisan jawi mase zaman moden ni,macam mane nak maju,nak lawan amerika,at least tulisan rumi adelah ala-ala english skit"...ape salahnye orang arab boleh je pakai tulisan arab,jepun boleh je tulis gune tulisan jepun,korea,thailand dan banyak je lagi negara2 yang kekal dengan identiti mereka tapi tetap maju...xde pun yang mundur dan tidak diterima oleh masyarakat dunia sebab pakai tulisan yang lain dari rumi atau tulisan yang diiktiraf olah dunia. Kat kempus ana ni ade je orang arab yang dalam nota die ana tengok still tulis bhasa arab, ade je orang thailand yang selalu skor dalam exam bila jumpa kawan2 die speaking bahasa die ...padahal di negara mereka, meraka belajar,tulis n bercakap dlam bahasa mereka ,boleh je fly overseas n success.Tapi nasi dah jadi bubur apakan daya bukan mudah nk tuka sistem pembelajaran sesebuah negara,kalau dah tulisan rumi dari kecil tibe nk buat semula tulisan jawi..em...perlukan penelitian yang terpeinci.

Bukan nak perjuangkan nilai bangsa tapi nak menekankan bahawa kita ni dah terlalu jauh tenggelam dengan ideologi barat . Tv sekarang ni dan menayangkan pelbagai filem 'pelik' yang kita rakyat terutama umat islam ni dah tak ambil pusing sangat soal halal haram. artis-artis sekarang pakaiannya pula semakin hari semakin kekurangan benang dengan adegan dan aksi aksi yang 'kreatif' menyeksa pandangan ornang yang bermujahadah menundukkan pandangan untuk menjaga hati...kini dalam sekelip mata sahaja hati yang bersih di saluti bintik-bintik hitam yang sukar di bersihkan...tidakkan rasa tindakan itu zalim...menzalimi meraka yang menjaga hati agar selalu mengingati allah...kasihan orng2 mukmin ini,kejam sekali dunia padanya. penat menjaga hati tetapi mudah sahaja dirosakkan oleh insan yang tidak pernah dikenali.

kasihan juga kepada anak2 kecil yang baru mengenal kehidupan,perkara seperti ini yang menjadi bahan pelajaran pertama mereka... lenggok Inul, gerak tari Agnes Monika , pakaian mengoda fasha Sanda , suara parau ela dan pelbagai lagi ...pernah sekali ana duduk di surau semantara nak tunggu meeting event,ana sempat melayan kerenah anak mak cik kafe dalam kempus ana tu..alangkah terperanjatnya ana bila adik berumur kurang dari 7 thun ni hafal lagu seorang arti indonesia (ana xsure) siap dengan lenggok dan mengusap-usap rambut ala-ala menggoda. Nauzubillah,perasaan lucu bercampur baur dengan bimbang dan terkejut,tak dapat nak digambarkan...tapi alhamdulillah ana sempat pesan pade adik ni supaya jangan menyanyi depan lelaki "nnati tuhan marah"...die pun kate "xlah kite nyanyi depan mak dengan ayah je"...alhamdulillah semoga dia paham




persoaln yang perlu kita fikirkan bersama,sampai bila kita akan terus setuju dengan semua idiologi barat ini...stakat itu sahaja untuk post kali ini wallahualam...
Share:

0 comments:

Post a Comment